Monday, July 11, 2011
MUHYIDIN GUNA ANUAR UNTUK TELAN NAJIB
Sebelum kawe merapu mengenai hal yang tidak digemari oleh kumpulan Bininajib elok dahulu kita sama sama baca tulisan oleh akhbar kegemaran kumpulan BiniNajib mengenai ANUAR PETUALANG NEGARA yang dilabelkan oleh pemimpin nombor satu negara. Komen yang kawe tunggu tunggu dari pemimpin nombor 2 negara juga muncul DISINI dengan nada yang penuh simbolik dan sinis bukan seperti nada pemimpin nombor satu negara.Analisis menarik adalah bila malaysiakini meletakkan MAJORITI SENYAP didalam kurungan dalam LAPORAN akhbar tersebut.
Bagi kawe dua reaksi yang nampak KERAS dan LEMBUT ini memang patut dijadikan satu kombinasi yang baik oleh kedua dua pemimpin utama negara ini.Pemilihan kepada watak yang mahu ditonjolkan sebagai watak lembut dan keras itu perlu dihayati akan maksudnya secara mendalam.Perkataan PETUALANG negara adalah perkataan yang pernah digunakan oleh Muhyidin kepada Anuar beberapa tahun yang lalu.Apakah Najib mengitar semula kata kata Muhyidin ini sebagai pemimpin nombor satu negara? Apakah hari ini sudah tiada upaya lagi BiniNajib untuk memilih pemimpin lain melontarkan kata kata ini kepada Anuar?Diserang secara terus oleh Najib adalah percaturan yang ditunggu tunggu oleh Anuar selama ini.Dalam permainan catur bila ''Raja'' bergerak kehadapan untuk memerangkap pihak lawan MAKNA nya barisan ''askar'yang memagari Raja sudah terbuka KEMUNGKINAN Raja akan di ''check mate'' adalah lebih tinggi.
Menyingkap kata kata Muhyidin dalam laporan tersebut yang berbunyi ''"Mungkin tidak 100 peratus (penduduk) setuju apa yang kerajaan buat. Dalam rumah pun kadang-kadang apabila mak suruh, kita tak ikut. Tetapi pokoknya kita dalam satu keluarga. Keluarga kita besar, 1Malaysia. Kalau sudah maju dan dibangunkan dengan asas kukuh berdasarkan Perlembagaan negara dan sistem demokrasi berparlimen, apa yang disebutkan dalam Rukun Negara menjadi teras penting dalam pembinaan negara," katanya.''
Amat menarik dan penuh simbolik sungguh setaraf dengan jawatan Menteri pendidikan yang disandarkan kepada beliau.Pilihan perkataan "'MAK'' yang menyuruh bukan ''BAPA'' yang mengarah memberi seribu makna yang tersirat yang perlu ditabirkan oleh seorang yang mahir menafsirkan mimpi.Apakah Muhyidin menbayangkan bahawa kelaurga besar 1Malaysia sekarang ditadbirkan oleh seorang ibu bukan seorang bapa?Beliau juga menyentuh berkenaan Perlembagaan dan sistem demokrasi.Apakah dengan secara berhemahnya Muhyidin hendak menyatakan kepada Najib bahawa cara Rosmah mengendalikan isu BERSIH ini melanggar perlembagaan negara? Kawe serahkan kepada penafsir penafsir mimpi yang hebat hebat di Malaysia ini untuk membuat tafsiran.
Musuh yang senyap adalah pemusnah yang amat ditakuti oleh mana mana medan peperangan dalam dunia ini.Najib tidak mengharap kepada kepada tentera tentera jihad braheng ali untuk mempertahankan malaysia dari Anuar ini kerana mungkin pada pendapat najib Braheng adalah minoriti yang BISING yang tidak mempunyai apa apa kekuatan untuk menahan arus yang dibawa oleh petualang negara ini.Tentera merah upahan dari Bangla yang diterajui oleh Khairy juga tidak boleh diharapkan untuk menjejaskan cita cita petualang negara ini.Pilihan yang ada pada najib adalah untuk mengejutkan tentera tentera senyap dalam UMNO untuk bangkit dari tidur mereka mempertahankan asakan dari petualang negara ini.Apakah tentera tentera senyap akan tersentak bila seruling PETUALANG NEGARA ditiupkan ditelinga mereka? Seruling ini telah dimainkan dahulu oleh Muhyidin satu ketika dahulu dan impaknya BERSIH telah dilancarkan setahun kemudian.
Jikalaulah ketua tentera senyap ini adalah Muhyidin yang dimaksudkan oleh Najib kerana amat ketara sekali kesenyapan Muhyidin dalam isu BERSIH ini MAKNAnya Najib perlu berketuakan Muhyidin untuk mengalahkan serangan dari petualang negara ini.Sanggupkah Najib meletakkan jawatannya sebagai PM dan memberi laluan kepada Muhyidin untuk menjadi pemimpin nombor satu negara menyelamatkan malaysia dari ancaman petualang Anuar ini?Setiakah Muhyidin untuk berjuang bermatian matian bersama tentera senyapnya untuk menyelamatkan kedudukan Najib sebagai PM? Andaian kawe ini adaalah sesuatu yang tidak dapat diterima akal oleh kumpulan penyokong BiniNajib sudah tentunya ...maka tidurlah lenalah mereka bila membaca apa yang kawe mengarut ini.
Lupakan sahaja apa yang kawe mengarut mengenai tentera senyap Muhyidin itu .Ahli ahli UMNO dan biniNajib perlu fokus dan mengejutkan semua majoriti senyap yang ada dalam umno dari tidur supaya bangun untuk basuh muka dan senamankan jari jemari mereka untuk mematuk ''keyboard'' komputer masing masing untuk berperang dengan petualang negara.Apakah Najib sedar golongan mana yang mahir mematuk ''keyboard'' komputer dewasa ini di malaysia.Seingat kawe setahun yang lalu Ketua Pemuda Umno Malaysia ada mengatakan bahawa dalam pemuda BiniNajib Malaysia 70% terdiri dari mereka yang mempunyai kelulusan SPM dan kebawah manakala hanya 30% mempunyai kelulusaan Diploma keatas.Berdasarkan peratusan yang dikeluarkan oleh KJ ini maka rumusan ringkas mengenai majoriti senyap yang dimaksudkan oleh najib ini akan secara intensifnya menggunakan segala kemahiran mematuk ''keyboard'' komputer berjuang habis habisan untuk menyelamatkan kedudukan beliau.
Kawe setuju dengan kekayaan yang dimiliki oleh bininajib ini tidak menjadi satu masalah untuk melatih jurutaip jurutaip yang mahir dan pantas nanti.Petualang negara akan lemas dan lelah ,mungkin sesak nafas dengan serangan yang bertubi tubi dari jurutaip jurutaip yang mahir ini.Apakah Najib sudah menyiapkan semua teks teks untuk jurutaip ini menaip untuk memanah petualang negara? ATAU Najib mengharap ilham ilham yang datang dari kegeligaan otak jurutaip jutaip ini untuk memuntahkan peluru peluru serang kepada petualang negara?
Jikalau segala teks teks sudah najib sediakan untuk ditaip MAKNAnya najib telah memproses OTAK 70% ahli BiniNajib yang berkelulusan SPM ini supaya menjadi manusia yang BEROTAK mesin yang pertama didunia.Jikalau Najib amat berharap akan kegeligaan OTAK jurutaip jurutaip ini menjanakan idea idea mereka untuk merobohkan kubu pertahanan petualang negara kawe beranilah mengatakan sebagai perumpaan peluru kapur ditembak tepat kepada sasaranya. Tembakan tepat kena pada sasaran yang disasarkan kesan ada,bekas pun ada TAPI kesakitan akibat terkena tembakan peluru kapur TIDAK akan dapat menjejaskan kemaraan petualang negara ini untuk mara kehadapan.Gerombolan BiniNajib mungkin tidak setuju dengan kenyataan kawe bahawa cybertrooper itu hanya BADUT hiburan sahaja ...Maka jangan ambil pusing dengan kata kata kawe ini ..tidurlah dengan lena .Sebaliknya kepada golongan yang pernah terkena tembakan peluru kapur dari BADUT BADUT umno ini akan tersenyum lebar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment