Thursday, May 19, 2011

ANUAR BALLA KETUA 'PEMBERONTAK' UMNO KELANTAN



Selaku rakyat Kelate yang lahir di kelantan dan diberikan pendidikan asas di kelantan kawe amat berbesar hati untuk mengungkap ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Nuar Balla merangkap Ketua "Pemberontak" Umno Kelantan kerana berjaya memimpin pertubuhan tersebut menyedarkan pihak Kerajaan negeri tentang kepincangan dan penganiayaan kepada hamba rakyat Kelate dalam isu Ladang Rakyat .Sebagai ore Kelate jugak kebanggaan kawe bertambah tambah lagi kerana kini martabat ore kelate telah melebihi martabat orang orang melayu di negeri negeri lain di Malaysia bila secara kebetulannya Penjihad Islam yang pertama di Malaysia berasal dari Pasir Mas .Tahniah kepada Braheng Ali dan Nuar Balla...



Selaku rakyat Kelate jugak kawe ingin kepastian dari Nuar Balla sebelum kawe melilit kain merah di kepala untuk bersama sama Nuar Balla melakukan "pemberontakan" kepada Kerajaan negeri kelantan. Apakah pembaharuan yang mampu diberikan oleh pertubuhan "pemberontak" yang di pimpin oleh beliau ini kepada ore kelate sekiranya usaha ini berjaya? Apakah TERAS dan ASAS yang hendak di mulakan/dibina dahulu bila kejayaan menjelma? Ketua pemberontak dunia yang berjaya dan yang kawe kagumi adalah Fidel Castro dari negara yang terkenal dengan bahan yang mengeluarkan asap mahal serta diminati ramai di seluruh dunia termasuklah budak Awe di Bachok.Apakah Ladang Rakyat ini akan ditukarkan menjadi ladang tebu oleh Nuar Balla seperti mana yang dilakukan oleh Fidel dengan meladang tebukan seluruh Cuba setelah beliau berjaya mengusir kerajaan Cuba dengan usaha pemberontakannya?



Sebagai ketua "pemberontak" juga Nuar Balla harus mempunyai kepakaran dalam mendenyutkan nadi pengikut dan bakal pengikutnya untuk tidak luntur semangat dan ikatan lilitan merah di kepala tidak menjadi longgar.Kata kata ihtizam ini perlu jelas dengan matlamat dan wawasan yang akan terbina nanti setelah ranjau kesusahan berjaya diharungi untuk sampai ke kemuncak kejayaan. Jikalau Nuar Balla hanya setakat mampu mempertikai dan mempersoal kenapa TGNA tiba awal dan kelik awal di stadium semasa perlawanan pasukan kelantan menentang selangor yang juga dihadiri oleh Tengku Mahkota Kelantan.Kemampuan ini tidaklah menjadi denyutan nadi kawe bergerak laju untuk menyambut campakan kain merah apatah lagi untuk dililit di kepala untuk sama sama melaungkan slogan "pemberontakan" ini.



Begitu juga jika Nuar Balla hanya mempraktikkan strategi hinaan dan cercaan kepada TGNA didalam membakar semangat para pejuang dan bakal pejuangnya seperti isu pembinaan Stadium yang baru yang di suarakan oleh TGNA atau isu jambatan dan jalanraya untuk menjadi modal atau minyak gas Nuar tidaklah dapat menyemarakkan semangat kawe ,usahkan untuk kawe bangun berdiri ,bulu roma kawe pun malu untuk tegak.Nafsu 'pemberontakkan" kawe terghairah kepada ALTERNATIF yang lebih besar yang dicipta dan bakal di sediakan oleh Nuar Balla dan perlu meninggal jauh kemampuan yang ada atau janji yang bakal di adakan oleh Kerajaan Negeri yang sedia ada.



Kalau Nuar Balla hendak ambil Fidel sebagai contoh ,kawe berpendapat Nuar Balla sudah tewas sebelum berjuang ..hahahaha. Bukan kawe hendak melemahkan semangat atau jiwa "memberontak" yang ada dalam diri Nuar Balla tetapi hakikat yang kita harus tahu adalah Fidel tidak pernah melancarkan pemberontakan tetapi beliau melancarkan PEMBAHARUAN untuk rakyat Cuba. Gelaran pemberontak adalah anugerah daripada kerajaan yang tidak mahu pembaharuan yang di bawa oleh Castro BERBEZA dengan Nuar Balla yang beliau lancarkan adalah "PEMBERONTAKKAN" bermakna "KELAMAAN" lah yang dibawa oleh Nuar Balla untuk rakyat Kelantan.



Buktinya adalah Nuar Balla mempersendakan niat TGNA untuk membina kemajuan kepada rakyat kelantan seperti hasratnya untuk membina stadium yang baru dan jambatan dari kampung Cina ke kampung Laut.Bila Nuar Balla membuat sendaan secara tidak langsungnya beliau membayangkan bahawa hasrat TGNA itu akan mengalami kegagalan ,bila kegagalan berlaku maka kemajuan akan lenyap dengan sendiri.Nuar Balla kena faham bahawa hasrat untuk berjaya itu lebih BERMAKNA daripada kejayaan tanpa HASRAT...

Apakah Nuar Balla tidak mempunyai HASRAT untuk membina "Bullet Train" yang pertama di Malaysia yang menghubungkan Kota Bharu Dan Gua Musang atau Bangkok Dan Kubang Kerian?Apakah Ada dalam minda memberontak Nuar Balla untuk mewujudkan jaringan pengangkutan ringan Ber REL yang dapat menghubungkan seluruh jajahan yang Ada Kelantan? Apakah tiada keinginan di benak Nuar Balla utk memajukan industri bolasepak kelantan lebih jauh lagi Dari apa yang mampu dicapai oleh Anuar Musa?Mungkin setaraf dengan industri bolasepak di England . Jika perkara ini menjadi HASRAT Nuar Balla sudah tentulah Nuar Balla berimpian untuk membina stadium bola yang canggih di setiap jajahan yang ada di Kelantan.Memperlecehkan HASRAT kecil TGNA tidak akan membawa Nuar Balla Dan kumpulan pemberontaknya mencapai satu kejayaan BESAR untuk membawa kemajuan Yang jauh ke depan kepada negeri Kelantan.

Kesimpulannya seruan " pemberontakan" oleh Nuar Balla yang bermodalkan Ladang Rakyat serta impian ore Kelantan di tahun
60-an iaitu gertok Dan jalan tidak teruja kepada diri kawe .Jiwa pemberontakan kawe mungkin akan tersentap jika Nuar Balla berjaya mencetuskan satu revolusi baru yang memungkinkan kemanfaatan kepada ore Kelantan untuk 50 tahun yang Akan datang.Hanya orang otak beku sahaja Akan terlompat riang bila perkara 50 tahun yang lampau diangkat ke depan untuk dicapai dalam 50 tahun Akan datang.

Apapun kawe akan memakai 2 kain lilit kepala merah yang diikat kemas dikepala dan bersedia mengecat Merah seluruh badan JIKA Nuar Balla mahu memimpin rakyat Kelate untuk memberontak dalam mengembalikan HAK royalty minyak kepada rakyat Kelate . Apakah Nuar Balla Ada kejujuran itu untuk membela ore Kelate??

No comments: