Sunday, September 11, 2011

UMNO AKAN MENANG BESAR DI KELANTAN DALAM PRU13

                                            3 orang ..3 zaman ..3 pandangan mengenai umno

Generasi muda kini mungkin tidak mengenali siapa Tan Sri Abdullah Ahmad atau juga di kenali sebagai Dollah Kok Lanas.Kawe tidak mahu untuk menjelaskan secara terperinci Dolah Kok Lanas ini kepada yang tidak mengenali beliau sesuailah dengan peranan beliau dibelakang tabir dalam pentadbiran kerajaan malaysia satu ketika dahulu.
Pertemuan kawe yang tidak dirancang dengan tokoh ini disebuah hotel terkemuka di Kota Bharu kelmarin amat menarik kerana tidak sengaja juga kawe dapat kenal dan dengar pandangan 3 zaman dari otak manusia mengenai masa depan umno.
Dalam perbualan santai ini Dollah yang lebih berbicara dari yang lain ,menceritakan pengalaman pengalaman beliau lampau kepada kami adalah sesuatu yang kelihatan menarik bagi beliau walaupun sebahagian yang beliau ceritakan itu kawe pernah mendengarnya sebelum ini.Kasih dan kekaguman tokoh ini kepada Tun Razak amat tinggi .
Beliau juga banyak menyatakan pandangan pandamgan beliau mengenai senario politik di kelantan melalui kacamata beliau .Mengenai parti mana yang akan memerintah Kelantan selepas PRU 13 Dollah berani untuk memberi ''tiket penerbangan pergi dan balik'' ke London kepada pihak UMNO.Dollah juga dengan nada tegas mengatakan perjuangan orang orang UMNO ketika ini adalah ''PERJUANGAN AP'' sambil menamakan beberapa individu yang ada kuasa dalam UMNO yang bersungguh sungguh berjuang demi AP ini.
Bila soalan isu Mat sabu cetuskan Mat Indera dibangkitkan dan kami meminta beliau untuk komen beliau dengan pantas mengatakan beliau tidak mahu menyentuh mengenai isu itu.Kenapa dan mengapa hanya beliau sahaja yang mengetahui sebabnya.Mungkin kerana beliau tidak mahu memperbodohkan dirinya sepertimana pemimpin pemimpin UMNO yang lain untuk mempalsukan fakta sejarah.Mungkin beliau lebih bijak membaca rentak cetusan politik yang dipercikkan oleh Mat Sabu.Mungkin juga beliau tidak berminat kepada sejarah kerana seorang yang suka mewujudkan pelbagai percaturan dalam pemikiran tidak akan membuang masa untuk kaji sejarah.
Pada kawe pula beliau tidak mahu menyentuh perkara itu kerana tidak mahu mengingati sejarah hitam dalam hidupnya yang terpaksa merengkok dalam penjara selama 5 tahun kerana dituduh bersekongkol dengan komunis oleh kerajaan UMNO .Dollah Komunis itulah satu lagi gelaran yang terlekat pada dahi beliau hingga kini selain dari Dollah kok lanas kepada mereka yang mengetahui sejarahnya.
Apakah sebab beliau dituduh sebagai Komunis oleh UMNO? Adakah beliau seorang manusia yang berjiwa seperti Mat Indera? Namun sampai ke hari ini pun beliau masih seorang ahli UMNO dan mempunyai pengaruh yang amat besar kepada pemimpin pemimpin veteran UMNO termasuk Tun M.Kenapa UMNO masih menyimpan Komunis /pengkhianat negara yang dituduh oleh UMNO satu ketika dulu?
Mungkin jawapannya akan diperolehi oleh seluruh rakyat malaysia jikalau Najib berani untuk menjawab satu surat peribadi yang dihantarkan oleh Tun M kepada Perdana Menteri Malaysia. Sama samalah kita tunggu jawapan tersebut dari Rosmah atau pun Najib.

No comments: