Meraikan tetamu di pejabat ADUN walaupun selepas waktu pejabat
menjamu selera bersama tetamu tetamu yang mengunjung
Kelmarin kawe bersama sama dengan teman mukabuku yang lain telah meluangkan masa dan mengambil masa emas YB Semerak atau lebih mesra panggilan Tok Wae di pejabat ADUN Semerak Pasir Putih.Pertemuan kami sepatutnya berlaku pada pukul 6.00 petang tapi kami tiba di pejabat Tok Wae 6.40 ptg .Kelewatan kami adalah mungkin disebabkan masih terikut rikut dengan JANJI Melayu yang mungkin hampir sebati dengan kami.MAAF YB...
Setibanya kami bertiga beberapa tetamu lain seperti Mohd Soberi suami isteri,Pak Da Kori dan beberapa orang lain sedang rancak berbicara dengan YB Tok wae.Kami disambut dengan penuh mesra oleh Tok Wae ,setelah bersalaman dan dipersilakan duduk serta memperkenalkan diri masing masing.Senyuman yang selalu terukir di bibir pemimpin rakyat ini membuatkan hati kami merasai telah lama mengenali INSAN ini walaupun inilah pertama kali kami bersua muka.Tanpa membuang masa Tok Wae membawa kami untuk meninjau pejabat beliau yang ditempatkan disebuah lot kedai setingkat di kampung cherang ruku Pasir Putih .
Tiada apa yang menarik mengenai hiasan dalaman yang menghiasi pejabat ADUN ini yang mana lantai hanya ditutupi oleh tikar getah yang berharga murah ,sebuah bilik khas untuk YB ini menguruskan segala urusan dengan rakyat yang diwakilinya .Terdapat 2 meja yang mungkin dikhaskan untuk pembantunya serta sofa yang agak lama untuk tetamu melabuhkan punggung.Terdapat juga sebuah bilik mesyuarat DAN yang paling menarik perhatian kami adalah sebuah bilik kecil atau bolehlah dipanggil konti radio disudut belakang pejabat ini .Dibilik inilah YB ini berhubung dengan rakyat secara terus ,mendengar luahan ,pandangan,masalah setempat.
Setelah seketika berbual pelbagai isu di pejabat YB ini ,kami telah dijemput untuk menikmati jamuan Maggie ketam disebuah restoren yang hanya terletak disebelah pejabat ADUN ini.Ketam Nipah yang disajikan bersama maggie segera lazat dan berkhasiat kepada mereka yang tidak mempunyai penyakit penyakit tertentu.Juada hidangan dihabiskan setelah azan mahgrib berkekumandang.
Tok Wae mengajak kami sembahyang maghrib di pejabatnya yang imamkan oleh beliau sendiri.Selesai solat maghrib sebahagian daripada kami telah memohon diri untuk pulang . Tinggallah kami bertiga bersama ABE LEK seorang ahli UMNO yang juga seorang blogger meneruskan perbualan santai dengan YB Wan Hassan Wan Ibrahim.
Tajuk perbualan menjurus kepada satu perjuangan yang diusahakan oleh Abe Lek sekarang ini iaitu .PILIH CALON JANGAN PILIH PARTI DALAM PILIHANRAYA.Abe Lek menerangkan secara ringkas kepada kami maksud sebenar apa yang dia perjuangkan itu .Kenapa dia memilih Tok Wae sebagai teman setia sedang mereka berlainan PARTI dijelaskan.Beliau juga menjelaskan cita cita beliau untuk melihat orang melayu matang berpolitik suatu hari nanti.
Bila ditanya golongan manakah yang dijadikan sasaran untuk memastikan perjuangannya ini berjaya ,dengan yakin beliau menerangkan bahawa golongan yang tidak tahu untuk mengira/membayangkan wang sejuta itu berapa banyak.Bila diusik lagi dengan pertanyaan,APAKAH HARAPANNYA TERHADAP ORANG MELAYU.Dengan tegas Abe Lek menyatakan harapannya untuk melihat orang Melayu berpolitik secara aman ,boleh peggi marri walaupun berlainan idealogi politik.
Rumusan mudah perjuangan Abe Lek ini adalah untuk melihat PERPADUAN ORANG MELAYU DENGAN IDEALOGI POLITIK YANG BERBEZA.Bukan PERPADUANG yang dijual oleh Pak Lah kepada Nasaruudin satu ketika dulu.Kawe secara peribadi bersetuju dengan cara Abe Lek ...Orang Melayu mesti bersatu atas nama melayu /islam itu sendiri BUKAN bersatu dengan penggabungan parti politik.
Setelah jam menunjukkan hampir pukul sembilan malam kami minta diri dengan YB untuk beralah dan berkebetulan Tok Wae mempunyai mesyuarat pada pukul 9.30 malam. Setelah bersalaman dan mengucapkan terima kasih kerana kesudian YB ini meluangkan masa emas beliau kepada tanpa apa apa manfaat kepada beliau.Yang sangat terkesan dihati kawe adalah apabila Tok Wae mengiringi kami hingga ke pintu kereta dari pejabatnya.Kawe berharap ini adalah keperibadian YB ini yang sebenar bukan BUAT BUAT kerana hendak menonjolkan dirinya seorang wakil rakyat bagus kepada kami orang luar Pasir Putih.
AMAT BERTUAH ORANG PASIR PUTIH MEMILIKI TOK WAKIL YANG MUDAH BASSO LAGU NI.
No comments:
Post a Comment