Thursday, August 2, 2012

Jemputan berbuka bersama PM


P100


Terkedu Kawe bila melihat kad jemputan untuk Ke majlis berbuka puasa bersama dengan Perdana Menteri Malaysia. Berbanyak terima kasih Kawe ucapkan kepada pihak yang menghantar Surat jemputan diluar pengetahuan PM kepada Kawe itu.

Bukan senang untuk rakyat marhein serupa Kawe untuk berada dalam satu majlis bersama dengan pemimpin nombor satu negara walaupun itu Bukan impian Kawe .

Bukan mudah untuk seorang PM mencuri kesibukan Tugas terhadap negara semata mata untuk berbuka puasa dengan rakyat jelata.

Hati Kawe berdetik untuk berkata bahawa sebagai rakyat Kelate Kawe amat teruja bila diundang ke majlis untuk meraikan seorang PM .Mungkin beribu ribu rakyat Kelate akan meraikan PM Malaysia untuk keesokan harinya akbar akhbar arus Perdana menulis PM meraikan beribu ribu rakyat Kelantan di Bachok dalam satu majlis berbuka puasa. Berbanggalah serta kembanglah lubang hidung seluruh rakyat Kelate mendapat seorang PM yang berjiwa Rakyat didahulukan ini.

Langkahan kaki Kawe mungkin menjadi berat untuk melangkah kemajlis meraikan PM ini bila terkenang perbuatan PM ini menafikan HAK. Kawe sebagai ore Kelate .

HARAPAN KAWE JIKA BENARLAH PM INI MAHU MERAIKAN ORE KELATE MAKA DIHARAPKAN MAJLIS INI MENJADI MEDAN YANG SEBENAR BENAR NIAT IHKLAS PM UNTUK RAIKAN ORE KELATE DENGAN KEMBALIKAN "HAK" MEREKA YANG TELAH DINAFIKAN SEKIAN LAMA

Sedak Dok Dek

Wednesday, August 1, 2012

Bahaya


P93


Biar pun mencari rezeki yang halal tapi membunuh diri sendiri adalah perbuatan yang haram.
Pesanan yang Kawe selalu gunapakai satu ketika dahulu adalah :
Kamu datang beribu kilometer dengan berjauhan Dari keluarga tercinta adalah dengan satu HARAPAN sahaja iaitu memberi kehidupan yang Lebih sempurna kepada mereka.
Harapan mereka pula Bukan untuk menerima satu bungkusan kain putih yang berisikan diri kamu yang kaku .
P/s: Gambar diatas diambil depan Pusat pembayaran Bil CELCOM di Sri Cemerlang Kota Bharu.

PENCERAHAN KEPADA OTAK KEMETOT

1. Pintu masuk jangan di halang >>> Zalim 




2.Pintu keluar jangan di sekat>> Kejam




3. keluar dan masuk >>> Proses yang tidak boleh berhenti. 





4. Sekatan adalah satu penafian.




5.Pemberian adalah Jalan keluar yang berlapang




7.Sekejap Bukan bermakna tidak menganggu,





8.Capai matlamat jangan sampai merosakkan



9.Kemudahan tidak wajar dijamin dengan kepayahan.



10. Berdiam diri Bukan jaminan bersetuju secara hakiki





Tuesday, July 31, 2012

Otak Kemetot

P83

1. Pintu masuk jangan di halang >>> Zalim
2.Pintu keluar jangan di sekat>> Kejam
3keluar dan masuk >>> Proses yang tidak boleh berhenti.
4. Sekatan adalah satu penafian.
5.Pemberian adalah Jalan keluar yang berlapang
6.Kebebasan patut berpada pada.
7.Sekejap Bukan bermakna tidak menganggu,
8.Capai matlamat jangan sampai merosakkan.
9. Kemudahan tidak wajar dijamin dengan kepayahan.
10. Berdiam diri Bukan jaminan bersetuju secara hakiki

Pisau

P79



Kegunaan yang pelbagai untuk kemusnahan Dan kemudahan.Untuk mengenyangkan perut yang lapar juga memerlukan pisau utk memo tong makanan.

Untuk menyelamatkan diri atau jaga keselamatan diri Dari musuh juga pisau amat berguna.

Di Muslim Raya haji paling sibuk pisau berjaya Dari upacara semelih Lembu sehinggalah gulai masak di dalam kawah.

Di musim PRU pun peranan istilah dari kerja kerja pisau ini juga tidak ketinggalan dari sudut kepentingan Dan kepergunaannya.

SELAMAT KERAT MENGERAT MENJELANG PILIHANRAYA YANG BAKAL TIBA INI


Thursday, July 26, 2012

SILATAN POLITIK BACHOK


"RAMPASAN KUASA " DI PARLIMEN BACHOK?  Begitu tajuk yang kawe beri hampir setahun yang lalu bila kawe menulis disini mengenai isu politik di Bachok yang tergembar gembur didalam facebook pada ketika itu. Kali ini sekali lagi kawe ingin mengarut disini mengenai politik BAchok yang hangat dan panas di bincangkan di dalam Facebook.

Kali ini kawe ingin menulis mengenai permainan politik Bachok yang semakin menarik ini bila PRU 13 semakin dekat dengan pestanya.Mungkin coretan kawe ini juga mempunyai rentetan atau kaitan dengan penulisan terdahulu TAPI mestilah dilihat dari sudut alam maya bukan realitinya yang akan berlaku diluar sana.

Keriuhan yang berlaku di Bachok pada hari ini adalah berkenaan calon untuk Parlimen bagi PAS ,siapakah calon yang sesuai dan boleh diterima oleh rakyat Bachok setelah gurisan telah dilakukan oleh Ahli parlimen PAS yang ada pada hari ini .Jaddik faktor utama yang mungkin menjadi perhatian pihak PAS adalah calon dari luar Kelantan atau luar Bachok mungkin tidak lagi diterima oleh rakyat Bachok walaupun ahli PAS Bachok boleh terima . Mungkin jumlah keramaian ahli PAS di Bachok masih tidak mampu untuk mengekalkan kerusi yang disandang pada hari ini.Mahu atau tidak PAS perlu mengemukakan calon dari anak tempatan untuk berhadapan dengan Datuk Awang Adek Hussin .

PAS dilihat atau mungkin dilihatkan tidak mempunyai calon dari anak tempatan untuk ditonjolkan untuk menyakin rakyat BAchok bahawa DAA itu tidak releven .Bila keadan ini berlaku maka anak anak BAchok dialam maya mula berbicara perkara ini dengan pelbagai andaian dan cadangan yang pasti membina atau bagus bagi yang mencadangkan.Perlu juga kawe catatkan disini bahawa didalam UMNO sendiri terdapat pihak pihak yang mahu DAA digulingkan lagi sekali di Bachok .Terdapat juga bekas bekas orang kuat DAA secara terbuka menyatakan penentangan mereka kepada DAA walaupun masih ahli UMNO dan ada lebih "daring " lagi apabila dengan secara terbuka mengistiharkan keluar UMNO untuk sertai PAS.

Pihak PAS yang tidak mahu dilihat sebagai mereka tidak mempunyai calon anak tempatan yang berwibawa maka penyokong penyokong PAS di alam maya ini cuba menonjolkan beberapa tokoh tokoh muda PAS Bachok untuk dicalonkan dalam PRU 13 nanti . Namun begitu berdasarkan komen komen yang diberikan serta kritikan yang dilontarkan amat jelas kudrat kewibawaan calon muda dari PAS tersebut bukan tidak layak tapi masih mentah dan rapuh untuk berhadapan dengan DAA sebagai pemimpin besar UMNO Kelantan pada ketika ini.Sengit dan tajam kecaman kecaman yang dilontarkan kepada bakal calon muda PAS tersebut.

Jangan lupa apa yang kawe tulis diatas bahawa ada golongan ahli umno yang mahu melihat DAA tersungkur di Bachok dan gerakan mereka ini bukan dilakukan secara maya tetapi telah meresapi ke akar umbi pengundi Bachok.Di alam maya ada satu kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai non partisan mencadangkan seorang bekas pemimpin UMNO yang sedang bertawaquf dicalonkan sebagai orang yang layak untuk menentang DAA di Parlimen Bachok.Semarak seperti api yang dicurahkan minyak gempitanya perbualan yang difokuskan kepada susuk ini.Ada pro dan con itu adalah perkara biasa dialam maya bila perdebatan berlaku.Namun begitu sukar bagi sesiapa yang mengenali tokoh ini untuk menafikan  ketokohan yang beliau miliki sebagai anak tempatan Bachok yang berwibawa untuk memimpin rakyat Bachok.Cuma terdapat sedikit konflik secara peribadi dengan tokoh ini serta sedikit masalah teknikal yang perlu dibereskan dulu jika kehendak tersebut mahu direalisasikan.Itu riuh rendah yang berlaku didalam mukabuku.

Ramai yang tidak tahu adalah apa yang berlaku dialam yang nyata ,ada berita yang dibawa oleh angin berkata susukan tokoh ini telah mendapat perhatian daripada kepimpinan tertinggi PAS di Kelate TAPI kawe tidak jelas sejauhmana kebenaran angin yang membawa berita tersebut. Khabar juga ada mengatakan bahawa kepimpinan utama PAS Bachok juga merasa sedikit tidak selesa dengan berita yang diceritakan oleh angin tersebut .Samada susuk tubuh tersebut ada pertemuan dengan pembesar PAS Kelate atau tidak kawe tidak tahu dan kawe akan biarkan angin yang meneruskan melagukan cerita ceritanya.

Dalam satu perbualam kawe diluar maya dengan seorang pengundi dari Bachok yang berkisar dengan susuk tokoh ini dan bila soalan diajukan kepada kawe ..Lagu mana hendak menrealisasikan supaya tokoh ini menjadi calon di bachok diatas tiket pakatan rakyat untuk menentang DAA di Bachok .Pada mulanya kawe menganggap sahabat kawe tersebut sudah terlalu terpengaruh dengan apa yang berlaku didalam mukabuku.Tetapi setelah melihat riak muka beliau yang serius ...Kawe sambil ketawa berkata ada 2 cara .

Cara yang pertama susuk tersebut kena menyertai PAS lah tapi pilihan ini mudah untuk dipilih tapi jalan yang bakal dilalui sangat sukar . Kerana jika PAS Bachok memberi laluan kepada tokoh itu dalam erti kata lain PAS Bachok menghina  ketokohan pimpinan PAS Bachok yang sedia ada. Cara kedua adalah dengan menyertai parti PKR namun begitu cara yang kedua ini pun bukanlah satu jalan yang mudah untuk mejadi kenyataan .Kawe tidak mahu menghuraikan halangan halangan disini kerana kawe yakin semua orang sudah tahu apa sebab sebabnya.

Dan sehari dua ini riuh di FB mengatakan susuk ini akan bertanding menentang DAA di parlimen Bachok atas tiket PR . Pakatan Rakyat disini bermakna PAS atau PKR lah tapi yang menariknya susuk tersebut masih ahli U\MNO yang sah , susuk ini tidak mendapat surat tunjuk sebab seperti Tamrin Ghaafar kerana hentam UMNO atas pentas pembangkang. Susuk ini tidak pernah secara terbuka menyatakan sokongan kepada PAS atau PKR. Tokoh ini tidak pernah melayangkan satu surat kepada YAB PM seperti yang dibuat oleh Tamrin dlam menyatakan kebenaran yang kawe tahu mungkin ada tapi diluar pengetahuan kawe.

Kawe pernah cuba menguji tahap ketaksuban pnyokong penyokong tokoh berkenaan bila kawe melakukan provokasi secara berasas didalam mukabuku.Bila kawe mengatakan PKR tidak releven untuk bertanding di semua kerusi di Kelantan ini menimbulkan satu kemarahan kepada penyokong yang mahu dilihat paling kuat berdiri dibelakang susuk tersebut . Jaddik sedikit gambaran yang boleh diceritakan disini bahawa PAS  menyambut susuk ini untuk bersama PR bukan bersama PAS.Mungkin PAS melihat susuk ini tidaklah sehebat tokoh tokoh PAS yang berada di Bachok.

Dalam percaturan politik, PAS kelihatan lebih bijak dari apa yang disangka oleh penyokong penyokong totok tokoh ini. Bila PAS merestui tokoh ini untuk bersama PR dengan sertai PKR maka secara gambarannya bolehlah penyokong totok yang mempunyai otak kereta soddok itu berangan angan bahawa PAS sudah merestui idola mereka bertanding atas tiket PKR di Bachok.Jaddik apabila kawe menolak pencalonan susuk itu untuk dicalonkan atas PKR di Bachok maka penyokong totok pun diserang histeria .hahahaha

Apa yang harus diperhalusi oleh totok yang berotak kereta soddok ini adalah keputusan yang di buat oleh pucuk pimpinan Pakatan Rakyat di Kelantan mengenai pembahagian kerusi adalah mengekalkan status dalam PRU 12 dahulu .Maknanya kerusi Parlimen Bachok adalah milik PAS maka mustahil lah berlaku susuk tersebut akan bertanding atas tiket PKR di Bachok melainkan berlakunya pertandingan tiga penjuru diantara PAS ..PKR dan BN .Dalam permaufakatan pakatan rakyat pertandingan 3 penjuru tidak akan berlaku .Dengan keputusan tersebut maka yang layak bagi susuk tersebut untuk bertanding atas tiket PKR adalah diluar Bachok jika masih mahu bertanding di Kelantan atau dinegeri negeri lain di Malaysia ini.

Kawe tidak menolak kemungkinan keputusan tersebut akan berubah tapi setakat hari ini dan saat ini itu adalah keputusan muktmad yang dimiliki oleh seluruh rakyat Bachok dan seluruh rakyat Kelantan. Satu perkara lagi yang kawe persoalkan adalah status parti susuk berkenaan . Batang tubuh yang dipuja oleh puak kereta ssodok ini masih lagi berstatus ahli UMNO yang sah .Jaddik apa rasional disini seorang ahli UMNO yang sah mahu bertanding diatas tiket PKR untuk menentang BN? Mungkin ada orang kata itu masalah teknikal sahaja ...Ya kawe soalkan permasalahan teknikal disini kerana kesungguhan perlu di jelmakan oleh pemilik batang tubuh berkenaan jika beliau benar benar IKHLAS untuk meratapi segala permasalahan yang dihadapi oleh rakyat Bachok.

Apa yang kawe lihat pada hari ini adalah susuk tersebut menggunakan kereta kereta ssodok untuk cuci tanah orang lain untuk beliau perintah nanti DAN sekiranya usaha kereta kereta ssodok ini berjaya maka beliau akan berlenggang lenggok untuk naiki tahta tanpa penat lelah . Sekiranya usaha kereta kereta ssodok ini tidak berjaya maka beliau akan kekal dengan status beliau seperti hari ini . Manusia seperti ini amat wajar kawe gelarkan sebagai manusia yang pentingkan diri sendiri dan makhluk perosak .

APAKAH KUMPULAN KERETA SSODOK PKR AKAN RAMPAS KUASA KERUSI PARLIMEN PAS DI BACHOK? 





ULANG TAHUN POLITIK PERSEPSI UMNO PASIR PUTEH


Hampir setahun yang lalu kawe menulis di blog ini mengenai POLITIK PERSEPSI UMNO PASIR PUTEH dari sudut pandangan kawe sebagai pemerhati dan pengkritik ikut sedap kawe nak kritik.Dalam penulisam tersebut kawe cernakan empat watak utama yang diberi peranan penting oleh kawe untuk membentuk PERSEPSI yang perlu diurus oleh minda minda yang suka berhalusina dengan budaya politik di Pasir Puteh.

Setelah setahun berlalu 3 watak yang kawe cernakan itu kelihatan seolah olah tenggelam dalam persada politik UMNO Pasir Puteh.Mungkin juga watak yang kawe pilih pada ketika itu bukanlah merupakan pemain utama yang bertanggungjawab untuk mengaturkan secara percaturan untuk kemajuan UMNO Pasir Puteh.

Siapa pencatur utama UMNO Pasir Puteh? Itu soalan yang kawe ingin tanya TAPI bukan jawapan tersebut yang kawe cari setahun yang lalu.Tapi untuk tahun ini jawapan tersebut sudah menjadi basi kerana suasana terkini sudah berubah oleh peranan hayat tampuk kuasa kerajaan hari ini sudah hampir tamat tempoh.Tempoh mandat oleh rakyat Malaysia kepada Pak Lah yang disalinkan kepada Najib sudah hampir tamat.Oleh yang demikian perkiraan hari ini dengan  perancangan setahun yang lalu oleh UMNO Pasir Puteh tentulah ada banyak perubahan yang berlaku.

Kawe tidak perlu singkapkan kembali kisah yang berlaku dalam bulan puasa tahun lalu kerana 3 watak yang kawe cernakan dulu seolah olah berpuasa tanpa waktu berbuka dan semestinya letih dan tidak bermaya untuk harungi cabaran .Mati kelaparankah 3 watak tersebut atau sedang menyimpan tenaga untuk bermaharajalela selepas Eidulfitri nanti .Bila ketiga tiga watak tersebut meredakan diri bukanlah bermakna percaturan dalaman UMNO terhenti atau pengasahan pisau tergendala.Bila 3 watak ini tenggelam maka muncul watak watak baru untuk mewarnai pelangi politik UMNO Pasir Puteh.

Jika dahulu kawe kautkan 4 watak tetapi kini pertembungan yang sebenarnya dari dahulu lagi adalah berkisar kepada 2 watak yang utama sahaja.Seperti permainan catur diatas papan yang berpetak Raja kepada kedua dua belah pihak akan dilindungi oleh para askar dan menteri. Diakhir pertempuran barulah si Raja muncul untuk membuat penyudah terakhir utk dapatkan kemenangan.Permainan catur memerlukan satu pasukan begitu jualah percaturan politik UMNO di Pasir Puteh juga mempunyai pasukan pasukan tertentu yang terlatih untuk diperadukan dengan pihak lawan semasa PRU 13 nanti.Kenapa UMNO PP memerlukan banyak pasukan BUKAN satu pasukan sahaja ? Jawapannya mudah jika ada banyak pasukan maka serangan kepada pihak lawan dapat dilakukan dari pelbagai sudut .Hahahaahha....

Apa yang menarik adalah satu pasukan ini diperingkat awal lagi sudah muncul RAJA nya dan satu lagi pasukan tidak muncul watak RAJA nya secara terbuka. Dan kawe dari awal lagi telah mengutip Raja yang menonjol itu sebagai salah satu watak dari 4 watak tersebut.Perkiraan kawe adalah adil mana mana raja yang mahu ditonjolkan awal maka kawe kira watak itu milik dunia untuk di ketahui.

Bila RAJA wujud maka mustahil hulubalang kepada RAJA tidak ada , bila hulubalang ada mustahil tidak dibekalkan dengan senjata ,bila senjata ada mustahil akan dibiarkan berkarat tanpa bertempur.Pertempuran yang berlaku pada tahun lepas diantara 2 RAJA dalam UMNO PP bukanlah satu pertempuran untuk menghancurkan diantara satu sama lain TAPI bagi penglihatan kawe adalah satu pertempuran percubaan untuk menguji kekuatan hulubalang masing masing sahaja.Kebijaksanaan kepada satu kumpulan adalah bila berjaya menutup siapakah RAJA yang sebenar bagi hulubalang yang berjuang.Tetapi dalam satu sudut pendangan yang lain boleh dilihat bahawa RAJA yang berani jelmakan diri seawal pertempuran bermula boleh dikira sebagai RAJA yang berani namun begitu kebodohan juga boleh dianugerahkan kepada RAJA tersebut dari sudut PERSEPSI strategi.

Kini percaturan terbaru kedua kedua RAJA ini jaddik lebih menarik kerana pertempuran kali ini adalah pertembungan hidup mati dalam karier politik bagi seorang RAJA dan bagi seorang lagi RAJA inilah peluang untuk membuktikan dirinya sebagai benar benar RAJA yang ditakuti oleh rakyat Pasir Puteh dan masih gagah untuk menewaskan RAJA yang sudah tua .

RAJA mempunyai daulat itu dah sinonim tapi RAJA dalam politik UMNO  tidak memerlukan DAULAT tetapi JASA kepada rakyat adalah pengukur utama.Jaddik dalam perebutan untuk menjadi RAJA dalam UMNO di Pasir Puteh ini selaian dari kaekuatan hulubalang yang di miliki oleh kedua dua RAJA tersebut maka jasa kepada rakyat Pasir Puteh juga menjadi penentu utama untuk dipilih RAJA mana bakal di nobatkan.Tapi dalam UMNO secara keseluruhan dan UMNO Pasir Puteh tidak terkecuali bahawa JASA ini yang lebih penting adalah bukan kepada rakyat marhein tetapi JASA kepada pucuk pimpinan tertinggi parti adalah lebih utama untuk ditabalkan untuk menjadi RAJA di Bahagian UMNO seluruh negara .

Dengan adanya faktor JASA ini tak kira kepada rakyat atau pemimpin UMNO itu sendiri maka kawe tiada pilihan lagi selain melakukan imbasan kembali kepada kedua dua RAJA ini untuk membentuk persepsi andaian RAJA malah yang wajar dan patut ditabalkan oleh pimpinan tertinggi UMNO sebelum untuk dipilih oleh rakyat Pasir Puteh.Kali ini kawe akan lebih fokus kepada kekuatan JASA kedua dua RAJA ini untuk menilai dan dinilai oleh pelbagai pihak dan kawe tidak berminat dengan hulubalang hulubalang yang akan bertikam untuk mempertahankan RAJA masing masing nanti.

Kawe ambil RAJA yang sulong dahulu untuk ditampilkan ,RAJA ini satu ketika dahulu terkenal dengan seorang pemimpin yang mesra rakyat tetapi semasa RAJA ini berkuasa satu ketika dahulu ada sedikit kealpaan yang tidak disengajakan atau disengajakan mungkin telah diletakkan persepsi seorang RAJA yang selalu berada di Istana Kuala Lumpur bukan diteratak Pasir Puteh.Tapi pada ketika itu RAJA ini ditakuti kerana dikatakan amat rapat dengan Bakal Presiden UMNO yang tidak kesampaian.Hulubalang hulubalang RAJA sulong juga pada ketika itu amat perkasa serta digeruni lawan dan disegani kawan.

RAJA adik muncul selepas roda berpusing membawa kebawah RAJA sulong tersebut ,RAJA adik ini tidak kurang juga hebatnya sehinggakan ditakuti oleh kawan dan digeruni oleh lawan .Kelibat RAJA adik ini sangat agresif dan dagu tinggi kepada semua khlayak dan rakyat.Kemuncak kehebatan RAJA adik ini adalah bila berjaya membawa seluruh rakyat Pasir Puteh menyertai UMNO yang mana tidak pernah berjaya dilakukan oleh mana mana pihak sebelum ini.RAJA adik membina istana di Pasir Puteh dan hanya ke Kuala Lumpur jika perlu sahaja.RAJA adik juga meletakkan satu persepsi bahawa sesiapa yang menentang atau tidak setuju dengan beliau bermakna menentang UMNO.Dan RAJA adik ini tidak sekadar meletakkan persepsi sahaja malah bertindak ikut seleranya bila ada yang tidak setuju dengan beliau dan sejarah mencatatkan RAJA ini pernah membuang beberapa pemimpin UMNO yang lain di Pasir Puteh.

Pistol telah diletupkan untuk semua pelumba memulakan langkah untuk menuju kegarisan penamat dan kedua dua RAJA ini tidak ketinggalan terlibat sama dalam menyertai kelompok pelumba .Pelumba lain mempunyai satu matlamat sahaja iaitu untuk menjadi orang yang pertama sampai ke garisan penamat namun kedua dua RAJA ini mempunyai satu lagi matlamat tambahan iaitu untuk memastikan salah seorang sahaja yang akan sampai digarisan penamat nanti.Kedua duanya berlari pantas untuk ke garisan penamat dan kepantasan juga diperlukan oleh RAJA RAJA ini untuk mengulingkan salah seorang dari mereka sebelum sampai ke garisan penamat.Jika dilihat dari faktor usia tentulah RAJA adik yang mempunyai kelebihan tapi jikalau iktibar arnab berlumba dengan pelanduk maka faktor usia menjadik tidak releven untuk diberikan kelebihan kepada RAJA adik.

Apa yang berlaku diluar gelanggang perlumbaan lebih menarik kawe rasa ,kedua RAJA ini sudah tentu mempunyai hulubalang dan rakyat jelata masing masing dan sudah tentulah sang setia kepada RAJA tidak mahu melihat RAJA mereka tertiarap diseparuh perlumbaan TAPI mereka ingin melihat RAJA yang bukan menjadi kesetiaan mereka tertiarap.Kemungkinan sang setia kepada RAJA adik banyak melakukan strategi diluar gelanggang untuk memberi sokongan moral kepada RAJA mereka kerana yakin dengan kudrat RAJA adik yang lebih bertenaga untuk menghancurkan RAJA sulong didalam medan perlumbaan. Mungkin juga sang setia RAJA adik mengadakan komplot pakatan dengan pelumba  pasukan HIJAU untuk menjatuhkan RAJA sulong dialam medan untuk dilihat RAJA adik mendapat kemenangan yang bersih tiba digarisan penamat walaupun RAJA sulong tertunggeng di tengah jalan. Itu hanya satu andaian kemungkinan kawe sahaja.

Sang setia RAJA sulong juga bukan calang calang hulubalang dan pengikut yang dimiliki serta pengalaman yang ada kepada mereka adalah satu kelebihan .Rencana ddiluar gelanggang mereka juga hebat.Persepsi kawe kepada hulubalang sang setia RAJA sulong ini amat mudah bagi kawe kerana mereka sedar jika larian secara adil digelanggang sukar untuk dimenangi kerana faktor tenaga.Bantuan dari luar amat amat bermakna bagi RAJA sulong ini.Apakah  perancangan dari hulubalang Raja Sulong dari luar gelanggang nanti? Kawe tak tahu sebenarnya TAPI kawe ingin cadangkan supaya hulubalang ini menyediakan sebanyak mungkin nyior nyior kote nanti ...hahahahha.

Kawe ada bertanya seorang rakyat umno di Pasir Puteh RAJA manakah yang akan menjadik pilihan beliau untuk merafat sembah daulat nanti ....Kawe teruja dengan jawapan beliau bila dengan slumberland seperti lembu kenyang beliau berkata RAJA yang baik akan menjadi pilihan beliau.Kawe termenung dan merenung tepat dimata hitam beliau untuk mentafsirkan jawapan sebenar.

RAJA RAJA ZAMAN DAHULU SUKA MENYABUNG HAYAWAN HINGGA ADA KISAH YANG DIRIWAYATKAN NEGERI TERGADAI ....ADAKAH RAJA SEPERTI ITU JAHAT?? 






Tuesday, July 24, 2012

URUSAN RESMI




Kehadiran Datuk Sri Panglima Hj Lajim berjumpa YAB TGNA di Pejabat Menteri Besar Kelantan itu mempunyai 2 misi . Lawatan kerja secara resmi dibincang secara terbuka dan misi kedua dibincang secara sulit 6 mata diantara TGNA DSPHL dan DHM.

Saturday, July 21, 2012

SELEPAS ATAU SEBELUM?


Terpegun dan ternganga bila kawe membawa malaysiakini dengan tajuk Filem Rakam 13 Mei Bakal Cetus Kontroversi

Memang seorang pembikin filem akan mencari kontraversi untuk melariskan filem mereka untuk mendapat pulangan modal yang dilaburkan dan untung yang berganda yang dicari.

""Terdapat juga kain rentang yang digunakan dalam filem ini yang turut dipercayai boleh menimbulkan kontroversi seperti ''Melayu balik kampung'' dan ''darah dibalas dengan darah'' dalam bahasa Cina.
NONE
Tanda Putera memfokuskan tentang kepimpinan perdana menteri kedua Tun Razak Hussein dan timbalannya Tun Dr Ismail Abdul Rahman.

Filem yang menelan belanja sehingga RM4.8 juta ini sepatutnya ditayangkan pada 13 September ini. Bagaimanapun, penayangannya terpaksa ditangguhkan untuk suatu masa yang tidak pasti.
Menurut Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) penangguhan tayangan filem itu tiada kena mengena dengan bahang pilihan raya umum ke-13." Petikan dari Malaysiakini .









Kawe tidak mahu untuk tolong tambahkan kontroversi atau membantu melariskan lagi filem ini TAPI jika UMNO yang keluarkan modal untuk Filem ini disiapkan maka ianya satu pelaburan yang amat berbaloi sebagai mana UMNO laburkan sebanyak RM 2 Juta untuk pasukan bolasepak Kelantan di uruskan oleh Tan Sri Anuar Musa .

FILEM INI AKAN LEBIH MENARIK JIKA NAJWA ANAK DARA SUNTI TPM JUGA TURUT BERLAKON .