Keriuhan dibulan Ramadan ketika Syawal menjelma baru baru ini sudah mulai reda didalam rumah UMNO bahagian Pasir Puteh.Bermula dengan makan ccolek membawa kepada pemecatan dan disudahi dengan campurtangan keamanan oleh Stopa Mamat .Hanya reda dan dinampakkan selesai pada mata permenadangan rakyat .Hakikat sebenarnya kain sudah koyak,parut berbekas,kepuakan telah wujud namun PERSEPSI kasarnya sudah selesai.
Kawe ingin memilih 4 watak yang boleh dikatakan mempunyai kepentingan utama dalam pergolakan UMNO di bahagian Pasir Puteh baru baru ini .Kenapa 4 watak sahaja yang mejadi pilihan kawe untuk dinilaikan PERSEPSI keatas mereka ? hahaha...Lebih baik bertanya siapa mereka itu dari mengetahui kenapa mereka itu yang kawe pilih.
Watak utama yang kawe pilih adalah Ketua Bahagian sebagai watak pertama yang memulakan segala gegaran di UMNO bahagian Pasir Puteh .Sebagai seorang ketua beliau bertanggungjawab untuk melakukan apa apa ''penyelarasan semula'' apa apa jawatan yang ada di Bahagian Pasir Puteh jika difikirkan perlu untuk menguatkan kedudukan UMNO PP.Penyelarasan semula hasrat KB tetapi "'pemecatan" istilah yang digunakan oleh mereka yang terpaksa diketepikan dari jawatan sedia ada dalam ''penyelarasan '' semula oleh KB.Tindakan drastik oleh KB ini menimbulkan satu PERSEPSI yang terlalu banyak arah yang boleh dilihat.Bila terlalu banyak arah PERSEPSI yang timbul maka pengurusan untuk menjadikan wajah PERSEPSI umno PP ceria semula amat sukar sekali..
Persepsi yang telalu banyak arah ini perlu dikurangkan arahnya untuk menyelesaikan krisis yang timbul.Pihak yang melakukan ''penyelarasan'' perlu mengemukan sebab sebab penyelerasan perlu dilakukan ,manakala pihak yang satu lagi meminta sebab kenapa pemecatan terhadap mereka dilakukan .Perlumbaan untuk menonjolkan persepsi imej baik kepada pihak pihak berkenaan ini amat menarik bagi kawe untuk melihat bagaimana ahli politik yang cerdik mencipta persepsi dan bagaimana ahli politik yang ada kuasa membentuk persepsi.Dianiayai adalah satu persepsi yang mudah untuk menawan hati manusia timbul rasa kasihan kepada yang menjadi mangsa.Menyedari hakikat ini kumpulan yang mahu dilihat sebagai golongan yang dianiayai mula memasang strategi untuk memerangkap golongan yang dikatakan mempunyai kuasa .Sudah menjadi resam manusia yang mempunyai kuasa seidikit ego akan terlekat pada diri mereka tanpa mengira padah yang menunggu untuk mereka kerana anggapan kuasa yang mereka ada akan mengekallkan kuasa kepada mereka.
Harapan pihak yang bergerak dengan otak berjaya memerangkap golongan yang bergerak dengan tenaga ,bilamana pihak yang mempunyai kuasa merasa amat yakin dengan kuasa yang mereka ada maka mereka bebas melakukan apa sahaja mengikut kehendak hati mereka.Kawe tidak mahu menulis disini apa alasan yang diberikan kerana satu Malaysia telah tahu mengenai alasan yang telah diberikan oleh pihak berkenaan lagi pun kawe tidak mahu memetik keyboard kawe untuk menulis satu alasan yang tidak dapat diterima oleh akal kawe ...buang masa dan tenaga ..hahaha. . Dalam senyum pihak yang dikatakan teraniayai menerima alasan tersebut dengan lapang dada tanpa apa apa bantahan yang bertenaga. Pihak yang ada kuasa juga merasa bangga kerana apa saja tindakan mereka tidak mampu dicabar oleh sesiapa pun.
Apa yang kawe pelajari dari kejadian ini adalah ,PERSEPSI yang tidak disangka telah timbul dan akan merosak imej UMNO pusat yang lebih besar kesan dari apa yang berlaku di Pasir Puteh itu.Penerimaan secara senyum dari golongan yang berjalan dengan otak mewujudkan satu PERSEPSI yang amat buruk kepada golongan yang berjalan dengan tenaga.Menyedari hakikat PERSEPSI yang buruk akan timbul terhadap parti ini maka pihak yang mempunyai kuasa lebih tinggi diperingkat negeri perlu turun untuk campurtangan untuk menyelesaikan krisis dengan membatalkan semua ''penyelarasan'' semula atau pemecatan yang di buat oleh KB sebelum ini.Masalah PERSEPSI kepada krisis dijelmakan sebagai telah selesai tetapi masalah kepada otak dan lutut makin parah.Ibarat baju koyak yang dijahit semula walaupun disahkan boleh dipakai lagi setelah tempat koyak dijahit TAPI umum akan mengetahui secara zahir bahawa sipemakai sedang memakai baju yang sudah koyak.
Tokoh kedua yang menarik minat kawe untuk melihat PERSEPSI yang diletakkan dalam isu ini adalah KPPP. Kenapa beliau menjadi pilihan kawe ? hahaha ..Ini tulisan kawe maka watak watak yang akan kawe tonjolkan adalah bergantung kepada budibicara kawe ..tak suka baca boleh jangan baca .hahaha...
Kawe memilih KPPP kerana satu kesinambungan menarik berlaku di DUN Limbongan bagi pihak UMNO.Demam pilihanraya berlaku maka serangan selsema perebutan calon akan muncul dulu.Dalam politik sokongan dan penentangan kepada puak puak tertentu bukan lagi satu persepsi tetapi satu kewujudan. Ramai puak yang mahu menyokong golongan yang ada kuasa dan kuat.Dengan penyelarasan yang di lakukan oleh KB maka kekosongan akibat pemecatan berlaku dan tempat perlu diisi.KPPP ini memulakan langkah politik bijaknya dengan memainkan isu ''KEMUNCUP"" untuk mencipta persepsi dan menyokong tindakan penyelarasan yang dibuat itu adalah TEPAT demi untuk memperkukuhkan kedudukan Parti.Kawe tidak mahu mempersoalkan keihklasan beliau disini cuma apa yang kawe ingin perkatakan semata mata sebagai persepsi politik yang wujud akibat tindakan beliau bertindak sebagai pencuci ''kemuncup'' Anda berhak mencari sendiri siapakah kemuncup kemuncup itu YANG pasti kemuncup2 tersebut perlu dibersihkan untuk KPPP memulakan langkahnya sebagai wakil rakyat Limbongan yang baru ...ITU PERSEPSI.
Kedua dua KB dan KPPP ini kawe tidak kenali dan mereka tidak mengenali kawe secara peribadi cuma kawe ada melakukan kritikan kritikan terhadap mereka dalam FB di wall UMNOtumPAS.Samada penerimaan mereka positif atau negetif terhadap kritikan terhadap mereka juga kawe tidak ketahuai dengan jelas.Khabar angin yang kawe terima mereka tidak selesa dengan kritikan kawe TAPI sebagai seorang ahli politik mereka sudah tentunya masak dan khadam bahawa dunia mereka ceburi adalah satu dunia yang tidak boleh lari menerima kritikan dari mana mana pihak.
Kita tinggalkan dulu cerita ''penyelarasan'' yang dilakukan oleh KB dan disokong oleh KPPP ini.Walaupun apa alasan sekalipun kepada yang kena pecat diberikan pada mereka adalah satu ''malapetaka''.Didalam FB group UMNOtumPAS juga dua susuk iaitu Zukri dan Rujhan mendapat kritikan yang hebat dan menyayat hati jika dibaca tulisan tulisan dari setengah ahli group tersebut.Tiada kritikan yang lembut tapi semuanya keras dan pedas yang dihambur keluar kepada kedua dua susuk ini.Tiada belas kasihan melainkan kecaman seperti lembik dan penakut yang dilontar oleh pengkritik pengkritik FB UMNOtumPAS.Kedua dua susuk ini menerima tekanan kiri dan kanan dari dalam dan luar yang berkaitan dengan isu ini berhari hari lamanya.
Tiada jawapan balik dari mereka ,tiada kenyataan membela diri dari mereka melainkan menerima segala kritikan dan kecaman tersebut dengan berlapang dada.Apakah politik PERSEPSI yang mereka rancangkan dengan tindakan tidak mempertahankan diri ini?.Bagi kawe berjaya mengawal kemarahan dalam situasi didesak dan dihina dalam politik adalah satu kejayaan/kemenangan yang besar sebagai seorang ahli politik. Kedua dua mereka ini berjaya meletakkan satu PERSEPSI kepada diri mereka bahawa mereka lebih mementingkan kerukunan/kedamaian/kestabilan/keutuhan dalam parti lebih utama dari kepentingan diri mereka sendiri.Mereka berjaya meletakkan diri mereka sebagai mangsa ketidakadilan yang akur /patuh dimata rakyat terbanyak.Berjaya meletakkan diri mereka bukan mengejar sesuatu dalam parti melainkan ikhlas dan jujur untuk berkhidmat kepada rakyat.WOW Hebat pengurusan PERSEPSI yang dilakukan oleh Zukri dan Rujhan ini dalam menghadapi suasana kritkal didalam parti.
Manakala untuk mengurus kecaman daripada luar pula terutama dari pihak blogger dan rakan rakan mukabuku pula kedua dua susuk ini menggunakan akalan yang amat panjang menguruskannya.Mereka sedar bahawa di dunia maya adalah dunia yang tidak mempunyai sempadan ,kadangkala kita tidak tahu dengan siapa kita berhadapan di maya sana.Ugutan adalah bukan cara paling mustajab untuk mengurus golongan ini dan terkadang kala pendekatan yang berhemah juga akan bertukar menjadi senda dan guraun pula .
Dalam satu perjumpaan yang tidak disangka dengan kedua dua susuk ini baru baru ini dengan kawe di Kota Bharu . Mereka menceritakan apa yang sebenarnya berlaku dan kenapa mereka memilih untuk bertindak seperti apa yang mereka bertindak .Kawe tidak mahu menceritakan apa yang telah mereka ceritakan kepada kawe kerana kawe tidak mahu mengubah segala PERSEPSI yang telah terjadi dan akan terjadi selepas ini .Cuma satu yang kawe muskilkan adalah macamana pertemuan yang secara tidak sengaja itu berlaku ? Hahaha...sampai ke saat ini kawe masih memeikirkan macam mana pertemuan itu boleh berlaku ,untuk meletakkan mereka yang merancang pertemuan itu kawe tidak mahu menanggung dosa membuat tuduhan yang tidak benar .Jaddik pendekatan yang kawe ambil adalah kawe sedang berurusan dengan kepala otak manusia bukan dengan kepala lutut manusia maka masalah kemusykilan kawe selesai dengan tenteram dan aman ..hahaha.
Secara peribadinya bolehlah kawe katakan kedua dua susuk ini bakal menjadi seorang ahli politik yang hebat dimasa akan datang jika diberi masa dan ruang . Tenang menguruskan tekanan diri ,pandai mengurus konflik dari kedudukan yang kurang selesa kepada kedudukan yang lebih selesa,bijak mencipta PERSEPSI imej dikala imej mereka cuba dirosakkan atau hampir musnah.
PILIHLAH PEMIMPIN YANG BERJALAN DENGAN OTAK BUKAN YANG BERFIKIR DENGAN LUTUT SEBAGAI PEMIMPIN KITA.

No comments:
Post a Comment