Makan Durian kalu tak makan ngan pulut tak sah bagi kawe .Makan pulut durian dia ada seni dia hak tersendiri.Ore hak berehi pulut durian jjah reti nilai akan nikmatnya pulut durian ni.Tak ramai ore hak boleh makan pulut durian walaupun berehi makan durian.Kali ni kawe nak syer cara cara kawe makan pulut durian dengan berseni.
Setiap benda berseni memang kena ada persediaan tersendirilah untuk dinikmati TIDAK terkecuali jugaklah seni makan pulut durian nih.Ada persediaan tertentu perlu disediakan sebelum hendak disuap masuk kemulut untuk ditelan sebelum mengejapkan perut.Persediaan pertama adalah perlu kepada adanya buah durian samada dari kebun sendiri/kebun orang lain/durian yang dijual ditepi tepi jalan YANG pasti buah durian tersebut mestilah ditukarmilik dahulu sebelum urusan pembelian pulut dialakukan.
Setelah beras pulut dibeli satu perkara lagi yang mesti ada adalah kelapa untuk diperahkan santannya.Zaman sekarang santan mudah didapati dalam bentuk santan segera atau santan kotak .Tapi guna santan kotak ini akan membuat KEJIROAN rasa terencat sikit.Santan dari kelapa yang diparut/dimesin adalah pilihan terbaik dalam mengekalkan RASA nikmat pulut durian ini tidak UGAH dari segi keasliannya
Jika diperhatikan dalam gambar diatas terdapat satu mangkuk "'benda ''yang berwarna coklat. Nise/gula melaka atau gula biasa adalah pilihan yang boleh dibuat untuk dinikmati bersama pulut durian.Pilihan kawe adalah NISE,kebiasaannya NISE ini akan dijual dalam bentuk buku atau tongkol bagi negeri disebelah luar Kelantan manakala di kelantan ia dikenali sebagai NISE KERRET.Nise ini perlu dirincis halus untuk senang larut bila diadunkan dengan santan nanti.Tugas merincis NISE ini boleh dibuat oleh samada si suami atau si isteri .Tapi si SUAMI perlu ingat JANGAN sesekali berebut untuk buat kerja kerja orang perempuan di dapur NANTI isteri anda terkilan dengan tindakan tersebut.
Setelah Durian siap di CEKOH dan ulas ulas durian ditempatkan dalam bekas yang sesuai ,setelah santan siap diperah (seelok eloknya diperah dgn menggunakan air yang sedikit panas) untuk senang dilarutkan dengan garam yang akan dicampurkan bersama santan secukup rasa untuk mendapat rasa santan yang memenuhi selera akan lemak dan masinnya.Hidangan sudah tersedia dengan pulut pun sudah masak ditanak dan dihidangkan .
Sekarang pulut durian sudah siap sedia untuk dinikmati akan kelazatanya bagi mereka yang berehi.Tapi bagi mereka yang MEMENTINGKAN seni makan pulut durian ini ,masih terdapat beberapa proses lagi yang perlu dipenuhi.Pinggan untuk makan pulut durian mestilah sejenis pingan yang KHAS tidak sedap/enak dinikmati bagi kawe kalau pinggan jenis ''lesseh'' dan perlu kepada pinggan jenis ''ggelup'' hahaha.
Setelah pinggan sedia masukkan santan didalam pinggan tersebut sebanyak yang anda mahu ,kemudian masukkan ulas ulas durian sebanyak mana yang anda mahu kemuadian taburkan rincisan NISSE secukup rasa .Anda boleh memilih untuk menggunakan tangan atau sudu dan garpu untuk menceraikan isi durian dari butirnya dan mencairkan rincisan NISSE dengan santan.Kawe memilih sudu dan garpu untuk proses ini ...Kenapa kawe pilih sudu dan garpu? Anda cubalah dengan menggunakan tangan dan lihatlah hasilnya ..hahaha.
Setelah isi durian dan butirnya dipisahkan dan rincisan NISSE dilarutkan seperti gambar diatas pulut yang masih hangat tadi boleh dimasukkan kedalam adunan tersebut secukup rasa .Adakah anda boleh bayangkan apa akan terjadi atau bagaimana rupa tangan anda jikalau proses mengasingkan isi durian dan butirnya dan melarutkan NISSE dgn santan di lakukan dengan tangan ? Jika anda tidak dapat bayangkan maka SAH lah anda bukan seorang yang gemar makan durian.
Proses yang berikutnya untuk mengekalkan nilai nilai SENI dalam makan pulut durian ini adalah seperti gambar diatas. Pulut yang masih hangat dimasukkan kedalam adunan tadi .Sebanyak mana pulut yang anda hendak masukkan adalah terpulang kepada TAHAP mana keberahian anda kepada pulut durian ini. Ingin kawe nasihatkan disini bahawa sebanyak mana anda hendak makan pulut durian ini adalah di NASIHATKAN supaya habiskan satu kali dalam satu pinggan. Jika anda boleh menambah seperti makan nasi ulam cicah budu makan pulut durian ini ..Kawe ingin JEMPUT menikmati pulut durian di rumah kawe ..hahaha.
Setelah pulut dimasukkan maka proses terakhir sedang dilalui sebelum untuk dinikmati . Pulut tadi hendakklah digaul untuk sebati dahulu seperti gambar dibawah.
Setelah pulut digaul rata bersama isi isi durian dan santan dan sekiranya manisan dari NISE tadi terasa kurang bolehlah ditambahkan diperingkat akhir ini. Setelah selesai segala proses yang melibatkan kesenian ini maka BACA lah sebelum makan untuk menikmati pulut durian yang lazat ini.
Satu lagi nasihat kawe adalah jika ANDA tidak biasa makan pulut durian mengikut aturan seni ini maka ,makanlah pulut durian itu dengan bersungguh sungguh jangan main main.Elakkan berbual bual bersama rakan rakan bila menikmati pulut durian . Elakkan merendam tangan/sudu dalam pinggan semasa makan pulut durian ini.Bagi mereka yang biasa makan pulut durian akan faham mengenai nasihat kawe itu. Bagi yang tak biasa makan pulut durian maka patuhilah NASIHAT kawe itu untuk ANDA menikmati nikmatnya makan pulut durian untuk kali kedua dan seterusnya.
HABIS LICIN
1 comment:
demo anti cino ko gano boh...
Post a Comment