Monday, December 12, 2011

UMNO PP DIAMBANG KEHANCURAN


Agak lama kawe tidak memperdulikan apa yang berlaku pada UMNO Pasir Puteh yang terkenal pemecatan berlaku kerana majlis makan ccolek beberapa bulan yang lalu .Samada masalah tersebut sudah reda atau tidak kawe tidak pernah ambil tahu .Digemparkan juga dengan isu ''cabut kemuncup'' oleh mereka mereka yang cuba untuk mencari tempat dan kedudukan didalam jawatan .Samada usaha tersebut sudah terhenti atau semua kemuncup sudah dicabut juga kawe tidak ketahui.

Kisah hangat yang terakhir yang sempat kawe ikuti mengenai UMNO PP ini adalah mengenai kes report polis yang dibuat oleh pemimpin utama umno PP terhadap beberapa facebookers yang riuh diperdebatkan didalam wall wall FB. Isu askar upahan dan upah yang dikatakan bernilai puluhan ribuan ringgit juga dibangkitkan .Samada perkara tersebut benar benar berlaku atau tidak tidaklah kawe ketahui dengan tepat .

Rahsia UMUM secara diam adalah UMNO PP sekarang ini telah berpecah kepada 3 kumpulan utama .Setiap dari kumpulan ini cuba untuk memperkuatkan kem masing masing untuk habuan diri kumpulan mereka.Setiap dari kumpulan ini sedar bahawa mereka akan lemah jika tidak cepat cepat bersatu untuk menghadapi PRU 13 nanti.Walau apa pun yang akan berlaku ketiga tiga kumpulan ini tidak bersatu untuk menjadi satu .Yang paling menarik adalah setiap kumpulan ini mempunyai pelobi pelobi mereka masing masing .Percaturan yang jelas sekarang ini adalah mereka perlu bersatu untuk menghadapi PAS dalam pilihanraya TETAPI untuk penyatuan tiga puak adalah mustahil .Pilihan yang terbaik mereka ada adalah 2 puak kena bersatu dan satu puak terpaksa dipinggirkan.

Kawe tidak perlu menjelaskan disini siapa kepala kepada setiap puak tersebut kerana kawe percaya umum sudah mengetahuinya.Bagaimanakah formula yang paling baik untuk menyatukan 2 puak dengan menyingkirkan satu ini akan berlaku dengan cara tidak diketahui oleh ahli ahli dibawah.Kawe tidak tahu apakah formula yang mereka akan gunapakai .Mereka mempunyai kepakaran tentang perkara itu TETAPI yang kawe muskilkan kenapa satu puak perlu disingkirkan? Adakah habuan ''pembahagian'' menjadi lebih sedikit jikalau dibahagi kepada 3 bahagian?Hahaahha ..Biarkan mereka selesaikan pembahagian tersebut sesama mereka..Setiap dari puak ini mempunyai PENGINTIP mereka sendiri .

Kekalutan UMNO PP telah kecoh di FB semalam bila tersebar bahawa Datuk Kamaruddin Mohd Noor akan berhijrah ke PAS.Pada mulanya dilontarkan secara spekulasi di dalam FB tetapi telah menjadi satu kekalutan bagi umno pp.Air yang tenang jangan disangka tiada buaya.Dari sumber sumber yang kawe perolehi mengatakan ada pihak yang sengaja mencetuskan isu ini .Ada juga yang mengatakan pihak satu lagi tersenyum lebar walaupun tidak melompat lompat riang bila spekulasi tersebut disebarkan dan tak lupa juga pihak yang resah dan gulana dengan situasi yang dipaparkan dalam FB...HIDUP UMNO >>HIDUP UMNO satu laungan ikhlas atau retorik kawe tidak ketahui.

Dikatakan juga puak yang paling berkuasa dalam UMNO PP tidak mendapat layanan istimewa semasa Perhimpunan Agong UMNO di Kuala Lumpur baru baru ini dan telah menyebabkan Ketuanya terpaksa bergegas pulang awal bukan kerana tidak puashati tetapi terlalu rajin untuk memberi khidmat kepada rakyat PP..hahaha ...Berjurus sungguh ketua ini ....Siapa yang sebenarnya mencaturkan pola kemusnahan dalam UMNO PP?

Dakwaan yang mengatakan seseorang yang akrab dengan PM juga sedang mengawasi perkembangan UMNO PP dengan penuh teliti.Setiap apa perkembangan yang berlaku di PP akan terus sampai keatas meja PM tanpa tapisan ..waahhh hebat bukan . Apa peranan Stopa Mamat di PP ? hahahaha...Stopa dikatakan telah berjaya meredakan perbalahan dalam UMNO PP satu ketika dahulu TAPI jika sejarah dibaca dengan jujur Stopa tidak pernah berjaya menyatukan perbalahan UMNO di Kelantan .Stopa hanya pandai menyelamatkan dirinya di Jeli .Ketiga tiga puak ini sedar akan keadaan ini dan Stopa bukanlah menjadi harapan kepada mereka untuk berlindung.

Budaya ada ''kabel''dan memasang ''kabel'' adalah perkara biasa dalam UMNO.Apakah Zahid Hamidi mempunyai peranan yang tersembunyi di PP ? hahahaha  ...Perlukah kawe menulis disini sekiranya kawe tahu orang kuat Tentera itu mempunyai peranan yang besar? Kawe memilih untuk tidak menyatakan disini kerana tidak mahu merosakkan rancangan rancangan yang diaturkan oleh pihak pihak berkenaan.Kumpulan manakah yang memakai khidmat tentera ini untuk menjaga mereka ? Kawe tidak tahu dan tidak mahu ambil tahu .

Apakah Anuar Ibrahim dan TGNA juga memainkan peranan tersendiri di PP ? Sudah tentu mereka ada peranan kerana Najib serta Rosmah adalah musuh politik kedua dua mereka ini.Apakah mereka ini akan menerima kumpulan yang dicicirkan untuk menyertai mereka? Ahhhh ..kawe terlalu muda dalam dunia politik...Benarkah KBPP yang terkini telah membantu memberi kemenangan kepada PAS dalam PRU 12?? hahahaha ...mereka sama sama beragama islam .

Ada juga desas desus mengatakan bahawa KBPP akan dicalonkan di Semerak dalam PRU 13 nanti ..Apakah pihak PAS akan membalas ''budi''wow wow hebat politik di PP ....Jika tidak dicalonkan adakah sejarah 2008 akan berulang?? Kawe hanya berspekulasi sahaja tidak perlu diambil perhatian yang berat oleh mana mana pihak pun.

PENDAPAT KAWE PRU 13 NANTI PAS AKAN MENERIMA KEJUTAN YANG BESAR DI PP TERUTAMANYA SEMERAK ...HATI HATI DENGAN ORANG YANG TIDAK DIKENALI YANG SELALU MINUM TEH DIKEDAI KEDAI KOPI DI PASIR PUTEH.

.

No comments: