Apa kata kita pada mereka ini?
Bukan tentang mereka yang dalam gambar diatas yang kawe nak tujukan dalam kemengarutan kawe kali ini .Kawe akan membiarkan ketololan dan kegongan segala bentuk tindakan yang mereka akan lakukan dalam kecerdikan mereka diatas.
Kawe ingin meluahkan rasa ketololan kawe dalam jangkaan sebuah NGO untuk kawe memulakan 'sengketa' dengan sebuah NGO yang hebat dalam khalayan kehebatan mereka sebagai orang muda yang sedang mengganas untuk menempa nama dalam ruang lingkup kehendak mereka.Sebelum kawe melalut dengan lebih kejam dan tanpa belas kasihan terhadap NGO ini ,Kawe ingin PERTEGASKAN bahawa kawe adalah salah seorang penyokong yang kuat terhadap TUNTUTAN HAK yang dibawa oleh NGO ini walaupun kawe liat untuk turut serta dalam akviti yang dianjurkan oleh NGO ini.
Bila sengketa kawe mulakan bermakna belas dan kasihan telah hilang terhadap NGO ini secara penuh beradap dan kawe juga tidak mahu memohon belas dari mereka untuk membalas sengketa yang kawe mulakan. Kawe pernah diberi penerangan secara "jantan" oleh salah seorang ahli NGO ini kerana kawe hayunkan perkataan GONG dalam satu tindakan NGO ini tidak berapa lama dahulu.Penerangan secara jantan dari JANTAN jalanan tersebut hanya mampu membuat kawe ketawa terbahak bahak seperti orang gilakan ketawa.Mungkin bagi mereka perkara GONG kawe itu bertujuan untuk mempersendakan kesungguhan mereka ,mungkin bagi mereka beranggapan kawe tidak hargai hasil usaha mereka ,mungkin mereka berfikiran kawe tidak menghayati perjuangan mereka untuk rakyat kelantan,mungkin mereka merasakan kawe menganggap usaha mereka itu sebagai usaha orang yang LAJAK DARI CERDIK.Apa pun tanggapan mereka terhadap kawe yang berat kaki untuk melangkah sertai akviti jalanan mereka itu adalah sesuatu yang patut untuk mereka beranggapan terhadap kawe.
Kenapa tanpa belas sedikit pun kawe hulurkan perkataan GONG kepada para pejuang HAK rakyat Kelantan tersebut?. Pada pandangan kawe tindakan mereka amat tidak rasional membuat gimik membakar kertas wang EHSAN di bangunan Petronas dagang di Kota Bharu tempoh hari. Kenapa NGO tersebut perlu bersengketa dengan dengan petronas atas alasan WANG EHSAN? Petronas bukan pihak yang bertanggungjawab yang menyalurkan wang ehsan kepada rakyat Terengganu atau pun rakyat kelantan atau rakyat Pahang seperti yang dijanjikan oleh Perdana Menteri Malaysia. Tiada kesalahan yang dilakukan oleh Petronas dalam perihal wang ehsan ini pada kawe .Jaddik kenapa NGO tersebut perlu menunjukkan kejantanan mereka kepada petronas dalam isu wang ehsan?Bukankah satu tindakan GONG bila kita menyelakkan kain kita untuk tunjukkan kejantanan kita kepada orang yang tidak bernafsu terhadap kita? Jantankah perjuangan kita bila membakar kelambu untuk mencari nyamuk yang hisap darah kita?
GONG kawe hulurkan ..salam sengketa kawe sampaikan dengan harapan jantan yang sebenarnya ada kejantanan untuk dirikan jantina mereka ditempat yang HAK.
Dalam satu kejadian yang lain di PWTC semasa PAU baru baru ini.Waraskah tindakan 6 orang yang rasa diri mereka JANTAN dalam perjuangan HAK rakyat Kelantan itu menyerbu kesana ? Memang waras dan betul tindakan mereka itu pada fikiran JANTAN yang separuh masak .Apakah peristiwa di Rusila satu ketika dahulu tidak dijadikan iktibar oleh jantan jantan separuh masak itu?Iyaaa bila tindakan NGO tersebut mendapat kecaman hebat dalam wall wall FB kawe masih pertahankan perjuangan NGO menuntut HAK rakyat kelantan tersebut. Apa yang kawe pertahankan itu adalah perjuangan NGO tersebut bukan tindakan dari jantan separuh masak yang melantik diri mereka sebagai wira Rakyat kelate .Sampai bila bila kawe akan tetap pertahankan perjuangan menuntut HAK rakyat Kelantan TAPI kawe tetap tiada mempunyai sedikit pun rasa belas kepada jantan jantan separuh masak dalam tindakan GONG mereka.
Perjuangan untuk mendapatkan HAK akan menusuk kalbu setiap insan yang dilahirkan di bumi Kelantan tanpa mengira apa anutan politik mereka TAPI jika jantan jantan separuh masak cuba memburu untuk mendapatkan publisti diatas kalbu yang tertusuk itu BERKEMUNGKINAN kalbu rakyat Kelantan akan menjadi keras untuk ditusuk jarum kepentingan diri mencari darjat .
Kawe terharu dengan semangat pejuang pejuang NGO ini menjunjung titak Kebawah Duli Tuanku dalam menuntuk HAK rakyat Kelantan . Mereka amat peka terhadap apa yang berlaku di persekitaran yang melibatkan perjuangan yang mereka juangkan.Cuma satu kemuskilan kawe ,adakah perlu untuk NGO tersebut mengadakan sidang akhbar dibawah poster Tuanku yang dibakar? Sekali lagi kawe TEGASKAN disini bahawa kawe tidak akan berganjak dari menyokong perjuangan mana mana pihak yang menuntut HAK rakyat Kelantan.
PATUTKAH KITA PERGI MENUNTUT HUTANG KITA KETIKA YANG BERHUTANG SEDANG BEKWOH?
No comments:
Post a Comment