Bahagian belakang tiket
Bahagian depan Tiket salam...i don care who u are but pls kindly remove this video from this youtube ....this video belong to my event..i did sue all the paper and club due to the misunderstanding...pls...don put urself in this trouble tht created by others,,,,tq"'
Tulisan beramaran diatas adalah dari "'makhluk"" asmatissa1 yang dihantar kepada "'makhluk"' Napitis.Makhluk Napitis diberi amaran seperti yang tertera diatas kerana menyiarkan satu video di youtube yang boleh dilayari DISINI sekiranya makhluk Napitis tidak gentar dengan amaran dari makhluk asmatissa1 itu maka dapatlah melihat rakaman video yang dikatakan HAKMILIK makhluk asmatissa1.
Siapa makhluk asmatissa1 dan siapa makhluk Napitis bukanlah menjadi minat kawe untuk tahu akan batang tubuhnya.Hak kawe terujanya adalah kerasionalan makhluk asmatissa1 memberi amaran kepada mahkluk Napitis.Sepatutnya makhluk asmatissa1 mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada makhluk Napitis kerana membuat promosi secara percuma terhadap seni dan budaya yang di bawa masuk dari luar negara ke negara kita.Bagi kawe sebagai ore kampung ni adalah suatu perkara yang mustahil untuk membawa penari gelek dari Brazil untuk beraksi di Malaysia lebih lebih lagi di Negeri Kelantan.Apakah sebab musababnya makhluk asmatissa1 ini melompat seperti seperti hantu raya tak dapat telur mentah kepada makhluk Napitis yang menolong mempromosikan kelebihan/kepakaran makhluk asmatissa1 ini dalam Youtube secara percuma?
Hak dan berhak ,mungkin ada kaitan yang rapat dalam kemarahan makhluk asmatissa1 kepada makhluk Napitis ini. Kawe ambil contoh tiket kapalterbang atau tiket bola yang kita beli. HAK pengeluaran tiket adalah jatuh kepada syarikat penerbangan dan pihak yang menganjur perlawanan bolasepak tersebut.Manakala tiket tersebut telah menjadi BERHAK kepada bakal penumpang dan bakal penonton.Sebelum kapal terbang berlepas atau perlawanan bola bermula HAK dan BERHAK masih dimiliki oleh kedua dua belah TETAPI setelah kapal terbang tersebut sudah selamat sampai ke destinasinya atau perlawanan bola sudah tamat tak kira pasukan mana yang kalah atau menang ""cebisan"" tiket yang disimpan oleh penonton dan penumpang telah menjadi HAK dan BERHAK kepada mereka yang membeli. Jaddik penumpang dan penonton ini bebas untuk menyimpan atau membuang "'cebisan"" tiket tersebut kerana ianya sudah tidak mempunyai nilai lagi kepada syarikat penerbangan atau penganjur bola tersebut. Kepada penumpang dan penonton mungkin bernilai kerana wang mereka telah digunakan untuk mendapatkan tiket tersebut. Samalah juga kotak rokok yang dikeluarkan oleh B.A.T telah menjadi hak kawe setelah kawe beli rokok dan setelah isinya habis maka kawe sudah jaddik HAK kawe dan kawe BERHAK untuk membuang dalam tong sampai atau digunakan untuk menutup nama apa apa yang nama yang kawe mahu tutup diatas tiket yang tiket lagi menjadi HAK pihak penganjur.
Apa akan terjadi kepada makhluk Napitis jikalau makhluk asmatissa1 mengeluarkan saman seperti apa yang dikata dan atas alasan yang hanya beliau sendiri tahu? Jawapannya kawe tak tahu dan tidak perlu ambik tahu ..hahahaha.
Jika itu benar benar berlaku kawe ingin cadangkan kepada makhluk Napitis supaya mendapatkan khidmat guaman dari kerajaan negeri yang membangun bersama islam dan menjanjikan kebajikan kepada rakyat yang dalam kesusahan.RASIONALNYA cadangan kawe kepada makhluk napitis itu adalah ,kawe andaikan makhluk putar ranggoh asmatissa1 ini marah yang amat terhadap makhluk napitis kerana segala usaha dan rancangannya untuk merosakkan akhlak muslimat muslimat di negeri serambi mekah ini sudah tergugat dan terencat bila makhluk Napitis membongkarkan tarian yang tidak boleh diterima sebagai satu budaya kepada orang melayu dan islam di Malaysia.Kenapa makhluk putar ranggoh asmatissa1 ini memilih negeri Kelantan untuk menganjurkan tarian zaman jahilliah ini? Seribu satu misteri yang perlu diperhalusi oleh pihak MPKB dan kerajaan negeri kelantan .
Kepada makhluk asmatissa1 ,sungai golok tu taklah lebar sangat untuk diseberangi dan orang dipekan golok itu sudah tentu tak segan dan tidak silu untuk menerima tarian jahilliah ini .Risiko tiada ,tiada MPKB yang akan datang ganggu majlis tarian anda,masyarakat tidak peduli ,imej negeri pun tidak tercemar .Kalau berisiko pun mungkin hanya letupan BOM sahaja yang sering berlaku digolok tu TAPI takde masalah jika perkara itu berlaku anggaplah sang pencipta tidak merestui niat buruk anda untuk merosakkan moral ummat.
No comments:
Post a Comment