Tuesday, September 27, 2011

HUDUD KELANTAN DAN HUDUD PUSAT ATAU HUDUD ALLAH??

APAKAH HUDUD SATU PENYELESAIAN POLITIK DI MALAYSIA?

Keriuhan manusia di bumi Malaysia mulai reda membicarakan soal hudud.Pemimpin pemimpin besar negara pun sudah menyatakan pendirian mereka mengenai hudud ini .Terlalu ramai rakyat Malaysia yang beragama islam rasa kecewa dengan pemimpin pemimpin ISLAM yang menguasai tampuk pemerintahan negara.bila Perdana Menteri Malaysia dengan tegas menyatakan hukum hudud tidak akan ditegakkan di bumi Malaysia.

Keputusan Kerajaan ini menimbulkan pelbagai reaksi dan pandangan dari seluruh masyarakat Islam di malaysia. Ada yang bersetuju dengan pihak Kerajaan bersetuju dengan keputusan pihak kerajaan itu tanpa sebab tetapi golongan terlalu kecil.Golongan yang bersetuju bersebab juga ramai TETAPI yang paling ramai adalah golongan yang tidak setuju kerana pihak kerajaan tidak berusaha kearah itu.

Kawe tidak mahu meletakkan isu ini terlau luas ruang yang mahu dibicarakan kerana yang ingin kawe fokuskan hanya di kelantan sahaja kerana pencetusnya adalah TGNA yang berasal dari Kelantan.17 september 2011 adalah hari hudud yang disambut oleh Kerajaan dan Rakyat Kelanatan setiap tahun .Sambutannya tidak meriah ,tiada jamuan besar besaran diadakan ,tiada bedilan bedilan mercun yang dibakar.Sambutannya hanya dengan mengadakan seminar sehari suntuk untuk membincang ,mengulas,mengupas,mengkaji dan segala macam ''meng'' yang berkaitan dengan hudud oleh pakar pakar dari dalam dan luar negara.Setiap kali tamatnya seminar TGNA dikerumuni oleh wartawan untuk bertanyakan pendiriannya mengenai hudud. Jawapan TGNA dari dulu sehingga hari ini adalah sama iaitu hukum hudud mesti di tegakkan di bumi malaysia.

Jawapan TGNA tahun ini berbeza dimana sambil menegaskan pendiriannya mengenai hudud beliau juga turut ''menjemput'' Tun M untuk bercakap dan mempromosikan hudud.di seluruh negara . Seperti dalam posting yang lalu kawe katakan Tun M hanya mencari jalan dan ruang untuk kenakan Najib dengan apa cara sekalipun kerana benci pada Rosmah.Bila satu malaysia di gegarkan oleh Tun M ,TGNA  kejutkan Karpal Singh pula untuk sama sama memasuki arena keriuhan.Bila keriuhan berlaku diseluruh negara maka rakyat menjadi hingar dan bingar. Bila rakyat sedang membicarakan sesuatu dengan hangat pihak kerajaan sudah tentulah bertanggungjawab untuk meredakan isu ini dengan pantas.

Seperti yang kita maklum di negara kita ini pihak kerajaan tidak mampu membuat keputusan segera sebelum kenyataan kenyataan dari kepala parti politik .Setelah semuanya selesai memberi kenyataan maka ketua kepada segala ketua perlu membuat rumusan sebagai kata putus .Maka keputusan diputuskan seperti yang kita semua maklum. Maka selesailah berkenaan keputusan dipihak kerajaan yang tidak selesai adalah keputusan disebelah pihak yang dikatakan akan menjadi pengganti kepada kerajaan sedia ada.

Seperti yang kita semua maklum untuk memberi kebaikan kepada kerajaan maka pihak kerajaan perlu mewarnakan wajah pihak pembangkang dengan warna yang mereka anggap boleh menimbulkan rasa benci rakyat kepada pihak pembangkang.Maka pita dari piring hitam lapuk dimainkan kembali iaitu pihak pembangkang khususnya PAS dikatakan menggunakan islam (hudud) demi kepentingan meraih undi mereka.Pelbagai cara dimainkan oleh media media kerajaan untuk meberi gambaran ini kepada rakyat dibawah ..Berkesan atau berjaya usaha ini hanya mereka yang terlibat sahaja tahu setara mana keberkesanannya ..kawe tidak tahu ..Tapi kawe yakin pihak kerajaan menganggap mereka telah berjaya dan mungkin dalam PRU 13 nanti BN akan menang besar ..SYABAS.

Bagaimana pula dipihak pembangkang khususnya PAS? Kenapa mereka biarkan diri mereka diserang,dituduh dengan tuduhan pergunakan islam demi politik mereka.? Kenapa mereka sengaja cetuskan isu ini? Kenapa mereka bertindak lambat untuk tutupkan isu? Kenapa mereka membiarkan ahli ahli mereka diserang begitu hebat sekali oleh pihak lawan tanpa membekalkan input input yang sepatutnya untuk mempertahankan parti mereka? Hanya kenapa dan kenapa sahaja yang mampu kawe lontarkan ...

Untuk mencari jawapan kenapa dan kenapa ini kawe rasa yang paling sesuai untuk mencari jawapan ini adalah dengan ''membelah otak'' TGNA adalah paling baik.Jikalau ramai manusia diluar sana masih tidak lupa satu kenyataan TGNA yang mendapat kritikan dan cemuhan hebat dari pihak lawan adalah melalui kenyataannya bahawa Kerajaan Kelantan tidak bina Masjid untuk rakyat TETAPI kerajaan kelantan akan bantu rakyatnya yang mahu bina Masjid. Kenyataan ini menjadi kemarahan daripada golongan ''pembina'' masjid mungkin kerana peluang untuk mereka mendapat projek bina masjid di kelantan tiada TETAPI tidak menjadi masalah kepada golongan yang suka pergi ke masjid.Begitu jugalah soal HUDUD yang riuh rendah ini.

Soalan soalan seperti kenapa lebih 20 tahun Kelantan diperintah PAS hudud tidak dilaksanakan? Adakah PAS hanya guna hudud untuk kepentingan politik sahaja bukan ikhlas untuk tegakkan hudud itu?Sudah berpuluh puluh tahun soalan soalan ini diajukan oleh pihak pihak tertentu tehadap PAS bila isu hudud disesansikan.Jawapan yang selalu diberikan oleh pihak PAS adalah dengan melontarkan semula kepada kerajaan pemerintahan dan kengkangan perlembagaan negara.Jawapan yang diberikan oleh PAS ini telah menimbulkan rasa tidak puashati kepada kebanyakkan orang islam di Malaysia samada dari penyokongnya sendiri terhadap pihak kerajaan dan sebaliknya dari pihak penyokong kerajaan kepada PAS. Puluhan tahun perkara ini membara di hati .

Satu lagi persoalan dan pertikaian berlaku iaitu kenapa PAS TRG telah menggubalkan hukum hududnya dan dikanunkan tetapi PAS kelantan hanya menggubalkan sahaja? Kenapa PAS Kelantan membiarkan persoalan persoalan ini bermaharajalela bertahun tahun lamanya sedangkan dari sudut politiknya keadaan ini merugikan pihak mereka?Dalam satu pertemuan diantara kawe dengan Bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan yang berkebetulan juga terlibat dengan kerangka persediaan undang undang hudud di kelantan ini kawe ada bertanya kenapa masalah gazet dan tak gazet diantara Kelantan dan Terengganu ini berbeza.?Jawapan yang beliau beri kepada kawe adalah setelah hukum hudud siap digubal dan sebelum diputuskan untuk dikanunkan pihak Kerajaan Negeri telah memanggil pakar pakar perundangan untuk memberi pandangan dan nasihat termasuklah bekas ketua hakim negara Tun Salleh Abbas dan setelah semua aspek perundangan diambil kira maka keputusan tidak gazet telah diputuskan untuk kelantan. Bagaimana dengan Terengganu kawe bertanya soalan yang sudah diagak oleh beliau ,sambil senyum beliau berkata Terengganu ni lain sikit ..Ore Kelate kata gaakk jenih berlorat tak tentu kalu .Hati kawe tidak puas dengan jawapan beliau tersebut dan terus mendesak dengan cara provokasi berhemah. Dalam senyum lagi beliau memberi satu jawapan yang meninggalkan kesan untuk kawe fikir sendiri akan jawapannya . Jaddik disini kawe juga mahu yang diluar sana juga berfikir dengan sendiri bila kawe kata ...Cara nak berdakwah pun mempunyai pelbagai strategi untuk mencapai matlamat dakwah...hahaha

Sekarang kawe mempunyai dua cerita yang menarik untuk kawe mulakan kerja ''membelah otak'' TGNA mengenai hudud ini .Kawe mulakan dengan cerita yang UMNO tidak tahu mengenai apa yang sebenarnya yang dilakukan oleh PAS di Kelantan mengenai hudud ini.PAS di Kelantan mendidik dan mengajar rakyat Kelantan dengan menerangkan kenapa perlunya hukum hudud di tegakkan melalui ceramah ceramah agama yang sentiasa diadakan samada oleh TGNA atau ustaz ustaz lain di Kelantan . Mengadakan seminar seminar mengenai hudud di Kelantan . Ringkasnya PAS memberi penerangan dan keperluan hukum tersebut dalam kehidupan manusia .PAS sibuk menerangkan kepada rakyatnya di Kelantan mengenai hudud BUKAN sibuk hendak membalas surat pertanyaan mengenai hudud yang ditulis oleh Tun M 17 tahun yang lalu .Selama 17 tahun TGNA membiarkan Tun M merasakan dirinya hebat kerana beranggapan  soalan beliau mengenai hudud tidak mampu di jawab oleh TGNA...Apakah berlaku pengurangan ilmu di dada TGNA kerana tidak menjawab soalan Tun M ? ....Kawe tanya demo yang diluar tolong jawab pada diri masing masing..

17 tahun lamanya TGNA membiarkan dirinya menjadi bodoh untuk MENCERDIKKAN rakyat Kelantan mengenai hudud.17 tahun TGNA bersabar untuk dirinya dituduh menggunakan isu hudud untuk kepnetingan politik PAS.Soalan kawe kepada Tun M adalah selepas selesainya beliau menandatangani surat pertanyaan tersebut kepada TGNA adakah beliau mempunyai jawapan atau mencari jawapan untuk diberikan kepada TGNA sekiranya TGNA gagal jawab? Jika beliau tiada jawapan memang patutlah kerana hudud bukanlah hukum yang beliau mahu tegakkan,manakala jika beliau ada mempunyai jawapan tetapi tidak diberikan kepada TGNA untuk menegakkan hudud juga bukanlah satu perkara yang pelik kerana beliau seorang ahli politik yang lebih mementingkan kedudukan  politik dari agamanya sendiri.Hari ini bila Tun M menyuruh TGNA meminta kepada Najib untuk laksana  hudud di Kelantan , bolehlah kita katakan Tun M tidak mempunyai jawapan kepada soalannya ATAU beliau telah menyerahkan jawapan tersebut kepada Najib untuk menjaga kepentingan politik UMNO dari menegakkan hukum yang dituntut agama.Mungkin yang diluar sana berfikir bahawa beban untuk menjawab itu keatas TGNA bukan Tun M atau Najib ...Kawe setuju dengan pendapat itu ..

Kenapa 17 tahun TGNA tidak menjawab surat Tun M? ...Untuk menjawab soalan ini kita semua perlu memikirkan dimanakah letaknya diri kita samada kita seorang yang ambil upah bina masjid atau kita seorang yang suka mengimarahkan masjid ..tepuk dada tanya selera. Najib mahu mansuhkan ISA kerana undang undang tersebut bukanlah keperluan dan tidak diterima  oleh  rakyat walaupun menjadi sangat perlu kepada kerajaan yang memerintah.Jaddik tidak susah bukan untuk kita berfikir kenapa selepas 17tahun barulah TGNA mahu mengkanunkan hukum hudud di Kelantan. Kini rakyat kelantan yang mendesak undang undang hudud dilaksanakan kerana mereka sudah faham dan jelas akan keadilan dalam islam .Merka sudah sedia untuk menerima BUKAN terpaksa terima seperti mana undang undang ISA .Bagi mereka yang masih jarang memijak kaki di masjid mungkin akan berkata ini semua masih lagi permainan politik PAS .Kawe tidak membantah pandangan tersebut CUMA kawe hanya mampu berkata berhentilah dari menjadi pencari projek projek bina masjid itu.

Hari ini pula dalam sidang media pemimpin pemimpin Pakatan Rakyat meminta para pemimpin dan ahli berhenti mengeluarkan kenyataan mengenai hudud sehingga selesainya perbincangan khas antara pemimpin pemimpin tertinggi parti pada 28-09-2011 nanti.Kawe bukan ahli mana mana parti politik maka kawe tidak terikat dengan amaran tersebut..Pada kawe ini sangat yang paling genting bagi TGNA dalam perjuangannya menegakkan hukum hudud di Kelantan.Beliau telah keluarkan kenyataan bahawa beliau sangup jika DAP mahu keluar dari pakatan rakyat jika tidak bersetuju hukum hudud dilaksanakan di Kelantan.Beliau juga telah keluarkan kenyataan bahawa undang undang hudud akan dikanunkan. Kini seluruh orang melayu/islam diseluruh malaysia menaruh harapan yang amat tinggi keatas keikhlasan TGNA menegakkan hukum hudud .TGNA sengaja meletakkan dirinya dalam keadaan tersepit diantara Agama dan Politik keatas dirinya untuk di nilai oleh seluruh rakyat malaysia.Jika selepas 28-09-2011 TGNA gagal mendapat persetujuan mengekkan hukum hudud di kelantan selepas PRU 13 dari PR dan PAS masih bersama sama dengan DAP menghadapi PRU 13 amat wajarlah TGNA meletakkan segala jawatannya dalam kerajaan dan parti selepas keluar dari bilik mesyuarat.

APAKAH TOPENG YANG AKAN UMNO PAKAI SEKIRANYA TGNA BERJAYA MENDAPAT PERSETUJUAN DARI PR UNTUK MENJADIKAN  KELANTAN NEGERI CONTOH KEPADA NEGERI NEGERI LAIN DI MALAYSIA DALAM PERLAKSANAAN HUKUM HUDUD?

No comments: