Sila Klik PETIKAN DARI KHUTBAH JUMAAT DI KOTA BHARU untuk mendengar pesanan dari mimbar.
Beberapa hari yang lalu kawe ada mengengahkan isu KEBERSIHAN di Kota Bharu di dinding mukabuku UMNOtumPAS yang boleh dibaca komen komen dan ahli ahli group yang lain DISINI.Melihat dari respon disana bolehlah kawe sifatkan rakyat Kelate amat prihatin dengan kebersihan .Komen kawe disana mungkin agak sedikit ''keras'' atau ''kasar'' terhadap exco kerajaan negeri yang bertanggungjawab.Samada beliau gembira atau berterima kasih dengan komen komen kawe tersebut bukanlah perkara yang ingin ketahui.Kawe hanya menggunakan kedudukan kawe sebagai rakyat marhein untuk menyatakan HAK kawe secara bebas tanpa menyalahi apa apa dari sudut perundangan.Harap harap YB Taki tidak menyaman kawe kerana perkara tersebut..hahaha.
Semalam hari jumaat diatas mimbar masjid yang kawe menghadirkan diri untuk solat jumaat khatib menyampaikan khutbahnya mengenai KEBERSIHAN yang dituntut oleh agama islam.Yang paling menyentuh kalbu kawe adalah apabila khatib menyeru jemaah supaya meluangkan masa hanya 10 minit seminggu untuk atau bersamaan dengan 40 minit sebulan untuk memastikan persekitaran rumah setiap jemaah dalam keadaan bersih.Logiknya 10 minit seminggu tidak mampu untuk menjaminkan kebersihan atau keadaan rumah kita berada dalam keadaan kemas dan bersih.Tetapi sudah memadai 10 minit sahaja dalam seminggu untuk kita meninjau atau mencari idea untuk menjaga kebersihan rumah kita yang perlu dilakukan setiap hari oleh isi rumah. Maknanya khatib menyeru dari mimbar untuk semua ketua ketua keluarga supaya meluangkan masa hanya 10 minit seminggu untuk memastikan KEBERSIHAN itu terjaga dan dijaga dengan baik.
Sebagai orang islam kawe mengambil seruan dari khatib dari mimbar ini adalah suatu perkara yang amat serius dan perlu diberi perhatian oleh semua pihak .Khatib tidak mengambil isu kenaikan cukai GST yang sedang hangat diperbincangkan oleh banyak pihak .Khatib tidak mengambil isu Mat Indera untuk berhati hati dengan fahaman komunis yang boleh menghancurkan islam.Bagi kawe bila khatib bersuara lebih lebih lagi di negeri kelantan yang juga dikenali sebagai serambi Mekah atau Kota Bharu sebagai bandaraya islam maka masalah SAMPAH dan kebersihan ini amat membimbangkan kepada masyarakat .
Bagi menghayati pesanan dari mimbar ini kawe sebagai makmum ingin bertanya kepada pihak kerajaan negeri Kelantan berapa tahun dalam 20 tahun pihak kerajaan memikirkan masalah kebersihan terhadap rakyat negeri Kelantan? Berapa bulan dalam 20 tahun YB Taki sebagai ahli exco yang bertanggungjawab meluangkan masa untuk menjelajah seluruh Kelantan untuk meninjau keadaan kebersihan? Berapa hari dalam 20 tahun pihak MPKB-BRI memecahkan kepala otak bijak mereka untuk mencari idea idea baru untuk mempertingkatkan mutu kebersihan di Kota Bharu?
Pihak pihak berkenaan boleh memilih untuk berdiam diri tanpa apa apa tindakan,boleh berdiam diri dengan mengambil tindakan tindakan tertentu,boleh menjawab atau melancarkan ceramah ceramah penerangan kepada rakyat walaupun tindakan tidak seberapa ATAU boleh juga menjawab beserta dengan disusuli dengan tindakan tindakan tertentu mengikut kemampuan yang ada.Kawe rasa ore kelate faham dan maklum mengenai masalah yang dihadapi oleh pihak pihak bertanggungjawab berkenaan ..rakyat Kelate faham dan maklum ..amat faham ..mereka faham..kawe yakin mengenai perkara itu.
Kawe juga diberitahu bahawa pihak kerajaan pusat ada menawarkan sistem pungutan sisa pepejal secara PUSAT ,iaitu dikendalikan oleh kontraktor kontraktor untuk mengatasi masalah pungutan sampah di bandar bandar di kelantan .Berapa banyak tawaran kewangan yang ditawarkan oleh pihak kerajaan pusat kepada kerajaan negeri setahun tidaklah kawe ketahui dengan tepat akan jumlahnya mungkin puluhan juta setahun.Apakah pihak kerajaan negeri mahu menerima atau menolak tawaran dari kerajaan pusat ini juga kawe tidak mengetahui statusnya.Rayuan kawe adalah PERTIMBANGANKAN sebaik mungkin untuk kesejahteraan rakyat Kelantan.
Kawe selalu berkata bila berbual bual dengan para sahabat mengenai politik di Kelantan ,UMNO mungkin akan dapat menakluk semula kelantan sekiranya Kerajaan yang sedia ada mengambil remeh mengenai SAMPAH dan KEBERSIHAN di Kelantan.Hujjah kawe amat mudah untuk menegaskan pandangan kawe itu berasas . Kemenangan PAS di Kelantan banyak dipengaruhi oleh pengundi pengundi yang berada diluar kelantan.Perbandingan akan berlaku bila para pengundi luar ini kembali Kelantan untuk menunaikan HAK mereka.Persekitaran ditempat mereka bermastautin dengan persikitaran tanah kelahiran mereka.Tetapi jikalau pihak Kerajaan PAS merasakan pandangan kawe ini tidak akan menjejaskan sokongan ore Kelate terhadap mereka malah akan lebih bertambah sila abaikan pandangan kawe ini.
SAMPAH PERLU DISAPU MAKA PIHAK YANG TIDAK BERMINAT MENYAPU SAMPAH JUGA PERLU DISAPU SEBERSIH BERSIHNYA OLEH RAKYAT KELANTAN...HARAPAN KAWE ORE KELATE BIJAK MEMILIH ''PENYAPU'' DEMI KEBAIKAN MEREKA.
No comments:
Post a Comment