Monday, December 5, 2011

Pak Man Minyak


PAK MAN MINYAK KINI SUDAH BERUSIA 71 TAHUN



Tidak ramai orang muda masa kini kenal wajah sebenar atau susuk tubuh orang tua ini .Mungkin ada segelintir anak muda kini hanya pernah dengan nama Seman Minyak @Pak Man Minyak.Tiada siapa yang tahu bahawa arwah Cik Hussin Kemumin selalu mencium tangan orang tua ini semasa hayatnya.

Pak Man Minyak dilahirkan di Kedai Lalat dan merupakan anak tunggal dalam keluarga .Beliau mengenali kawe ketika kawe masih merah merah lagi dan sehingga ke hari ini pun perasaan kawe terhadap beliau dan perasaan beliau terhadap kawe hanya kami berdua yang mengerti.Sekembalinya kawe ke tanah air beberapa bulan yang lalu barulah hari ini kawe menjengguk beliau dirumahnya di Kedai Buloh.

Seperti biasa bila menyambut kedatangan kawe ke rumahnya wajah kecerian beliau akan terselah dan bila kawe tengok dia masih menyepit rokok ditangan lantas kawe menegur doktor tak marah ko hisap rokok tu ..Selamba beliau menjawab aku tipu doktor sambil ketawa berdekah dekah ....

Susuk tua ini pernah membaca Khutbah Jumaat di Masjid Besar Kuantan beberapa puluh tahun yang lalu semasa beliau menetap disana.Beberapa tahun yang lalu beliau menceritakan kepada kawe mengenai pengalaman tersebut dan teknik bercakap dengan ''laut'' yang diceritakan kepada kawe membuat kawe ketawa terbahak bahak pada ketika itu.Sperti biasa jika kami bertemu maka satu jam masa berbual bukanlah amalan kami ...sekurang kurangnya setengah hari kami akan berbual.tanpa sedar masa berlalu.

Perbualan kawe dengan Pak Man hari ini lebih banyak berkisar mengenai kesihatan dirinya yang uzur sedikit kerana faktor usia.Menceritakan beliau baru keluar dari hospital 2 minggu yang lalu kerana masalah pernafasan.Beliau juga menunjukkan ''jabbir'' ubat yang terpaksa beliau telan setiap hari .Apa yang terasa dihati kawe bila berjumpa dengan Pak Man Minyak kali ini iailah bila mana beliau berseloroh dengan ketawa kecil beliau sejak azali lagi katanya  '' Aku dah tak lama lagi nak hidup ni ..segala persiapan tempat mandikan mayat dalam bilik aku pun dah aku siapkan segalanya termasuklah saluran air keluar untuk urusan pemandian mayat nanti ,Aku toksir bui ore lain susah dan perjalanan aku nanti pun tidak terganggu katanya '' Kawe hanya tersenyum hambar bila mendengar seloroh beliau pada kali ini ...Beliau juga berkata sambik ketawa lagi '' Aku jugak dok berfikir sehari dua ni untuk buat keranda dan diletakkan di depan tangga biar ore kata ..guano seman nak mati doh ko tu ..kali ini ketawanya berdekah dekah ...

Kawe menukar topik perbualan mengenai politik pula dengan beliau ,bila ditanya mengenai politik beliau berkata aku masih lagi Ketua Peti undi dalam salah satu peti undi di Parlimen Pengkalan Chepa tapi akan meletakkan jawatan dalam pemilihan yang akan datang ini.Beliau juga menceritakan perbalahan beliau dengan Arwah Datuk Arifin B bekas Ketua Bahagian Umno Pengkalan .Dimana pada satu ketika Arwah telah memecat beliau dalam satu jawatan dalam parti dan ada beberapa kisah mencuit hati yang lain telah diceritakan kepada kawe tetapi tidak eloklah untuk kawe catatkan disini kerana arwah telah lama meninggalkan kita semua ..Sedekahlah Al-Fatihah kepada bekas Ketua Bhagian tersebut.

Satu kisah yang menarik untuk kawe paparkan disini ialah berkenaan kisah Pak Man Minyak dan Stopa Mamat. Beliau menceritakan bahawa Stopa mamat telah menghubungi beliau beberapa tahun yang lalu dan meminta beliau usahakan supaya mengambil satu video ucapan ucapan pemimpin PAS di PUTIK Pengkalan Chepa ,Stopa Mamat ingin mengetahui apa yang diperkatakan oleh pemimpin PAS terhadap diri beliau .Pak Man Minyak dan anak buahnya telah berjaya mendapatkan video tersebut seperti yang dikehendaki oleh Stopa Mamat.Beberapa minggu kemudian ceritanya Stopa Mamat sekali lagi hubungi Pak Man Minyak  melalui telefon dan mengatakan beliau berada di Tawau dan esok akan balik ke Kuala Lumpur dan mahu berjumpa dengan Pak Man Minyak di KLIA untuk menerima video tersebut.

Dalam nada sayu menceritakan perkara tersebut ''Pak Man berkata kebetulan pada ketika itu aku tak berduit TAPI demi untuk memenuhi permintaan seorang pemimpin aku terpaksa tebalkan muka untuk berhutang dengan kawan demi untuk menyampaikan video yang dikehendaki oleh Stopa Mamat.Setibanya di KLIA dan tidak lama kemudian Stopa mamat tiba dari Tawau dan sama sama menaiki kereta untuk kerumah Stopa .Dalam perjalanan pulang ke rumah ..Stopa Mamat bertanya ..Abe Man parook ko puak PAS kato ko ambo ? Pak Man Minyak menjawab ..Tengok sendirilah video tu nanti Pha.Setibanya dirumah dan setelah video dilihat Stopa Mamat hanya berkata ''Ambo lagi hebat dari ore hak dok kata ko ambo dalam video tu '' Pak Man Minyak hanya mampu tersenyum katanya..

Selepas itu Pak Man Minyak minta diri untuk pulang dan Stopa Mamat ucapkan terima kasih dengan tangan ''kosong'' kepada Pak Man Minyak tetapi telah mengarahkan driver untuk menghantarnya. Pak Man Minyak ore bersaing rata riti ,apa yang diperlakukan oleh Stopa Mamat kepada beliau diterima dengan senyum . Bila pulang ke Kota Bharu Pak Man Minyak berjumpa dengan Dali iaitu Ketua Bahagian Umno Pengkalan Chepa ketika ini setelah diceritakan apa yang berlaku Dali sanggup membayar hutang Pak Man Minyak yang berhutang dengan kawannya demi memenuhi permintaan Stopa Mamat itu.Selepas dari peristiwa tersebut Pak Man Minyak masih lagi ahli UMNO serta memegang jawatan yang beliau ada sampai ke hari ini namun katanya ...ORE UMNO MAIN PARTI KERANA DUIT MANAKALA  ORE PAS MAIN PARTI KERANA PERJUANGAN...

Satu perkara lagi yang kawe tidak dapat kata tidak bila isteri Pak Man Minyak yang kawe panggil Mak Ku (Ada kaitan dengan kerabat di Raja Pahang)  ialah bila beliau suruh makan nasi dirumahnya .Sayur ttene masak lemak (sayur putih nama yang kawe panggil) yang menjadi kegemaran kawe mesti disediakan beserta budu dan ikan tawar mesti ada .Dari kecil hingga kini hubungan kawe dan Mak Ku amat akrab .Sambil bersila menjamah masakan dari Mak Ku sambil berbual bual mengenai keluarga dan Pak Man Minyak berkata aku amat kaya sekarang kerana mempunyai 30 orang cucu .

Setelah hari senja dan kawe minta diri untuk pulang kerana ada urusan lain yang perlu dibereskan ,kawe sekali lagi bergurau dengan beliau dengan berkata ''Nak main parti lagi ko?'' Dengan pantas beliau menjawab tak cekap doh ..hahahaha

UMNO HANYA PERLU JIKA DIPERLUKAN SAHAJA SETELAH TIDAK PERLU DIBIARKAN BEGITU SAHAJA ..ITULAH NASIB VETERAN UMNO

No comments: