Nik Adli bersila dilantai dikala tetamu lain duduk atas sofa di rumah adiknya .
Siapa pengganti selepas ketiadaan TGNA suatu hari nanti ? Persoalan siapakah MB selepas TGNA tidak menjadi satu perhatian menarik untuk kawe mengarut disini .Tapi siapakah susuk yang sesuai untuk mengantikan ketokohan dan aura TGNA di bumi Kelate ini.Ada setengah pendapat mengatakan kena tunggu 100 tahun lagi barulah lahir manusia yang sama ketokohan seperti TGNA.Walaupun kawe tidak bersetuju dengan pendapat itu tapi kawe tidak menyanggah memandangkan ketokohan dan aura TGNA sukar untuk dicari ganti buat masa ini .Kawe juga tidak boleh menerima sifat manusia dan ketokohan seorang manusia dengan manusia lain mempunyai persamaan walaupun adik beradik kembar sekalipun.APakah TGNA tiada pengganti? Yup ..Pandangan kawe tiada manusia lain yang boleh mengantikan ketokohan TGNA atau Tun Mahathir...
Warisan pusaka yang ditinggalkan oleh Tun M kepada rakyat Malaysia masih tidak kelihatan dengan jelas lagi sekarang ini ,mungkin keberanian Marina dipusakai dari keberanian Tun M tapi beliau tidak menyertai politik ,manakala Mukriz pula kelihatan masih berada dibawah ketiak Tun M dalam dunia politik Malaysia yang pada kawe KJ yang sepatutnya menjadi anak kepada Tun M dari segi kecerdasan berpolitik TAPI ketentuan yang ditetapkan oleh Sang Pencipta tidak begitu.
Hari ini dalam satu perbualan kawe dengan seorang sahabat di sebuah coffe house ,sahabat kawe ini ada menyebut bahawa anak TGNA adalah Nik Abduh tetapi ''anak politik'' TGNA adalah Husam Musa ,kawe hanya tersenyum sahaja diatas sebab sebab yang hanya kawe tahu kenapa senyuman itu kawe lemparkan ...senyuman kelat atau senyum kambing hanya sahabat kawe tersebut sahaja yang tahu dan kawe serahkan kepada beliau untuk menilai..Umum mengetahui bahawa Nik Abduh merupakan seorang dari anak TGNA yang bergiat cergas dalam politik dengan jawatang yang beliau sandang ketika ini sebagai Timbalan Dewan Pemuda Pas Pusat.Samada kebolehan beliau terserlah atau tidak dalam dunia politik kawe tidak mengikuti dengan dekat suami kepada farah yang terkenal bila membeli belah akan bertanya baju/kain manakah yang paling mahal dalam kedai tersebut.Maknanya isteri Nik Abduh mempunyai gaya yang tersendiri untuk menjadi isteri kepada bakal pemimpin besar barangkali ,itu telahan kawe.
Beberapa hari sekembalinya Ariff Fahmi iaitu menantu TGNA yang kontoversi dari mekah beliau telah mengadakan jamuan kesyukuran dirumahnya .Kawe ,MSO dan beberapa rakan yang lain berkunjung dimajlis ini . Sesampainya kawe dirumah Ariff ini terdapat beberapa tetamu yang lain semuanya keluarga terdekat beliau Kelibat Nik Abduh dan Nik Adli juga ada. Inilah kali pertama kawe bersalaman dengan kedua dua anak Tok Guru yang bersohor ini . Nik Abduh berpakaian kemas kena dengan gayanya sebagai seorang pemimpin manakala Nik Adli hanya berbaju melayu dan berkain pelikat juga kena dengan gayanya sebagai pengembala kambing.Secara jujurnya kawe lebih mengkagumi nik Adli berbanding Nik Abduh sebabnya kenapa kawe sendiri pun tidak tahu ..mungkin itulah yang dikatakan sebagai naluri manusia.
Tumpuan kawe lebih kepada Nik Adli walaupun mulut kawe berbual dengan Nik Abduh ,sifat Nik Adli yang tidak banyak bercakap tapi lebih banyak berdiam diri dan mendengar sahaja.Dan dalam satu ketika beliau telah bersila diatas lantai tanpa rasa kekok dengan tetamu tetamu lain asyik melayani soya empuk Ariff .Kawe hanya memerhati kedua dua gelagat adik beradik ini ,cara bertutur kawe hayati,cara bersalam kawe rasai,cara duduk kawe bandingkan,cara berpakaian kawe amati,cara senyum kawe tatapi semuanya menjadi perbandingan kawe pada hari tersebut bersempena pertemuan yang pertama dengan kedua duanya .
Apa apa perbezaan yang terdapat diantara adik dan abang ini kawe akan simpan untuk kegunaan kawe dimasa masa akan datang .Imbasan kenangan mengenai cerita orang mengenai sikap TGNA memercu nama dalam dunia politik tanahair.Rahsia umum mengetahui bahawa sekembalinya TGNA dari belajar beliau menjadi ustaz dengan mengajar disekolah kerajaan.Dengan hanya bermotosikal buruk dan dunia politik beliau bermula bila pada suatu hari beliau telah mendapat pesanan yang seorang tokoh PAS yang masyhur ketika itu mahu jumpa dan tokoh itu adalah Arwah Asri Muda.Sesampaikan Ustaz Muda ini di pejabat Asri kejutan telah berlaku apabila Asri menawarkan kepada ustaz muda ini untuk menjadi calon dalam satu pilihanraya.Dalam keadaan terkejut dengan tawaran tersebut Ustaz muda yang jujur ini tanpa segan dan silu menjelaskan bahawa beliau tidak mempunyai kewangan yang cukup untuk menjadi calon dalam pilihanraya kerana gaji beliau sebagai Ustaz tidak mampu untuk menjadi wakil rakyat.Asri seorang tokoh yang hebat dan yang beliau mahu jawapan dari Ustaz muda tersebut ya atau tidak sahaja.dan diceritkan juga kepada kawe kehebatan Asri ini dalam memujuk hati manusia.Bermula dari hari itu maka dunia TGNA telah bertukar dari seorang Ustaz kepada seorang tokoh politik yang bergelar Ustaz.Seingat kawe hanya satu syarat yang TGNA letakkan kepada Arwah Asri ialah walaupun beliau bergelar wakil rakyat nanti pihak parti hendak memberi kebebasan kepada beliau untuk mengajar agama dimasjid masjid seperti mana amalan beliau setelah kembali dari belajar dari India seperti yang beliau amalkan juga semasa menjadi Ustaz.Syarat itu dipenuhi dan sampai ke hari ini pun amalan tersebut menjadi darah dan daging TGNA dalam hidupnya.
TGNA memulakan kerjaya politiknya dengan DITOLAK kehadapan bukan dengan cara MENEMPATKAN dirinya didepan..Inilah RAHSIA besar kejayaan cara TGNA berpolitik.Dalam banyak keadaan yang mana memerlukan dirinya melangkah kehadapan beliau akan berdiri kaku disitu .Jika ada orang bertanya kepada beliau kenapa peluang itu tidak ambil jawapan yang selalu beliau berikan adalah ''ambo toksir ko jawatan atau pangkat ..bui ko ambo coppong tahulah ambo nak buat lagu mana"" Dalam perbualan kawe dengan veteran veteran PAS yang sama sama susah dengan TGNA dalam parti PAS kata mereka inilah masalah yang paling susah yang mereka hadapi bila berhadapan dengan TGNA .Beliau perlu ditolak dan didesak dalam bila keadaan terlalu mendesak barulah TGNA akan berganjak akibat tolakan dalam menentukan kedudukan dirinya dalam parti..
Bila ada pihak pihak tertentu meminta/mendesak TGNA meletakkan jawatan dari MB atau berundur dari berpolitik kerana faktor usia dan lama berada dikerusi kuasa. Permintaan dari golongan ini ada logiknya TETAPI persoalannya adakah TGNA mahu kuasa itu? Adakah TGNA mahu jawatan itu? Adakah TGNA merancang dirinya untuk menjadi ahli politik? Jaddik kepada pihak yang ingin mendesak untuk TGNA bersara /undur diri itu desaklah sepuashati kerana sejarah telah membuktikan TGNA melangkah dalam dunia politik dengan didesak dan ditolak kehadapan.Siapakah yang mampu menolak dan mendesak TGNA kawe tidak tahu ..CUBALAH..
Berbalik kepada apakah warisan yang akan ditinggalkan oleh TGNA kepada rakyat kelantan nanti ? Kawe tidak nampak banyak warisan yang mampu ditinggalkan kepada rakyat kelantan nanti selain dari KEJUJURAN DAN RENDAH DIRI SERTA SEDERHANA dalam segala segi.Perwatakan ini dari sudut pandangan kawe dipusakakan oleh TGNA kepada Nik Adli .Beliau merupakan seorang anak muda yang sudah diuji dengan segala keperitan dan kesudahan. Beliau diuji dan dilatih dimedan perang berjuang untuk syiar Islam.Beliau tahan diuji bila dipenjarakan oleh sistem perundangan Zalim.Nik Adli cukup ilmu dan mengerti apa itu perjuangan .Nik Adli tahu apa itu erti kesusahan. Air mata TGNA gugur ke bumi kerana ketabahan Nik Adli.
Tidak pernah kedengaran ditelinga kawe Nik Adli ingin menjadi calon PRU 13 nanti ...Tidak ada desas desus yng diperkatakan Nik Adli akan menjadi calon Parlimen untuk menentang Braheng Ali di Pasir Mas atau cuba menewaskan kekuasaan Stopa Mamat di Jeli.Tidak kedengaran Nik Adli mempunyai perniagaan import export ..Orang tidak bercerita Nik Adli minat kepada kereta kereta mewah dan suka makan angin di luar negeri. Tidak dituliskan di dalam dalam blog bahawa Nik Adli selalu berbincang dengan TGNA dimeja makan mengenai politik....MAKNANYA Nik Adli tidak BERKEHENDAK seperti yang Nik Abduh kehendaki.....Apa yang di KEHENDAKI oleh Nik Adli hanya dirinya dan TuhanNya sahaja yang tahu.
LIHATLAH KEJUJURAN PADA TGNA TAPI PANDANGLAH NIK ADLI UNTUK MENCARI KETABAHAN
No comments:
Post a Comment