Saturday, May 28, 2011

DARAH KELATE ATAU DARAH MELAYU PATUT PERINTAH MALAYSIA?



Buat pertama kalinya dalam hidup kawe melangkah kaki untuk mendengar ceramah politik  atau merasai sendiri suasana yang sebenar .Didalam poster tercatat majlis bermula pukul 9.00 malam ,kawe tiba di tempat ceramah tersebut 15 minit lebih awal .Setelah menunggu hampir pukul 9'30 malam namun wajah wajah penceramah yang akan berceramah belum kelihatan lagi walaupun sudah ramai orang ramai yang memenuhi ruangan tempat duduk . 45 minit menunggu bukanlah suatu perkara yang kawe boleh bertolak ansur walaupun kawe mempunyai masa untuk menunggu lebih lama .Kawe menghubungi salah seorang penceramah pada malam itu untuk bertanya pukul berapa majlis akan bermula .Kawe tidak bertanya kepada pihak penganjur kerana untuk menerima JAWAPAN penceramah "sudah dalam perjalanan" Bukanlah jawapan yang kawe kehendaki.Kini barulah kawe faham dalam mana mana ceramah samada PAS atau UMNO berkenaan dengan masa bermulanya majlis mereka akan menggunakan masa "janji melayu" .

Pada pendapat kawe perkara 'JANJI MELAYU" ini boleh diubah,  bila samada PAS atau UMNO betul betul berhasrat menunaikan janji mereka .Apakah jatuh standard seorang pemimpin jikalau datang lebih awal setengah jam untuk menaburkan janji janji mereka? Apakah dengan datang lewat setengah jam itu menandakan janji janji mereka adalah semuanya benar dan tiada yang tidak benar melainkan benar benar belaka? Jikalau pemimpin UMNO lewat sampai tidaklah susah untuk kawe cari sebabnya TAPI apabila perkara yang sama berlaku dikalangan PAS adakah mereka juga mengalami FOBIA ?

Ketiga tiga penceramah malam itu mengutarakan isu isu semasa yang hampir sama saja untuk diperlunakkan ke telinga para hadirin. Isu kebuasan ,kezaliman ,kekurangajaran pihak UMNO dihambur keluar dari bibir nipis para penceramah. Isu minyak dan gas yang bersangkut dengan IPP dikupas dengan cara yang mudah difahami oleh penceramah pertama dengan baik .Manakala penceramah yang kedua pula agak lantang dengan bahasa bahasa sinis mengutuk pemimpin yang tertentu di pihak lawan . Khalayak pun ikut teruja dengan gaya pidato yang bersemangat dari penceramah yang kedua ini . Berjaya membangkit semangat pendengar bila didengari bukanlah satu perkara yang mudah untuk dilakukan.Tapi adakah cukup untuk membangkit semangat sahaja TANPA pengisian MAKNA kepada maksud untuk disampaikan? Setiap parti politik mempunyai startegi masing masing ...kawe tak tahu ..

Tumpuan kawe adalah kepada penceramah yang ketika yang mana "kopiah putih " yang  diletakkan diatas kepalanya untuk mengantikan songkok tinggi yang usang masih baru dan bersih kelihatan.Mohd Soberi memulakan ucapan dengan ketersasulan yang patut di "sasul" kan memandangkan hampir 3/4 dari usianya bersama UMNO. Menceritakan siapakah dirinya yang sebenar dalam UMNO sebagai mukaddimah ucapan.Isu yang dikupas oleh Soberi adalah mengenai janji TGNA membina sebuah stadium baru kepada rakyat dan peminat bolasepak di negeri Kelantan. Beliau juga mendedahkan rahsia pertemuan antara Anuar Musa dengan Perdana Menteri mengenai rancangan untuk merampas kembali negeri Kelantan dari PAS.Kemunasabahan yang digunaipakai oleh Anuar Musa dalam pertemuannya dengan Perdana Menteri adalah amat munasabah iaitu 500 juta untuk membina sebuah stadium baru di Kelantan dan gerenti kelantan akan menjadi milik UMNO. Mohd Soberi juga memuji langkah tindakan politik yang diambil oleh TGNA memintas Anuar Musa dalam isu sebuah stadium kepada rakyat Kelantan ini.Kawe tidak bersetuju dengan Soberi bahawa langkah yang diambil oleh TGNA itu dapat mematikan langkah Anuar Musa malah langkah ini lebih menguntungkan Anuar Musa bagi kawe.

TGNA hanya mampu membina sebuah Stadium yang berharga RM 159 (kalau tak silap) dan jikalau PM meluluskan permintaan Anuar Musa sebanyak 500 juta maka diatas kertasnya Anuar Musa boleh membina 3 stadium yang sama saiz yang dibina oleh TGNA. Apakah rakyat Kelantan akan masih memilih PAS dalam PRU 13 jika ketiga ketiga Stadium Anuar Musa mula dibina bulan depan?Samada ada rakyat Kelantan hendak memilih Kerajaan yang hanya mampu bagi satu Stadium atau memilih "bakal" sebuah kerajaan yang mampu mengadakan 3 buah stadium sebelum menjadi kerajaan? Kerajaan atau bakal kerajaan MANA , yang akan  menang nanti bukan menjadi minat kawe untuk dalami TAPI sebagai rakyat kelate kawe akan merasa amat bangga kerana dalam satu masa yang sama negeri kawe akan memiliki 4 stadium bolasepak moden. Ada sesiapa diluar sana GATAL mulut nak kata ini satu PEMBAZIRAN? Pemuda "pemberontak" UMNO Kelantan  sepatutnya sudah bersedia dengan jentera gelombang merah mereka untuk menyerbu pejabat perdana menteri di Putrajaya untuk mendesak Najib serta Rosmah meluluskan segera permintaan dari Anuar Musa itu dan kawe juga menyeru pemuda pemuda PAS untuk menyokong desakan dari "pemberontak" UMNO ini kerana mereka mempunyai masalah dari segi jumlah ahli . Tidak rugi untuk rakyat kelantan jika pemuda PAS membantu "pemberontak" UMNO dalam hal ini.

Pada firasat kawe Anuar Musa sudah taubat nasuha berkenaan isu PPRT beberapa tahun dahulu MUNGKIN hahahaha...Satu halangan saja lagi dalam perkara ini iaitu 'DARAH" .Apakah Najib yang berdarah 'Melayu" itu sanggup melihat dengan putih mata untuk meluluskan permintaan ini kerana yang akan mendapat kemudahan dan "hasil" nanti adalah 'Melayu Kelate'? Mungkin jikalau Ku Li yang menjadi Perdana Menteri Malaysia permintaan ini akan berjaya tanpa ada apa apa kemuskilan yang banyak.

Bila menyebut mengenai "DARAH" ini kawe amat teruja dengan ucapan Soberi seperti yang dapat didengari dalam video diatas.Sebagai seorang ore Kelate yang berdarah melayu kelate perbuatan Stopa Mamat memang patut di gelar sebagai "PENGKHIANAT" kepada orang Kelantan atau panggilan yang lebih mesra bagi kawe adalah "kelate murtad".Rakyat Kelantan tidak perlu kepada pemimpin seperti Stopa Mamat ini walau macam mana bijak sekali dan 'BAIK" nya beliau.Melayu Kelate tidak sepatutnya menjadi 'HAMBA' atau pak turut kepada Melayu melayu lain di malaysia ini.Seorang sahabat kawe ada mengirim satu maklumat bahawa satu kajian DNA yang dilakukan keatas orang melayu di Malaysia.Hasil kajian tersebut didapati bahawa DNA Melayu Kelantan tidak sama dengan melayu melayu lain di Malaysia. Kawe tidak hendak cerita panjang mengenai DNA ini...

Walaupun kawe amat amat bersetuju dengan Soberi dalam hal ini namun 'KUDRAT" Soberi sudah tidak sekuat zaman mudanya dulu untuk membina semangat BARU kedalam JIWA ore Kelate seperti beliau membina UMNO baru suatu ketika dahulu.Kemampuan Soberi merayu supaya rakyat kelate masih mengekalkan Kerajaan TGNA dalam PRU 13 dalam ucapan penutupnya . Kawe berpendapat ini merupakan satu ucapan penutup yang lemah dan tidak bersemangat dalam kotak pemikiran kawe.Sudah tentulah Soberi lemah kerana beliau tidak mampu untuk mengekalkan usia TGNA selamanya ...hahahaha

Rakyat Kelate memerlukan seorang anak Kelantan yang berdarah Kelantan yang mempunyai cita cita untuk memimpin seluruh melayu yang ada di bumi malaysia ini.Jika 'BENAR" ada dikalangan pemimpin pemimpin PAS yang berdarah Kelate bukan bersifat sama jenis seperti Stopa Mamat SEHARUSNYA sekarang ini tonjolkan diri ,lahirkan kebolehan yang ada ,cetuskan satu idea untuk memastikan mana mana orang Melayu yang akan memimpin Rakyat malaysia dimasa hadapan nanti mesti berada dibawah 'RADAR" melayu kelate.Mungkin Husam Musa belum cukup ranum untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia tetapi jika diberi pilihan kepada orang Kelantan samada Anuar Ibrahim atau Husam Musa yang patut dipilih? Apakah PILHAN DEMO WAHAI MELAYU KELATE?

Melayu kelate yang berada diluar kelate selalu digelarkan sebagai 'yahudi' malaysia oleh melayu melayu lain di Malaysia. Apakah DEMO WAHAI ORE KELATE merasa bangga dengan gelaran ini? kalu demo rasa bangga dengan gelaran ini maka carilah dan pilihlah mana mana pemimpin melayu Kelate yang ada di malaysia ini yang bercita cita dan berwawasan untuk "mengawal" Putrajaya dari Kota Bharu. Israel tidak perlu jaddik USA untuk mengawal seluruh dunia.ORE KELATE tidak perlu jaddik Perdana Menteri untuk kawal Malaysia. TGNA telah menunjukkan cara yang sebenar untuk menjadi ore kelate yang digelar "yahudi " Malaysia .

Pak Lah dan Najib cari TGNA untuk perpaduan UMNO -PAS ... Anuar Ibrahim cari TGNA untuk penubuhan Pakatan Rakyat menjadi realiti...Maknanya TGNA adalah kuasa penentu bagi kedua dua pihak untuk menggusarkan mereka atau untuk tidur yang tenang di malam hari .Kalu TGNA berjaya meletakkan darah melayu kelate menjadi satu kuasa yang ada kuasa penekan tidak MUSTAHIL bagi pelapis untuk menguasai Putrajaya tanpa mempunyai kerusi di sana.

1 comment:

Anonymous said...

Kepada Penulis Blog,

Terima kasih kerana menulis blog ini dalam bahasa melayu lebih senang difahami dari menulis kesemuanya dalam bahasa melayu kelate.

Sebenarnya “punctuality” ini terletak pada individu bukan pada sesuatu parti. Seseorang pemimpin itu perlu ada tanggungjawab untuk melaksanakan apa yang telah di janjikan. Dari sini kita boleh menilai keperibadian seorang pemimpin itu. Di Zaman Tun Mathadir, beliau akan datang 1 jam lebih awal dari masa telah di janjikan dalam setiap acara. Sehinggakan seksyen istiadat & protokol & RTM menghadapi masalah, mereka perlu menyiapkan barang kelengkapan mereka 2 jam lebih awal.

Bila peralihan berlaku ke zaman Pak Lah semuanya berubah. Pak Lah adalah seorang yang selalu lewat sampai ada sesetengah wartawan bercakap kita boleh tidur dulu. Saya teringat pada kawan saya yang berkerja dengan Paklah, ada suatu masa Pak Lah terlupa mesyuarat kabinet kerana beliau sedang tidur. Dari situ kita dapat lihat, sememangnya pemerintahan Pak Lah sungguh lemah dan tidak bermaya.

Najib, saya tidak tahu karakter beliau. Kawan saya dari Jabatan Perdana Menteri Chicago yang pernah menjaga beliau memberi komen “his very punctual & a detailed person”.

Pada ketika dulu saya juga pernah menghadiri ceramah PAS tapi di Ampang . Bukan lambat 45 minit tapi 1 jam .. saudara bloggers kira ok lah. Alasan yang diberi oleh pencenramah sangkut dengan traffic jam. Tapi malam – malam buta mana ada traffic jam. Alasan yang mengarut tetapi di percayai oleh sesetengah pengikut – pengikut. Samalah apa yang berlaku sekarang ..