Monday, December 6, 2010

BAHAYA DI BEIRUT

Hati hati jangan pakai lambang ini sesuka hati di Beirut

Sudah menjadi perkara biasa bagi kawe bila disoal oleh imigresen dan pihak polis untuk memasuki sesuatu negara yang kawe lawati tapi pengalaman kawe di Beirut kali ini amat berlainan sekali kali ini.Di airport agak terperenci juga kawe di soal oleh imigresen dan polis Beirut tapi tidak sampai mengatakan kawe ambil Marijuana seperti di Oman.Bagi kawe bila memasuki sesuatu negara sudah menjadi tidak seronok lagi jikalau polis negara tersebut tidak beritahu di mana hotel tempat kawe akan menginap  nanti ...hahahaha ..Nasihat kawe jangan amalkan kerana ianya bukan sesuatu yang menyeronokkan bila di soal siasat oleh polis mana mana negara pun.Keseronakan kawe adalah kerana kawe tidak bersalah dan ruang untuk dipersalahkan tiada .Di Beirut tidak banyak kerenah tapi semua beg yang kawe bawa buka untuk di periksa.

Semasa dalam perjalanan dari airport ke hotel kawe menginap terdapat ramai askar didalam bandar Beirut lengkap dengan senjata ,kawe tidak tahu apa yang mereka jaga dan bukan masalah bagi kawe pun untuk ambil tahu tugas mereka.Sesampai di hotel kami rehat seketika sebelum keluar untuk makan malam ,makan di hotel penginapan pun bukan perkara yang menarik bagi kawe walaupun di Beirut amat mesra kepada perokok kerana tiada tempat larangan untuk merokok secara khusus.

Setelah mendapat sedikit maklumat dengan kakitangan hotel kami keluar untuk mencari restoren mengisi perut ,tiada arah yang khusus melainkan menyusuri jalan di Hamra Street.Pilihan kami adalah KFC hahaahha...selesai melapah dinner plate kami terus berjalan tanpa tujuan yang khusus selain menikmati keindahan bandar Beirut seperti pekan Golok hahahah ..Kenapa pekan Golok? Disini melanggar lampu merah dan jalan sehala dijadikan 2 hala adalah perkara biasa dan terdapat juga 3 orang menaiki satu motosikal tanpa helmet.

.Dalam menyusuri jalan jalan ini terdapat jalan yang gelap dan terang dan di kebanyakan jalan yang agak gelap akan ada 2 orang askar yang lengkap bersenjata bertugas terutamanya di downtown yang berdekatan dengan bangunan  Parlimen Lebanon.Sedang asyik kami berjalan sambil berbual tiba tiba satu suara dari belakang memanggil suruh berhenti dalam bahasa Arab dan bila kami menolah ke belakang 2 orang askar Lebanon melambai kami. Tanpa membuang masa kami terus berpatah balik dan menuju kearah mereka.

Setelah passport dan badan kami di periksa dan beberapa soalan diajukan kepada kami dan akhirnya mereka ucapkan “AHLAN” kepada kami.Kawe ambil kesempatan didalam kemesraan tentera ini untuk bertanya beberapa perkara yang menarik di Beirut untuk dilawati.Dengan mesra dan bangga anggota ini memberi penerangan kepada kawe .
Setelah penat berjalan tanpa tujuan kami ambil keputusan untuk kembali ke hotel kerana besok pagi ada agenda yang perlu kami penuhi.

Untuk mendapat teksi bukanlah perkara yang susah di Beirut ,perlu dijelaskan disini boleh dikatakan semua pemandu teksi di Beirut adalah dari penduduk tempatan dan jenis kenderaan yang paling banyak dijadikan teksi adalah kereta berjenama MERCEDES seperti KERETA SEWA dari Kota Bharu ke Rantau panjang .
Setelah selesai minum pagi di hotel penginapan dan seperti yang di janjikan tepat jam 9.30 pagi pemandu teksi sudah terpacak di depan hotel kami untuk membawa kami ke destinasi yang hanya beliau tahu jalannya.Destinasi pertama kami adalah untuk melawat dan melihat batu didalam gua yang amat indah ciptaan TUHAN ini.Disepanjang perjalanan kesana kami melewati beberapa bangunan yang masih ada kesan tembakan peluru akibat peperangan saudara di Beirut beberapa tahun yang lalu.Didalam perjalanan menuju ke gua tersebut kawe terpandang satu gereja di atas bukit yang tinggi dan kawe bagi tahu pada Naamat bahawa kami mahu kesana selepas keluar dari gua nanti.

No comments: