Wajah 2 gengters VCD Di Byblos
Kawe bersua dengan 2 orang gengster setelah selesai menjelajah souk di Byblos dan "lambang" yang kawe bawa pun sudah bertukar atas nasihat seorang wanita Lebanon yang pernah menetap sebulan di Pulau Langkawi.
Kali ini kawe akan cerita lagu mana "lambang itu" menjadi bahaya di Beirut.Kawe mula kan dengan lawatan kawe untuk melihat kejadian batu di Jeita Grotto .Setelah turun dari menikmati keindahan batu ciptaan ilahi kami meminta Naamat menuju ke arah bukit yang tinggi untuk kami naik ke puncaknya .Syadet Libnan merupakan destinasi kami . Untuk sampai ke puncak bukit kami terpaksa menaiki cable car ,walaupun ada jalan untuk naiki dengan kereta tapi kawe berpendapat Naamat hendak jimatkan minyak keretanya kerana harga minyak petrol di Lebanon bukanlah semurah harga minyak di Malaysia .
Bergambar kenangan denga saudara Ibrahim
Tiada apa yang menarik diatas sana melainkan pandangan yang indah menghadap laut .Di sini kawe berjumpa dengan seorang rakyat Lebanon yang pernah berkhidmat di Dubai sebagai Engineer satu ketika dulu,kini beliau sudah pencen tapi mempunyai syarikat sendiri yang buat projek projek kecilan di Lebanon .Seronok berbual dengan Ibrahim ini banyak cerita mengenai Lebanon yang di ceritakan dan beliau mencadangkan beberapa tempat yang mesti di lawati terlanjur sampai di lebanon.Ibrahim merupakan seorang kristian yang tinggal di Harissa.
Setelah turun dari bukit ini kawe singgah di kedai souvenir di kaki bukit ,sudah menjadik satu tabiat kawe bila melawat mana mana negara satu benda yang takkan lupa kawe beli adalah T-Shirt yang berindentitikan negara tersebut.Dalam memilih beberapa helai t-Shirt untuk di beli kawe tertarik dengan satu t-shirt dan bertanya pada si penjual di mana fitting room ,malangnya dikedai tersebut tiada tempat untuk mencuba dan dengan selamba gadis Lebanon yang menjual baju tersebut suruh kawe cuba didepan dia. Kawe pun dengan selamba buka T-Shirt Kelate kawe dan bagi dia pegang untuk cuba baju dia ( opss baju yang dia jual ..hahahaha) ..Setelah puashati dengan saiz kawe suruh dia masukkan T-shirt Kelate kawe dalam plastik bag .Dari saat itu kawe mula membawa lambang CEDAR yang menjadi kebanggaan rakyat lebanon itu .
Setelah selesai beli apa yang kami nak beli dalam kedai itu kami meminta Naamat mencari restoren untuk kami isu perut.Sebuah restoren tepi laut yang Naamat bawa kami . Sesambil makan perbualan kami terjurus kepada kemana pula hala kami selepas makan ,ada beberapa tempat yang dicadangkan dan beberapa tempat yang kami tanya Naamat jarak dan masa perlu di ambil kerana waktu siang di Beirut singkat.
Hidangan pencuci mulut kami
Setelah perut kenyang kami ambil keputusan untuk melawat Byblos kerana itu yang terbaik pilihan yang kami ada ,jikalau ke |Saidar atau Baalbeck mengambil masa 2 jam untuk sampai dan sudah tentu bila sampai hari sudah gelap.Byblos pilhan terbaik kerana terdapat Souk di sana .Sesampainya kami di kawasan Souk tidak ramai orang yang ada pada waktu itu. Sedang kawe berjalan sambil meninjau barang barang yang di jual ,kawe terperasaan banyak mata orang Lubnan yang memerhati ,dalam hati kawe mungkin orang Lubnan rasa pelik kerana orang luar pakai baju berlambangkan pokok kebanggaan mereka ,kawe tidak peduli.Sehinggalah seorang wanita Lubnan menyapa dan bertanya samada kawe tahu apa makna "lambang" yang kawe pakai itu ,kawe jawab dengan yakin bahawa lambang bendera negara Lubnan. Beliau kata bukan itu lambang "lubnan Force" dan kata kata beliau berakhir dengan DANGER ...kawe hanya gelak mendengar kata kata dia dan dia tersenyum dengan seribu makna...
Setelah kawe masuk satu kedai untuk melihat lihat barang yang dijual ,perempuan Lebanon yang berumur lewat 40an ini bertanya kawe dari mana dan kawe jawab dari malaysia dan beliau teruja bila dengar kawe dari malaysia dan terus beritahu beliau pernah bercuti selama sebulan di Langkawi beberapa tahun yang lalu. Dalam keghairahan dia menceritakan mengenai Langkawi tiba tiba beliau bertanya di mana kawe beli T-Shirt yang kawe pakai itu ,pantas kawe cakap dari Harissa dan dia menganguk faham . Kawe tanya dia pula kenapa? Soalan kawe beliau tidak jawab sebaliknya bertanya kawe samada tahu tak apa makna lambang itu.Sekali lagi pantas kawe jawab " Lubnan Force" sambil ketawa . Dia tersenyum dan berkata jangan pakai di kawasan Bandar Beirut atau Tripoli , kawe tanya lagi kenapa?
Beliau mula bercerita panjang lebar kepada kepada kawe mengenai logo tersebut katanya "Lubnan Force" adalah satu pasukan tentera yang di ketuai oleh seorang bekas pegawai tentera Lubnan semasa perang saudara dulu yang berasal dari Harissa beragama kristian . Lubnan Force ini membunuh orang islam dan kristian Lubnan dengan cara amat kejam.Ramai dikalangan rakyat Lubnan di Beirut dan Tripoli menjadi mangsa kekejaman Lubnan Force ini.Perempuan ini mencerita dengan detail kepada kawe macam mana cara pembunuhan yang di lakukan oleh Lubnan force ini pada waktu itu....amat menyayat hati mendengarnya.
Kawe bertanya sekali lagi apa makna logo itu sebenarnya? Beliau berita tau ..lambang cedar itu maksudnya rakyat lubnan dan bulatan merah yang melingkungi Cedar itu maknanya mesti di bunuh.Jaddik beliau kata eloklah baju ini jangan di pakai di Lubnan kerana mungkin akan melukakan hati anak anak lebanon yang mana ibubapa mereka yang menjadi mangsa kekejaman Lubnan force ini.
Barulah kawe faham cerita sebenar dan kenapa banyak mata memandang kawe dengan penuh makna semenjak masuk restoren makan tengahari tadi hahaahha.Kawe bagi tahu kepada perempuan ini samada dalam kedai dia ada jual baju atau tidak ? Beliau tanya kawe kenapa? kawe jawab ..kawe tak nak mati di Lubnan sambil ketawa dan dia pun ikut ketawa sama dan berkata perkara ini sudah lama berlaku ada orang yang dah lupa tapi kesannya tetap ada.
Dia jawab lagi kepada kawe dia tidak jual baju tapi dia akan cari untuk kawe tukar baju itu kepada baju lubnan yang tidak memudaratkan kepadai pemakai, beliau suruh kawe tunggu dia pergi cari untuk kawe di kedai sebelah .Tidak lama kemudian dia datang kemabali dengan beberapa T-Shirt Lubnan untuk kawe pilih.Setelah pilihan kawe buat dan beberapa barangan di kedai dia kawe beli dan minta diri untuk pulang ...Dia kata kepada kawe T-Shirt tu kawe boleh di Malaysia tiada masalah katanya TAPI jangan di Lubnan.
Samada benar atau tidak cerita perempuan ini tidaklah kawe ketahui dan kawe juga tidak bertanya kepada Naamat mengenai perkara ini.Mungkin perempuan itu hanya ingin menjual T-Shirt dia kepada kawe atau ceritanya benar kawe tak pasti . Yang pasti kawe tak nak mati di Beirtut hanya kerana sehelai tshirt.
Kawe tinggalkan semua yang baca cerita kawe diatas dengan "Lebanese Forces" untuk menilai kebenaran cerita perempuan Lubnan tersebut.
No comments:
Post a Comment