Saturday, September 24, 2011

ISLAMKAN PERLEMBAGAAN NEGARA


Geger gegok sekali lagi seluruh hamba rakyat segenap cerok kedai kedai kopi di kampung dan kopitiam dibandar dok berkeccek pasal undang undang Islam dan negara Islam.Seperti kebiasaannnya yang lepas lepas berpuluh puluh tahun isu ini dibangkitkan maka semua rakyat akan tertumpu kepada PAS dan DAP.Mungkin hanya dalam PAS sahaja ada orang Islam dan dalam DAP sahaja orang bukan Islam berkumpul .Rakyat Malaysia yang lain lain menganut agama apa?

Kawe ingin tinjau sedikit samada ahli ahli MCA,UMNO dan lain lain parti politik di Malaysia ini juga mempunyai agama anutan mereka atau tidak .Kawe tidak berhasrat untuk memperhalusi hukum hudud dan Qisas ini secara terperinci kerana kawe bukanlah seorang ahli agama untuk merungkaikan permasalahan ini .Kita serahlah kepada ulamak ulamak yang ada di bumi Malaysia ini untuk mengurangkan atau menambahkan dosa keatas diri mereka . Apa yang menarik perhatian kawe adalah bila orang orang hebat dan ternama di Malaysia membuka mulut mengenai isu ini.

Kawe mulakan bila Tun M menyuruh TGNA menjalankan hukum hudud di Kelantan setelah beliau tidak lagi menjadi PM. Lantas di sambut oleh TGNA supaya Najib memperkenalkan hukum Islam di Malaysia serta di perakui oleh Anuar Ibrahim bahawa undang undang islam tidak menzalimi orang bukan Islam.Kenyataan dari TGNA dan Anuar  ini membuatkan  Karpal Singh bingkas bangun dari kerusi rodanya untuk mempertahankan perlembagaan negara .Muhyidin dengan pantas menjelmakan diri untuk memberitahu seluruh rakyat Malaysia bahawa sebagai orang islam tidak boleh menolak hukum hudud TETAPI buat masa ini rakyat Malaysia belum bersedia lagi untuk menerima hukum hudud.Dikala Najib dan Rosmah masih lagi terkial kial mencari persetujuan bersama untuk dinyatakan kepada rakyat malaysia mengenai pendirian mereka ,PORNSTAR MCA dan GERAKAN tidak memerlukan masa yang panjang untuk memberitahu Muhyidin bahawa sampai bila bila pun rakyat Malaysia tidak akan bersedia untuk menerima hukum hudud dan ditambahkan lagi dengan AMARAN pasangan Najib dan Rosmah boleh terus melupakan sokongan MCA dan GERAKAN  dalam Kerajaan BiniNajib sekiranya pasangan ini mahu menerima hudud sebagai amalan mereka...hahaha.

Kawe juga tidak mahu mengulas disini mengenai mana satu yang salah dan mana satu yang betul mengenai isu hudud ini kerana kawe yakin penyokong penyokong parti parti tertentu dan orang orang tertentu sudah bersiap sedia dengan hujjah hujah dan fakta masing masing untuk mempertahankan kenyataan kenyataan ketua mereka ini .Kawe tidak mahu terlibat dalam penghujahan totok mempertahankan anutan politik masing masing .Tapi kawe lebih suka untuk membawa ke satu sudut yang lebih menyeluruh mengenai kepentingan banyak pihak bila orang orang ternama dan hebat hebat ini buka mulut untuk bercakap sesama mereka di meja yang berlainan. Jangan harap orang orang ini akan duduk semeja untuk membincangkan hal ini .KERANA jika mereka duduk semeja untuk berbincang maka POLEMIK tidak akan timbul .

Tun M seorang ahli politik yang hebat di Malaysia ,beliau mempunyai satu daya fikir yang sukar untuk orang lain baca dengan jangkaan mereka. Ada desas desus liar mengatakan Tun M sudah berkompromi dengan Muhyidin untuk menjatuhkan najib kerana tidak suka kepada Rosmah .Sebagai seorang yang bijak Tun M tidak akan menghalau Najib seperti beliau menyahkan Pak Lah dulu .Seorang ahli politik yang bijak juga perlu tahu bila masa yang sesuai untuk mempergunakan musuhnya demi kepentingan dan kebaiakan berganda untuk dirinya . Tun M amat amat sedar akan ketokohan dan kebijakkan TGNA berpolitik dan jikalau beliau serang TGNA mengenai isu ini sudah tentulah TGNA tidak akan memperbodohkan dirinya untuk menyerang kembali Tun M yang kini hanya bersatus rakyat biasa yang tidak mempunyai apa apa kuasa secara resmi.

TGNA tidak perlu memegang terlalu lama bola  hantaran dari Tun M dikakinya sebaliknya dengan pantas beliau melorongkan kepada Najib untuk dikepung oleh pihak lawan.Bila Najib lambat bertindak dan bola lolos dari kawalan maka najib akan dikutuk dan dicemuh oleh pihak rakan sepasukan.Bijak bukan permainan politik orang lama memperli Najib?"

Satu lagi episod yang menarik untuk kawe susuli adalah mengenai MENGHALAU dan UNDUR DIRI.TGNA menghalau DAP kerana Islam ,manakala MCA dan GERAKAN mahu undur diri kerana islam.Ada keberaniankah pada Najib membiarkankan PORNSTAR terlepas dari pelukannya  kerana Islam? Arrgghhh Najib bukan striker yang baik bagi Tun M.

Dalam politik kebiasaannya bila pemimpin mereka bercakap maka rakyatnya akan menaruh harapan .Dalam situasi begini apalagi HARAPAN yang boleh orang Melayu /Islam sandarkan HARAPAN pada Najib? Sedangkan TGNA dengan tegas bahawa dalam memartabatkan ISLAM beliau tidak akan tunduk kepada sesiapa saja yang menentang di Malaysia walaupun dari sekutunya sendiri.Pilihlah wahai orang Melayu /Islam malaysia...

Apakah penentangan Karpal ini boleh dijadikan senjata oleh UMNO untuk mengatakan PAS itu lemah dan takut kepada DAP? Mungkin boleh diperkatakan begitu atau diulangi kata kata itu bertubi tubi jikalau mahu mengamalkan ilmu yang di ajarkan oleh Tun M aiaitu sesuatu yang tidak benar tetapi bila banyak kali dikatakan benar oleh banyak orang maka ianya akan kelihatan benar ..Namun apakah ianya memang BENAR?Kelemahan PAS akan berlaku jikalau UMNO berani untuk menyatakan bahawa PAS itu benar .Namun UMNO tiada keberanian untuk berkata BENAR.

TGNA sudah memberi isyarat yang jelas kepada Najib untuk menghancurkan PAS kali ini . Jikalau UMNO setuju dengan pendirian PAS maka hancurlah PAS dibumi malaysia ini selamanya. Masih PENAKUT kah parti yang bangga denga KETUANAN Melayu ini?

Kawe tidak mahu mengulas panjang mengenai Karpal ini kerana bagi kawe tokoh ini sudah usang dan tidak bertaring lagi .Cuma ditakuti oleh orang orang UMNO yang tidak mempunyai jatidiri sahaja .Ada pihak pihak tertentu samada dari PAS atau UMNO mengatakan bila isu hudud di bangkitkan maka kelebihan akan berpihak kepada BiniNajib dan perpecahan besar akan berlaku dalam pakatan rakyat.Mungkin hujah hujah dan pandangan mereka ada betulnya kepada mereka tetapi TIDAK kepada kawe .

TGNA dan PAS pada bila bila masa pun takkan tergugat dengan isu hudud yang cuba dimainkan oleh mana mana pihak sekalipun dengan apa cara sekalipun .Perlukah kawe memberi penjelasan bila kawe kata begitu? Atau kawe juga boleh menerima kutukan dari pembaca di luar sana bahawa kawe membuat satu andaian yang tidak berasas..TERPULANG....Cuba renung apakah tiada ketakutan dari segi strategi politiknya kepada diri TGNA bila menghalau keluar DAP dari Pakatan Rakyat ? TGNA halau DAP tapi MCA dan GERAKAN yang mahu keluar dari BN ..Kenapa? Sepatutnya bila TGNA menghalau DAP keluar maka Kelab Penyokong bukan Islam PAS yang pertama sekali tidak menyokong PAS bukan MCA yang bersuara dulu .

Jika kita mempunyai minda yang masih cerdas dan cergas untuk berfikir maka secara tak langsung TGNA tahu dan sedar bahawa dirinya lebih berharga untuk disokong oleh orang bukan Islam mungkin mengatasi sokongan bukan islam terhadap Karpal sendiri.Mahukah  UMNO menerima DAP dalam BN sekiranya DAP benar benar berhasrat untuk keluar dari pakatan rakyat? Jika UMNO yakin kemungkinan itu akan berlaku maka UMNO patut mengumpulkan 3 juta ahlinya untuk munajat sembahyang hajat supaya terbuka hati Karpal Singh untuk keluar dari Pakatan Rakyat dan menyertai BN dan PRU 13 gerenti 2/3 majoriti boleh diperolehi.Berani UMNO lakukan perkara itu atau UMNO akan tinggal Rosmah dan keluarganya mungkin dibuka keahliannya kepada Karpal Singh untuk bersama sama pertahankan perlembagaan negara   dalam BN?

Mungkin UMNO menyedari hakikat ini maka tiada pilihan lain lagi bagi UMNO untuk menarik sokongan orang melayu kepada mereka selain menyerang PAS dan TGNA mengenai hukum hudud sahaja yang mereka ada. Apakah kekuatan yang UMNO ada untuk menyerang PAS mengenai hukum hudud ini selain dari mengejek PAS Kelantan kerana gagal melaksanakan hukum hudud setelah 20 tahun memerintah kelantan? Mungkin juga persoalan kenapa PAS Trengganu telah gazet hukum hudud tapi PAS Kelantan tidak buat perkara yang sama ? hahahah....Mungkin PAS akan jatuh di Kelantan kali ini kerana isu ini ..Selamat mencuba UMNO .

Pada pandangan kawe yang tidak berapa cerdik ini PAS memang mengumpan UMNO untuk terjun dalam perangkapnya dalam isu ini .Mungkin bagi UMNO amatlah susah bagi PAS untuk menjawab persoalan ini kepada orang melayu bila ditanya dan di serang bertubi tubi oleh mereka . Apakah PAS tidak merancang dengan teliti untuk tidak gazetkan hukum hudud? Apakah PAS tidak mengkaji implikasi yang akan timbul dengan tindakan mereka itu samada dari kesan buruk dan baik serta kemungkinan sokongan berkurangan dari orang melayu?Kawe yakin PAS sudah mempunyai semua jawapan jawapan untuk memerangkap UMNO ini.Kawe juga memilih untuk tidak berkhayal mengenai kemungkinan jawapan jawapan yang diberi oleh PAS  demi untuk melihat perkembangan selanjutnya lebih menarik....Selamat berbicara mengenai hudud wahai orang melayu kerana berbicara mengenai perkara yang dituntut oleh agama boleh mendatangkan pahala TAPI batas tutur bicara mestilah berhati hati supaya akidah diri tetap lurus.

ANTARA HUDUD DAN KOMUNIS YANG MANAKAH LEBIH MENYENTUH JIWA ORANG MELAYU? hahaha...

No comments: