Thursday, August 18, 2011

SKORI DAPAT TONGKAT KE ''SYURGA''

Pak Da Kori bergaya dengan tongkat yang dihadiahkan oleh TGNA  di Ijtimak PAS baru baru ini.

Seperti yang kawe janjikan didalam posting yang lalu untuk mengupas kisah Pak Da Kori yang kini menjadi pautan hati TGNA setelah beliau terpisah dengan Anuar Musa .Jika dizaman lampau tiada manusia yang hidup dizaman Firaun pernah terfikir bahawa penentang utama Firaun akan dibesarkan didalam istana beliau sendiri.Begitu jugalah dalam dunia politik di ketereh tiada siapa menduga Pak Da Kori umpama seperti ''belangkas'' dengan Nuar Musa kini berpaling tadah untuk bersama sama dengan TGNA menentang segala kemungkaran dan kezaliman yang di lakukan oleh UMNO di negara ini.

Sebelum kawe buka baju Pak Da Kori untuk tengok tahi lalat Pak Da Kori kawe nak cerita sikit kisah pegang tongkat kayu semasa imam berada diatas mimbar ketika berkhutbah.Berkebetulan semasa kawe mengunjungi TGNA dirumahnya dalam satu topik perbualan TGNA menceritakan pengalaman beliau bersembahyang jumaat di salah sebuah bandar di negara Iran.Menurut TGNA imam yang membaca khutbah diatas mimbar tidak memegang tongkat kayu seperti amalan biasa yang kita lihat di Masjid masjid di negara kita tetapi imam tersebut memegang senapang Ak-47 yang berisi peluru.Dalam nada berjenaka TGNA kata ,''ambo pun berasa gerun kalu saloh nyo mari bedil alah kita takdok pasal pasal''.

Penjelasan TGNA berkenaan senjata yang dipegang diatas mimbar ini adalah satu simbolik kepada lambang ''KEKUASAAN".Katanya dizaman awal Islam dahulu umat Islam sentiasa menjadi ancaman pihak musuh maka di sunatkan memegang senjata di atas mimbar ketika khatib membaca khutbah sebagai melawan ancaman ancaman yang datang. Tongkat/pedang/senjata  simboliknya adalah ''kekuasaan'' TGNA juga tidak berapa berkene dengan tongkat yang dipegang oleh Imam sekarang ini kerana kata beliau asal pegang kayu panjang dan tinggi ini adalah amalan golongan penganut agama Kristian.

Berbalik kepada subject asal kawe iaitu Pak Da Kori ,TGNA telah menghadiahkan sebatang 'tongkat' kepada Pak Da Kori semasa TGNA membuat kunjungan peribadi kerumahnya beberapa bulan dahulu..Apakah makna tersirat disebalik simbolik sebatang tongkat yang dihadiahkan oleh TGNA kepada bekas orang kanan Anuar Musa ini.Apakah TGNA sedar bahawa bila Pak Da Kori memalingkan mukanya kepada Anuar Musa maka satu cubaan yang amat besar akan melanda diri Pak Da Kori.Jikalau kawe imbaskan kembali dizaman Musa menentang Firaun dahulu cubaan yang ditempuhi oleh Musa amat berat sehinggalah sebatang tongkat kecil Musa berjaya menjahanamkan kekuasaan dan kerakusan Firaun.Kawe bukanlah hendak membandingkan Musa dengan Pak Da Kori mahu pun Firaun dengan Anuar Musa tetapi didalam menterjemahkan maksud tersirat TGNA yang mengaitkan bahawa tongkat itu simbolik kepada ''kekuasaan'' bolehlah difahami bahawa sebatang tongkat yang kecil boleh merobohkan sebuah kerajaan yang besar dan kuat dengan izin Allah taala.Mungkikah dengan sebatang tongkat kecil yang dihadiahkan oleh TGNA ini akan memberi semangat yang kuat kepada Pak Da Kori mempertahankan langkah menuju jalan benar yang diambilnya.

TGNA mungkin tidak berharap Pak DA Kori memukul muka Anuar Musa dengan tongkat yang dihadiahkan secara ikhlas itu .Tetapi sebagai seorang ahli politik yang bijak seperti TGNA sudah tentulah ada makna makna tertentu akan setiap tindak tanduk yang dibuatnya..Apakah mesej yang hendak disampaikan oleh TGNA kepada Anuar Musa bahawa kehebatan Anuar Musa sebagai ahli politik yang hebat di Kelantan sebenarnya tidaklah hebat sangat kerana TGNA secara dasarnya boleh menewaskan Anuar Musa dengan hanya menggunakan sebatang tongkat.Jika dahulu Pak Da Kori akan mengekori kemana sahaja Anuar Musa pergi tetapi kini Pak Da kori akan kilik tongkat pemberian TGNA kemana sahaja dia pergi.

Keprihatinan dan ''kesayangan'' TGNA kepada Pak Da Kori amat terserlah kerana dari apa yang kawe dimaklumkan, susuk Pak Da Kori selalu melekat dihati kalbunya.Salam TGNA sentiasa sampai kepada Pak Da Kori sekiranya TGNA tahu seseorang yang mengenali berjumpa dengannya.Semasa pertemuan singkat baru baru ini perhatian yang diberikan oleh TGNA kepada Pak Da Kori agak luarbiasa dan terserlah kegembiraan diwajahnya bila melihat Pak DA Kori berdiri sihat didepannya.Begitulah harapan menggunung TGNA kepada Pak Da Kori.

Apakah Pak Da Kori yang satu ketika dulu dapat segala kesenangan dan kemudahan yang diberikan oleh Anuar Musa dapat bertahan lama dengan jalan baru yang dipilih ini ? Jalan yang penuh liku dan ranjau serta kesusahan dan kesulitan duniawi mungkin sedikit terasa.Berapa lamakah Pak DA Kori akan dapat bertahan dengan situasi ini tiada siapa yang tahu.Bukan senang bagi seorang manusia yang sentiasa dalam kesenangan dan kelinangan tiba tiba memilih jalan untuk menyusahkan diri.Hanya seorang yang betul betul nampak jalan yang BENAR sahaja mampu bertahan hingga ke akhir.

SAMADA PAK DA KORI INGIN MENERUSKAN JALAN YANG LURUS KE 'SYURGA' ATAU MEMBELOK DI PERSIMPANGAN HUJUNG JALAN UNTUK MENUJU KE ''NERAKA'' SAMA SAMA LAH KITA TUNGGU EPISOD KESUDAHAN SEORANG YANG SUKA BERSILAT DALAM POLITIK.



2 comments:

Anonymous said...

kuat tehhh.....litas tarro doh ni....

Unknown said...

Ada sakat ko?