Wednesday, July 27, 2011

AMANAH MENENTANG PEMEGANG AMANAH

                                 SIAPA YANG LAYAK UNTUK GANTI NAJIB SEBAGAI PM

AMANAH adalah satu tanggungjawab yang dibebankan kepada seseorang untuk dilaksanakan secara jujur dan ikhlas dalam perlaksanaan tugas yang di amanahkan itu .Begitulah maksud yang mudah difahami oleh kawe bila membicarakan soal AMANAH ini.Pentadbiran sebuah kerajaan di AMANAH oleh rakyat kepada para pentadbir melalui proses pilihanraya di Malaysia.Sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan di Malaysia ini telah menganugerahkan lambang DACING sebagai sebuah kerajaan yang di AMANAH kan mentadbir rakyat Malasyia selama lebih 50 tahun usianya.

Dewasa ini gegak gempita dibumi Malaya ini diserang dengan berita kerajaan yang memerintah kini sudah terlalu banyak mencurangi AMANAH yang dipertanggungjawabkan kepada kerajaan lambang dacing ini.Apakah benar kerajaan yang sekarang ini dipimpin oleh Suami kepada BiniNajib tidak AMANAH?Apakah sebuah kerajaan yang tidak AMANAH perlu ditolak lambang  kerajaan tersebut atau pemimpin yang pecah AMANAH yang harus dipanggil turun dari kerusi kuasa? Semua rakyat Malaysia yang layak bersuara melalui pangkahan undi dalam pilihanraya dalam waktu terdekat sedang berkira kira untuk memilih kerajaan yang lebih AMANAH untuk menjaga KEBAJIKAN mereka.

Beberapa hari yang lalu seorang ahli politik veteren dalam UMNO yang seorang anak Raja yang berjiwa rakyat dari Kelantan telah melancarkan satu NGO baru yang diberi nama AMANAH.Kemana hala tuju Ku Li untuk membawa NGO ini masih kabur, yang jelas dalam ucapan anak Raja ini adalah NGO AMANAH ini bukan untuk menjatuhkan kerajaan yang sedia ada TETAPI untuk mebantu pembentukan sebuah kerajaan yang bertanggungjawab kepada AMANAH yang diberi oleh rakyat.Beberapa bulan yang lalu kawe ada menulis berkenaan Ku Li DI SINI.Jangan terlalu terikut ikut dengan ILUSI penulisan kawe terhadap batang tubuh Ku Li tetapi lebihkan renungan kepada AMANAH yang dijaja oleh Ku Li ini.

Tidak salah untuk mengambil kira PERKASA yang di bawa oleh Ibrahim Ali untuk meninjau matlamat AMANAH yang dibawa oleh Ku Li ini .Cuma yang berbeza sedikit adalah mengenai PRINSIP kedua dua batang tubuh tokoh itu sahaja.PERKASA Braheng kini sudah menjadi suram bila berkali kali telah dirogol dan dilacurkan oleh UMNO sehinggakan keberanian Braheng menjadi BACUL di perhimpunan bersih baru baru ini.Braheng menggunakan PERKASA supaya hayat politiknya terus bernyawa dipersada politik negara .Ahli politik yang mahu berjaya dalam dunianya akan diukur asas kejayaannya bila menjadi sebutan dan bualan dikalangan orang ramai tidaklah dikira sangat apa isu yang dibawa.Apakah Ku Li juga sedang melihat sinar politiknya sudah makin kabur dan perlu bangkit untuk menyatakan kepada rakyat Malaysia bahawa beliau masih wujud? Nampaknya bekas 2 tokoh parti Semangat 46 ini mengalami nasib yang sama diatas pentas yang berbeza.

Tidak perlu bicara panjang mengenai nasib Braheng yang sememangnya tidak AMANAH dalam berpolitik ,biarkan Braheng dilenyek dan dijirik oleh tayar kereta MSO (Mohd Sayuti Omar) yang sedang memecut laju membawa Ku Li untuk dijual dan dijaja kepada rakyat Malaysia betapa AMANAH nya anak raja ini bermain main dengan politiknya.Ada desas desus mengatakan tujuan sebenarnya Ku Li menubuhkan AMANAH ini adalah semata mata  kerana sudah tidak tahan  lagi melihat ketidakAMANAHan yang dilakukan oleh Najib dan regim BiniNajib terhadap rakyat Malaysia. Jika benar itulah hasrat Ku Li maka amat wajar dan teramat amat wajar seluruh rakyat Malaysia yang mempunyai kesederan menyokong Ku Li tanpa berbelah bagi.Sejarah belum usang lagi mengenai hampir perkara yang sama berlaku semasa Pak Lah menjadi PM.Penentangan terhadap beliau datang dari kelompok veteran UMNO sendiri yang diketuai Tun M.Kemuncaknya sehingga Tun M keluar dari UMNO dan secara terang terang menyeru seluruh rakyat Malaysia dan ahli UMNO menjatuhkan BN dalam pilihanraya.Hasilnya Pak Lah tersungkur dari kerusi PM yang tinggal hanya bini baru untuk dibawa bersama dalam persaraan dalam bidang politik.

TETAPI sebelum kawe hendak menurunkan tandatangan yang tiada nilai diatas borang keahlian AMANAH yang disediakan oleh Ku Li ini terdapat beberapa persoalan yang meracuni kotak pemikiran kawe yang perlu diajukan untuk mencari kejujuran Ku Li membawa beban AMANAH ini.Bilakah tarikh keramat untuk Ku Li umumkan keluar dari UMNO? Apakah Ku Li mempunyai cita cita untuk memikul AMANAH untuk menjadi PM Malaysia mengantikan Najib? ATAU Ku Li masih melihat UMNO masih lagi mampu menjaga AMANAH rakyat Malasyia dan hanya Najib dan BiniNajib sahaja yang perlu di sisihkan? Apakah Ku Li setuju Muhyidin dilantik sebagai PM selepas Najib dijatuhkan?

Logik mudahnya persoalan yang dilontarkan oleh ore kampung yang tiada daya intelek seperti kawe adalah .Jika Ku Li bercita cita ingin menaiki kerusi PM atas nama UMNO ,zamannya sudah berlalu dan adanya Ku Li dalam UMNO bolehlah dianggap sebagai barang ANTIK yang disimpan rapi didalam almari sahaja.Jika Ku Li betul betul ingin menggunakan pentas AMANAH sebagai tiket kepada cita cita maka BERLAGA lah  seperti lembu jantan .Jika Ku Li masih yakin lagi UMNO boleh menjalankan AMANAH kepada rakyat Malaysia selepas Najib dijatuhkan MAKA saranan kawe kepada Ku Li eloklah beliau pun bersama sama dengan Najib menggali lubang untuk mengambuskan kerjaya politik .Sebagai anak raja yang berjiwa rakyat Ku Li harus peka dengan daya pemikiran orang kampung yang mana jurang pemikiran mereka amat jauh denga golongan intelek dalam bertindak.Orang kampung tiada strategi dalam berfikir ,orang kampung tiada rundingan dolak dalik .Ambil contoh di Mesir rakyat menolak Hosni Mubarak tanpa memikirkan dulu siapa pengantinya TAPI mereka tetap tolak kerana cara  orang kampung seperti kawe berfikir matlamat capai dahulu masalah yang akan datang selesai kemudian BERBEZA dengan golongan intelek berfikir yang mana lebih meninjau masalah yang akan datang dan mencari penyelasaian sebelum masalah datang yang akan mengakibatkan TINDAKAN lambat berlaku.

Ada juga pandangan pandangan yang masuk ke telinga kawe bahawa AMANAH ini disasarkan kepada golongan yang tidak berparti tapi mahu melihat satu kerajaan yang ADIL dan bertanggunjawab dibentuk .Pada pendapat kawe golongan ini kebanyakkan adalah terdiri daripada golongan cerdik pandai atau dalam bahasa kelate disebut ''otak ceroh'' .Apakah Ku Li amat yakin golongan ini dapat menzahirkan 60 kerusi parlimen jika otak mereka diperah untuk membuat strategi politik untuk AMANAH?

Walaupun apa alasan Ku Li sebagai ore Kelate kawe tetap menyokong beliau untuk menduduki kerusi PM jika itu cita cita beliau TAPI bukan atas tiket UMNO kerana beliau hanya kain buruk sahaja dalam UMNO .Kepada pembaca yang lain segala penilaian adalah HAK anda.




1 comment:

Anonymous said...

I think this is one of the most important information for me. And i am glad reading your article. But should remark on few general things, The website style is perfect, the articles is really nice