Sunday, July 24, 2011

TETAMU IJTIMAK PAS KELANTAN 2011


Pada  22-07-2011 adalah hari ijtimak piliharaya PAS Negeri Kelantan yang berlangsung di Pantai Geting Tumpat Kelantan. Kehadiran puluhan ribu para perserta dan ahli ahli dari seluruh negeri Kelantan untuk berhimpun bersama sama dengan barisan pimpinan PAS negeri  untuk merangka strategi dan mengekalkan semangat juang mereka dalam menghadapi Pilihanraya Umum dalam waktu terdekat.Para ahli PAS yang hadir memang tinggi semangat juang mereka tak kira tua dan muda,lelaki dan wanita ,yang sihat dan yang uzur mereka bersama sama dalam satu matlamat untuk membela ISLAM sebagai wadah utama perjuangan mereka.

Inilah kali pertama kawe menjadi 'TETAMU dalam mana mana majlis Parti Politik di Malaysia . Pengalaman kali pertama kawe alami dengan parti PAS.Sesampainya kawe di tepi Pantai tempat perhimpunan di adakan itu sudah ribuan manusia sudah memenuhi kawasan tersebut.Beberapa buah khemah didirikan sebagai tempat perteduhan para PESERTA berteduh dari panas sinaran mentari yang dialaskan oleh tikar getah yang berharga murah untuk para PESERTA bersila dan berselimpuh tanpa mengotorkan punggung mereka.Khemah diasingkan diantara kaum perempuan dan kaum lelaki .Setelah meninjau ninjau seketika akan gelagat para peserta disitu ,kami terus berjalan menuju menuju ke pentas utama dimana pada ketika itu TGNA sedang memberi tazkirah kepada peserta.

Di dalam perjalanan menuju ke pentas utama kami disapa oleh salah seorang ahli exco kerajaan negeri kelantan yang tiba agak lewat .Setelah bersalaman dengan beliau dan memaklumkan bahawa beliau ke majlis perhimpunan itu dengan menaiki motosikal untuk mengelakkan dari kesesakan lalulintas.Setelah tiba dibelakang pentas utama seorang petugas mengulurkan lencana (seperti gambar diatas) kepada kami untuk dilekatkan ke baju sebelum dipersilakan naik ke pentas utama.Kami disambut dengan penuh mesra dari ahli ahli exco dan Ahli Yang berhormat yang lain sebelum melabuhkan punggung diatas kerusi.Bersalaman dengan YB2 yang berhampiran tanpa menganggu majlis tazkirah yang sedang berlangsung.

Berada diatas pentas yang diperhatikan oleh puluhan ribu mata manusia yang lain adalah bukan suatu perkara yang selesa bagi kawe.Tapi hati kawe menjadi selesa bila mana ditetapkan oleh hati kecil kawe bahawa kawe bukanlah menjadi perhatian manusia lain untuk diperhati kerana mereka yang berada dipentas adalah terdiri dari semua pemimpin pemimpin besar PAS Kelantan.Tiada apa yang kawe fikirkan selain dari memberi perhatian kepada apa yang sedang dipertuturkan oleh TGNA dalam tazkirahnya.Sehinggalah bahu kawe dicuit oleh seseorang untuk memberitahu kehadiran YB Husam Musa baru hendak menaiki pentas .Perlu dituliskan disini tangga yang kawe naiki ke pentas utama bukanlah melalui tangga utama kerana kami tiba lewat.Tetapi sebagai Naib Presiden PAS Malaysia Husam sepatutnya naik menerusi tangga utama ,tetapi itu tidak berlaku, .tangga yang dilalui oleh beliau adalah tangga segera yang dilalui oleh kawe tadi iaitu sebuah kerusi plastik diletakkan untuk dijadikan tangga ke pentas.

Setelah bersalaman dengan Husam Musa kehairanan dihati kawe menjelma setelah beliau  mengambil tempat duduk di kerusi kosong di belakang kawe.Apa yang menjadi pertanyaan di benak kawe adalah ,kenapa husam musa tidak mengambil tempat duduk yang sepatut dengan jawatan yang disanding dalam parti? Tidak menjadi satu kesalahankah dalam protokol parti PAS dalam menyusun para pemimpinnya bila diperhatikan oleh puluhan ribu rakyat atau hali parti? Sekali lagi hati kecil kawe digunapakai untuk menjawab soalan soalan dibenak itu supaya tidak menganggu tumpuan kawe majlis yang sedang berlangsung itu.Jawapan mudah kawe adalah PAS mengamalkan MAS (Mana Ada Sistem) .PAS sebuah Parti yang tidak kaya dan tidak suka membazir ,jaddik untuk memenuhi segala protokol dan hiraki memerlukan satu perbelanjaan untuk kelihatan semuanya nampak teratur waimah susunan para pemimpin diatas pentas.Jaddik pada pemikiran kawe MAS adalah yang terbaik untuk mereka.

Tiga wajah pemimpin pelapis PAS Kelantan

Setelah tazkirah oleh TGNA selesai majlis diteruskan dengan ucapan ucapan dari pemimpin pemimpin PAS . Ketika Nik Amar berucap Husam Musa masih berada di belakang kawe diatas pentas utama .Satu perkara yang menarik perhatian kawe mengenai Husam Musa ini adalah kelakuan beliau semasa berada diatas pentas.Gelagat gelagat YB yang lain pun menjadi pemerhatian kawe juga tapi tumpuan kawe berikan kepada Naib Presiden PAS ini agak lebih sedikit.Ketika kawe pusatkan tumpuan kawe kepada ucapan YB Nik Amar menghentam UMNO dan BiniNajib sayup sayup di telinga kawe kedengaran orang sedang membaca ayat ayat Quran .Pada peringkat awalnya kawe beranggapan kaset dimainkan oleh petugas urussetia yang mana khemah mereka yang terletak di berapa jauh dari pentas.Bila kawe menoleh ke belakang kelihatan Husam sedang khusyuk membaca Quran .Kawe terpegun dan diam sahaja serta mengikuti semula ucapan Nik Amar.Dibarisan kerusi kawe duduk sudah penuh dari tepi hingga ke hujung.Sekali lagi kawe menoleh ke belakang setelah suara Husam sudah tidak kedengaran lagi dan mata kawe melilau serata pentas untuk mencari dimana duduknya susuk Husam Musa ini.Gambar diatas menunjukkan beliau tengah khusyuk membaca Quran setelah beralih tempat duduk.

Aturcara di sebelah pagi diberhentikan untuk sembahyang Jumaat selepas Husam Musa menyampaikan ucapan beliau lebih kurang pukul 12.30 tengah hari.Kami berempat memilih salah sebuah masjid di kawasan sekitar untuk solat Jumaat.Selesai solat Jumaat kami patah balik ke Kota Bharu kerana salah seorang daripada kami ada urusan penting yang perlu diuruskan . Kami bertiga kembali semula ke Pantai Geting untuk mengikuti program program yang diatur.

Setelah berada dikerusi semula dan mengikut ucapan ucapan dari pemimpin pemimpin PAS.Lebih kurang pukul 4.00 ptg pengerusi majlis mengumumkan solat Asar akan di adakan ditapak Ijtimak yang dipimpin oleh TGNA sendiri manakala majlis penutup akan diadakan selepas Asar setelah Presiden Parti PAS memberi ucapan beliau .Diakhir ucapan Dr Hatta Ramlee diatas pentas ,orang ramai di bawah dikejutkan dengan kehadiran TGNA.Apa yang mengejutkan kawe adalah TGNA tidak naik ke pentas sebaliknya terus menuju ke bawah khemah dihadapan pentas untuk bersama sama bersila  dengan peserta /rakyat jelata diatas tikar getah yang bermutu rendah.TGNA bersama sama dengan rakyat jelata dengan penuh perhatian mendengar ucapan dari Dr Hatta dan yang bterakhir sekali oleh YB Sallehudin Ayub memberi ucapan pada hari tersebut.Setelah upacara diatas pentas selesai  semua yang berada diatas pentas turun kebawah untuk mendirikan solat Asar yang akan dipimpin oleh TGNA.

TGNA bersama rakyat dibawah khemah menghayati ucapan pemimpin PAS 

Sekali lagi TGNA membuat kejutan didada kawe ,bila mana semua hadirin berdiri untuk mendirikan solat Asar yang akan di imamkan oleh TGNA. Beliau membuat satu pengumuman  ringkas tapi penuh MAKNA jika kita semua mahu berfikir. Belaiu berkata pihak UMNO selalu bertanya /tertanya apakah PAS mempunyai penganti setelah beliau tiada . Jaddik dengan ini beliau mahu golongan pelapis untuk memimpin jemaah dan beliau meminta Datuk Speaker untuk mengimamkan solat pada hari itu.Begitulah kemungkinan bertindak dalam "'DIAM"" yang diamalkan oleh TGNA dalam menyelesai segala masalah yang kelihatan amat rumit oleh orang lain untuk diselesaikan TAPI bagi TGNA setiap masalah itu ada jalan penyelesaiannya.

Setelah selesai solat Asar dan doa semua peserta mengambil tempat masing masing untuk menunggu ketibaan TGHA untuk acara seterusnya.Setelah ucapan TGHA selesai dan majlis ditutup dengan ucapan penutup oleh TGNA dengan ringkas .

Melihat 2 kejutan yang dilakukan oleh TGNA memberi kesan yang amat mendalam kepada kawe tetapi mungkin itu adalah perkara biasa yang di lakukan oleh TGNA.Kesan kepada rakyat terbanyak di kelantan akan sikap sederhana dan rendah diri TGNA bukanlah perkara yang luar biasa lagi yang mana tidak diamalkan oleh Menteri Besar yang lain di Malaysia.

Kesan kepada para pemimpin PAS yang menjadi pengganti kepada TGNA yang kawe ingin perhalusi.Apakah yang ada dikotak pemikiran TGNA selain dari meraihkan sokongan rakyat bawahan kepada kepimpinan beliau? Apakah TGNA sedang menilai barisan EXCO Kerajaan Negeri Kelantan yang berada diatas pentas itu melalui pandangan mata sebagai rakyat biasa setelah beliau bersara dari politik nanti?Apakah TGNA sedang memerhati pemimpin yang mana satukah yang bersopan di atas pentas? Pemimpin yang manakah yang boleh buat sejuk mata rakyat memandang bila berada diatas pentas? Itu kemungkinan2 yang kawe cipta sahaja yang berlegar diotak TGNA.

Bagaimana pula pemikiran pemimpin yang berada diatas pentas itu? Apakah mereka tidak merasai diri mereka sedang dinilai oleh rakyat? Apakah mereka merasakan diri mereka disukai oleh rakyat? Mampukah dikalangan mereka bertindak lebih sederhana daripada TGNA suatu hari nanti? Kawe tidak tahu apa jawapan yang ada difikiran mereka TETAPI jika mereka tidak memikirkan kemungkinan2 itu maka kelayakan untuk mereka mengantikan TGNA untuk memimpin rakyat kelantan sudah tiadalah .

Satu lagi yang tertarik bagi kawe untuk sentuh disini adalah mengenai bersalaman dengan pemimpin. Kawe tidak mengambil peluang untuk bersalaman dengan TGNA dan TGHA walaupun kawe mempunyai kesempatan untuk berbuat demikian.Hati memang berbuak buak untuk mengenggam tangan kedua dua tokoh ini.Apa yang membuat langkah kaki kawe menjadi berat untuk menempatkan diri kawe ke posisi yang membolehkan kawe menggengam tangan pemimpin besar PAS ini adalah kerana sifat semulajadi kawe tak tidak '',mencium'' tangan orang lain yang tidak mengenali kawe.Dari pemerhatian kawe kebanyakan orang yang besalam dengan mereka akan mengambil kesempatan untuk mencium tangan beliau.

Kawe tidak yakin dengan diri kawe akan mampu untuk tunduk mencium tangan mereka ketika bersalam.Walaupun Kawe kenal siapa beliau tetapi mereka tidak kenal siapa kawe .PRINSIP kawe adalah tidak akan mencium tangan orang yang kawe tidak mengenali kawe walaupun kawe amat hormati orang tersebut.Setakat hari ini kawe hanya mencium tangan kedua dua ibubapa kawe sahaja.Jaddik kawe ambil keputusan untuk mengelak bersalam dengan kedua dua tokoh ini dihadapan orang ramai yang akan beranggapan akan menjadi satu KEJADIAN yang janggal jika kawe tidak mencium tangan mereka seperti mana yang dilakukan oleh orang lain.Kawe tidak mengatakan orang yang mencium tangan TGNA dan TGHA sebagai memuja mereka atau mereka merelakan diri dipuja oleh pengikutnya.




No comments: