KLIK DISINI dan DISINI
Berdasarkan gambar diatas ahli ahli panel kali ini semuanya dari kalangan ahli ahli UT dan bersempena dengan tajuk yang melibatkan UMNO maka ahli panel terdiri daripa 2 orang ahli UMNO dan seorang bekas ahli UMNO yang kini telah bersama PAS. Tuan Haji Soberi Shafii merupakan pengasas Group UT dan bekas Ketua Pemuda Umno Ketereh .Zaiyadi Haji Awang Noh pula Bekas Ketua Pemuda UMNO Kelantan sebagai moderator dalam bicara ini .Seorang lagi ahli panel adalah seorang tokoh muda yang bijak dan berkarisma di dalam UMNO Kelantan ketika ini iaitu Saudara Kamaruddin Kassim atau lebih dikenali dengan nama samaran Jogho Kelate dalam group UT.
Ketokohan Soberi Shafii tak perlulah kawe perincikan dengan jelas disini kerana umum sudah mengetahui siapa Soberi selama 38 tahun beliau bersama UMNO. Begitu juga ketokohan Zaiyadi yang hebat memimpin Pemuda Umno satu ketika dahulu dan sehingga kini meninggalkan legasi beliau dimana hampir 3/4 ajk UMNO Bahagian Bachok yang ada kini adalah hasil asuhan dan gilapan dari beliau.
Tokoh yang ketiga menarik perhatian kawe untuk dinilai kehebatan anak muda dari Kampung Pulau Kundur ini yang lebih mesra dengan Jogho Kelate @JK didalam forum UMNO tumPAS.Kecerdasan otak dan kehebatan anak muda ini berdebat didalam forum UT diakui ramai akan kebolehan beliau.Anak muda ini sentiasa mempunyai idea idea yang bernas serta tajam dalam melontarkan isu isu yang berkait rapat dengan kehendak dan gelora orang muda khasnya anak anak Kelantan.Pada pandangan kawe inilah sebutir mutiara yang berjaya dicungkil keluar dari cegkerang UMNO untuk masa depan anak anak muda Kelantan.
Anak muda ini perlu digilap ,perlu diasuh ,perlu dibentuk supaya dimasa akan datang munculnya seorang pemimpim UMNO yang hebat di Kelantan .Melihat kepada kelemahan kepimpinan Pemuda UMNO Kelantan pada masa kini yang dipimpin oleh Nuar Balla akan bertukar menjadi HEBAT dan bertenaga jika anak muda ini diberi peluang untuk memimpin Pemuda UMNO Kelantan.Wawasan dan gagasan yang dimiliki didalam dirinya serta aura yang lemah lembut mungkin akan mudah terlekat dihati orang muda masakini....Apa yang perlu kepada anak muda ini adalah PELUANG...
Jika kini hanya KJ sahaja yang kelihatan anak muda yang hebat atau terhebat dalam UMNO kini KJ tidak boleh tidur lena untuk mengengamkan gelaran tersebut buat selama lamanya .JK adalah harapan orang Kelantan untuk menaikkan nama anak anak muda Kelantan dipersada dunia satu hari nanti .Mungkin tidak keterlaluan jika kawe katakan TGNA adalah golongan tua yang terhebat dalam abad ini yang memacu nama Kelantan dipentas membangkitkan syiar islam di Malaysia .Kini zaman TGNA semakin menuju hari senja TETAPI bumi bertuah Cik Siti Wan Kembang ini sentiasa bertuah dengan kelahiran mutiara JK untuk terus menjadikan Kelantan ini sent5iasa hebat di mata dunia .
MAMPUKAH TGNA PERTAHANKAN KERAJAAN PAS KELANTAN BILA MUTIARA JOGHO KELATE INI TELAH BERSUMPAH UNTUK MENGAMBIL ALIH KERAJAAN PAS DENGAN SEGALA USAHA ...SEHARUSNYA DEGUPAN JANTUNG TGNA BERDEGUP KENCANG DENGAN SEMANGAT ANAK MUDA INI.
No comments:
Post a Comment