Thursday, May 12, 2011

SANTAU DAN "TARIK" EMAS

                                             SILA KLIK DISINI UNTUK SIRAH BATU INI

Beberapa hari yang lalu kawe ada bertemu dengan seorang sahabat bersama beberapa sahabat yang lain di sebuah kedai kopi di malam hari. Dua dari sahabat kawe ini bermastautin di Kuala Lumpur yang berkebetulan pulang ke Kelate kerana urusan masing masing.Bila berjumpa sahabat lama maka cerita dan kisah lama diimbaskan untuk memecahkan dara derai tawa disamping bertanya khabar keadaan terkini masing masing dan sudah tentulah mengenai kesihatan tidak boleh dikesampingkan kerana faktor usia yang meningkat.Perhatian kami semua tertumpu bilamana salah seorang dari sahabat menceritakan diri beliau telah terkena SANTAU.

Menceritakan perihal berat badannya susut dengan cara yang amat drastik dalam masa yang singkat tanpa apa apa penyakit yang dapat dikesan secara saintifik .Secara ringkasnya sahabat kawe ini memilih BOMOH untuk mengetahui punca berat badannya turun secara mendadak .Mengikut cerita sahabat kawe ini walaupun hatinya amat berat untuk memilih BOMOH untuk mengubati penyakitnya TAPI apa lagi pilihan yang beliau ada ? Kawe tidak hendak barri panjang lebar mengenai keadaan sahabat kawe yang semakin pulih dan berat badan semakmin bertambah itu.

Apa yang menjadi minat kawe disini adalah peranan Tok Bomoh dizaman moden ini masih diperlukan dan masih laku .SANTAU tidak akan terjadi dengan sendiri jika tiada ramuan yang di buat oleh orang berkebolehan menyajikan ramuannya.Setelah SANTAU disajikan dan dihidangkan maka mangsa akan dapat menikmati kesannya. Samada untuk  dipulihkan atau ditawarkan kesannya itu memerlukan satu lagi ramuan dibuat untuk dijadikan PENAWAR kepada racun tersebut.Ubat penahan sakit yang di bekalkan di klinik klinik 1 MALAYSIA tidak boleh dijadikan penawar kepada racun ini.Apakah ada kemungkinan pakar yang membuat ramuan racun dan penawar ini mempunyai pangkat atau gelaran yang sama iaitu BOMOH? Betul semua penyakit itu datang dari Allah dan segala penawarnya juga datang dari Allah jaddik semua umat manusia wajib meminta pertolongan dan perlindungan dariNYA. Tapi ikhtiar sebelum tawakkal pun satu tuntutan juga. Hospital hospital didirikan adalah melambangkan IKHTIAR manusia dalam mengubati penyakit ,jaddik jika doktor adalah orang yang diamanahkan dalam usaha ikhtiar ini maka BOMOH pun tidak kurang pentingnya dalam memikul amanah berikhtiar demi kesejahteraan manusia.Doa kawe kepada sahabat tersebut cepat pulih dari penyakit yang dihadapi.

Terlanjur kawe bekeccek pasal BOMOH ni kawe nak syerkan satu cerita yang berlaku kepada diri kawe 3 malam yang lepas.Seorang dari sahabat kawe menelefon kawe di malam hari untuk ajak keluar minum kopi.Adalah perkara biasa kepada kawe bila sahabat dan taulan mengajak atau menjemput kawe dirumah untuk  minum kopi di tengah2 malam  di luar.Didalam perjalanan menuju ke kedai kopi sahabat kawe menceritakan hal sebenarnya mengenai satu kumpulan penarik emas bersama seorang BOMOH ingin mengenal pasti satu kawasan atau dalam bahasa yang selalu kawe  guna dalam urusan kerja kawe adalah "'site visit"' atau lawatan tapak.hahahaha

Mendengar cerita dari sahabat tersebut buat kawe menjadi teruja dan mengusulkan kepada sahabat supaya ke tapak tersebut untuk menikmati apa yang berlaku.Sahabat kawe keberatan untuk turut serta dengan kumpulan tersebut kerana upacara sebenar belum dilakukan lagi dan kami memilih sebuah kedai kopi yang berdekatan dengan tapak tersebut untuk mendengar cerita selanjutnya setelah lawatan tapak selesai.Lebih kurang setengah jam kami berada di kedai tersebut maka datanglah beberapa orang lelaki dari kumpulan tersebuta yang seorang pun kawe tidak kenali . Tumpuan kawe adalah kepada seorang yang agak sudah tua tapi kelihatan masih gagah yang memperkenalkan dirinya sebagai Abe Hassan yang berkebetulan memilih kerusi di sebelah kawe di meja tersebut.

Perbualan sahabat kawe dengan kumpulan ini tidak menarik minat kawe sangat melainkan tumpuan kawe kepada insan yang bernama Abe Hassan ini.Abe Hassan menjelaskan kepada sahabat kawe berkenaan apa yang telah berlaku ditapak tadi yang kawe boleh rumuskan di sini secara mudah bahawa ada lagi perkara perkara tertentu yang perlu diselesaikan sebelum upacara kemuncak dijalankan . Kawe hanya mendengar tanpa menjampuk/buka mulut mengenai hal yang mereka perbincangkan itu kerana perkara itu tidak menjadi minat kawe, yang kawe teruja tadi adalah untuk melihat dengan mata kepala sendiri bagaimana upacara "tarik emas'" dijalankan, tapi malam itu bukan rezeki kawe untuk nikmati.

Setelah perbincangan urusan perniagaan mereka selesai dan berubah kepada topik bebas barulah kawe buka mulut untuk berkeccek dengan Abe Hassan dan kawe membimbing beliau untuk menceritakan pengalaman pengalaman beliau yang lalu.Nasib kawe baik kerana Abe Hassan bukanlah seorang yang lokek pengalaman untuk dikongsikan dengan kawe .Banyak cerita dan perihal yang dijelaskan oleh Abe Hassan ini mengenai pengalaman pengalaman yang beliau lalui dalam bidang tersebut.Satu perkara yang terkesan dihati kawe dengan rasa curiga ialah bila Abe Hassan berpesan dan menasihati kami semua berhati hati dengan BOMOH "'cari pitis"' dalam kerja "'tarik emas"' ini.

Mengikut cerita Abe Hassan ini terdapat bomoh bomoh tarik emas yang mengenakan bayaran bayaran tertentu setelah menanda kawasan sebelum upacara '"penarikan"' dijalankan.Dan yang terlebih sadis lagi apabila BOMOH ini mengatakan sebelum upacara dijalankan "'lampu hijau"' perlu ditunggu dalam tempoh yang tiada batas,di ceritakan juga dalam satu kes ''lampu hijau'' tidak menyala nyala setelah 10 tahun berlalu lalu.Kecurigaan melintas dihati kecil kawe bahawa Abe Hassan hanya mempromosi dirinya sebagai BOMOH jujur tidak seperti bomoh bomoh lain yang dilabelkan sebagai BOMOH ''cari pitis''.Walaupun kecurigaan berbenak dihati kawe tetapi tidak kawe zahirkan kerana menghormati urusan ''perniagaan'' Abe hassan dan pelanggannya.

Dari dua cerita yang kawe dengar dan alami diatas dapatlah kawe rumuskan bahawa zaman dimana Malaysia menuju kearah wawasan 2020 ini ,para BOMOH juga mempunyai kefahaman yang tinggi terhadap wawasan yang diasaskan oleh Tun M tersebut. Seorang BOMOH yang mempunyai wawasan akan dapat menikmati kemajuan dalam kekayaan wang ringgit..hahahaha.Samada kisah santau atau tarik emas yang untung dan yang dapat duit tetap para BOMOH ,bukan pembayar kepada pembuat ramuan santau atau pembayar kepada pembuat  penawar santau. Begitu jugalah dalam urusniaga tarik emas yang akan menimati hasil dulu adalah BOMOH bukan bakal jutawan yang menunggu lampu hijau menyala.

Penggunaan SANTAU dan upacara "tarik Emas"' dalam politik malaysia tidak kurang hebatnya meracuni pemikiran rakyat malaysia dan mengikis wang ringgit rakyat jelata tanpa disedari atau terpaksa dalam sedar.Kristian Agama Resmi Malaysia adalah SANTAU yang amat berbisa kepada masyarakat Malaysia hari ini.Dikala pakar pakar dari hospital kerajaan sedang mengkaji akan ramuan ramuan yang telah di adunkan untuk mencari penawar penawarnya untuk ditawari kesan racun ini. Maka BOMOH BOMOH UMNO lah yang paling sibuk "'menujum"' akan siapa yang telah melepaskan santau kepada rakyat malaysia . Dan bomoh bomoh umno juga dengan tangkas mengeluarkan "'perpaduan melayu"" sebagai penawar yang paling mujarab untuk menawari  SANTAU berbisa ini.Apa pilihan yang rakyat Malaysia ada selain bergantung harap kepada BOMOH BOMOH UMNO ini atau tersiksa kerana kesan SANTAU ? Tepuk dada tanya selera.

Begitu juga dikhabarkan didalam perut bumi malaysia ini terdapat terlalu banyak harta karun dan emas yang boleh membawa kesejahteraan kepada seluruh rakyat malaysia. Dalam hal ini pun sekali lagi BOMOH BOMOH UMNO mendabik dada bahawa merekalah bomoh bomoh  yang mempunyai kemampuan dan kepakaran untuk menjelmakan hasil perut bumi tersebut ke permukaan bumi Malaysia untuk dinikmati oleh rakyat malaysia dan  kejujuran  dan keikhlasan mereka adalah suatu perkara yang amat SALAH untuk dipertikaikan melaiankan semua rakyat wajib percaya dan percaya sahaja kepada mereka.

Apakah Bomoh bomoh umno ini akan menemui nasib yang seperti bomoh santau dan bomoh tarik emas yang berwawasan tidaklah kawe ketahui .Apa yang kawe tahu rakyat malaysia mempunyai pilihan untuk memilih BOMOH yang mereka kehendaki TETAPI walaupun pilihan ada janganlah sampai ke tahap ""dipukau"" atau ""terpukau"" dengan BOMOH pilihan hati kita.






No comments: