KEAGAHAN AKAN TERKUBUR
Kawe diberitahu ada satu gerakan yang halus sedang melanda UMNO Bachok ketika ini.Seorang veteran UMNO yang juga seorang pemimpin UMNO Bachok yang berpengaruh di zamannya.Dikhabarkan kerana kecewa dengan apa yang berlaku didalam UMNO dewasa ini khususnya di Bachok beliau tidakl sanggup lagi melihat orang orang Bachok dipermainkan dan dijadikan alat oleh pimpinan UMNO yang di ketuai DAA.Kesal dan kecewa dengan apa yang berlaku menyebabkan insan yang berusia emas ini telah berbincang dengan pejuang pejuang rakyat yang jujur dan ikhlas untuk menghentikan semua permainan silap mata yang diamalkan oleh UMNO.
Tips tips kelemahan dan kekuatan sebenar UMNO Bachok telah diberikan oleh manusia jujur ini kepada pejuang pejuang islam untuk melenyapkan UMNO di Bachok . Dalam satu perjumpaan sulit dengan linangan air mata pemimpin rakyat ini menyatakan kesedihan dihatinya kerana kecurangan kecurangan yang dilakukan oleh UMNO Bachok ketika ini.Nasib rakyat Bachok tidak lagi boleh bergantung harap kepada pembelaan UMNO seperti dizamannya dulu ,UMNO kini lebih pentingkan perut kroni dan keluarga dalam segala hal bukan kesusahan rakyat yang dibantu dan dibela .
Dari secebis cerita tersebut dengan jelas mengambarkan bahawa golongan veteran UMNO Bachok sudah kecewa dengan DAA di Bachok .Harus diingat bahawa santan dari nyior tua ini walaupun sedikit tapi lemaknya bukan kepalang.Mungkin kah gulai kawah DAA dimusim PRU 13 nanti tidak cukup santan untuk melemakkan gulai? Apakah Datuk Ibrahim yang terkenal akan sikap pemurahnya akan menghantar kelapa kelapa untuk melemakkan gulai kawah DAA sepertimana amalan biasa yang beliau lakukan apabila orang kampung di Bachok bekwoh? Angin sepoi sepoi berbahasa berbisik halus mengatakan syarat untuk bantuan santan kepada DAA telah ditetapkan oleh datuk him...hahahhah ...bagaimana pula dengan seorang lagi Datuk di Bachok adakah sanggup menyumbang lembu lembunya kepada DA tanpa syarat? Aliran air jernih dipipi berkedut pemimpin hebat UMNO Bachok menceritakan tiada pimpinan UMNO Bachok tidak akan meletakkan syarat dalam perjuangan UMNO masa kini bahkan semuanya kerana pangkat dan wang sahaja yang diutamakan.
Mungkin harapan DAA bersandarkan kepada ajk ajk di cawangan cawangan UMNO di kampung kampung sekitar Bachok untuk menjadi kayu api untuk memasakkan gulai kawah yang tidak cukup santan.Kayu api jenis manakah yang menjadi pilihan DAA nanti ? Pelepah nyior atau purrong nyior? hahaha..Dalam peretmuan kawe dengan mereka ini isyarat yang mereka berikan DAA sudah lama melupakan kepada pelepah nyior dan purrong nyior dalam hidupnya kerana terlalu asyik dengan batang kayu golf dan cerutnya.Dalam sinis kawe bertanya apakah batang golf boleh dijadikan kayu api untuk memasakkan gulai kawah DAA nanti? Jawab mereka CERUT boleh dibakar dan mampu mengeluarkan asap seperti sabut nyior basah ..hahaha....Akan masakkah gulai kawah DAA nanti?
Mungkin satu FITNAH bila kawe diberitahu bahawa salah seorang orang kuat dan harapan DAA yang akan memainkan peranan penting untuk DAA dalam PRU 13 nanti hanya dibenarkan masuk ke daerah Bachok selepas semua orang Bachok tidur dimalam hari. Kenapa makluk ini tidak boleh masuk ke kampungnya sendiri di siang hari? Satu persoalan yang menarik bila kawe bertanya soalan itu bukan ? Orang Bachok tahu akan jawapannya dan DAA lebih maklum akan sebab dan musabab yang sebenar...Mungkin inilah yang dikatakan SILAP MATA oleh bibir veteran tersebut dalam tuturnya.
Pengundi import DAA juga dikhabarkan telah siap bersedia pada bila bila masa sahaja untuk membantu DAA menjawat jawatan menteri penuh selepas PRU 13 nanti.Tukang pegang jabbir untuk menjaga kebajikan mereka yang membantu DAA dari luar ini juga sudah berubah dari orang lama kepada orang baru ,ini mungkin bersesuaian dengan tema terkini DAA untuk membina Bachok Baru Bachok Maju..hahaha .Apakah penjaga jabbir yang baru ini mengerti apa itu ''modal pusingan"" ATAU penjaga jabbir yang baru ini hebat membayar ''tol tol'' ? Kawe juga dibisikkan bahawa penjaga yang baru ini lebih arif dan biso dalam ''memusingkan tol tol tersebut sebagai modal'' Hebat dan kemas jentera DAA kali ini dan semuanya sudah siap sedia .
APakah DAA tidak memikirkan bahawa orang Bachok kini pun mempunyai selera yang setaraf dengan beliau? Apakah DAA tidak tahu bahawa orang Bachok mahu makan gulai yang cukup lemaknya ? Apakah DAA tidak tahu bahawa jika makan nasi mentah perut akan kembung? Apakah DAA telah lupa berkenaan dengan kekecohan duit minyak untuk pengundi luar dalam PRU 12 sehingga hari ini pun belum selesai dan menjadi sebutan kerana penjaga jabbir lebihkan menjaga modalnya untuk berpusing dari menjaga minyak kereta pengundi luar? DAA akan menang besar dalam PRU 13 nanti hanya kerana ''KEAGAHAN'' yang ada dalam dirinya untuk menang semata mata ...Selamat berjaya kawe ucapkan.
ORE BACHOK SEDANG MENANTI DENGAN PENUH HARAPAN SUPAYA SUSUK ''SEPUPU'' KEPADA ORANG UMNO BACHOK UNTUK MEMBELA NASIB MEREKA ....SIAPAKAH SUSUK TERSEBUT??
No comments:
Post a Comment