Wednesday, September 7, 2011

ANAK KEPADA BEKAS SAHABAT BAIK MAT INDERA KEMBALI KERAHMATULLAH

                            JENAZAH SEDANG DIUSUNG UNTUK DISEMADIKAN


""Sungguh sayu hati amba dapat solat Zohor di Surau Tokguru Hj Ibrahim Kg Jalah Bunut Susu. TG Hj Ibrahim, datuk kepada MYS bersahabat baik dengan Mat Indera waktu beliau mengajar agama selama 20 tahun di Muar Johor. Ibu MYS Puan Sepiah bt Hj Ibrahim yang meninggal dunia hari ni adalah anak ke 3 TG Hj Ibrahim daripada 16 orang anaknya daripada 5 Isteri. TG Hj Ibrahim merupakan Anggota Dewan Ulamak PAS tahun 1960an & 1970an. Beliau meninggal dunia pada tahun 1975. Terima kasih MYS kerana maklumat ini yang telah membawa diri yang hina ini lebih mendekati sejarah Mat Indera."" Petikan kata kata dari Yang Berhormat Dato Wan Rahim Ahli Parlimen Kota Bharu yang kawe petik dari satu catatan dinding mukabuku .




Sejarah adalah dituliskan berdasarkan kepada peristiwa yang berlaku pada masa lampau itulah yang kita semua fahami. Tetapi sejarah di negara kita hari ini digemparkan kerana dikatakan telah ditulis mengikut selera pihak pihak tertentu yang mahu mengambil kesempatan atau berkepentingan diatas sejarah yang ditulis . Kawe tinggalkan kepada ahli ahli sejarah dan cerdik cerdik pandai di malaysia untuk membincangkan perihal sejarah yang telah tertulis itu.


Bila membaca kesayuan hati seorang pemimpin menyebabkan kekesalan timbul dibenak kawe kerana kealpaan kawe yang tidak menghiraukan satu peluang yang terhidang untuk menatap mata anak kepada seorang Tok Guru ketika beliau masih mampu berkelip.


Beberapa bulan yang lalu sahabat kawe Mohd Yusoff Solu yang menetap di Kuala Lumpur telah pulang ke negeri kelahirannya.Dalam satu pertemuan di kedai kopi kawe bertanya atas urusan apa beliau kembali ke kampung laman meninggalkan kesibukan perniagaannya di kota ,beliau memaklumkan ibu kesayangannya dimasukkan ke hospital kerana sakit tua.


Pada hariraya baru baru ini sekali lagi kawe berjumpa dengan sahabat ini bersama beberapa sahabat yang lain .Dalam perbualan itu kawe bertanya keadaan ibu beliau dan beliau menyatakan sudah keluar dari hospital.Bila perbualan kami menyentuh tentang isu pejuang kemerdekaan negara yang menjadi hangat diperbincangkan di seluruh negara apabila nama Mat Indera dibangkitkan oleh Mat Sabu sebagai pahlawan negara bukan komunis seperti yang dicatatkan oleh para penulis sejarah negara.Sahabat kawe ini buka satu rahsia besar tentang dirinya bahawa beliau adalah cucu kepada Tok Guru Ibrahim yang ada pondok di Pasir Mas pada zaman sebelum merdeka dahulu . Tok Guru Ibrahim ini bersahabat baik dengan Mat Indera dan beberapa orang sahabat yang lain semasa penentangan orang orang melayu terhadap penjajah British pada waktu itu.Amat terpegun kawe bila dengar cerita siapa Mat Indera ini dari cucu bekas sahabat karibnya.


Selanng beberapa hari kemudian semasa kawe dan beberapa orang sahabat yang lain minum teh dengan Ahli Parlimen Kota Bharu disebuah kedai kopi .Kawe ada menimbulkan isu Mat Indera ini dan memaklumkan bahawa sahabat ambo Yusoff Solu yang berkebetulan juga rakan mukabuku YB tersebut adalah cucu kepada bekas sahabat karib Mat Indera.Teruja dengan pengkhabaran itu YB ingin berjumpa dan bersemuka dengan Yusoff Solu untuk mendengar sendiri akan pengisahan Mat Indera ini.Kuasa tuhan itu besar janji Allah itu benar ,sedang kami rancak berbual tiba tiba telefon kawe berdering dan pemanggilnya adalah yusoff Solu dalam hati kawe berdetik ''panjang umur sungguh sahabat kawe ni''. Mungkin umur sahabat kawe ini masih panjang tapi umur anak kepada Tok Guru Ibrahim sudah tamat . Yusoff Solu memaklumkan kepada kawe bahawa ibunya baru sahaja menghembuskan nafasnya yang terakhir beberapa minit yang di lalu di Hospital Besar Kota Bharu dan beliau meminta kawe memaklumkan kepada beberapa sahabat sahabat lain mengenai berita sedih tersebut . 


Orang pertama yang kawe beritahu adalah Dato Wan Rahim iaitu Ahli Parlimen Kota Bharu,bila berita tersebut beliau dengar kawe lihat satu kelainan diwajah beliau tidak seperti diwajah sahabat sahabat kawe yang lain yang berada di meja yang sama.innalillah terkeluar dari mulutnya dan lantas bertanya kepada kawe sembahyang mayat pukul berapa esok? Kawe sendiri tidak boleh menjawab soalan itu tapi dijawab dengan kawe akan hubungi yusoff Solu berkenaan perkara itu . DWR menyatakan hasratnya kepada kawe untuk turut serta sembahyang jenazah anak kepada Tok Guru ibrahim ini.


Semasa dalam perjalanan ke Bunut Susu untuk turut serta menyempurnakan sembahyang jenazah anak Tok Guru Ibrahim ini,beliau menyatakan rasa kekesalan pada dirinya  kerana belasan tahun beliau belajar tetapi ditipu oleh sejarah yang ditulis oleh pihak pihak yang berkepentingan tanpa mengira apakah kebenaran yang ditulis itu satu kebenaran peristiwa yang berlaku. Kawe hanya berdiam diri dan mendengarnya dengan penuh tekun .


Sesampainya kami di rumah anak kepada Tok guru Ibrahim ini cucu kepada Tok Guru Ibrahim menyambut kami dan YB Aziz sudah berada disitu dengan beberapa orang keluarga Tok Guru Ibrahim dan penduduk setempat.Bila masuk waktu zohor kami semua berjemaah disebuah surau lama di sebelah rumah anak Tok Guru Ibrahim ini .Menurut cerita sahabat ambo iaitu cucu kepada Tok Guru Ibrahim lagi madrasah tersebut dibina 40 tahun yang lalu dan beliau juga tunjuk kepada kami satu kawasan berdekatan dengan madrasah tersebut sebagai tapak pondok yang dibina oleh Tok Guru Ibrahim.






YB Aziz dan YB Dato Wan Rahim bergambar dengan cucu cucu Tok guru Ibrahim.




Sebahagian dari pemimpin pemimpin yang hadir termasuk Datuk Speaker.




Setelah segala urusan pengekebumian jenazah selesai kami berangkat pulang dan sekali lagi DWR menyatakan rasa kekesalan terhadap diri tentang apa yang telah berlaku mengenai sejarah yang ditulis .Kawe tidak banyak berbicara mengenai sejarah ini kerana kawe bukanlah ahli sejarah dan rasa tiada keberanian untuk menyokong atau menidakkan dakwaan yang dibuat oleh Mat Sabu itu .Cuma kawe mengambil sikap sejarah adalah satu peristiwa yang benar benar berlaku dan yang ditulis itu tidak semestinya benar jika menyeleweng dari apa yang sebenarnya berlaku.


Oleh kerana kekesalan yang mendalam dalam dirinya itu DWR beritahu kepada kawe beliau akan berusaha untuk mengadakan satu forum rakyat di Kota Bharu untuk membuka minda rakyat kelantan mengenai kebenaran sejarah yang berlaku dalam waktu terdekat dan akan menjemput Mat Sabu untuk menjelaskan apa sebenarnya yang ingin disampaikannya ,mungkin juga beliau akan menjemput beberapa ahli sejarah di malaysia untuk tujuan pendedahan ini.Kawe nyatakan pendirian kawe bahawa kawe setuju dengan rancangannya itu.


SEJARAH YANG DITULIS ADALAH SEPERTI TARIKH LAHIR YANG DICATATKAN DIKEPINGAN SURAT BERANAK SETIAP ORANG.DAHULU KITA SERING DENGAR ADA DIKALANGAN SAHABAT KITA YANG UMURNYA LEBIH TUA DARI TARIKH KELAHIRAN YANG DICATATKAN DI SURAT BERANAK. PERTIKAIAN UMUR SEBENAR AKAN SELESAI JIKA TERDAPAT SAKSI SAKSI YANG MASIH HIDUP UNTUK MENGESAHKAN ,BIDAN KAMPUNG ,JIRAN JIRAN DAN SAUDARA MARA BOLEH MENJADI SAKSI .NAMUN WALAUPUN DISAHKAN KETETAPAN TARIKHNYA JARANG YANG KITA DENGAR AKAN DIUBAH SEMULA DIHELAIAN SURAT BERANAK ..KENAPA? APAKAH PENULIS PENULIS SEJARAH KITA PUN MELAKUKAN KESILAPAN YANG SAMA?

No comments: