Wednesday, May 11, 2011

ANUAR MUSA KALUT BILA TGNA "MENEGUR" SOBERI

Kemasukkan Dato Mohd Soberi Shafii atau lebih mesra dengan panggilan Bboh Yie kedalam parti PAS yang disambut sendiri borang permohonannya oleh TGNA merangkap Musyridul AM PAS Malaysia adalah satu penghormatan yang tinggi kepada insan yang dianggap "sampah" dalam UMNO.Samada Soberi benar benar "sampah" kepada UMNO atau UMNO itu Tong Sampah tidaklah kawe ketahui.

Satu peristiwa kecil tapi satu TELADAN yang amat besar telah berlaku setelah penyerahan dan penerimaan borang selesai. Dikhabarkan ditangan Soberi mempunyai berpuluh puluh lagi borang kosong yang belum diisi yang berkebetulan tidak mempunyai sampul yang sempurna untuk mengisi borang borang tersebut.Dimaklumkan juga Soberi telah meminta untuk "meminjam" satu sampul untuk mengisi borang borang tersebut daripada salah seorang kakitangan dalam pejabat tersebut.Sudah tentulah sampul yang ada di pejabat kerajaan adalah milik kerajaan atau yang berchop URUSAN KERAJAAN.Perbuatan tersebut dilihat oleh TGNA dan beliau terus "menegur" dengan berkata "Kerja parti tidak boleh guna apa apa harta kerajaan walaupun untuk meminjam sebentar".Ketegasan TGNA dalam hal ini harus dipuji seperti mana yang kawe pernah dengar orang menceritakan TGNA bergelap di dalam biliknya di waktu makan tengahari .Samada MB Kelantan ini hanya berjaya memantau harta harta kerajaan yang berada diruanglingkup permandangan matanya sahaja tidaklah kawe ketahui TAPI secara sumbangnya ada juga kedengaran suara suara sumbing selama 20 tahun TGNA memerintah Kelantan banyak juga harta harta Kerajaan yang disilap gunakan oleh barisan pentadbir negeri. Sejaumana benar dan tidak benar kawe serahkan kepada rakyat Kelate untuk menilai.

Petang tadi kawe berkesempatan untuk minum teh dengan Soberi disalah sebuah hotel terkemuka di Kelantan.Kawe tidak mengenali Soberi ini dengan rapat tetapi mengenangkan satu peristiwa yang berlaku di Kuala Lumpur semasa berlangsungnya  pilihanraya di Sarawak sebulan  yang lalu .Kawe merasa amat tidak kena jikalau kawe tidak berjumpa mata dengan beliau yang berada di kelantan untuk mengucapkan TAHNIAH keatas pilihan yang dibuat oleh beliau.Setibanya kawe di meja tersebut terdapat lagi beberapa orang yang kawe tidak kenali bersama beliau yang kawe andaikan sahabat atau taulan atau orang kuat beliau atau orang kuat UMNO yang bersama beliau atau orang kuat UMNO yang akan bersama beliau .Kawe tidak letak kemungkinan kawe bahawa mereka itu orang orang PAS kerana perkara itu tidak menjelma di firasat kawe..hahahaha

Didalam perbualan yang mana kawe lebih banyak mendengar dan ketawa bila ada benda benda yang mencuit hati dipertuturkan dari kawe berkeccek.Didalam satu topik perbualan yang menarik minat kawe adalah apabila dibualkan mengenai "KEKALUTAN" Anuar Musa bila mendengar berita tangan Soberi di sambut oleh TGNA didalam merentas jalan perjuangan yang sama.Apa kekalutan yang sebenarnya   tidaklah kawe  ketahui dan untuk berandaian mengenai kekalutan tersebut pun kawe tidaklah hendak memperhalusi apatah lagi untuk membuka mulut untuk bertanya kepada "teman setia" Soberi yang bersama beliau memasuki PAS yang berkebetulan juga "sahabat" kepada Anuar Musa.

Mungkin juga kekalutan di benak Anuar Musa adalah mengenai perkataan "Teman Setia" dan "Sahabat" .Mungkin juga DBP kena memperjelaskan dengan sejelas jelasnya akan maksud dua perkataan ini kepada beliau untuk menghilangkan kekalutan dan keresahan didalam diri beliau.Istilah "sahabat" kita adalah "teman setia" kepada musuh kita adalah satu igauan yang amat besar lebih lebih kepada orang politik.Sebelum DBP memberi penjelasan secara resmi kepada Anuar Musa kawe ingin meminta kepada pembaca diluar sana untuk meletakkan tangan kanan diatas dahi selama lima minit untuk memikirkan apa nilai "teman setia" kepada kita dan apa erti "sahabat" kepada kita.

No comments: