Sunday, December 11, 2011

STOPA SEDANG MEROSAKKAN NAJIB??

Stopa sedang meneliti lauk untuk selera perutnya


Dikala rakyat 1Malaysia riuh rendah ucap syukur kepada Najib dan isterinya memberi bantuan kewangan sebanyak RM 500 sepanjang hayat kepada isi rumah yang berpendapatan RM 3000 dan kebawah .Syarat syarat yang ditetapkan oleh pihak Kerajaan untuk membolehkankan rakyat menjadi layak adalah mudah iaitu dengan pengesahan dari LHDN sahaja...Itu arahan yang dikeluarkan secara resmi oleh kerajaan malaysia yang di Ketuai oleh Suami kepada Rosmah Mansor.Pendek kata tidak perlulah campur tangan banyak pihak untuk memudahkan rakyat.

Najib mempunyai hasrat yang tersembunyi walaupun ikhlas yang nyata kelihatan .Beberapa minggu lepas telah kecoh dilaman laman sosial dan media media baru bahawa ada agen agen UMNO yang terlibat dengan pengedaran borang borang LHDN untuk memebolehkan rakyat mendapat bantuan dari kerajaan ini .Ada pihak yang tidak puashati kerana melihat dari sudut politik kepartian.Bagi kawe jika pihak berkenaan IKHLAS ingin membantu melancarkan urusan rakyat dan orang kampung maka tiada apa apa isu yang patut dipertikaikan .Kawe ambik kira dan berpendapat Kerajaan mempunyai peruntukkan yang cukup seperti yang telah dijanjikan kepada Rakyat...Tolak ketepi soal politik buat seketika waktu.

Stopa Mamat cuba mengimejkan dirinya sebagai seorang pemimpin yang paling JUJUR diantara pemimpin pemimpin UMNO yang ada di bumi Kelantan ini .Mungkin kejujuran yang cuba dimejkan kepada Stopa ini diterima oleh kebanyakkan orang di kelate TETAPI tidak sama sekali bagi diri kawe yang nampak bahawa Stopa ini adalah ''kelate murtad'' yang berperut JAHAT dalam perlakuan MANIS.Stopa pernah mengaku didewan negeri bahawa beliau pernah khianat kepada rakyat kelantan,pengakuan beliau tersebut boleh ditafsirkan sebagai beliau jujur dalam mengaku kesilapan TAPI bagi kawe tiada KEJUJURAN bila berlaku KHIANAT kepada ore Kelate sendiri.

Seorang sahabat ambo dari Ketereh yang kawe panggil Pak Chu telah menghubungi kawe menyatakan rasa tidak puashati beliau mengenai isu ini.Pak Chu ini seorang ahli UMNO tapi beliau mempuinyai PRINSIP yang tegas berkenaan HAK rakyat dan HAK Kerajaan dan HAK parti....beliau lebih jujur dari Stopa Mamat dalam menbicarakan soal HAK dan yang BERHAK ini.Kata Pak Chu dalam nada kesal kepada kawe ..Lagu mana cara pembahagian wang dari kerajaan sebanyak RM 500 tu ...Kawe jawab tak tahu dan tak ambil tahu pun ..moleklah kalu kerajaan nak bui ko rakyat gaakk ambiklah muga pitis rakyat tu ..Kawe tak puashati kata Pak Chu ....Bakpo pulak kawe bertanya?

Pak Chu berkata beliau tidak puashati bila salah seorang anak buahnya mengadu bahawa borang tersebut perlu disahkan oleh Tok penghulu @ chop Tok Penghulu terlebih dahulu ...Kawe kata lagi kepada Pak Chu apa masalah? Kumpul borang banyak dan hantar ke rumah Tok Penghulu untuk chop lah ...Sekali lagi kawe jadi mangsa kemarahan Pak Chu kerana menurut beliau Tok Penghulu UMNO meletakkan syarat dengan setiap orang mesti jumpa beliau terlebih dahulu untuk mendapat chop tersebut ...Kawe tidak mampu lagi untuk menyanggah kata kata Pak Chu ini . Kawe hanya mampu bertanya ARAHAN dari siapa? Adakah Najib atau Rosmah yang mengeluarkan sebegitu rupa? 

Pak Chu meneruskan ceritanya bahawa dalam pertemuan beliau dengan Tok Penghulu untuk bertanyakan perkara tersebut, Jawapan diberikan kepada Pak Chu adalah ARAHAN dari Ketua Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan kepada semua Ketua ketua Bahagian UMNO di Kel;antan dan seterusnya kepada Tok Penghulu Tok Penghulu UMNO di seluruh negeri .Kawe terdiam dan terkedu mendengar cerita seorang ahli UMNO yang jujur dan ikhlas ini.Kawe tahu Pak Chu penyokong UMNO tegar tetapi beliau mempunyai OTAK yang segar .

Soalan kawe pula kepada Stopa anak ''kelate Mutad"" apakah ini satu arahan yang di keluarkan oleh PM atau arahan dari LHDN sebagai badan yang bertanggungjawab kepada beliau yang membolehkan beliau meberi arahan kepada ketua ketua bahagian UMNO? Jikalau ini ARAHAN dari pihak berkenaan maka proses ini diamalkan di seluruh negara.JIKA tidak KENAPA arahan ini diperlukan untuk rakyat Kelantan?..Stopa boleh memilih untuk menjawab di mana mana media atau Stopa juga boleh memilih untuk tidak mahu menjawab soal keresahan rakyat kelantan ini.

Secara logiknya kawe tidak memahami kepada chop penghulu diperlukan kerana pihak yang akan menilai layak atau tidak layak adalah LHDN? Mungkin juga untuk mengelak kesesakan di pejabat2 LHDN bila diserbu oleh orang ramai untuk membuat tuntutan nanti hendak di jadikan alasan .Apakah tok Penghulu boleh menuntut bagi pihak anak mukimnya? Untuk selesaikan masalah pejabat LHDN diserbu oleh orang ramai.

Jika arahan ini juga bukan datang dari pihak berwajib dan Stopa memandai buat peraturan sendiri ,APA kepentingan Stopa dalam hal ini? Apakah Stopa sedang menjaga kepentingan politik beliau di kelantan dengan cara menyusahkan proses bantuan untuk rakyat kelantan? Ada eloknya Stopa mengarahkan supaya setiap orang yang mahu terima wang tersebut di WAJIBKAN menjadi ahli UMNO terlebih dahulu dan bila kemasukan ahli yang beramai ramai ini ke UMNO .Nama Stopa akan menjadi hebat di mata Najib untuk memasang angan angan bahawa UMNO berjaya merampas Kelantan dari PAS dalam PRU 13 nanti.

APakah Stopa anti Najib? Kawe tidak mahu ulas kenapa Stopa anti Najib kerana kawe akan bersetuju jika Stopa mahu menjatuhkan Najib.Apakah Stopa sudah lupa keluhan rakyat kelate berkenaan dipaksa mendengar ceramah UMNO bila kerajaan beri bantuan RM 100 kepada anak anak sekolah? 

TAHNIAH KEPADA NAJIB KERANA BERGANTUNG HARAP KEPADA ''PENGKHIANAT '' KEPADA RAKYAT KELANTAN UNTUK MERAMPAS KELANTAN DARI RAKYAT KELANTAN


No comments: