Friday, September 16, 2011

KUMPULAN ''ROMBONGAN 5 BUAH KERETA'' MAHU JATUHKAN MP KOTA BHARU???


Air yang tenang jangan disangka tidak berbuaya ..Kalau kail panjang sejengkal jangan menduga lautan dalam.
Bidalan ungkapan orang melayu dulu dulu adalah satu nasihat yang amat berguna untuk dihayati sehingga kini .Kedua dua bidalan diatas diyakini berlaku dalam masyarakat melayu sehingga hari ini .Jangan pilih kategori masyarakat atau pelbagai tahap pekerjaan TETAPI manusia yang secara diam diam untuk memusnahkan kawannya memang wujud .Keinginan manusia yang melangkaui batas kemampuannya juga masih banyak lagi bergerak dengan sihat dan cerdas dalam masyarakat melayu kita.

Gambar diatas menunjuk wajah dua orang yang bersahabat baik TETAPI terpaksa bermusuh dimedan tempur demi menegakkan fahaman masing masing. Kedua dua sahabat ini telah berjanji untuk menjatuhkan diantara satu sama lain demi mencapai cita cita perjuangan tanpa merosakkan jalinan persahabatan yang telah terjalin.Permusuhan dimedan politik tidak merosakkan hubungan akrab keduanya disebabkan kedua duanya mempunyai etika dalam berpolitik ,ada tokmatniknah dalam menjaga adat berperang serta tiada nafsu yang yang jahat untuk membaham pihak lawan.

Dalam senario politik malaysia hari ini telah banyak bukti dan terbukti bahawa pertarungan dalam medan politik dalaman lebih hebat daripada politik luaran. Dalam UMNO pertarungan politik dalaman bukan lagi satu rahsia sulit kepada ahli parti tersebut tetapi sudah menjadi kajian umum yang hebat .Kawe ambil contoh di Negeri Kelate sahaja sudah cukup untuk membuat kita rasa loya dengan sikap ahli ahli politik ini.Dalam bulan puasa yang lalu satu cetusan api kemarahan politik dalaman telah dicetuskan dengan hebat sekali di Umno bahagian Pasir Putih. Berbalahan hebat berlaku ,pecat memecat berlaku ,kepuakan berlaku,tidak puashati berlaku dan dirasai .Ada pihak yang untung ,ada pihak yang rugi ,ada pihak jatuh ditimpa tangga,ada pihak yang kecewa TAPI itu semua adalah kebodohan yang dilakukan oleh orang orang politik yang mahu dipandang cerdik dan hebat dalam masyarakat.Kini dalam umno diberitakan bahagian Pasir Mas juga dilanda pergolakan .Apa yang mereka rebutkan kawe tidak tahu ,apa yang mereka impikan kawe tidak tahu . Tapi di malaysia ini bila di sebut mengenai politik maka otak dan mata semua orang akan terarah kepada KUASA dan WANG.

Dikala kita simpati dan benci serta gembira dengan apa yang berlaku dalam rumah UMNO dari gelagat haloba barisan pemimpinnya itu . Kawe ada dengar desas desus dalam rumah PAS di Kota Bharu juga terdapat pintu jendela yang tidak ditutup rapat atau sengaja dibuka untuk membasahi penghuni didalamnya bila angin ribut yang membawa hujan menjelma.

Mengenali Ahli Parlimen Kota Bharu secara dekat adalah seperti mengenali seorang posman yang menghantar surat dari rumah ke rumah tanpa rasa jemu dan letih setiap hari ,saban bulan hingga bertukar tahun sehinggalah ditamatkan perkhidmatannya kerana sudah cukup tempoh berkhidmat.Gigih ,rajin,kuat ,bersemangat,rendah diri serta murah dengan senyuman ,begitulah lebih kurang yang kawe boleh gambarkan mengenai watak Ahli Yang Berhormat Kota Bharu atau Dato Wan Rahim yang juga lebih mesra dengan panggilan Cikgu Rahim.Kawe bukan memuji atau menyanjung orang tua ini tetapi itulah hakikat yang kawe boleh nilai dengan mata dan kepala kawe sendiri selama berada semula di Kota Bharu beberapa bulan yang lalu.

Susuk tua ini menjadi sebutan dan bualan segenap peringkat rakyat di Kota Bharu ,sebut sahaja nama Cikgu Rahim semua peringkat umur akan mengenali beliau.Namun bidalan disangka panas sampai kepetang namun hujan mencurah disiang hari masih belum muncul di pagi hari.Tanpa disedari oleh susuk yang tekun bekerja ini bahawa ada satu pergerakan yang amat halus sedang membiak biji biji hujan diatas awan sana.

Ada berita yang memasuki telinga kawe bahawa ketua kepada rombongan 5 butir kereta sedang memasang strategi yang hebat untuk menempatkan dirinya bagi mengantikan Cikgu Rahim di kerusi parlimen Kota Bharu.Si ketua ini dengar khabarnya dalam PRU 12 namanya telah 2 kali naik diperingkat negeri untuk dicalonkan sebagai ahli parlimen tetapi beliau tidak mahu dengan kerusi tersebut yang kawe boleh andaikan beliau membuat pilihan yang bijak ketika itu kerana mungkin kerusi MB yang menjadi idamannya bukan menteri diperingkat pusat.Disebabkan 2kali namanya timbul untuk dicalonkan sebagai ahli parlimen memaksa siketua ini mengarahkan rombongan 5 butir kereta ke Terengganu untuk menagih simpati dan mempengaruhi Presiden PAS mengagalkan hasrat PAS negeri kelantan ,beliau berjaya dengan kehendaknya itu .

Kini dalam PRU 13 gema amat berlainan sekali dengan situasi PRU 12 dimana kali ini rata rata rakyat sedang mengimpikan kerajaan BiniNajib akan digantikan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat.Mungkin kali ini si ketua mengimpikan jawatan Timbalan Perdana Menteri bukan Menteri Besar lagi .Maka 5 butir kereta mesti bekerja lebih keras untuk memastikan cita cita ketuanya berjaya tanpa mengira siapa yang akan mereka aniayai diantara sesama sahabat dalam saf pimpinan dalam satu jemaah.Tanpa mengira bahawa rakyat dibawah sudah membenci terhadap beliau seperti ulat tahik.Kenangan 2009 oleh rakyat yang diwakili oleh si ketua ini takkan dapat lupa mengenai kejadian dimusim banjir .Dikala seluruh pimpinan negeri dan wakil wakil rakyat yang lain bertungkus lumus bersama sama dengan rakyat menghadapi bencana banjir ,si ketua ini bersenang lenang di Kuala Lumpur bersama isteri tercinta.Namun kebaikan beliau rakyat tidak lupa kerana masih menghantar wakil untuk menguruskan rakyat yang susah menghadapi bencana banjir .Kenapa rakyat memerlukan wakil kepada wakil rakyat sedangkan yang dipilih oleh rakyat adalah wakil rakyat??

Pesanan kawe kepada siketua kepada kumpulan rombongan 5 butir kereta ini supaya hentikan kegiatan kurang sihat yang boleh merosakkan imej kerajaan kelantan dengan rakyatnya ..AWAS rakyat sedang memerhatikan segala tindak tanduk ini dengan terperinci.

Kepada TGNA yang telah dimaklumkan akan tabiat buruk siketua ini supaya mempertimbangkan segala kewajaran yang sepatutnya untuk menonjolkan semula siketua ini untuk dipilih oleh rakyat .Membiarkan lalat menyinggahi tubuh ikan masin yang belum kering akan menyebabkan ulat ulat akan membiak.Rakyat Kelantan mempunyai mata yang amat terang untuk tidak memilih ikan kering yang berulat untuk dimakan.

Ambo pohon kepada Dato Wan Rahim berhati hatilah dan ambo amat yakin rakyat Kota Bharu akan tetap menyebelahi YB. Jangan tanya ambo siapa susuk si ketua tersebut kerana bukan niat ambo untuk mengeruhkan segala keadaan TETAPI niat ambo jujur untuk menyuarakan sesuatu yang tidak baik berlaku yang berkebetulan didalam pengetahuan ambo...siasatlah dan carilah secara jujur dari pihak pihak lain .Ambo tidak akan berhenti disini jika siketua tersebut masih terus dengan agenda buruknya, itu JANJI ambo kepada pelaku pelaku yang buruk kepada rakyat kelantan.

1 comment:

Anonymous said...

mu jgn risau la,kami nk hantar cikgu rahim tanjung mas semula...