Thursday, December 8, 2011

ENTA BAWA KERETA LAJU !!!!...ENTA BAWA KERETA LAJU !!!

                                                               Gambar Hiasan

Ungkapan seperti diataslah dilafazkan oleh TGNA dengan wajah serius kepada salah seorang wakil rakyat PAS baru baru ini.Wakil rakyat berkenaan terpinga pinga untuk mentafsirkan sergahan dari ketua wakil rakyat tersebut..Walaupun terpinga pinga dan tidak tahu maksud yang sebenar tidak menjadi amalan wakil rakyat tersebut untuk memberi alasan dengan berbohong.Akhirnya setelah TGNA bertanya satu lagi soalan yang boleh mengimbaskan kembali ingatan Tok Wakil kepada peristiwa yang berlaku.

Pengajaran dari peristiwa ini perlu dinilai dari pelbagai sudut nilaian yang boleh dibuat samada dari sudut positif dan negatif dan ianya bergantung kepada otak otak manusia untuk menilai.Mungkin boleh ditafsirkan sebagai TGNA amat sayang kepada nyawa para Tok Wakilnya .Boleh juga ditafsirkan bahawa TGNA tidak mahu Tok Wakilnya memiliki kereta mewah yang selesa dipandu laju ,jaddik memadailah Tok Wakil PAS memilki kereta buruk yang tidak boleh dipandu laju.Berkereta mewah akan kelihatan ""AGAH"" dimata rakyat apatah lagi jika memandu kereta dengan melebehi had laju.

Kesimpulan bagi kawe adalah TGNA mahu Tok Wakil PAS bersederhana dalam segala segi ,sederhana dalam memiliki kereta ,sederhana dalam memiliki rumah,sederhana dalam berumahtangga supaya tidak melebihi apa yang telah ditetapkan oleh sunnah.

Tok Wakil PAS juga tidak akan senang duduk kerana mata dan telinga TGNA senantiasa memerhati gelagat mereka tidak kira dimana saja mereka berada.Siapa SB TGNA? Siapa jurulapor TGNA? Siapa pengintip TGNA terhadap tok wakil tok wakil PAS hanya TGNA yang tahu.Begitulah betapa jujur dan halusnya TGNA sebagai ketua sebuah kerajaan memerintah negeri kelantan ini.Tiada surat sebab yang diminta oleh TGNA untuk dijawab oleh Tok Wakil tersebut.Tapi penjelasan dari hati yang tulus ikhlas yang penting bagi TGNA.

Kepada mata dan telinga TGNA pula ,soalan kawe adalah ISU bawa kereta laju ini satu isu yang besar?Apakah tiada kelonggaran sedikit kepada mereka ? Manakah yang lebih penting bagi ''pengintip''TGNA isu kebersihan /sampah yang tidak terurus dan diabaikan oleh Exco exco yang bertanggungjawab tidak menjadi ISU kepada pengintip TGNA?Berapakah kali kah pengintip TGNA membuat laopran kepada TGNA berkenaan menantu perempuan TGNA yang selalu bermewah mewahan bila membeli pakaian?Apakah pengintip ini pernah melaporkan kepada TGNA bahawa terdapat Tok wakilnya yang bersalam dengan rakyat yang tidak memandang butir mata? Pernahkah pengintip ini melaporkan kepada TGNA bahawa ada seorang exco yang melempar fail kepada seorang rakyat yang memerlukan bantuan dan nasihat? Pernah kah ? Kawe ada 1001 pernahkan untuk di soal disini ...

Jikalau semua persoalan pernahkah yang kawe lontar seperti atas disana dilaporkan kepada TGNA. MAKA tiada sehelai daun kayu sebagai sampah di Bandar Kota Bharu ini .Kenapa pengintip tersebut tidak melaporkan?? Kroni sendiri? Buta mata? POOORAHHH lah pengintip yang suka membodek ini .


BERPADA PADALAH BILA MERACUN ...RUMPUT TAK TUMBUH PERACUN HILANG KERJA

No comments: