Tuesday, August 23, 2011

PAS PUSAT YANG BODOH SOMBONG

Lebih kurang 200 ahli PAS Parlimen Jeli memenuhi dewan untuk memilih dan mencalonkan bakal wakil mereka.


Demam pilihanraya kini menyerang semua parti parti politik di Malaysia.Beberapa hari yang lalu  lengkaplah nama nama bakal calon kemungkinan PAS di seluruh Parlimen dan DUN negeri Kelantan dalam majlis K.A.P yang diadakan diseluruh kawasan secara serentak.Nama nama bakal calon yang dipilih oleh ahli ahli PAS dikawasan masing masing sudah diserahkan kepada Pesuruhjaya Pas Negeri untuk tindakan selanjutnya.Kini seluruh ahli ahli PAS di negeri kelantan sudah mempunyai calon yang akan mereka beri undi dalam PRU 13 nanti .Mereka sudah mengetahui siapa calon yang sesuai untuk memimpin mereka selepas PRU 13 nanti.

Kawe toksir cerita terlalu terperinci berkenaan proses KAP yang diperkenalkan/diilhamkan oleh TGNA semenjak tahun 1982 hingga ke hari ini.KAP adalah senjata ketelusan yang mustajab yang memberi kelebihan kepada PAS mengatasi pihak lawan sepanjang PRU PRU yang lalu.Dikala PAS sudah selesai mengenal pasti calon calon mereka yang akan bertanding dalam PRU 13 nanti UMNO masih lagi terkial kial dalam kebingungan samada untuk memilih calon calon dari golongan muda atau sebaliknya .Ini berdasarkan kenyataan Stopa Mamat yang disiarkan oleh malaysiakini.Jauh sungguh ketinggalan parti yang kaya material berbanding dengan parti yang kaya ilham di malaysia ini.SIMULASI untuk UMNO seluruh negara  atau KAP untuk PAS Kelantan sahaja, yang mana lebih berkesan mempunyai jawapan yang tersendiri kepada kedua kedua parti yang dianggotai oleh majoriti orang melayu di Malaysia.

Apa yang ingin ketengahkan disini adalah mengapa  KAP ini menjadi amalan PAS hanya di Kelantan sahaja?Dalam posting yang lalu kawe ada menyentuh sedikit tentang MAS dalam PAS yang boleh di baca di SINI. Tetapi bila menghadiri majlis KAP di Jeli tempoh hari pandangan kawe terhadap MAS dalam PAS sedikit berubah. Para peserta dalam majlis KAP itu nampak lebih tersusun ,begitu juga proses pembahagian borang hijau dan kuning nampak begitu tersusun dan kemas untuk para peserta mengisinya.Kemanan yang ditonjolkan oleh ahli ahli memilih bakal pemimping yang mereka suka diadakan dengan penuh tertib sekali.Terdetik dalam hati kawe jikalau benarlah begini cara gerak kerja PAS di semua negeri negeri seluruh negara KEMUSTAHILAN tidak menjadi jurang yang amat besar untuk melihat BN dihalau dari putrajaya.

Setelah majlis selesai dan dalam perjalanan pulang kawe bertanya kepada Ahli Parlimen Kota Bharu yang bertanggungjawab sebagai Ketua Urusetia yang bertugas pada malam itu . Soalan kawe adakah PAS diseluruh negara mempunyai aktiviti yang sama pada malam ini. dengan tegas beliau menjawab TIDAK hanya serentak di seluruh Kelantan sahaja.Kawe terus mengheret YB ini untuk terus berbual dengan kawe mengenai perkara tanpa menganggu fokus beliau kepada stereng yang dipandu .Kawe terus mengaju soalan kawe untuk menduga YB ini ,kata kawe Adakah PAS Pusat tidak mengiktiraf KAP yang dilakukan oleh PAS Kelantan?Beliau menjelaskan bahawa PAS Pusat tidak menganggu urusan itu ,terpulanglah kepada setiap negeri lain untuk menetapkan cara tersendiri.Beliau juga menjelaskan dalam beberapa muktamar terdapat perwakilan dari kelantan mencadangkan supaya amalan KAP oleh kelantan ini diseragamkan untuk semua negeri yang lain TETAPI perkara ini hanya tercatat diatas kertas cadangan sahaja.Bila beliau menjelaskan sedemikian kawe tidak meneruskan soalan yang seterusnya mengenai perkara ini demi untuk tidak memberi satu keadaan yang tidak selesa untuk beliau menjawab soalan yang mana beliau bukan berada dalam kapasiti untuk menjawab.

Kawe memilih ruangan ini untuk bertanya secara umum kepada barisan kepimpinan PAS pusat khasnya dan kepada ahli ahli PAS diluar kelantan umumnya.Apakah sistem KAP yang diperkenalkan oleh TGNA yang berusia puluhan tahun ini tidak cukup baik untuk ditiru oleh negeri negeri lain di Malaysia? Apakah PAS pusat tidak mengiktiraf kejayaan cemerlang Pas Kelantan yang berjaya mempertahankan negeri kelantan lebih 20 tahun itu?Apakah dengan mengambil idea/meniru apa apa sahaja bentuk gerak kerja yang baik oleh PAS Kelantan secara tidak langsungnya akan menunjukkan PAS negeri lain lemah dalam strategi lebih lebih lagi Negeri Terengganu yang dipimpin oleh Presiden Pas sendiri?

Bagi kawe PAS pusat sudah menjadi bodoh sombong dalam hal ini ,jikalau ditinjau sejenak negeri negeri yang diperintah oleh kerajaan PR telah diseru oleh pemimpin pemimpin untuk datang ke kelantan serta belajar dengan barisan pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan tentang rahsia rahsia yang dilakukan untuk menidakkan kerakusan Kerajaan BN menguasai kelantan. Mereka datang untuk mendapat nasihat yang berguna ,mereka pulang dengan mengguna pakai mana mana perkara yang sesuai dengan persekitaran ditempat mereka.Apakah dengan mengambil tips tips dan contoh contoh dari kelantan ini maka mutu pentadbiran kerajaan negeri Selangor ,Kedah dan Pulau Pinang lebih lemah dari Kelantan? Sila semak dan nilai pencapaian mereka  dari semua sudut .Jika PAS Pusat cerdik dan tidak sombong sudah tentulah mereka akan mereka tahu   bahawa Kerajaan Pusat sendiri pun telah banyak meniru pembaharuan pembaharuan yang dibawa oleh Kerajaan Kelantan di bawah kepimpinan TGNA .Jika kerajaan pusat yang tekenal dengan sikap cerdik dan sombong itu sanggup meniru/menerima idea pembaharuan yang di bawa oleh PAS Kelantan KENAPA PAS Pusat masih mahu berada dalam keadaan BODOH SOMBONG tidak mahu mengambil kesempatan untuk memperkuatkan kedudukan PAS di negeri lain dalam soal soal KETELUSAN yang melibatkan rakyat bawahan dan pemimpin yang diatas?

PAS Pusat seharusnya mengambil iktibar tentang apa yang berlaku kepada PAS Terengganu dalam PRU yang lalu KERANA bodoh SOMBONG lah .PAS Pusat harus jujur tentang ''post mortem'' yang dibuat mengenai punca kekalahan sebenar PAS Terengganu di bawah kepimpinan TGHA sebagai Menteri Besar pada waktu itu.Membuat kenyataan bahawa kekalahan PAS Terengganu adalah tanggungjawab bersama kepada seluruh PAS dalam negara adalah satu amalan yang baik dalam jemaah.TETAPI untuk bermimpi dan berkhayal dengan satu kenyataan yang tidak tepat adalah satu tindakan BODOH yang boleh membawa kepada benih benih SOMBONG membiak dalam satu satu organisasi.

Pada pengamatan kawe rahsia sebenar kejayaan PAS Kelantan adalah kerana berjaya mengekalkan sifat sifat KETELUSAN diantara pemimpin atasan dengan rakyat bawahan. Kesilapan dan kesalahan yang berlaku dalam mana mana organisasi /parti/pertubuhan adalah perkara biasa.Tetapi KETELUSAN akan dinilai dan terima bila mana ada keberanian mengakui kesilapan dengan ikhlas dan jujur BUKAN dengan cara mencernakan KETELUSAN itu dengan membuat kenyataan yang tidak tepat untuk melegakan hati jemaah.

PAS Pusat tidak perlu ambil kira pandangan pemimpin pemimpin PAS yang asalnya dari Kelantan dalam ini sekiranya malu untuk dilihat bahawa pemimpin PAS Kelantan lebih cerdik dalam melakukan segala gerak kerja dari mereka yang diluar Kelantan.PAS Pusat boleh mengambil pendekatan CERDIK dan SOMBONG dengan mengarahkan YB YB PAS yang pernah mendapat suaka jawatan YB di kelantan dalam beberapa pilihanraya umum yang lalu.Arahkan YB Salehuddin Ayub,YB Hatta Ramli,YB Nasaruddin serta Mat Sabu yang kini Timbalan Presiden untuk mendedahkan kepada PAS Pusat apakah strategi strategi yang diguna pakai oleh PAS Kelantan mengekalkan kedudukan dan menambahkan sokongan rakyat terhadap mereka.Ambil yang baik dan perbetulkan yang kurang molek maka dapatlah hasil yang berkesan.

Kawe tidak mengatakan Presiden parti TGHA dan konco konconya lemah dalam merangka strategi PAS di PUSAT tetapi hakikatnya strategi politik dari otak otak tua mereka sudah kolot hinggakan kuasa negeri yang sudah dalam tangan pun boleh hilang.Apakah ahli ahli PAS yakin otak otak yang sudah menurun tahap kecerdasannya boleh merangka satu strategi yang baik dan jitu untuk menghalau BN dari Putrajaya? Kini sudah sampai masanya untuk bangun dari mimpi enak dan menyatakan dengan TEGAS kepada rakyat umum sememangnya kini PAS adalah sebuah parti politik yang paling berkuasa di Malaysia dan selepas PRU 13 nanti akan membawa perubahan yang besar kepada rakyat malaysia.




No comments: