Friday, May 20, 2011

PERKASA BRAHENG 'DILACURKAN' OLEH UMNO


Perbandingan berita yang menarik diantara UTUSAN dan MALAYSIAKINI kerana perbezaan 10 orang yang hadir .Dari golongan melayu kumpulan mana lebihan 10 orang yang dilaporkan oleh Malaysiakini itu.Jikalau pecahan jumlah kehadiran yang hadir mengikut laporan Utusan hanya lah 20 orang dari satu kumpulan iaitu ,dari Kumpulan Perkasa,Kumpulan pemuda UMNO dan Pemuda Keling KIMMA.Manakala Malaysiakini merumuskan kesemua 70 orang semuanya dari ahli UMNO.

Dari mana datangnya lebihan 10 orang di jumpai oleh Malaysiakini ini? Apakah ada niat buruk untuk menfitnah PERKASA dari  Malaysiakini dalam melaporkan lebihan angka ini? Apakah Malaysiakini cuba untuk membayangkan secara simbolik bahawa jumlah keseluruhan Melayu di Malaysia hanya 10% yang menyokong PERKASA?

Sebagai orang berketurunan Melayu kawe ambil kira angka yang dilaporkan oleh utusan adalah betul dan kawe ingin mengucap sekalung tahniah kepada 60 orang pejuang melayu yang berjaya mengagalkan hasrat AMK untuk berkumpul menyatakan bantahan mereka kepada Utusan dengan apa apa sebab yang mereka rasa patut.Apakah kejayaan patut dipuji atau perbuatan terpuji atau melambangkan satu yang cerdik atau satu  tindakan provokasi dari pejuang pejuang melayu ini ? Masing masing ada pandangan dan penilaian tersendiri ...
Apapun apa apa saja   pendirian anda kawe hormati CUMA samada dari segi kepentingan politik atau kestabilan/ketenteraman awam bagi kawe pejuang pejuang Perkasa ini sekali lagi kelihatan BODOH dalam tindakan dan meraikan kejayaan yang tidak memberi apa apa MAKNA ini.Pejuang pejuang Perkasa ini hampa dengan harapan untuk bertembung dengan AMK dalam usaha menyokong dan membantah .Kegagalan untuk bertegang urat dijalanraya ini menimbul rasa tidak puashati dikalangan pejuang ini walaupun berjaya meraikan kemenangan dengan ungkapan pihak AMK bacul,penakut dan lain lain.

Apakah kebijakkan dari segi politik dan kelihatan BERANI dalam kalah ? Mengelakkan bertegang urat dijalanraya yang mungkin menjerumus kepada satu keadaan yang parah memang patut dipuji.Mengelak terlibat dalam suasana provokasi dari pejuang pejuang Perkasa yang berfikiran telur separuh masak adalah satu tindakan harmoni.Walaupun matlamat AMK secara resminya tidak tercapai untuk menyatakan bantahan secara bertulis dengan simbolik berkumpul beramai ramai tidak kesampaian TAPI secara moralnya sudah tercapai kerana KEBODOHAN pejuang perkasa yang menyokong Utusan membuta tuli TANPA mengetahui dengan jelas apa yang akan di BANTAH.Jaddik promosi percuma dari kebodohan pejuang pejuang perkasa ini tidak merugikan AMK.

Bagi kawe tindakan pejuang perkasa ini sebagai penakut walaupun mereka mendabik dada sebagai berani adalah kerana. Jika mereka berani tidak sepatutnya dalam sistem demokrasi yang membenarkan amalan berkumpul secara aman oleh mana mana pihak untuk membuat satu bantahan/menyatakan rasa tidak puas hati kepada pihak yang lain.PERKASA tidak sepatutnya merasa megah kerana menegah satu proses yang dibenarkan oleh sistem yang ada.Jika pejuang pejuang ini betul betul berani mereka sepatutnya dengan gagah dan berani berkunjung beramai ramai ke muka pintu pejabat AMK untuk menyatakan bantahan mereka. KEBERANIAN yang sebenar bagi kawe adalah bila ada keberanian dalam diri untuk MENCABAR pihak lawan di gelanggang mereka.

No comments: