Tuesday, May 17, 2011

BRAHENG ALI DAN PENGEBOM BERANI MATI



Kematian Osama Bin Ladin dikatakan telah ditembak oleh tentera elit USA,samada benar Osama telah dibunuh atau ditembak adalah satu perkara yang tidak berapa penting kerana MATI adalah janji Tuhan dengan hambanya dan pasti akan berlaku tanpa ada sesaat yang akan tertangguh.Persoalan yang menarik untuk ditinggalkan dibenak umat islam adalah KENAPA beliau hendak dibunuh oleh manusia dan manusia tidak sabar sabar untuk tuhan mematikan Osama seperti yang dijanjikan?

Persoalan ini telah dijawab oleh Presiden USA secara spontan kerana amarah bila mana WTC ranap menyembah bumi sebagai perang Salib buat seketika sebelum menarik balik kepada perang memerangi KEGANASAN.Kenapa BUSH menarik balik ungkapan itu sedangkan OSAMA secara terang dan jelas telah mengistiharkan JIHAD ISLAM untuk memerangi kuffar di seluruh dunia? Jawapan mudah adalah kerana BUSH adalah seorang ahli politik bukan seorang pejuang Salib Kristian  manakala OSAMA pula adalah seorang pejuang jihad ISLAM yang mencari syahid dalam memenuhi janji yang dijanjikan oleh Tuhannya. Samada jalan jihad yang dipilih  OSAMA itu menepati tuntutan atau menyimpang dari  kehendak agamanya ,kawe serahkan kepada pakar pakar dalam bidang tersebut untuk menilaikannya.

Walaupun Bush penganut Kristian dan memang amat patut untuk menyahut seruan Jihad Islam OSAMA itu dengan menyediakan tentera Salib untuk memerangi Jihad Islam seluruh dunia.Itulah yang sepatut berlaku bilamana pertikaian yang melibatkan kebenaran menegakkan kebenaran agama yang dianuti oleh manusia berlaku.TETAPI dari sudut POLITIK nya jika itu tindakan yang diambil oleh BUSH maka kerugian yang amat besar akan berlaku kerana jiwa atau ketahanan mental tentera tentera Salib ini tidak seteguh atau sekental hati tentera islam dalam mencari syahid dalam kematian.Percaturan politik BUSH mengena bila perang salib ditukarkan kepada perang keganasan,bila gendang perang keganasan dicanangkan maka sebilangan besar negara negara islam yang penganutnya beragama islam menyokong USA untuk memerangi Jihad Islam dalam kacamata OSAMA.Dengan hanya menggunakan silap mata politik BUSH berjaya menjadikan orang islam menyokong tentera SALIB memerangi tentera JIHAD Islam yang di pimpin  oleh OSAMA.

Apakah pula definisi "KEGANASAN"  yang diberikan untuk menghalalkan perang memerangi keganasan ini.Definisi perlu diterima oleh seluruh manusia tanpa mengira apa anutan agama mereka, "memukul,mencederakan atau membunuh manusia yang tidak berdosa " adalah satu KEGANASAN yang diterima oleh semua manusia yang waras di dunia. Memukul atau mencederakan manusia lain tanpa sebarang sebab yang munasabah adalah perkara yang sering berlaku dilorong lorong sunyi dan gelap diserata dunia samada di negara islam atau pun di negara bukan islam ,jaddik memukul dan mencederakan bukanlah satu alasan yang kukuh untuk memerangi keganasan dengan menggunakan senjata yang paling canggih di dunia ,BUSH sedar hakikat ini . MEMBUNUH manusia lain adalah satu alasan yang kukuh TETAPI apakah sudah cukup alasan untuk USA menggunakan Dron mereka untuk mengebom pembunuh yang menggunakan pisau atau pistol buatan sendiri atau AK-47 sahaja? Apakah USA  tidak malu sebagai sebuah negara kuasa besar dan pengaman utama dunia menyelesaikan perkara ini seperti Israel menghentikan pelontar batu Palestine dengan M-16? Satu alasan kukuh perlu dicari....

Pengebom berani mati mungkin satu jawapan yang tepat. Membunuh diri sendiri adalah satu perkara yang ditegah dalam amalan agama islam.Kamikaze yang diperkenalkan oleh bangsa jepun dalam memenangi perang yang mereka sertai satu ketika dahulu adalah satu strategi yang berkesan dan berjaya untuk mereka .walaupun mati mereka tidak untuk masuk syurga tanpa dihisab tapi semangat cintakan negara yang amat kuat ditanamkan dalam jiwa orang Jepun telah menyebabkan mereka sanggup bunuh diri demi Negara mereka. Apakah Kamikaze  satu keganasan pada waktu itu?Bunuh diri kerana pertahankan negara bukanlah keganasan tapi PATRIOTIK ...hahaha ..Siapa yang menghalalkan istilah itu tidaklah kawe ketahui tetapi kawe tidak pernah kedengaran orang berkata KAMIKAZE itu satu KEGANASAN atau mungkin juga KAMIKAZE di halalkan demi untuk menjadikan jatuhan ATOM itu satu perbuatan yang suci.

Apakah "pengebom berani mati ini" satu jalan jihad yang suci untuk menempah bidadari di syurga tanpa di hisab? ATAU satu perusahaan "PERNIAGAAN" yang amat menguntungkan di PENSHAWAR?Bergantung kepada siapa kita memihak untuk mentafsirkan pengebom berani mati satu PERNIAGAAN atau satu JIHAD...Kawe tidak tahu mana satu yang patut dan mana satu yang betul TAPI kawe ada kisah untuk beri tahu ...Penilaian hak anda bukan hak kawe.

Ada seorang sahabat kawe yang berbangsa PASHTUN yang berasal dari Penshawar Pakistan telah menceritakan kepada kawe bahawa di bandar tersebut terdapat terlalu banyak dolar Amerika kepada sesiapa yang berani untuk mati atau berani untuk bunuh diri barangkali. Dari mana wang ini berpunca atau bersumber tidaklah jelas TAPI secara tuduhan bolehlah dibuat kepada ISRAEL,USA dan OSAMA.Kenapa USA melambakkan wang mereka untuk mencetuskan KEGANASAN yang bakal mereka perangi itu? Jawapan kawe adalah kerana POLITIK...jawapan demo luar kawe tak tahu ...

Untuk memahami jiwa seorang pengebom berani mati ini bukanlah satu perkara yang amat susah sangat jikalau kita berani menyarung kaki kita kedalam kasut mereka .Hanya syaitan USA dan sekutunya sahaja yang buat buat tak faham kerana takut kerugian dalam perniagaan senjata mereka.Jikalau diandaikan dalam sebuah keluarga anda sendiri, sekiranya semua ahli keluarga anda menemui ajal akibat letupan bom bermata USA dan tinggallah anda sebatang kara di dunia ini. Apa lagi yang tinggal dalam hidup ANDA selain dari DENDAM KESUMAT? Sejarah membuktikan manusia sanggup berbunuhan kerana DENDAM ,samada terbunuh atau membunuh atau kedua duanya sekali mungkin satu azam bagi seorang manusia yang tiada apa apa erti lagi hidup didunia ini selain IMPIAN membalas dendam sahaja yang membuak dijiwa.Apakah susah bagi OSAMA untuk menjanjikan bidadari syurga kepada golongan seperti ini? Betul bidadari syurga bukan hak dan tanggunjawab  OSAMA untuk mengagihkannya kepada manusia lain didunia ini TAPI OSAMA mempunyai jalan/cara atau kelengkapan/peralatan untuk golongan yang merasakankan diri mereka dizalimi untuk menunaikan hajat dendam mereka dilaksanakan.

Apakah perlu untuk kawe jelaskan kenapa USA perlu mengeluarkan wang untuk mengupah pengebom berani bagi pihak mereka? Cukup sekadar kawe katakan rakyat USA takut untuk mati kerana bidadari mereka berada didunia bukan diakhirat kelak.

Kebanyakan manusia didunia bersetuju dengan BUSH keganasan yang ditaja oleh OSAMA perlu di perangi habis habisan dan memerangi OSAMA bukanlah memerangi ISLAM tetapi memerangi KEGANASAN yang mana seluruh umat manusia tanpa mengira bangsa dan agama perlu menyokong usaha murni USA ini .Dalam hal ini kawe juga tidak ketinggalan untuk bersetuju dengan BUSH dalam kenyataan amarahnya iaitu perang tentera Salib dan Jihad Islam.Kawe tidak boleh bersetuju dengan BUSH memerangi KEGANASAN adalah kerana USA juga melakukan keganasan yang lebih dasyat lagi kepada orang awam dalam usaha mereka memerangi KEGANASAN OSAMA. APAKAH keganasan yang USA lakukan itu suci dan boleh diterima oleh masyarakat antarabangsa? JAddik BUSH menghalalkan perang salibnya keatas islam dengan bertopengkan memerangi KEGANASAN .Apakah seruan JIHAD Islam oleh OSAMA itu juga satu silap mata? Mata hati dan mata duitan akan mempunyai terjemahan yang berlawanan dalam perkara ini ....



Di dunia islam OSAMA mungkin boleh diangkat sebagai lagenda jihad islam kepada orang islam dan lagenda pengganas yang tiada tolok banding kepada yang bukan islam.Di bumi Malaysia juga kita mempunyai tokoh Jihad Islam yang bakal mengegarkan tanah melayu .Braheng Ali atau lebih dikenali Braheng "katak" dalam dunia politik Malaysia atau Braheng Adi Jagat kepada orang orang melayu kerana beliau dikatakan seorang pejuang melayu yang tulen/yang unggul dan tiada melayu lain yang layak atau setanding dengan beliau di dalam hal ehwal memperjuangkan nasib orang orang melayu.Kini Braheng melangkah setapak lagi kehadapan untuk mencapai keagungannya dan mungkin sejarah akan melakarkan Braheng sebagai tokoh Jihad Islam yang pertama di malaysia yang sanggup dan bersedia  berperang Sabil/Salib dengan orang orang Kristian di Malaysia demi mentauhidkan Islam di bumi Malaysia .Apakah Braheng juga akan menggunakan khidmat pengebom berani mati dalam menrealisasikan jihadnya ini?

Apakah Braheng tidak akan digambarkan sebagai pengganas setelah bermulanya jihad ini keatas orang orang Kristian di Malaysia?Apakah Pasir Mas akan menjadi pusat untuk menrekrutkan ahli ahli jihad tajaan Braheng ini? Jikalau di PENSHAWAR "saudagar madu" memainkan peranan penting bagi OSAMA untuk mengambil ahli ahli baru untuk dilatih sebagai penjihad islam. Saudagar apakah di Pasir Mas yang akan memainkan peranan ini untuk Braheng nanti? Kawe harap Braheng memilih saudagar saudagar yang berdagang benda halal bagi orang islam untuk berkhidmat untuknya nanti.

Cabaran dan getirnya Jihad Islam yang ditaja oleh Braheng ini sudah mula dirasai jalannya akan penuh berliku.Kawe berkata demikian kerana seorang pemimpin parti Melayu terbesar di Malaysia yang terkenal dengan keris terhunusnya telah mengeluarkan kenyataan bahawa seruan jihad yang dipanggil oleh Braheng ini tidak mewakili seluruh umat Melayu Islam di Malaysia bahkan hanya dari segelintir sahaja.Kebingungan yang berdenak di minda kawe adalah mengenai "melayu segelintir" ini.Apakah melayu yang segelintir ini adalah Melayu yang menyokong Jihad Islam yang ditaja oleh OSAMA di peringkat GLOBAL dan yang ditaja oleh Braheng di peringkat GLOKAL? Kawe jugak tertanya tanya adalah Menteri yang kementeriannya ini meluluskan kitab kristian dalam bahasa melayu diedarkan ini akan melabelkan Braheng ini sebagai pengganas dan KEGANASAN yang bakal dilakukan oleh Braheng ini perlu diperangi bermati matian demi melindungi penganut penganut Kristian di Malaysia yang tidak berdosa?

Nampak gayanya seruan jihad Braheng ini akan menerima nasib yang sama seperti seruan jihad Osama iaitu penentangan akan datang dari orang Islam sendiri kerana dalam islam keganasan adalah satu perkara yang wajib ditolak.Apakah "pengebom pengebom berani mati " Braheng sudah bersedia untuk meletupkan diri mereka untuk menghancurkan ahli ahli UMNO yang akan menentang usaha jihad suci mereka ini?APakah jiwa Braheng sehebat atau sekental jiwa OSAMA dalam kerja jihadnya? Apakah Braheng sanggup memerintahkan "pengebom pengebom berani mati" mengebom kedudukan kedudukan strategik UMNO yang beliau sanjung dan agungkan selama ini sebelum menghapuskan golongan Kristian yang ada dalam DAP,MCA,GERAKAN dan lain lain?Apakah tidak terlintas di benak Braheng bahawa MCA dan DAP akan menggunakan kuasa wang mereka untuk mengubah "pengebom2 berani mati" dari kalangan orang islam sendiri untuk mengagalkan jihah suci Braheng ini?

Jikalau OSAMA mempunyai Ali Mohammad yang menjadi perancang/pelatih kepada kepakaran kepakaran untuk melakukan strategi strategi tertentu .Apakah Mahathir Mohamad adalan ejen 3 muka bagi Braheng?Sebagai orang Melayu dan Islam kawe doakan kejayaan Jihad Braheng ini....

No comments: