Tuesday, August 16, 2011

DATO IBRAHIM BAKAL GANTI DATO AWE ADEK DI PARLIMEN BACHOK??

                                 Dato Ibrahim seorang yang pemurah dan mesra rakyat

Seorang hartawan dari Bachok ini amat dikenali sikap pemurah dan prihatinnya kepada ore ore Bachok. Beliau dikenali oleh semua peringkat umur dari golongan remaja sehinggalah kepada golongan tua.Kawe sudah beberapa kali berjumpa dengan susuk ini di beberapa restoren sekitar Kota Bharu tetapi tidak pernah mengetahui inilah pemimpin IDOLA yang menjadi harapan  rakyat Bachok untuk mengubah masa depan mereka secara keseluruhannya.

Malam tadi kawe berpeluang berbicara dengan tokoh ini secara dekat dalam satu majlis santai ''makan ccolek'' yang dihadiri oleh beliau bersama dengan beberapa orang penduduk bachok di Kota Bharu.Ketibaan beliau agak lewat sedikit kerana ada beberapa urusan lain yang perlu beliau selesaikan .Tetapi sudah menjadi sikap abadi dalam dirinya bila ore Bachok ingin bertemu mata dengan beliau akan menghadirkan diri walaupun lewat .itulah menurut cerita orang Bachok semasa kami berbual menunggu ketibaan beliau.

Kawe tidak banyak bercakap dengan beliau pada malam itu selain dari mendengar perkara perkara serta masalah masalah yang diajukan oleh penduduk bachok kepada beliau.Tokoh yang murah dengan senyuman amat ramah dalam berbicara ,amat tersentuh hatinya  dengan permasalahan orang lain dari riak wajahnya bila mengetahui seseorang dalam keadaan mengalami masalah khususnya orang Bachok.

Bila perbualan menyentuh isu isu politik setempat tokoh ini menjawab setiap persoalan yang diajukan dengan penuh keihklasan hatinya. Dalam satu kenyataan bersahaja beliau menjelaskan pendiriannya bahawa amat amat tidak setuju dengan amalan politik ''cchok cangkul'' yang diamalkan oleh pemimpin umno di Bachok.Ketegasan beliau dalam hal ini disuarakan oleh beliau dalam mesyuarat2 umno yang disertainya samada di peringkat tempatan dan negara.Beliau juga menceritakan oleh kerana ketegasan beliau menolak politik cchok cangkul ini telah mengakibatkan dirinya tidak disukai oleh segelintir pemimpin UMNO atasan.Dimana pernah satu ketika beliau tidak dibenarkan oleh pihak pihak tertentu untuk meresmikan  satu mesyuarat PIBG sekolah di Bachok.Arahan yang dikeluarkan oleh pihak pihak tertentu keatas beliau supaya tidak dibenarkan memasuki pagar sekolah terbabit pada hari tersebut.Kenapa dan mengapa keadaan ini berlaku kawe rasa orang orang Bachok yang kenal keluhuran budi tokoh ini dapat memberi jawapan yang tepat.

Kawe tidak mahu  ulas panjang lebar mengenai politik ''cchok cangkul '' kerana semua orang mengetahui bahawa CANGKUL itu sifatnya MENGAUT apa sahaja yang ada didepan.Dalam satu soalan lain bila ditanya akan harapannya untuk menjadi calon di DUN Jelawat Bachok . Dengan tenang beliau menjawab beliau tidak berhasrat untuk menjadi wakil rakyat TETAPI beliau berhasrat untuk membantu rakyat .Sekarang ini pun beliau bukan wakil rakyat tetapi beliau membantu kesusahan rakyat secara peribadi.Manakala wakil rakyat yang sedia ada sibuk mengaut kekayaan peribadi dari membantu rakyat.Beliau juga memberi jaminan jikalau pucuk pimpinan UMNO memilih beliau sebagai calon maka elaun bulanan wakil rakyat yang beliau terima akan diserahkan kepada rakyat secara terus tanpa beliau ambil satu sen pun.Tambah beliau lagi hasrat beliau adalah untuk bantu rakyat jikalau dilantik menjadi wakil rakyat BUKAN mengaut HAK rakyat untuk mengenyang perut sendiri seperti yang dibuat oleh setengah setengah pemimpin UMNO di bachok masa kini.

Soalan kawe kepada tokoh ini adalah '' Dalam senario politik di Bachok sekarang ini dilihat Dato Awang Adek sedang ditolak oleh orang Bachok sendiri apa pandangan Dato?''

Dato Ibrahim secara sinis menjawab terdapat ramai di Bachok yang suka main wau tetapi masalahnya mereka ini cuba menaikkan ''WAU YANG BELUM DITEPPEK KERTAS LAGI'' bagi orang Kelantan mungkin tidak sukar untuk memahi sindiran ini.Bagi pembaca yang tidak fasih bahasa kelate kawe tafsirkan secara  mudahnya adalah cuba menaikkan kerangka wau sahaja tanpa menampal kertas terlebih dahulu.

Dalam nada serius Dato ini mengatakan bahawa perkara ini banyak pihak dalam UMNO sedang mengambil perhatian yang mendalam.Malah DAA sendiri pun ada menyatakan keluhan ini secara peribadi kepada beliau .Jaddik kemungkinan DAA akan bertanding di Jelawat dan kerusi PARLIMEN perlu diselamatkan oleh Dato Ibrahim pada andaian kawe adalah sesuatu perkara yang masuk akal.Menyentuh situasi ini kawe bertanyakan soalan nakal kepada tokoh ini . Kata kawe ''Apakah Dato mempunyai keyakinan bahawa Parlimen Bachok akan dapat dirampas dari PAS sekiranya Dato dipertanggungjawabkan""

Sekali lagi ketenangan tokoh ini terserlah dalam menjawab soalan ,kata beliau ore Bachok kenal ambo .tahu siapa ambo samada dari penyokong PAS atau pun penyokong UMNO yang lebih mustahak lagi ambo membantu ore bachok tak kira parti secara peribadi ambo sendiri selama ini.Beliau juga menyatakan di bachok waris waroh beliau ramai yang menyokong PAS jaddik tidak mempunyai masalah yang besar untuk beliau merampas kerusi tersebut WAIMAH tokoh besar PAS seperti Husam Musa sekali pun  yang akan jaddik lawan beliau. Dato Ibrahim juga beritahu bahawa beberapa hari yang lalu terdapat satu rombongan dari keluarga TGNA datang kerumah beliau kerana urusan tertentu.

Ketokohan Dato Ibrahim ini dimata rakyat Bachok memang tiada tolok bandingnya dan disedari oleh pihak kawan dan lawan seperti mana yang diceritakan oleh ore Bachok kepada kawe sebelum ini.Kepada penjual penjual ''NILA'' juga nasihat kawe adalah pilihlah jenis nila yang sesuai untuk di jual kepada ore Bachok.Kepada Rakyat Bachok pula pilih lah NILA yang bermutu sebagai pilihan walaupun harganya murah.


                               Dato Ibrahim bersama ore bachok selepas makan ccolek




3 comments:

MARTOIRIAT said...

Samada pemimpin itu hartawan atau tidak. Itu bukan perkara pokok. Yang bukan hartawan dan jutawan pun ada yang menang dan jadi wakil rakyat.

Sekarang.. apakah rakyat Kelantan memilih parti atau memilih orangnya? Budi bicaranya baik, relationship pun baik, sopan dan sebagainya serta hartawan pulak.Itu tidak dinafikan sebagaimana yang diceritakan oleh penulis. Tapi apakah beliau mampu mertabatkan Islam dan mengubah parti itu dari kejijikan rasuah, berjuang kearah kepentingan ummah bukan kepentingan kroni.

Setahu saya, jika ikan kepalanya dah busuk, sudah tentu badan dan ekornya akan turut serta busuk. Begitu juga budaya ikan hidup di air, maka anak-anak ikan itu juga akan hidup di air.

Anonymous said...

Jangan percaya apa yg anda tengok..sbelum puji dia wat kajian dulu berkaitan perkara di bawah...

1) kaki perempuan
2) melesapkan harta kobena

Anonymous said...

Kawe pernoh jupo nge Datuk Ibrahim ni...ore nyo baik kaloh la...tp bagi kawe la...hok mano join nge parti politik nie...sebenarnyo ado kepentingan pribadi...tok kirolah dari parti mano pn...tp ambo arap gak...cito2 nk tolong rakyat tu buke setakat cerito dongen jah...sebab pemimpin sebelum ni pon oyak gitu jgk...pemimpin PAS hok ado loni pon...janji gitu jgk...siap guno ISLAM lagi sebab nk sedapkan cerito...tp gak...jd cerito dongen jah...