Friday, July 1, 2011

KELATE ''KELUAR'' MALAYSIA DEMI MARUAH

Dalam satu mesyuarat pemimpin pemimpin UMNO Kelantan beberapa tahun dahulu mengenai strategi UMNO Kelantan untuk merampas penguasaan PAS dalam pemenrintahan negeri  .Berkata seorang Ketua yang berpangkat Tan Sri kepada ahli ahli mesyuarat yang lain supaya memberi pandangan dan cadangan tentang bagaimana strategi yang patut digunakan oleh UMNO untuk menawan hati rakyat Kelate dalam memberi sokongan kepada UMNO.Maka berkatalah seorang ahli mesyuarat yang berpangkat Datuk memberi pandangan dan cadangan dengan ikhlas. Kata beliau '' Sudah tibanya masanya UMNO berbakti kepada orang melayu Kelantan,polisi UMNO untuk menyekat/mendera orang melayu Kelantan sebagai balasan mereka menolak UMNO.perlu DIHENTIKAN"" Datuk berkenaan menambah lagi dengan berkata "" Kita kena faham dan maklum akan perangai orang Melayu  ,jika mereka susah/hidup mereka derita/tersempit maka ingatan mereka adalah pada "'AKHIRAT"" dan dikala mereka hidup senang dan bermewahan mereka akan puja ""DUNIA"",jaddik untuk menarik ore Kelantan menyokong UMNO maka mestilah membimbing mereka untuk memuja DUNIA.""

Mendengar penjelasan dan pandangan hati yang ikhlas ini serta fakta yang tidak mampu dipertikaikan ini telah menyebabkan Tan Sri berkenaan naik berang.Dengan nada marah dan suara ditinggikan sambil menghentak meja yang tidak bersalah itu Tan Sri berkenaan berkata "" Demo tak setia pada UMNO,tidak jujur pada UMNO dan tidak ikhlas pada UMNO'' ...Datuk yang menebal semangat ingin membantu orang melayu ini tidak lagi dapat menahan kesabarannya lalu menjawab '' Kita semua bersetuju bahawa UMNO adalah alat/landasan untuk membela orang melayu,menolong/membantu orang melayu,mempertingkat taraf hidup orang Melayu. Sambil menghempas tangannya juga diatas meja yang tidak bersalah itu kerana marah sambil berkata . Demo tidak SETIA kepada orang melayu,tidak IKHLAS pada ore melayu dan KHIANAT. harapan ore melayu..

Natijah kerana hendak membela nasib orang melayu dengan IKHLAS itu Datuk berkenaan telah ''DICANTAS"" dengan berhemah oleh Tan Sri tersebut dari menyertai kepimpinan UMNO Kelantan .Kesannya Datuk berkenaan telah amat tawar hati dengan cara orang melayu  berpolitik di Malaysia.Dalam perbualan di sebuah kedai kopi secara tidak dirancang diantara kawe dan Datuk berkenaan hari ini ,beliau menjelaskan bahawa kini beliau suka memberi khidmat kepada orang melayu secara peribadi tidak lagi melalui parti politik .Kini beliau mempunyai sekolah pondok sendiri di Kelantan ,menurutnya walaupun pondok tersebut seperti hidup segan mati tak mahu TAPI beliau dengan tegas menolak apa apa bantuan yang ingin disumbangkan oleh mana mana parti politik. Beliau mahu usaha ikhlas beliau ini bebas dari pengaruh POLITIK yang pada pandangan beliau tiada yang IHKLAS dari mana mana parti politik di Malaysia masa kini.

Pada firasat kawe Datuk yang mempunyai Phd ini mempunyai pemikiran ''ANTI POLITIK'' kerana sudah benci/muak/jelek dengan dunia politik malaysia yang kotor yang diamalkan oleh semua parti parti politik yang ada di Malaysia.Ulasan beliau mengenai nasib anak anak melayu dimasa hadapan akan musnah kerana telah diracun oleh suasana politik di Malaysia.Terlalu bersemangat dan prihatin dengan nasib orang melayu khasnya ore Kelate menghamburkan segala kekesalannya dengan peranan yang dimainkan oleh ahli ahli politik kini.Kawe mendengar patah demi patah perkataan yang keluar dari mulut intelek ini dengan penuh kyusuk dan tawadduk sehinggalah bila terpacul keluar dari mulutnya ''KELATE PATUT KELUAR DARI MALAYSIA'' ,terkejut dengan perkataan tersebut dan secara spontan kawe kata ''SETUJU'' dengan ikhlas hati.

Kawe setuju kerana setahun yang lalu kawe ada menulis mengenai perkara ini yang boleh di baca GEMAKAN KELATE MERDEKA dan juga GEMAKAN KELATE MERDEKA 2 .Pengolahan yang kawe buat adalah dalam bentuk perbualan diantara seorang anak dengan bapa yang berlatarbelakang penafian HAK mereka sebagai ore Kelate kerana politik kepartian yang diamalkan oleh pihak pemerintah.Kawe lontarkan ''GEMAKAN KELATE MERDEKA'' untuk disambut .untuk dihurai,untuk difikirkan,untuk diperhalusi,untuk dimanfaatkan oleh golongan MUDA ,golongan BELIA,golongan GENERASI BARU. Kawe tidak sasarkan kepada golongan tua yang mana kudrat mereka sudah lemah dan lesu untuk menyambut PERJUANGAN baru ini.

Setelah setahun berlalu tanpa apa apa kesan dari umpan yang kawe lontarkan itu TAPI semangat tersebut tidak pernah pudar dan sentiasa membuak didada kawe.Hanya didada tidak terkeluar dimulut kawe untuk diluahkan walaupun pada sesiapa secara komunikasi 2 hala melaiankan komunikasi sehala kawe disini sahaja.

Hari ini barulah kawe temui manusia yang berdarah Kelate mempunyai PEMIKIRAN yang sama seperti kawe untuk dikongsi bersama.Apakah ''PEMIKIRAN KELATE MERDEKA"" yang kawe dan Datuk tersebut kongsi bersama itu?. Kami tidak menuntut supaya anak anak muda Kelate mengasah pedang untuk memengggal pemimpin yang sedia ada. Kami tidak menuntut supaya anak anakmuda Kelantan  keluar dijalanraya untuk menuntut negeri Kelantan di merdekakan dari Malaysia.Kami tidak menuntut anak anak muda Kelate untuk menjadi gerila untuk melawan pemerintah yang zalim akan HAK mereka.

Apa yang kami mahu adalah anak anak muda kelate bebas dari khayalan GANJA yang mengasyikkan dunia angan mereka.Kami mahu anak anak kelate mempunyai keberanian diri yang asli didalam diri bukan dibantu oleh ''PIL PIL KUDA"" sebagai semangat keberanian mereka untuk lakukan apa yang tidak dapat dicapai oleh kudrat fikiran manusia normal.Kami mahu anak anak muda kelate mempunyai JATIDIRI atau dalam istilah Kelatenya ""GEDEBER"' yang tinggi sanggup menghadapi 50 orang musuh seorang diri tanpa ada perasaan takut dan gerun.Kami mahu anak anak muda Kelate tahu adat dan adab menghormati orang yang lebih tua dengan penuh sopan santun dalam menacapai hasrat dan cita cita.Kami mahu keluhuran jiwa yang tinggi di dalam jiwa muda mereka.ITU adalah ASAS harapan kami kepada anak anak muda Kelate dalam erti PEMIKIRAN KELATE MERDEKA.

Ore Kelate perlu keluar dari kepompong penjajahan belenggu POLITIK Di Malaysia. Ore Kelate perlu MERDEKA kan diri mereka dari ketakutan kepada pemunya kuasa POLITIK di Malaysia. Ore kelate perlu berhenti MENGHAMBAKAN diri mereka kepada POLITIK .Harapan dan impian ini sudah amat terlewat dan terlambat bagi golongan tua yang mana mungkin seluruh JIWA mereka sudah rosak oleh racun racun POLITIK yang mereka telan sepanjang hidup mereka,lupakan golongan ini mereka sudah tidak boleh di selamatkan lagi JIKALAU boleh diselamatkan pun ianya sudah ditelan zaman dari segi usia ..BIARKAN mereka.

Orang muda kelate yang otak masih cerdas ,fizikal masih gagah perlu BANGKIT dengan semangat muda untuk melangkah kedepan dengan PEMIKIRAN KELATE MERDEKA ,mengaturkan segala strategi untuk membina dan menbangunakan masa depan negeri.Ore muda Kelate perlu menjadi PEMANGKIN kepada orang muda lain di Malaysia untuk memberhentikan pemikiran politik kolot yang di bajai oleh orang terdahulu.Orang muda Kelate perlu menghentikan budaya politik berpuak puak yang diamalkan sekarang ini didalam budaya politik Malaysia.Orang Muda kelate perlu memperkenalkan budaya politik bermusim BUKAN politik sepanjang musim seperti yang diamalkan sekarang ini.Orang muda kelantan perlu menghentikan budaya politik menindas setelah berada di kelompok yang kuat untuk menindas kelompok politik yang lemah.Orang muda Kelate perlu BERANI menyatakan kebenaran walaupun yang melakukan kesalahan itu dari kelompok/puak mereka sendiri.

Yang lebih penting orang muda kelantan perlu menjadi kuasa PENDESAK yang hebat kepada mana mana parti politik tak kira puak mana untuk menjamin kesejahteraan kembali kepada rakyat.Orang muda kelate perlu menguasai bukan di kuasai oleh OTAK kemetot ahli ahli politik yang senja usia ini.

Kepada Datuk berkenaan jika terbaca coretan ambo ini ,percayalah harapan Datuk itu bukan satu angan angan kosong ,ambo percaya satu hari nanti ianya akan menjadi satu realiti di bumi Kelate kita.Yang perlu kita ada adalah kesedaran dan kehendak.Mungkin di kesempatan lain kita boleh duduk lagi untuk berbicara di kedai kopi dan mungkin juga boleh disusuli dengan beberapa tindakan yang tidak menyusahkan diri kita boleh lakukan bersama demi untuk PEMIKIRAN KELATE MERDEKA menjadi kenyataan yang benar benar NYATA bukan sahaja satu khayalan yang dipendam didalam dada sahaja.

No comments: