Bersama Imam Masjid di Pintu masuk
Byblos adalah satu daerah di Lebanon yang pernah di kuasai oleh empayar Rome dan kesan kesan peninggalan tembok kerajaan Rome masih di pelihara sebahagiannya.Dalam program asal kawe Byblos bukanlah tempat yang menjadi keutamaan kawe tetapi disebabkan masa siang yang singkat tempat yang kawe ingin lawati tidak dapat ditunaikan hari ini .Perjalanan yang memakan masa 2 jam dari Beirut ke Saidar yang akan mengakibatkan bila kawe sampai disana hari sudah gelap.
Sesampainya kawe di Byblos sudah masuk waktu maghrib dan hari sudah gelap dan pemandangan kesan kesan peninggalan lama telah membatas penglihatan kawe .Perlu di sebutkan disini kawe kesana berdua dan di temani oleh seorang tempatan Lebanon yang merupakan pemandu kami yang bernama Naakmat Allah Francis Aoun seorang kristian. Beliau merupakan pemandu teksi di Lebanon. Sudah menjadi kebiasaan bagi kawe bila kemana mana negara Arab tiada perancangan terperinci dan program khusus yang ditetapkan semuanya dirancang secara spontan . Cuma perkara utama selepas check-in di hotel adalah cari driver teksi orang tempatan untuk berbincang harga .Kali ini Naakmat pilihan kami setelah beberapa orang kami temuduga .
Semasa kami mendaki bukit menuju ke Souk di sini ,kami terpaksa melalui sebuah surau atau madrasah lah standard ore kampung kita panggil.Di perkarangan surau ini terdapat seorang lelaki sedang duduk diatas kerusi .Bila lihat sahaja kelibat kami lelaki ini terus bangun dan menyapa kami untuk singgah solat maghrib di Masjid ini.Setelah selesai solat maghrib kami berbual bual dengan imam tersebut dan menurut cerita dari imam tersebut masjid ini telah di bina oleh seorang Turki 500 tahun yang lalu.
Setelah bersalaman tanda perpisahan dengan dengan imam tersebut kami meneruskan perjalanan kami . "Lambang itu" masih kawe bawa dan tiada teguran khusus yang diajukan oleh Imam tersebut ,mungkin juga kerana memahami kawe seorang pelancong bukan orang tempatan dan sudah tentu tidak mengetahui apa ertinya walaupun didalam hatinya mungkin sedikit terasa hirisan luka lama......
No comments:
Post a Comment