Monday, August 22, 2011

AWE DAN NILA

                                                                     AWE NILA

''AWE" adalah satu panggilan manja kepada anak lelaki dalam keluarga bagi kebanyakkan orang Kelantan.Anak lelaki yang dipanggil dengan gelaran ''ÁWE' kebiasaannya dikaitkan dengan anak yang bongsu tetapi tidak semestinya begitu.Anak lelaki yang memiliki gelaran ''AWE" ini biasanya akan dimanjai dalam keluarga,di puja kerana kemungkinan kerana mempunyai kelebihan2 tertentu.

""NILA'' adalah sejenis bahan pewarna yang biru auranya.Bahan pewarna yang berbentuk serbuk halus ini berfungsi untuk mengembalikan keceriaan kepada kelusuhan  fabrik yang berwarna putih.Adunan serbuk biru ini dengan secukup rasa air akan mengembalikan semula kejituan warna putih yang malap dan lusuh itu.NILA juga memerlukan kombinasi komponen lain untuk penghasilan  yang lebih baik kepada fabrik tersebut iaitu ''klorok''.Walaupun NILA ini dikatakan banyak membantu untuk memberi imej bersih kepada tuan punya fabrik namun begitu NILA juga dikatakan sebagai bahan perosak sehinggakan orang melayu berbidalan pasal NILA ni  yang berbunyi ''Kerana NILA setitik Rosak susu sebelanga"".Jaddik walaupun nila ini ada manfaat tetapi TETAP disimpan/diletakkan ditempat tempat yang boleh memberi kerosakan kepada perkara perkara asasi yang lebih berharga kepada isi rumah WAIMAH di ''jokke''dapur pun ore tak simpan nila ...Anda semua boleh bayangkan sendiri dimanakah tempat yang paling sesuai untuk NILA di tempatkan didalam rumah.Pilhan kawe dalam jambe..

Kisah Awe dan Nila ini bagaikan aur dengan tebing dizaman dahulu bagi ore ore kampung yang susah dan tidak mampu untuk menghantar pakaian ke kedai dobi.''Awe'' yang ceroh otaknya dizaman budak perlu ditonjolkan personaliti yang kemas disekolah .Baju sekolah mesti putih dan bersih ,mesti disterika lendik baju dan seluar untuk mewajahkan/mengambar ""AWE" seorang budak yang cerdik dan bergaya .Walaupun ''AWE"" cerdas otaknya dalam pelajaran tapi sorang budak tetap mempunyai perangai budak .Di sekolah "'AWE'' bercampur dengan kawan kawan yang lain dan bermain bersama kawan kawan yang lain yang mengakibatkan baju putih yang digosok lendik jadik ''cemar bbolot'' bila pulang kerumah.Ibu yang terpaksa basuh dan meNILAkan baju ''awe'' setiap hari serta terpaksa bersekang mata didinahari untuk membakar arang bagi tujuan mensterikakan baju ''awe'' ini tidak pernah mengeluh dengan sikap ''awe'' yang bawa baju cemar bbolot bila pulang dari sekolah.

Begitulah betapa besarnya jasa ""NILA'' ini kepada ""AWE"" dizaman persekolahan dahulu.Peredaran zaman berlaku kampung sudah jaddik bandar dan bandar sudah jaddik bandaraya.Kini ''awe' yang ceroh otak ini tidak lagi tinggal di kampung.''Awe'' juga sudah tidak perlu kepada ''nila'' lagi untuk memperlihatkan dirinya kemas dan bergaya.Baju''Awe'' tidak lagi perlu dilendikkan oleh sterika arang .Segala galanya telah berubah bagi ''awe''. Apakah ''AWE'' masih ingat bahawa ''NILA" pernah berjasa kepada beliau? hanya ''awe'' sahaja yang tahu jawapannya.

"'AWE"' tidak pernah tahu berapa adunan debu nila yang sesuai untuk dicampurkan dengan air bagi penghasilan putih jitu di bajunya."'AWE'' tidak pernah tahu berapa sudu klorok yang diperlukan untuk dicampurkan dengan air untuk rendaman bagi menghilangkan tompokan kekotoran yang ada di bajunya.''AWE'' tidak pernah tahu berapa ketul arang ppurung yang diperlukan bagi memanaskan sterika untuk melendikkan bajunya.

Setelah tua ''AWE'' teringat kembali kepada baktinya NILA ini tetapi segala segalanya sudah terlambat bagi ''awe'' kerana untuk beliau pelajari teknik teknik ''MENILA'' baju dari orang tua sudah tiada lagi.Sudah menjadi keaslian diri ''AWE"' yang dianugerahkan otak yang ceroh ini akan mempunyai segala penyelesaian terhadap kemuskilan yang belaiu hadapi.Kini ''NILA'' masih ada lagi dijual dikedai kedai pendalaman kampung bukan dibandar besar tempat ''awe'' tinggal.Hati manusia yang membuak kerana satu kehendak adalah perkara yang amat susah untuk dikawal dan diubati.Ingatan ''awe'' pada nila sudah menjadi parah tetapi ''AWE"" kena menjaga status kedudukan yang dimilikinya kini. "'AWE" takkan merendahkan dirinya untuk masuk kekampung untuk mencari kedai yang menjual nila dan belajar bagaimana nila dicampurkan.

''AWE'' yang hebat ini telah memanggil beberapa penjual nila kerumahnya untuk bertanya mengenai harga nila .Maka berduyun duyun lah para penjual nila dari kampung datang ke rumah ''awe' untuk mempromosikan nila jualan mereka.Satu demi satu ''AWE'' mendengar penjelasan dari penjual ini menceritakan kebaikan barangan jualan mereka dengan harganya sekali.Dalam diri ''awe' mana mana penjual yang boleh menerangkan cara untuk mencampurkan adunan sekali akan dipilih.Maka berkatalah seorang penjual nila yang hebat kepada ''awe'' bahawa beliau mempunyai beberapa pakej dalam menjual nila.Penjual ini mempunayi pakej menjual nila sahaja, menjual nila dengan penerangan bagaimana nila perlu diadunkan dan memjual nila dan menilakan sekali.

Tertarik dengan kehendak dihati ''AWE"" memilih penjual ini untuk membekalkan nila kepada beliau.Apa yang ''AWE" tidak sedar adalah apa yang beliau cari adalah seorang yang betul betul tahu cara mengadunkan nila dan air seperti mana yang dibuat oleh ibunya dahulu.''Awe'' tidak sedar bahawa penjual nila tidak pernah mengadunkan nila untuk kegunaan sendiri,penjual nila tidak pernah menggunakan nila yang dijualnya kerana beliau mampu menghantar bajunya ke kedai dobi hasil kecekapan beliau menjual nila.

Kecerian jelas diwajah ''awe'' bila si penjual nila meninggalkan rumahnya setelah menghantar nila yang dikehendaki oleh ''awe' .Tanpa membuang masa ''awe' terus memproses bajunya untuk dinila bagu kegunaannya dalam satu majlis besar keesokan hari.Nostalgia lama dizaman persekolahan dimbas dengan baik oleh ''awe'' terhadap diri .''Awe'' membayangkan tepukan gemuruh akan diterimanya besok didalam majlis dan beliau akan tersenyum bangga akan dirinya yang kini sudah pandai ''menilakan'' baju sendiri.

Kerana terlalu teruja dengan ''nila'' ini ''AWE'' terus mengandunkan debu nila dan air seprti yang diterangkan oleh penjual nila tadi dan menilakan bajunya tanpa was was. Apa yang ''awe' tidak tahu adalah adunan air dan nila ini perlu juga disesuaikan dgn jenis kain  baju itu .Tidak semua jenis kain  boleh diNILAkan walaupun berwarna putih . Semua perkara ini mesti diketahui dengan baik untuk penghasilan yang memuaskan.Tetapi segalanya nasi sudah menjadi bubur bagi ''awe'' .Dimajlis yang ''awe' harapkan tepukan gemuruh bertukar menjadi pandangan sinis kepada baju yang ''awe'' pakai.Kesegakan yang ''awe'' harapkan bertukar menjadi lusuh dengan jiwa suram ''awe'. Segala penyesalan hanya bermain dikotak fikiran sahaja kerana segala galanya sudah terlambat .Senyuman kelat hanya ''awe' mampu lontarkan kepada hadirin dibawah yang berkebetulan si penjual nila pun ada dalam majlis tersebut .Penjual nila pun tidak mampu untuk mengangkat tangan memberi tepukan kepada keterampilan ''awe'' pada hari itu walaupun produk beliau yang ''awe'' guna. Begitulah nasib ''awe' dan seorang penjual nila.


No comments: