RASUAH adalah satu fanomena baru yang bergerak tanpa batas dan sempadan lagi pada hari ini mungkin TIDAK keterlaluan jika kawe katakan bahawa fanomena Mukabuku yang melanda dunia mempunyai impak yang tidak boleh dikesampingkan kesannya .Mukabuku bukan sahaja menjadi medan hubungan sosial yang amat penting dan mempunyai pengaruh yang besar dalam pembentukan pemikiran baru dalam minda manusia sejagat.Virus mukabuku ini telah memasuki gelombang pemikiran pemimpn untuk berhubung dengan rakyat,menjadi alat perhubungan ahli ahli keluarga untuk bertanya khabar ,menjadi satu alat perhubungan untuk menjejaki kawan kawan yang gagal dijejaki sebelum ini dan menjadi medan/pentas dakwah kepada para ulama ulama dunia dalam menjalankan dakwah di alaf baru ini.Sesiapa sahaja yang tidak mempunyai satu akaun yang didaftarkan sebagai mukabumi maka bolehlah dianggap ketinggalan dalam segala segi dewasa ini.Apakah fanomena RASUAH juga bergerak DERAS sehebat mukabuku ini di bumi MALAYSIA?
Mengikut TAFSIRAN Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia terdapat empat kesalahan rasuah yang utama:
- Meminta/Menerima Rasuah
- Menawar/Memberi Rasuah
- Membuat Tuntutan Palsu
- Menyalahguna Jawatan/Kedudukan
Apakah sekarang ini jika rakyat Malaysia tidak terlibat atau jikalau tidak menghidu kentut RASUAH ini akan dianggap KOLOT atau ketinggalan dalam perjalanan hidup di bumi Malaysia? Kawe tidak tahu mungkin anda diluar sana lebih arif dan lebih adil dalam pembuat penghakiman.
"Peserta terkejut" ,Begitulah laporan dari malaysiakini mengenai pendedahan yang di buat oleh TGNA dalam satu majlis yang beliau dakwa bahawa " 5 kali cuba pujuk Nik Aziz,tawar 3 menteri".Kawe rasa bukan hanya orang yang ada dalam majlis itu sahaja yang terkejut bahkan seluruh rakyat Malaysia yang BENCI pada rasuah akan terkejut melainkan UTUSAN MALAYSIA dan tuannya.Apakah benar dakwaan yang dibuat oleh TGNA ini? Atau apakah benar berita yang dilaporkan oleh Malaysiakini ini? Kawe tidak tahu ...Cuma andaian dari hasil berita yang disiarkan dan logik yang patut sahaja yang boleh menterjemahkan kesahihan itu.Sebarang andaian yang hendak dibuat adalah perlu bersifat adil maka andaian BENAR dan TIDAK benar perlu dihalusi untuk mengintai kesannya.
Jikakalau TIDAK BENAR yang dipilih maka hanya 2 pihak sahaja yang akan menerima kesan iaitu TGNA dan Malaysiakini.Samada TGNA yang berbohong atau Malaysiakini yang berbohong perlu disiasat.Apakah rakyat Malaysia akan percaya TGNA seorang yang suka bercakap BOHONG? Apakah ada agenda tersembunyi untuk memburukkan watak "SUCI" TGNA dengan menyiarkan cerita PALSU dari Malaysiakini? Pakat pakat carilah jawapannya jika RASUAH itu satu perbuatan yang jijik bagi ANDA dan sila abaikan pencarian itu jika ANDA sudah menganggap RASUAH itu seperti sarapan pagi yang perlu diisi kedalam perut menjelang makan tengahari.
Jikalau BENAR pula yang diteliti ,maka kesannya akan bergelombang ke satu Malaysia MELAINKAN rakyat Malaysia sudah menganggap untuk mengenyangkan perut di tengah hari pun perlu kepada RASUAH termasuklah TGNA sendiri. 5 cubaan menawarkan/memberi rasuah seperti tafsiran SPRM adalah suatu perkara yang amat serius.Kenapa sampai 5 kali TGNA baru dedahkan?Kenapa pula pendedahan yang dibuat oleh TGNA mempunyai mirip pendedahan video seks DSAI iaitu mendedahkan kepada satu kumpulan yang dipilih bukan kepada pihak yang berwajib?Masuk diakal kawe jika kali pertama TGNA mengambil pendekatan tidak hendak mengaibkan pihak terbabit ,kali kedua memberi nasihat sebagai seorang Tok Guru kepada murid,kali ketiga memberi amaran 'KERAS". Apa alasan TGNA untuk kali keempat? dan tindakan yang diambil untuk kali kelima adalah bukan satu tindakan yang "waras" bagi seorang Tok Guru seperti TGNA bagi kawe.Apakah TGNA pun menyukai RASUAH? Walaupun penolakan kepada PERPADUAN dengan UMNO adalah satu langkah yang kawe persetujui yang diambil oleh TGNA.
Dimana pasukan gelombang merah yang diketuai oleh Ketua 'pemberontak" UMNO Kelantan yang amat BENCI kepada rasuah waimah kek sebijik pun.Kenapa tidak bergegas belarak ke pejabat SPRM supaya membuat siasatan keatas TGNA dan pihak yang terbabit?Apakah Nuar Balla yang selalunya "cerdik" dalam hal ehwal RASUAH yang melibatkan TGNA kini sudah menjadi BODOH kerana yang menawarkan RASUAH kali ini adalah "tuan punya"UTUSAN MALAYSIA? Dimana angakatan pejuang JIHAD no satu Malaysia yang juga jaguh kepada semua isu yang melibatkan report polis ,diam ,kaku dan bisu sahaja? Apakah memerangi RASUAH ini bukan satu JIHAD bagi Braheng Ali dan konco konco jihadnya?
Dimana pemuda pemuda PAS yang jiwa mereka ditanamkan dengan roh roh islamnya ketika Tok Guru mereka dihina dengan perbuatan JIJIK ini?Apakah kini wang rasuah daripada UMNO sudah tidak JIJIK lagi bagi mereka?Dimana anggota BERSIH? Apakah perbuatan ini SUCI?
Betul RASUAH itu belum berlaku kerana tawaran yang tidak diterima maka urusniaga tidak berlaku .TETAPI apakah PAS hendak dikenali sebagai sebuah parti yang boleh dibawa berunding untuk urusniaga "RASUAH" dan meletakkan PAS lebih baik dari UMNO yang suka kepada RASUAH?
No comments:
Post a Comment