Friday, May 6, 2011

KEMBALI BERSUA SETELAH 23 TAHUN

                                           Bersama Cikgu Bakar dan Cikgu Hamdi

Pertemuan semula dengan bekas Guru setelah 23 tahun keluar dari alam persekolahan adalah satu nostalgia yang amat menarik bagi kawe.Pertemuan yang dirangka secara spontan ini dalam majlis yang tidak sempurna untuk menghargai jasa seorang guru setelah puluhan tahun tidak bersua muka adalah amat memalukan bagi kawe sebagai murid . Sebelum kawe mencoret lebih lanjut mengenai kegembiraan kawe dapat berjumpa dengan bekas cikgu adalah elok kawe memohon beribu kemaafan dari kedua dua bekas cikgu kawe tersebut kerana meraikan mereka dalam majlis yang ringkas dan mudah atau dalam istilah Kelatenya "minum teh di kedai Patti jjah".
                                           Gambar ehsan dari kamera cikgu Hamdi

Eloklah sekiranya kawe nukilkan disini mengenai bagaimana kisah bermulanya perjumpaan semula dengan bekas cikgu ini setelah puluhan tahun terdidik oleh beliau.Nama nama seperti arwah Pak Din ,Kak Sabar dan Ezani serta beberapa orang lagi abang dan kakak senior yang lain merupakan satu contoh  yang bermakna kepada adik adik junior dalam pencarian bekas bekas cikgu ini.Laman mukabuku juga merupakan satu alat yang berguna untuk proses pencarian atau pertemuan dengan sesiapa sahaja tak kira di mana berada.Dalam hal ini Cikgu Hamdi diantara bekas cikgu yang mempunyai ramai pengikut yang terdiri daripada bekas bekas muridnya di seluruh pelusuk dunia Semasa kawe berada di luar negara selalulah jugak kawe menjenguk dan menjampuk di ruangan dinding mukabuku Cikgu Hamdi dan mengikuti perkembangan beliau dalam siri siri perjumpaan beliau dan bekas bekas muridnya yang dipaparkan dengan gambar sekali yang terpancar satu kepuasaan yang tidak terhingga kepada diri beliau dan muridnya.

Kawe ada membayangkan untuk berjumpa dengan Cikgu Hamdi sekiranya kawe kembali ke tanahair di laman mukabuku beliau dan seperti yang dijangka sambutan beliau amat positif apabila kedenganran bekas muridnya mahu berjumpa mata dengan beliau.Setelah kawe kembali ke tanah air dan berjumpa dengan beberapa sahabat lama dalam siri minum air teh di tengah tengah malam di Kota Bharu.Setelah beberapa sahabat setuju akan hari untuk majlis minum teh dengan Cikgu Hamdi dan Cikgu Bakar atau Che Kar nama yang lebih dikenali oleh kawe dan sahabat sahabat yang lain.Matt Bo diberi tugas untuk menghebahkan kepada ggu ggu yang lain didalam mukabuku dan Kappok mengambil tugas untuk menghantar sms kepada para sahabat yang berada di Kota bharu kerana mungkin tidak semua sahabat sahabat selalu menyemak mukabuku manakala kawe pula diamanahkan untuk menjemput Che Kar dan Cikgu Meddi.

Bila kawe call Cikgu Mmedi kawe hanya memperkenalkan diri kawe sebagai Black dan beliau seperti sudah mengagak kawe akan menghubungi beliau ,kawe nyatakan hasrat kawe dan tanya kelapangan beliau untuk minum tteh bersama kawe dan sahabat sahabat bekas anak murid dia yang lain pada sebelah malam selepas isyak.Cikgu Mmedi bersetuju dengan masa dan tempat dan megesahkan diri untuk hadir.Debaran kawe adalah bila tiba masa untuk menghubungi Che Kar ,badi lama masih terkesan disatu sudut hati sebagai seorang pelajar.Bila no beliau kawe dail dan jawapan hello kedengaran di hujung telinga kawe dan setelah salam diberi dan berjawab ,secara spontan kawe keluarkan perkataan "' Cikguu....Iyyaa ....jawapan yang kawe dengari dari satu suara yang kawe rasa masih tidak berubah semenjak dahulu .Tanpa memperkenalkan siapa diri kawe terus kawe bertanya akan kelapangan dirinya malam ini kerana kawe dan beberapa sahabat yang lain berhasrat untuk minum tteh dengan beliau. Beliau menjawab malam ini beliau ada kelapangan dan tidak kemana mana,kawe nyatakan masa dan tempat untuk minum. Kawe tidak berbual panjang dengan beliau selain dari kata kata akhir kawe adalah ...kita jumpa malam ni lah Cikgu ...

Setelah perbualan ditamatkan barulah kawe terfikir bahawa kawe sudah berlaku kurang ajar kepada Che Kar kerana tidak memperkenalkan diri terlebih dahulu.Tetapi apabila kawe fikir dalam sedikit lagi kenapa beliau tidak bertanya kawe siapa dan dengan mudah bersetuju bila kawe pelawa maka kawe andaikan bahawa beliau mengenali diri kawe seperti mana kawe mengenali diri beliau walaupun puluhan tahun tidak bersua muka atau berhubung secara suara. Hubungan seorang guru dan seorang bekas murid adalah satu hubungan dalaman yang amat sukar untuk difahami oleh kebanyakkan orang yang tidak memahaminya.Kawe andaikan bahawa bahawa panggilan "'Cikguu"' yang kedengaran di telinga beliau itu telah mengesahkan kawe adalah bekas muridnya dan beliau tidak perlu bertanya panjang lebar lagi siapa kawe kerana mungkin pada fikiran beliau jika bertanya pun beliau tidak akan mendapat gambaran yang sebenar kerana bekas murid beliau beribu orang bukan kawe seorang sahaja.Dan bagi kawe pula jawapan "'Iyaa"' yang kawe dengari itu telah mengesahkan bahawa nombor yang kawe dail dan orang yang bercakap itu adalah sah orang yang  kawe cari .
Kawe memilih untuk sampai lebih awal kerana esok adalah hari yang bersekolah ,jaddik kawe yang datang bersama sama anak yang bersekolah pada keesokan harinya maka mereka perlu balik sebelum pukul 10 malam kerana esok terpaksa ke sekolah .Selang tidak berapa lama setelah kawe berada di kedai makan berkenaan kelibat Che Kar kelihatan dan kawe menegur beliau dan mempersilakan duduk serta menerangkan bahawa kawe adalah orang yang menelefon beliau siang tadi .Sebentar kemudian Cikgu Mmedi tiba dan diikuti dengan beberapa orang sahabat sahabat lama kawe .Bila kedua dua Cikgu tiba lebih awal dari bekas anak muridnya pembaca diluar sana boleh berandaian bahawa SAMADA bekas cikgu lebih berkobar kobar semangatnya untuk bertemu dengan bekas muridnya ATAU Cikgu cikgu kita masih mengamalkan amalan MENEPATI masa bila berjanji masih menjadi amalan mereka. Pelbagai alasan dari murid mengenai kelewatan mereka adalah perkara biasa yang sentiasa didengari dizaman sekolah dahulu ..hahahha.

Kedua dua bekas Cikgu kawe yang dihormati dan disegani oleh semua bekas muridnya masih lagi mempunyai unsur unsur kelakar seperti dahulu cuma yang membezakan adalah setelah zaman pencen mereka ini unsur unsur kelakar yang mereka tonjolkan itu lebih santai dan terbuka kerana sudah tidak lagi terikat dengan tugas untuk mendidik anak nak murid.Cerita cerita dari pengalaman mereka ini membuat kami semua tidak kering gusi dan terasa masa bersama mereka berlalu terlalu pantas.Pelbagai bagai cerita dizaman sekolah dulu dimbaskan kembali dan seoalah olah petrkara tersebut baru sahaja berlaku.

Ada satu kisah yang diceritakan oleh Che Kar amat mencuit hati kami semua semasa beliau menceritakan kisah   seorang sahabat kawe.dimasa kecil yang tidak di ketahui oleh kami semua.Sahabat kawe ini suka mengambil "'air sembahyang"" awal dan dengan jumlah air  yang banyak di kolah asrama .Kegiatan mengambil "'air sembahyang"" awal dengan jumlah air yang banyak diawal pagi ketika orang lain lena tidur adalah satu perbuatan yang salah ketika berada diasrama dahulu.Kegiatan sahabat kawe ini sudah lama berjalan tetapi ada satu malam nasibnya malang dan telah ditangkap oleh warden asrama dan tindakan yang pihak sekolah ambil pada ketika itu adalah digantung persekolahan untuk beberapa minggu.Menceritakan untuk memberi kefahaman kepada keluarga sahabat kawe ini akan sebab musabab beliau digantung persekolahan telah membuka hilai tawa kami semua bila mengetahui satu kejadian yang menimpa kepada sahabat kawe semasa kecil yang diceritakan oleh ibunya kepada Che Kar .

Pelbagai cerita yang kami bualkan dan keihklasan dan kesayangan cikgu cikgu ini kepada murid muridnya  terserlah dari cara percakapan mereka.

No comments: