Sunday, August 28, 2011
Thursday, August 25, 2011
TOPI SSUDU DALAM MAJLIS KOPIAH PUTIH
Malam tadi kawe menghadirkan diri ke majlis makan ccolek perdana yang di anjurkan oleh Dewan Pemuda Pas Kelantan.Majlis beramah mesra pemuda PAS dan anak anak muda sekitar Kota Bharu ini mendapat sambutan yang amat membanggakan dari kelompok yang menjadi sasaran iaitu ''makan coolek perdana bersama 1000 facebookers"".Kawe hadir ke majlis ini bukan atas kapasiti ahli PAS tetapi sebagai rakan mukabuku dari kumpulan UMNOtumPAS .
Majlis bermula 10.15 malam iaitu selepas sembahyang sunat terawih seperti yang tertera di kad jemputan yang di pamerkan oleh penganjur majlis di wall UMNOtumPAS.Kawe bersama dengan YBP iaitu salah seorang ahli UMNOtumPAS di Kota Bharu .Kami sampai ditempat majlis makan ccolek tersebut lebih kurang pukul 10.30 malam dan kelihatan sudah ada yang memenuhi kawasan sekitar dan ada yang telah mengambil tempat masing masing diatas kerusi yang disediakan dibawah khemah khas.\Jikalu pengalaman majlis makan Ccolek di berek 12 tempohhari kelolaan YB Dato Wan Rahim majlis akan bermula selepas beberapa ucapan ucapan dari facebookers dan blogger yang dipilih secara rawak oleh pengerusi majlis.Oleh kerana majlis belum bermula dan untuk mengelak terpilih secara rawak untuk memberi ucapan yang membosankan kepada hadirin kami buat keputusan pergi ke kedai kopi berdekatan dan akan kembali semula bila upacara ucapan selesai.
Tujuan kawe yang sebenar ke majlis tersebut bukanlah kerana hendak menikmati sangat pelbagai jenis ccolek yang disediakan itu .Tetapi matlamat kawe adalah untuk melihat dengan mata kepala sendiri fanomena facebook yang menjadi kegilaan semua pihak sekarang ini.Untuk melihat sejauh manakah penglibatan anak anak muda ini bersosial dengan facebook untuk kebaikan masa depan mereka .Untuk melihat sejauhmanakah sayap sayap parti politik PAS peka/prihatin untuk mendekati anak anak muda yang terdedah dengan berita berita pantas dinternet yang memeningkan kepala kerajaan BiniNajib untuk melakukan propaganda halus mereka .Atas sebab kecil yang lain juga untuk kawe ingin menunaikan janji kawe kepada Hafiz Musa yang bertanya mengenai kehadiran kawe di satu wall dalam mukabuku,prinsip janji perlu ditunaikan kecuali aral yang melanda juga perlu dilunaskan.
Setelah menghabiskan kerabu maggie sepingan sorang dari sebuah restoren berdekatan kawe dan YBP kembali semula ke majlis makan ccolek tersebut dan mengambil tempat duduk diantara kelompok anak anak muda yang berbaju kuning @ Kumpulan MERAK iaitu satu kumpulan anak muda bermotosikal yang di CAKNAI oleh PAS Kelantan berkenaan kegiatan2 mereka. Manakala sekelompok lagi adalah anak anak muda yang berbaju melayu dan berkain pelikat kemas serta berkopiah putih sedang mendengar ucapan ucapan dari rakan rakan mukabuku mereka.Kawe memilih untuk berada diatara 2 kelompok ini kerana sepemerhatian kawe dalam majlis tersebut hanya kawe sorang sahaja yang menutup kepala menggunakan ''topi ssudu'' seperti gambar diatas.Tidak ssong rasanya jika ''topi ssudu'' memberi suatu suasana kejanggalan pada pandangan jika kawe menempatkan diri kawe ditengah tengah kelompok itu .Begitu juga kawe berasa sedikit ''cakkgung'' untuk menempatkan diri kawe ditengah tengah kelompok ''Mat Rempit"" kerana faktor perbezaan bilangan hari yang dilepasi dalam hidup walaupun ''topi ssudu'' amat sesuai dengan kelompok ini.Jaddik pilihan yang sesuai untuk kawe menempatkan diri secara bersederhana adalah berada diantara keduanya , Kelompok ""pioh putih"" mungkin boleh terima kawe kerana faktor usia dan kelompok ''Mat Rempit"" boleh terima kawe kerana menghormati ''topi ssudu'' sebagai satu simbol ''kerempitan'' mereka.
Dalam kedua dua majlis makan ccolek yang dianjurkan oleh pihak PAS ini samada dari golongan pimpinan lama yang agak berpengalaman di Berek 12 atau dari pemimpin muda malam tadi .Kedua dua majlis ini kawe hadiri dan dengan sengaja kawe letakkan ''topi ssudu'' diatas kepala kawe bukan kopiah putih walaupun rata rata hadirin yang hadir berkopiah putih .Kenapa kawe menjanggalkan diri dalam majlis yang kawe hadiri?Jawapannya kawe sedang mencari jawapan itu dan akan kembali mencari jawapan itu jika perlu.
Mungkin dimasa masa lampau bila dikaitkan dengan majlis majlis yang dianjurkan oleh PAS maka semua orang akan terbayang dengan kemeriahan kopiah putih dan kain serban bagi golongan muslimin dan tudung labuh atau purdah bagi golongan muslimat ,itu dulu kini PERSEPSI tersebut kawe rasa telah berubah.Berdasarkan keyakinan kawe kepada PERSEPSI tersebut dalam kedua dua majlis santai yang di anjurkan oleh pihak PAS kawe berani ""menjjanggalkan"" diri kawe dengan memakai ''topi ssudu'' dalam majlis majlis tersebut.
Kawe ingin tengok dimanakah kedudukan anak mata orang orang PAS yang berkopiah putih bila kawe hulurkan tangan untuk bersalaman dengan mereka samada pandangan mata mereka tepat memandang mata kawe atau gelecoh permandangannya kepada ''topi ssudu'' kawe hahaha.Kita selalu mendengar ucapan ucapan pemimpin pemimpin PAS bahawa mereka sekarang mengamalkan sikap keterbukaan dan kesederhanan yang tinggi serta juga dipaparkan didalam ahkbar akhbar mereka mengenai perubahan sikap mereka ini .Apakah benar seperti yang mereka canangkan itu atau hanya indah khabar dari rupa?
Alhamdullilah dari kedua dua majlis yang kawe hadiri ini penerimaan mereka terhadap kawe sebagai seorang INSAN kelihatan amat ikhlas walaupun ''topi ssudu'' yang menutup kepala kawe bukanlah budaya mereka.Tiada teguran secara terbuka atau secara sinis lagi yang kawe terima .Tiada lagi perkataan seperti ''comey topi ssudu demo'' terdengar ditelinga kawe setakat ini .Jikalau ada percakapan dari belakang itu bukanlah perkara yang kawe ambil pusing atau menjadi satu kehendak kawe untuk mencari orang yang bercakap dibelakang perihal kawe.
Melihat kepada perhatian yang khusus kepada golongan muda khususnya mat mat rempit yang di ambil oleh PAS ini menandakan satu aras pencorakkan baru dalam perjalanan parti yang satu ketika dahulu amat sesuai bagi golongan yang kian menghampiri panggilan lubang kubur.Kini slogan PAS FOR ALL adalah bukan satu gimik politik semata mata tetapi satu penghayatan yang dicernakan secara bersungguh sungguh untuk mengubah pandangan masyarakat kearah satu pembentukan gaya hidup baru dalam masyarakat yang dihuni oleh pelbagai peringkat umur.
MUNGKIN JIKA KAWE UNGKAPKAN ;;KINI PAS ''AT THE TOP'' DIHATI GOLONGAN MUDA BUKANLAH SATU UNGKAPAN KOSONG YANG TIDAK BERMAKNA.
Wednesday, August 24, 2011
MAJLIS IFTAR BATCH 88
MAKLUMAN KEPADA SEMUA WARGA BATCH 88 DI SELURUH DUNIA SATU MAJLIS BERBUKA PUASA TRADISI SESAMA SAHABAT AKAN DI ADAKAN DI KOTA BHARU.
TARIKH : 29-08-2011
TEMPAT ; RESTOREN UKIR SRI ANJUNG ,PANJI
KEPADA SEMUA WARGA DIJEMPUT HADIR BERSAMA KELUARGA MASING MASING.
KETERANGAN LANJUT BOLEH LAWATI FB GROUP BATCH 88.
Tuesday, August 23, 2011
PAS PUSAT YANG BODOH SOMBONG
Lebih kurang 200 ahli PAS Parlimen Jeli memenuhi dewan untuk memilih dan mencalonkan bakal wakil mereka.
Demam pilihanraya kini menyerang semua parti parti politik di Malaysia.Beberapa hari yang lalu lengkaplah nama nama bakal calon kemungkinan PAS di seluruh Parlimen dan DUN negeri Kelantan dalam majlis K.A.P yang diadakan diseluruh kawasan secara serentak.Nama nama bakal calon yang dipilih oleh ahli ahli PAS dikawasan masing masing sudah diserahkan kepada Pesuruhjaya Pas Negeri untuk tindakan selanjutnya.Kini seluruh ahli ahli PAS di negeri kelantan sudah mempunyai calon yang akan mereka beri undi dalam PRU 13 nanti .Mereka sudah mengetahui siapa calon yang sesuai untuk memimpin mereka selepas PRU 13 nanti.
Kawe toksir cerita terlalu terperinci berkenaan proses KAP yang diperkenalkan/diilhamkan oleh TGNA semenjak tahun 1982 hingga ke hari ini.KAP adalah senjata ketelusan yang mustajab yang memberi kelebihan kepada PAS mengatasi pihak lawan sepanjang PRU PRU yang lalu.Dikala PAS sudah selesai mengenal pasti calon calon mereka yang akan bertanding dalam PRU 13 nanti UMNO masih lagi terkial kial dalam kebingungan samada untuk memilih calon calon dari golongan muda atau sebaliknya .Ini berdasarkan kenyataan Stopa Mamat yang disiarkan oleh malaysiakini.Jauh sungguh ketinggalan parti yang kaya material berbanding dengan parti yang kaya ilham di malaysia ini.SIMULASI untuk UMNO seluruh negara atau KAP untuk PAS Kelantan sahaja, yang mana lebih berkesan mempunyai jawapan yang tersendiri kepada kedua kedua parti yang dianggotai oleh majoriti orang melayu di Malaysia.
Apa yang ingin ketengahkan disini adalah mengapa KAP ini menjadi amalan PAS hanya di Kelantan sahaja?Dalam posting yang lalu kawe ada menyentuh sedikit tentang MAS dalam PAS yang boleh di baca di SINI. Tetapi bila menghadiri majlis KAP di Jeli tempoh hari pandangan kawe terhadap MAS dalam PAS sedikit berubah. Para peserta dalam majlis KAP itu nampak lebih tersusun ,begitu juga proses pembahagian borang hijau dan kuning nampak begitu tersusun dan kemas untuk para peserta mengisinya.Kemanan yang ditonjolkan oleh ahli ahli memilih bakal pemimping yang mereka suka diadakan dengan penuh tertib sekali.Terdetik dalam hati kawe jikalau benarlah begini cara gerak kerja PAS di semua negeri negeri seluruh negara KEMUSTAHILAN tidak menjadi jurang yang amat besar untuk melihat BN dihalau dari putrajaya.
Setelah majlis selesai dan dalam perjalanan pulang kawe bertanya kepada Ahli Parlimen Kota Bharu yang bertanggungjawab sebagai Ketua Urusetia yang bertugas pada malam itu . Soalan kawe adakah PAS diseluruh negara mempunyai aktiviti yang sama pada malam ini. dengan tegas beliau menjawab TIDAK hanya serentak di seluruh Kelantan sahaja.Kawe terus mengheret YB ini untuk terus berbual dengan kawe mengenai perkara tanpa menganggu fokus beliau kepada stereng yang dipandu .Kawe terus mengaju soalan kawe untuk menduga YB ini ,kata kawe Adakah PAS Pusat tidak mengiktiraf KAP yang dilakukan oleh PAS Kelantan?Beliau menjelaskan bahawa PAS Pusat tidak menganggu urusan itu ,terpulanglah kepada setiap negeri lain untuk menetapkan cara tersendiri.Beliau juga menjelaskan dalam beberapa muktamar terdapat perwakilan dari kelantan mencadangkan supaya amalan KAP oleh kelantan ini diseragamkan untuk semua negeri yang lain TETAPI perkara ini hanya tercatat diatas kertas cadangan sahaja.Bila beliau menjelaskan sedemikian kawe tidak meneruskan soalan yang seterusnya mengenai perkara ini demi untuk tidak memberi satu keadaan yang tidak selesa untuk beliau menjawab soalan yang mana beliau bukan berada dalam kapasiti untuk menjawab.
Kawe memilih ruangan ini untuk bertanya secara umum kepada barisan kepimpinan PAS pusat khasnya dan kepada ahli ahli PAS diluar kelantan umumnya.Apakah sistem KAP yang diperkenalkan oleh TGNA yang berusia puluhan tahun ini tidak cukup baik untuk ditiru oleh negeri negeri lain di Malaysia? Apakah PAS pusat tidak mengiktiraf kejayaan cemerlang Pas Kelantan yang berjaya mempertahankan negeri kelantan lebih 20 tahun itu?Apakah dengan mengambil idea/meniru apa apa sahaja bentuk gerak kerja yang baik oleh PAS Kelantan secara tidak langsungnya akan menunjukkan PAS negeri lain lemah dalam strategi lebih lebih lagi Negeri Terengganu yang dipimpin oleh Presiden Pas sendiri?
Bagi kawe PAS pusat sudah menjadi bodoh sombong dalam hal ini ,jikalau ditinjau sejenak negeri negeri yang diperintah oleh kerajaan PR telah diseru oleh pemimpin pemimpin untuk datang ke kelantan serta belajar dengan barisan pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan tentang rahsia rahsia yang dilakukan untuk menidakkan kerakusan Kerajaan BN menguasai kelantan. Mereka datang untuk mendapat nasihat yang berguna ,mereka pulang dengan mengguna pakai mana mana perkara yang sesuai dengan persekitaran ditempat mereka.Apakah dengan mengambil tips tips dan contoh contoh dari kelantan ini maka mutu pentadbiran kerajaan negeri Selangor ,Kedah dan Pulau Pinang lebih lemah dari Kelantan? Sila semak dan nilai pencapaian mereka dari semua sudut .Jika PAS Pusat cerdik dan tidak sombong sudah tentulah mereka akan mereka tahu bahawa Kerajaan Pusat sendiri pun telah banyak meniru pembaharuan pembaharuan yang dibawa oleh Kerajaan Kelantan di bawah kepimpinan TGNA .Jika kerajaan pusat yang tekenal dengan sikap cerdik dan sombong itu sanggup meniru/menerima idea pembaharuan yang di bawa oleh PAS Kelantan KENAPA PAS Pusat masih mahu berada dalam keadaan BODOH SOMBONG tidak mahu mengambil kesempatan untuk memperkuatkan kedudukan PAS di negeri lain dalam soal soal KETELUSAN yang melibatkan rakyat bawahan dan pemimpin yang diatas?
PAS Pusat seharusnya mengambil iktibar tentang apa yang berlaku kepada PAS Terengganu dalam PRU yang lalu KERANA bodoh SOMBONG lah .PAS Pusat harus jujur tentang ''post mortem'' yang dibuat mengenai punca kekalahan sebenar PAS Terengganu di bawah kepimpinan TGHA sebagai Menteri Besar pada waktu itu.Membuat kenyataan bahawa kekalahan PAS Terengganu adalah tanggungjawab bersama kepada seluruh PAS dalam negara adalah satu amalan yang baik dalam jemaah.TETAPI untuk bermimpi dan berkhayal dengan satu kenyataan yang tidak tepat adalah satu tindakan BODOH yang boleh membawa kepada benih benih SOMBONG membiak dalam satu satu organisasi.
Pada pengamatan kawe rahsia sebenar kejayaan PAS Kelantan adalah kerana berjaya mengekalkan sifat sifat KETELUSAN diantara pemimpin atasan dengan rakyat bawahan. Kesilapan dan kesalahan yang berlaku dalam mana mana organisasi /parti/pertubuhan adalah perkara biasa.Tetapi KETELUSAN akan dinilai dan terima bila mana ada keberanian mengakui kesilapan dengan ikhlas dan jujur BUKAN dengan cara mencernakan KETELUSAN itu dengan membuat kenyataan yang tidak tepat untuk melegakan hati jemaah.
PAS Pusat tidak perlu ambil kira pandangan pemimpin pemimpin PAS yang asalnya dari Kelantan dalam ini sekiranya malu untuk dilihat bahawa pemimpin PAS Kelantan lebih cerdik dalam melakukan segala gerak kerja dari mereka yang diluar Kelantan.PAS Pusat boleh mengambil pendekatan CERDIK dan SOMBONG dengan mengarahkan YB YB PAS yang pernah mendapat suaka jawatan YB di kelantan dalam beberapa pilihanraya umum yang lalu.Arahkan YB Salehuddin Ayub,YB Hatta Ramli,YB Nasaruddin serta Mat Sabu yang kini Timbalan Presiden untuk mendedahkan kepada PAS Pusat apakah strategi strategi yang diguna pakai oleh PAS Kelantan mengekalkan kedudukan dan menambahkan sokongan rakyat terhadap mereka.Ambil yang baik dan perbetulkan yang kurang molek maka dapatlah hasil yang berkesan.
Kawe tidak mengatakan Presiden parti TGHA dan konco konconya lemah dalam merangka strategi PAS di PUSAT tetapi hakikatnya strategi politik dari otak otak tua mereka sudah kolot hinggakan kuasa negeri yang sudah dalam tangan pun boleh hilang.Apakah ahli ahli PAS yakin otak otak yang sudah menurun tahap kecerdasannya boleh merangka satu strategi yang baik dan jitu untuk menghalau BN dari Putrajaya? Kini sudah sampai masanya untuk bangun dari mimpi enak dan menyatakan dengan TEGAS kepada rakyat umum sememangnya kini PAS adalah sebuah parti politik yang paling berkuasa di Malaysia dan selepas PRU 13 nanti akan membawa perubahan yang besar kepada rakyat malaysia.

Monday, August 22, 2011
AWE DAN NILA
AWE NILA
''AWE" adalah satu panggilan manja kepada anak lelaki dalam keluarga bagi kebanyakkan orang Kelantan.Anak lelaki yang dipanggil dengan gelaran ''ÁWE' kebiasaannya dikaitkan dengan anak yang bongsu tetapi tidak semestinya begitu.Anak lelaki yang memiliki gelaran ''AWE" ini biasanya akan dimanjai dalam keluarga,di puja kerana kemungkinan kerana mempunyai kelebihan2 tertentu.
""NILA'' adalah sejenis bahan pewarna yang biru auranya.Bahan pewarna yang berbentuk serbuk halus ini berfungsi untuk mengembalikan keceriaan kepada kelusuhan fabrik yang berwarna putih.Adunan serbuk biru ini dengan secukup rasa air akan mengembalikan semula kejituan warna putih yang malap dan lusuh itu.NILA juga memerlukan kombinasi komponen lain untuk penghasilan yang lebih baik kepada fabrik tersebut iaitu ''klorok''.Walaupun NILA ini dikatakan banyak membantu untuk memberi imej bersih kepada tuan punya fabrik namun begitu NILA juga dikatakan sebagai bahan perosak sehinggakan orang melayu berbidalan pasal NILA ni yang berbunyi ''Kerana NILA setitik Rosak susu sebelanga"".Jaddik walaupun nila ini ada manfaat tetapi TETAP disimpan/diletakkan ditempat tempat yang boleh memberi kerosakan kepada perkara perkara asasi yang lebih berharga kepada isi rumah WAIMAH di ''jokke''dapur pun ore tak simpan nila ...Anda semua boleh bayangkan sendiri dimanakah tempat yang paling sesuai untuk NILA di tempatkan didalam rumah.Pilhan kawe dalam jambe..
Kisah Awe dan Nila ini bagaikan aur dengan tebing dizaman dahulu bagi ore ore kampung yang susah dan tidak mampu untuk menghantar pakaian ke kedai dobi.''Awe'' yang ceroh otaknya dizaman budak perlu ditonjolkan personaliti yang kemas disekolah .Baju sekolah mesti putih dan bersih ,mesti disterika lendik baju dan seluar untuk mewajahkan/mengambar ""AWE" seorang budak yang cerdik dan bergaya .Walaupun ''AWE"" cerdas otaknya dalam pelajaran tapi sorang budak tetap mempunyai perangai budak .Di sekolah "'AWE'' bercampur dengan kawan kawan yang lain dan bermain bersama kawan kawan yang lain yang mengakibatkan baju putih yang digosok lendik jadik ''cemar bbolot'' bila pulang kerumah.Ibu yang terpaksa basuh dan meNILAkan baju ''awe'' setiap hari serta terpaksa bersekang mata didinahari untuk membakar arang bagi tujuan mensterikakan baju ''awe'' ini tidak pernah mengeluh dengan sikap ''awe'' yang bawa baju cemar bbolot bila pulang dari sekolah.
Begitulah betapa besarnya jasa ""NILA'' ini kepada ""AWE"" dizaman persekolahan dahulu.Peredaran zaman berlaku kampung sudah jaddik bandar dan bandar sudah jaddik bandaraya.Kini ''awe' yang ceroh otak ini tidak lagi tinggal di kampung.''Awe'' juga sudah tidak perlu kepada ''nila'' lagi untuk memperlihatkan dirinya kemas dan bergaya.Baju''Awe'' tidak lagi perlu dilendikkan oleh sterika arang .Segala galanya telah berubah bagi ''awe''. Apakah ''AWE'' masih ingat bahawa ''NILA" pernah berjasa kepada beliau? hanya ''awe'' sahaja yang tahu jawapannya.
"'AWE"' tidak pernah tahu berapa adunan debu nila yang sesuai untuk dicampurkan dengan air bagi penghasilan putih jitu di bajunya."'AWE'' tidak pernah tahu berapa sudu klorok yang diperlukan untuk dicampurkan dengan air untuk rendaman bagi menghilangkan tompokan kekotoran yang ada di bajunya.''AWE'' tidak pernah tahu berapa ketul arang ppurung yang diperlukan bagi memanaskan sterika untuk melendikkan bajunya.
Setelah tua ''AWE'' teringat kembali kepada baktinya NILA ini tetapi segala segalanya sudah terlambat bagi ''awe'' kerana untuk beliau pelajari teknik teknik ''MENILA'' baju dari orang tua sudah tiada lagi.Sudah menjadi keaslian diri ''AWE"' yang dianugerahkan otak yang ceroh ini akan mempunyai segala penyelesaian terhadap kemuskilan yang belaiu hadapi.Kini ''NILA'' masih ada lagi dijual dikedai kedai pendalaman kampung bukan dibandar besar tempat ''awe'' tinggal.Hati manusia yang membuak kerana satu kehendak adalah perkara yang amat susah untuk dikawal dan diubati.Ingatan ''awe'' pada nila sudah menjadi parah tetapi ''AWE"" kena menjaga status kedudukan yang dimilikinya kini. "'AWE" takkan merendahkan dirinya untuk masuk kekampung untuk mencari kedai yang menjual nila dan belajar bagaimana nila dicampurkan.
''AWE'' yang hebat ini telah memanggil beberapa penjual nila kerumahnya untuk bertanya mengenai harga nila .Maka berduyun duyun lah para penjual nila dari kampung datang ke rumah ''awe' untuk mempromosikan nila jualan mereka.Satu demi satu ''AWE'' mendengar penjelasan dari penjual ini menceritakan kebaikan barangan jualan mereka dengan harganya sekali.Dalam diri ''awe' mana mana penjual yang boleh menerangkan cara untuk mencampurkan adunan sekali akan dipilih.Maka berkatalah seorang penjual nila yang hebat kepada ''awe'' bahawa beliau mempunyai beberapa pakej dalam menjual nila.Penjual ini mempunayi pakej menjual nila sahaja, menjual nila dengan penerangan bagaimana nila perlu diadunkan dan memjual nila dan menilakan sekali.
Tertarik dengan kehendak dihati ''AWE"" memilih penjual ini untuk membekalkan nila kepada beliau.Apa yang ''AWE" tidak sedar adalah apa yang beliau cari adalah seorang yang betul betul tahu cara mengadunkan nila dan air seperti mana yang dibuat oleh ibunya dahulu.''Awe'' tidak sedar bahawa penjual nila tidak pernah mengadunkan nila untuk kegunaan sendiri,penjual nila tidak pernah menggunakan nila yang dijualnya kerana beliau mampu menghantar bajunya ke kedai dobi hasil kecekapan beliau menjual nila.
Kecerian jelas diwajah ''awe'' bila si penjual nila meninggalkan rumahnya setelah menghantar nila yang dikehendaki oleh ''awe' .Tanpa membuang masa ''awe' terus memproses bajunya untuk dinila bagu kegunaannya dalam satu majlis besar keesokan hari.Nostalgia lama dizaman persekolahan dimbas dengan baik oleh ''awe'' terhadap diri .''Awe'' membayangkan tepukan gemuruh akan diterimanya besok didalam majlis dan beliau akan tersenyum bangga akan dirinya yang kini sudah pandai ''menilakan'' baju sendiri.
Kerana terlalu teruja dengan ''nila'' ini ''AWE'' terus mengandunkan debu nila dan air seprti yang diterangkan oleh penjual nila tadi dan menilakan bajunya tanpa was was. Apa yang ''awe' tidak tahu adalah adunan air dan nila ini perlu juga disesuaikan dgn jenis kain baju itu .Tidak semua jenis kain boleh diNILAkan walaupun berwarna putih . Semua perkara ini mesti diketahui dengan baik untuk penghasilan yang memuaskan.Tetapi segalanya nasi sudah menjadi bubur bagi ''awe'' .Dimajlis yang ''awe' harapkan tepukan gemuruh bertukar menjadi pandangan sinis kepada baju yang ''awe'' pakai.Kesegakan yang ''awe'' harapkan bertukar menjadi lusuh dengan jiwa suram ''awe'. Segala penyesalan hanya bermain dikotak fikiran sahaja kerana segala galanya sudah terlambat .Senyuman kelat hanya ''awe' mampu lontarkan kepada hadirin dibawah yang berkebetulan si penjual nila pun ada dalam majlis tersebut .Penjual nila pun tidak mampu untuk mengangkat tangan memberi tepukan kepada keterampilan ''awe'' pada hari itu walaupun produk beliau yang ''awe'' guna. Begitulah nasib ''awe' dan seorang penjual nila.

Saturday, August 20, 2011
TOK BALI PELABUHAN DADAH
Dadah diangkat sebagai musuh nombor wahid negara ,digelar najis dadah ,penagih dadah dianggap sebagai bangkai bangkai bernyawa begitulah momokan jijiknya dadah dan penagihnya digambarkan kepada kepada masyarakat kita.Pengedar dadah pula di beri hukuman yang amat berat iaitu gantung sampai mati .Hukuman kepada pengedar dadah dosanya seumpama membunuh manusia lain tanpa sebab.Tetapi dalam masyarakat kita tidak dimomokkan pengedar dadah ini lebih hina dari penagih dadah . Kenapa perkara ini berlaku ? Kuasa duit dan kuasa kemampuan membeli orang politik mungkin jaddik faktor utama...kawe tak tahu.
Walaupun dadah ini sifatnya diperakui amat buruk oleh semua pihak ,diakui boleh membunuh diri sendiri tanpa disedari kerana dadah bukankah membunuh diri itu dosanya sama dengan murtad??,disahkan menjadi barah yang amat teuk kepada masyrakat.Semua orang akan mengakui tiada baiknya dadah kepada masyarakat .Besarnya ancaman kepada negara kerana dadah ini ,akan hanculah akidah orang islam kerana dadah ini.
Dalam negara Malaysia ini riuh rendah dari petani,nelayan,kerani,pemandu teksi,kerani,penjawat awam.ustaz ustaz,para ulama,ahli politik,menteri hinggalah kepada Timbalan Perdana menunggu dengan penuh debaran bilakah tarikh pilihanraya ke 13 yang akan diumumkan oleh Perdana menteri.Bila sebut mengenai pilihanraya maka pautan dengan politik tidak boleh dipisahkan.Bila nama politik disebut pula maka isu.spekulasi,persepsi akan turut serta menjadi topik bualan bagi semua rakyat yang prihatin dengan corak pentadbiran negara.Pelbagai isu mesti dicipta ,mesti diadakan,mesti ditimbulkan untuk memberi kejutan kepada pemikiran rakyat yang lena dengan suasana terkini yang berlaku dalam negara.BERSIH membuat kejutan awal kepada seluruh negara hingga mendapat perhatian dari negara luar didunia ini.
Terbaru isu MURTAD yang berlaku disalah sebuah gereja di Selangor mendapat perhatian yang hebat juga dari seluruh golongan warga malasyia.Banyak pihak yang dipersoalkan ,dipersalahkan,dipertikaikan serta semangat semangat gologan tertentu dibangkitkan untuk mendapat perhatian awam.Orang orang politik sibuk mengulas akan keprihatinan mereka kepada golongan masing masing .Semuanya mahu menjadi jaguh kepada kebaikan puak masing masing.Budaya politik murahan sebegini tidak menjadi perhatian utama kepada kawe TETAPI ianya menjadi satu isu yang hebat kepada politikus politikus di malaysia.Rakyat memang patut bersyukur dengan keprihatinan pelabagai pihak mengenai isu isu yang dinagkitkan ini.
Perkara yang kawe bangkitkan ini mungkin tidak menjadi minat para politikus dikala ini TETAPI zaman kini telah berubah dengan amat drastiknya.Isu DADAH memang isu lama yang tiada kesudahan penyelesaiannya .Seperti hayunan tajuk yang kawe lempar diatas diharapkan semua pihak berani tampil diri dengan bertanggungjawab menyatakan apa yang kawe katakan itu tidak betul demi untuk menjaga kepentingan politik masing masing.Cabaran dari "daun kering" seperti kawe ini boleh dipandang sebelah mata atau dipejamkan rapat mata oleh politikus politikus walaupun kejadian sebenar berlaku di depan mata mereka. Silakan wahai tok wakil tok wakil .pak pak menteri,pelobi lobi politik untuk cari makan untuk menyahut cabaran dari 'daun kering'' yang tiada harga ini.
Kenapa kawe pilih Tok Bali sebagai pusat kemasukan dadah yang utama di kelate ? Tok Bali adalah satu kawasan yang cuba ditonjolkan sebagai lambang kemajuan oleh pelbagai pihak di kelantan samada dari pihak kerajaan negeri mahu pun pihak pembangkang.Semua pihak mahu dilihat jaguh kepada pembangunan di pelabuhan pendaratan ikan di kelantan.Dikhabarkan dalam satu satu ketika hampir 30 buah bot bot laut dalam untuk memuntahkan hasil mereka di jeti jeti Tok Bali ini.Kawe andaikan sebuah bot mempunyai 20-30 orang krew/awak maka hampir seribu manusia yang boring dengan kehidupan dilaut sedang gila untuk menikmati nikmatnya hidup didaratan.Apa aktiviti mereka ini didaratan? Apa prasarana yang disediakan untuk mereka ini selaian dari kedai kedai makan dan restoren di kawasan sekitar? Apa kehendak sebenar pelaut pelaut ini bila berada didaratan? Persoalan2 tersebut tidak perlu bagi kawe untuk menjawab kerana orang orang yang pandai mengambil peluang untuk mengaut keuntungan diatas kehendak orang lain sudah mempunyai jawapan untuk mengalirkan wang masuk ke kantung mereka.
Kini boleh dikatakan negara malaysia sedang menuju kearah sebuah negara maju ,jadik pekerjaan sebagai seorang nelayan bukan lagi pilihan kerja yang boleh menarik minat rakyat tempatan.Keadaan ini menyebabkan pengusaha pengusaha bot terpaksa memohon kepada pihak berwajib untuk mengupah awak awak dari negara luar yang berkemahiran sebagai nelayan moden.Demi menjaga industri perikanan negara bergerak maju maka tiada pilihan kepada pihak kerajaan untuk akur kepada permintaan saudagar saudagar bot laut dalam ini.Apa yang disedari oleh semua pihak adalah masalah sosial akan wujud dengan kemasukan warga asing ini kepada rakyat tempatan,Apa yang tidak disedari ialah SEMUA pihak tidak memperdulikan untuk menyelesaikan masalah yang disedari ini .Kenapa dan mengapa ? Mohon jawapan dari pihak berwajib dan politikus negara,,,
Berapa kilometer kah yang dibenarkan oleh undang undang negara untuk awak awak dari negara luar ini merayau rayau melepasi sempadan Tok Bali ? Bagaimanakah bentuk kawalan dari pihak berwajib untuk pelaut pelaut luar ini mematuhi undang undang jarak merayau ini? Apakah wujud satu perkampungan khas di daerah Tok Bali atau ''pekan kecil'' di sekitar pelabuhan tersebut yang dibina khas untuk melekakan pelaut pelaut ini merayau rayau terlalu jauh dari jeti Tok Bali?Pihak manakah yang patut mengambil tanggungjawab ini ? Dalam perbualan kawe sesambil makan ccolek di Kota Bharu bersama seorang pengusaha/saudagar bot laut dalam .Secara semborono kawe meletakkan tanggungjawab sosial ini kepada mereka dengan alasan mudah iaitu keuntungan yang mereka kaut dan memang sepatutnyalah mereka menyumbang kembali sedikit dari pendapatan mereka untuk kebaikan sosial masyarakat setempat. Taukeh ini bersetuju dengan kesemborono kawe .Tetapi taukah tetap taukeh kerana keuntungan adalah keutamaan mereka.
Jawapan mereka adalah mudah ,mereka tidak mempunyai tanah dikawasan persekitaran untuk mewujudkan perkampungan tersebut.Bukan juga menjadi tanggungjawab mereka yang mutlak untuk menyediakan semua kemudahan tersebut TETAPI mereka bersetuju jika ada pihak pihak yang berkenaan mahu menyediakan tempat dan mereka akan membayar apa apa yang akan dikenakan untuk pekerja pekerja mereka mendapat keselesaan yang di sediakan itu.Secara tidak langsungnya mereka menunding pihak pihak tertentu yang amat lemah dalam pengurusan masalah ini. Kawe tidak mahu menamakan pihak mana yang perlu kehadapan untuk mengambil tanggungjawab ini secara tepat kerana ,maklumat yang kawe terima adalah terlalu ramai sangat pihak pihak yang mempunyai kepenting di Tok Bali ini .Orang orang politik lah secara terang kawe katakan sebagai pihak yang sedang mencari habuan untuk kepentingan politik mereka.Otak otak rosak dari politikus ini sanggup menggadaikan masalah sosial kepada masyarakat demi habuan keuntungan politik yang mereka dapati .Ada sesiapa diluar sana tidak faham apa habuan yang politikus ini dapat? hahaha..Carilah jawapan melainkan anda semua mahu ditipu oleh politikus politikus ini sepanjang hayat anda.
Mungkin ramai diluar sana berfikir kawe sudah terlalu jauh merapu dari tajuk DADAH yang kawe dakwa berpusat dari pelabuhan Tok Bali ini . Jawapan kawe adalah sila semak dengan pihak polis kelantan(bahagian narkotik) atau pihak kastam atau pihak imigresen tentang perkara ini . Tanya mereka dan dapatkan jawapan dari mereka .Mungkin ada yang akan berfikir secara mudah kenapa pihak pihak berkluasa ini tahu semuanya apa aktiviti2 yang berlaku di pelabuhan Tok Bali tapi kenapa tindakan tidak diambil? Jawapan kawe adalah polis dan segala pihak berkuasa kerajaan malaysia sekarang ini lebih berminat untuk menjaga kebajikan orang orang politik dari menjalankan tanggungjawab mereka mengatasi gejala sosial kepada masyarakat.Orang politik boleh menafikan dakwaan kawe ini atau pihak berkuasa boleh menidakkan apa yang kawe tulis ini TAPI masyarakat diluar sana tahu dan faham amat jelas apa yang sedang berlaku dalam sistem di negara kita.
Sebelum kawe jatuhkan noktah kepada rapuan kawe kali ini ,sila semak dan tanya kabar berapa banyak kah jeti jeti/pelabuhan pelabuhan HARAM tang terdapat di Tok Bali ini? ,apa aktiviti dan kegiatan mereka?Siapakah yang untung dengan kegiatan di pelabuhan haram ini?
APA YANG KAWE PASTI PAS DAN UMNO AKAN TERUS SALING TUDUH MENUDUH DIANTARA SATU SAMA LAIN DALAM ISU TOK BALI INI DEMI KEPENTINGAN POLITIK MEREKA . SIAPA YANG AKAN BELA NASIB RAKYAT MELAYU DI TOK BALI INI ? DAP ATAU MCA ATAU PUAK ULAR HITAM AKAN DIDATANGKAN KHAS MENYELESAIKAN MASALAH INI?

Thursday, August 18, 2011
SKORI DAPAT TONGKAT KE ''SYURGA''
Pak Da Kori bergaya dengan tongkat yang dihadiahkan oleh TGNA di Ijtimak PAS baru baru ini.
Seperti yang kawe janjikan didalam posting yang lalu untuk mengupas kisah Pak Da Kori yang kini menjadi pautan hati TGNA setelah beliau terpisah dengan Anuar Musa .Jika dizaman lampau tiada manusia yang hidup dizaman Firaun pernah terfikir bahawa penentang utama Firaun akan dibesarkan didalam istana beliau sendiri.Begitu jugalah dalam dunia politik di ketereh tiada siapa menduga Pak Da Kori umpama seperti ''belangkas'' dengan Nuar Musa kini berpaling tadah untuk bersama sama dengan TGNA menentang segala kemungkaran dan kezaliman yang di lakukan oleh UMNO di negara ini.
Sebelum kawe buka baju Pak Da Kori untuk tengok tahi lalat Pak Da Kori kawe nak cerita sikit kisah pegang tongkat kayu semasa imam berada diatas mimbar ketika berkhutbah.Berkebetulan semasa kawe mengunjungi TGNA dirumahnya dalam satu topik perbualan TGNA menceritakan pengalaman beliau bersembahyang jumaat di salah sebuah bandar di negara Iran.Menurut TGNA imam yang membaca khutbah diatas mimbar tidak memegang tongkat kayu seperti amalan biasa yang kita lihat di Masjid masjid di negara kita tetapi imam tersebut memegang senapang Ak-47 yang berisi peluru.Dalam nada berjenaka TGNA kata ,''ambo pun berasa gerun kalu saloh nyo mari bedil alah kita takdok pasal pasal''.
Penjelasan TGNA berkenaan senjata yang dipegang diatas mimbar ini adalah satu simbolik kepada lambang ''KEKUASAAN".Katanya dizaman awal Islam dahulu umat Islam sentiasa menjadi ancaman pihak musuh maka di sunatkan memegang senjata di atas mimbar ketika khatib membaca khutbah sebagai melawan ancaman ancaman yang datang. Tongkat/pedang/senjata simboliknya adalah ''kekuasaan'' TGNA juga tidak berapa berkene dengan tongkat yang dipegang oleh Imam sekarang ini kerana kata beliau asal pegang kayu panjang dan tinggi ini adalah amalan golongan penganut agama Kristian.
Berbalik kepada subject asal kawe iaitu Pak Da Kori ,TGNA telah menghadiahkan sebatang 'tongkat' kepada Pak Da Kori semasa TGNA membuat kunjungan peribadi kerumahnya beberapa bulan dahulu..Apakah makna tersirat disebalik simbolik sebatang tongkat yang dihadiahkan oleh TGNA kepada bekas orang kanan Anuar Musa ini.Apakah TGNA sedar bahawa bila Pak Da Kori memalingkan mukanya kepada Anuar Musa maka satu cubaan yang amat besar akan melanda diri Pak Da Kori.Jikalau kawe imbaskan kembali dizaman Musa menentang Firaun dahulu cubaan yang ditempuhi oleh Musa amat berat sehinggalah sebatang tongkat kecil Musa berjaya menjahanamkan kekuasaan dan kerakusan Firaun.Kawe bukanlah hendak membandingkan Musa dengan Pak Da Kori mahu pun Firaun dengan Anuar Musa tetapi didalam menterjemahkan maksud tersirat TGNA yang mengaitkan bahawa tongkat itu simbolik kepada ''kekuasaan'' bolehlah difahami bahawa sebatang tongkat yang kecil boleh merobohkan sebuah kerajaan yang besar dan kuat dengan izin Allah taala.Mungkikah dengan sebatang tongkat kecil yang dihadiahkan oleh TGNA ini akan memberi semangat yang kuat kepada Pak Da Kori mempertahankan langkah menuju jalan benar yang diambilnya.
TGNA mungkin tidak berharap Pak DA Kori memukul muka Anuar Musa dengan tongkat yang dihadiahkan secara ikhlas itu .Tetapi sebagai seorang ahli politik yang bijak seperti TGNA sudah tentulah ada makna makna tertentu akan setiap tindak tanduk yang dibuatnya..Apakah mesej yang hendak disampaikan oleh TGNA kepada Anuar Musa bahawa kehebatan Anuar Musa sebagai ahli politik yang hebat di Kelantan sebenarnya tidaklah hebat sangat kerana TGNA secara dasarnya boleh menewaskan Anuar Musa dengan hanya menggunakan sebatang tongkat.Jika dahulu Pak Da Kori akan mengekori kemana sahaja Anuar Musa pergi tetapi kini Pak Da kori akan kilik tongkat pemberian TGNA kemana sahaja dia pergi.
Keprihatinan dan ''kesayangan'' TGNA kepada Pak Da Kori amat terserlah kerana dari apa yang kawe dimaklumkan, susuk Pak Da Kori selalu melekat dihati kalbunya.Salam TGNA sentiasa sampai kepada Pak Da Kori sekiranya TGNA tahu seseorang yang mengenali berjumpa dengannya.Semasa pertemuan singkat baru baru ini perhatian yang diberikan oleh TGNA kepada Pak Da Kori agak luarbiasa dan terserlah kegembiraan diwajahnya bila melihat Pak DA Kori berdiri sihat didepannya.Begitulah harapan menggunung TGNA kepada Pak Da Kori.
Apakah Pak Da Kori yang satu ketika dulu dapat segala kesenangan dan kemudahan yang diberikan oleh Anuar Musa dapat bertahan lama dengan jalan baru yang dipilih ini ? Jalan yang penuh liku dan ranjau serta kesusahan dan kesulitan duniawi mungkin sedikit terasa.Berapa lamakah Pak DA Kori akan dapat bertahan dengan situasi ini tiada siapa yang tahu.Bukan senang bagi seorang manusia yang sentiasa dalam kesenangan dan kelinangan tiba tiba memilih jalan untuk menyusahkan diri.Hanya seorang yang betul betul nampak jalan yang BENAR sahaja mampu bertahan hingga ke akhir.
SAMADA PAK DA KORI INGIN MENERUSKAN JALAN YANG LURUS KE 'SYURGA' ATAU MEMBELOK DI PERSIMPANGAN HUJUNG JALAN UNTUK MENUJU KE ''NERAKA'' SAMA SAMA LAH KITA TUNGGU EPISOD KESUDAHAN SEORANG YANG SUKA BERSILAT DALAM POLITIK.

Wednesday, August 17, 2011
JEMPUTAN MAJLIS BERBUKA PUASA ALUMNI
Tuan Presiden Alumni
Dengan sukacitanya kami AJK Alumni SMSTMFP ingin menjemput para bekas pelajar SMSTMFP untuk ke Majlis Tahlil dan Berbuka Puasa Alumni di Kota Bharu seperti berikut:
1. Tarikh: 20hb Ogos 2011
2. Majlis Tahlil bermula pukul 6:30petang
3. Tempat: Hotel Raudah, Kota Bharu, Kelantan
4. RM30 seorang
Untuk urusan menentukan kehadiran sila hubungi En. Supran AJK Alumni SMSTMFP di talian 013-9287989.
Sekian Terima Kasih
Ir. Mat Kamil Awang
Presiden AlumniKawe menerima pesanan SMS dari Tuan Presiden Farisains/Semesta sebentar tadi berkenaan perkara yang disebut diatas.Berita ini juga telah ditampal di wall FB Group Farisains yang boleh di lawati DISINI .
KEHADIRAN DARI SELURUH ALUMNI YANG BERADA DI KELANTAN PADA TARIKH TERSEBUT AMAT DIHARGAI UNTUK MENGEKALKAN UKHWAH SESAMA KITA YANG SUDAH LAMA TERJALIN.
Tuesday, August 16, 2011
DATO IBRAHIM BAKAL GANTI DATO AWE ADEK DI PARLIMEN BACHOK??
Dato Ibrahim seorang yang pemurah dan mesra rakyat
Seorang hartawan dari Bachok ini amat dikenali sikap pemurah dan prihatinnya kepada ore ore Bachok. Beliau dikenali oleh semua peringkat umur dari golongan remaja sehinggalah kepada golongan tua.Kawe sudah beberapa kali berjumpa dengan susuk ini di beberapa restoren sekitar Kota Bharu tetapi tidak pernah mengetahui inilah pemimpin IDOLA yang menjadi harapan rakyat Bachok untuk mengubah masa depan mereka secara keseluruhannya.
Malam tadi kawe berpeluang berbicara dengan tokoh ini secara dekat dalam satu majlis santai ''makan ccolek'' yang dihadiri oleh beliau bersama dengan beberapa orang penduduk bachok di Kota Bharu.Ketibaan beliau agak lewat sedikit kerana ada beberapa urusan lain yang perlu beliau selesaikan .Tetapi sudah menjadi sikap abadi dalam dirinya bila ore Bachok ingin bertemu mata dengan beliau akan menghadirkan diri walaupun lewat .itulah menurut cerita orang Bachok semasa kami berbual menunggu ketibaan beliau.
Kawe tidak banyak bercakap dengan beliau pada malam itu selain dari mendengar perkara perkara serta masalah masalah yang diajukan oleh penduduk bachok kepada beliau.Tokoh yang murah dengan senyuman amat ramah dalam berbicara ,amat tersentuh hatinya dengan permasalahan orang lain dari riak wajahnya bila mengetahui seseorang dalam keadaan mengalami masalah khususnya orang Bachok.
Bila perbualan menyentuh isu isu politik setempat tokoh ini menjawab setiap persoalan yang diajukan dengan penuh keihklasan hatinya. Dalam satu kenyataan bersahaja beliau menjelaskan pendiriannya bahawa amat amat tidak setuju dengan amalan politik ''cchok cangkul'' yang diamalkan oleh pemimpin umno di Bachok.Ketegasan beliau dalam hal ini disuarakan oleh beliau dalam mesyuarat2 umno yang disertainya samada di peringkat tempatan dan negara.Beliau juga menceritakan oleh kerana ketegasan beliau menolak politik cchok cangkul ini telah mengakibatkan dirinya tidak disukai oleh segelintir pemimpin UMNO atasan.Dimana pernah satu ketika beliau tidak dibenarkan oleh pihak pihak tertentu untuk meresmikan satu mesyuarat PIBG sekolah di Bachok.Arahan yang dikeluarkan oleh pihak pihak tertentu keatas beliau supaya tidak dibenarkan memasuki pagar sekolah terbabit pada hari tersebut.Kenapa dan mengapa keadaan ini berlaku kawe rasa orang orang Bachok yang kenal keluhuran budi tokoh ini dapat memberi jawapan yang tepat.
Kawe tidak mahu ulas panjang lebar mengenai politik ''cchok cangkul '' kerana semua orang mengetahui bahawa CANGKUL itu sifatnya MENGAUT apa sahaja yang ada didepan.Dalam satu soalan lain bila ditanya akan harapannya untuk menjadi calon di DUN Jelawat Bachok . Dengan tenang beliau menjawab beliau tidak berhasrat untuk menjadi wakil rakyat TETAPI beliau berhasrat untuk membantu rakyat .Sekarang ini pun beliau bukan wakil rakyat tetapi beliau membantu kesusahan rakyat secara peribadi.Manakala wakil rakyat yang sedia ada sibuk mengaut kekayaan peribadi dari membantu rakyat.Beliau juga memberi jaminan jikalau pucuk pimpinan UMNO memilih beliau sebagai calon maka elaun bulanan wakil rakyat yang beliau terima akan diserahkan kepada rakyat secara terus tanpa beliau ambil satu sen pun.Tambah beliau lagi hasrat beliau adalah untuk bantu rakyat jikalau dilantik menjadi wakil rakyat BUKAN mengaut HAK rakyat untuk mengenyang perut sendiri seperti yang dibuat oleh setengah setengah pemimpin UMNO di bachok masa kini.
Soalan kawe kepada tokoh ini adalah '' Dalam senario politik di Bachok sekarang ini dilihat Dato Awang Adek sedang ditolak oleh orang Bachok sendiri apa pandangan Dato?''
Dato Ibrahim secara sinis menjawab terdapat ramai di Bachok yang suka main wau tetapi masalahnya mereka ini cuba menaikkan ''WAU YANG BELUM DITEPPEK KERTAS LAGI'' bagi orang Kelantan mungkin tidak sukar untuk memahi sindiran ini.Bagi pembaca yang tidak fasih bahasa kelate kawe tafsirkan secara mudahnya adalah cuba menaikkan kerangka wau sahaja tanpa menampal kertas terlebih dahulu.
Dalam nada serius Dato ini mengatakan bahawa perkara ini banyak pihak dalam UMNO sedang mengambil perhatian yang mendalam.Malah DAA sendiri pun ada menyatakan keluhan ini secara peribadi kepada beliau .Jaddik kemungkinan DAA akan bertanding di Jelawat dan kerusi PARLIMEN perlu diselamatkan oleh Dato Ibrahim pada andaian kawe adalah sesuatu perkara yang masuk akal.Menyentuh situasi ini kawe bertanyakan soalan nakal kepada tokoh ini . Kata kawe ''Apakah Dato mempunyai keyakinan bahawa Parlimen Bachok akan dapat dirampas dari PAS sekiranya Dato dipertanggungjawabkan""
Sekali lagi ketenangan tokoh ini terserlah dalam menjawab soalan ,kata beliau ore Bachok kenal ambo .tahu siapa ambo samada dari penyokong PAS atau pun penyokong UMNO yang lebih mustahak lagi ambo membantu ore bachok tak kira parti secara peribadi ambo sendiri selama ini.Beliau juga menyatakan di bachok waris waroh beliau ramai yang menyokong PAS jaddik tidak mempunyai masalah yang besar untuk beliau merampas kerusi tersebut WAIMAH tokoh besar PAS seperti Husam Musa sekali pun yang akan jaddik lawan beliau. Dato Ibrahim juga beritahu bahawa beberapa hari yang lalu terdapat satu rombongan dari keluarga TGNA datang kerumah beliau kerana urusan tertentu.
Ketokohan Dato Ibrahim ini dimata rakyat Bachok memang tiada tolok bandingnya dan disedari oleh pihak kawan dan lawan seperti mana yang diceritakan oleh ore Bachok kepada kawe sebelum ini.Kepada penjual penjual ''NILA'' juga nasihat kawe adalah pilihlah jenis nila yang sesuai untuk di jual kepada ore Bachok.Kepada Rakyat Bachok pula pilih lah NILA yang bermutu sebagai pilihan walaupun harganya murah.
Dato Ibrahim bersama ore bachok selepas makan ccolek

Subscribe to:
Posts (Atom)