"Winnable Candidate" akan menjadi pilihan Najib kepada semua kawasan yang akan menjadi pertaruhan BN dalam Pru 13 nanti.Pilihan Najib kepada seorang WC akan mengakibatkan ramai "Water Cistern" wujud dalam UMNO .Mungkin Najib juga memerlukan satu kelebihan yang luar biasa untuk menempatkan "WC" ditandas tandas yang sesuai nanti supaya bauannya nanti tidak menganggu ketenteraman calon calon WC Najib mencapai kemenangan dalam PRU 13 nanti dikawasan masing masing.
Senarai akhir calon WC UMNO PP sudah ada dalam sampul diatas meja Najib untuk kesemua kerusi yang di pertandingkan di PP,dalam masa yang sama juga bermakna kini sudah wujud "Water Cistern" dalam UMNO PP .
Di Negeri Kelantan ini UMNO PP hanya satu satunya UMNO yang paling hebat di Kelantan kerana boleh dikatakan beribu ribu ahli PAS telah menyertai UMNO hasil kerja keras KBPP semenjak Cikgu Zawawi mengambil alih untuk menerajui UMNO PP.Tidak keterlaluan jika kawe katakan bahawa KBPP mungkin WC bagi Najib jika keupayaan beliau menukar parti orang PP menjadi kayu pengukur bagi Najib sebagai sifat2 WC yang beliau kehendaki.Jika kayu pengukur itu Najib tidak guna pakai maknanya KBPP hanya "Water Cistern" dalam UMNO PP.
Apa ciri ciri WC yang Najib cari sebenarnya ,bagi kawe mudah sahaja ciri ciri tersebut iaitu seorang calon yang boleh diterima oleh semua rakyat termasuk oleh pihak parti lawan .Calon tersebut mestilah mampu dan berupaya membuat supaya ahli parti lawan menolak calon pilihan parti mereka sendiri untuk memilih calon WC Najib dalam PRU 13.
Mungkin menyedari hakikat ciri ciri WC inilah yang mendorong KBPP bertindak jauh kedepan dalam memastikan ore PP memilih UMNO.KBPP bertindak lebih awal untuk menewaskan PAS sebelum PRU 13 bermula.Logik akal apa yang dibuat oleh KBPP ini sangat sangat berpatutan untuk dinilai oleh Najib sebagai orang yang bertannggungjawab menghancurkan PAS di PP seterusnya dapat sapu bersih semua kerusi BN yang dipertandingkan di PP.
Dalam erti kata lain semua rakyat PP adalah dibawah kekuasaan KBPP tidak kira apa pun fahaman politik mereka dan jikalaulah Pasir Puteh itu layak untuk ada seorang Raja sebagai pemerintah maka Raja AV lah yang patut di singgahsanakan oleh rakyat PP.
KBPP telah mempersiapkan dirinya untuk ditabalkan sebagai Raja PP lebih awal lagi samada dengan restu Najib atau menjadi "Water Cistern" Najib namun singgahsana tetap milik Cikgu Zawawi.Najib nampaknya tiada pilihan lain selaian untuk mencalonkan Water Cistern ini sebagai calon WC di PP.
Dalam satu laporan dari pelbagai laporan yang Najib terima mencatatkan jika dicalonkan KBPP dimana mana DUN di PP maka harapan untuk BN menang di Parlimen PP hancur.Dalam strategi PRU 13 Najib tidak lagi mahu menawan Kerajaan PAS kelantan tapi hanya mahu menang kerusi Parlimen di Kelantan untuk kekal berkuasa di Parlimen.Dalam penilaian juga KBPP bukan lah seorang yang layak untuk dicalonkan sebagai calon Parlimen.Maknanya KBPP tidak layak untuk dicalonkan dimana mana sekalipun.
Menyedari hakikat ini KBPP telah memasang beberapa strategi untuk dirinya,baru baru ini dalam pertemuan dengan Tok penghulu di PP beliau telah memberi amaran bahawa dengan kemampuan yang ada pada diri beliau MAMPU menghancurkan UMNO dalam masa 2 hari sahaja. Kawe secara peribadinya mengakui kemampuan KBPP tersebut.Beliau meme ada kemampuan untuk hancurkan UMNO PP tapi beliau tidak mampu membawa UMNO PP untuk bantu dapatkan Kerusi Parlimen BN di PP dan hal ini juga disedari oleh Najib.
Strategi KBPP yang memasukkan seramai mungkin ahli PAS ke dalam UMNO sudah menjadi keresahan kepada Najib walaupun satu ketika dulu Najib amat berbangga dengan usaha kuat KBPP ini. Kini Najib sudah sedar bahawa ahli ahli PAS yang masuk UMNO atas usaha KBPP tidak akan undi BN dalam PRU 13 nanti kerana segalanya itu satu penipuan yang dibuat untuk menonjolkan betapa hebat dan kuatnya KBPP di mata Najib sahaja.Rahsia ini sudah lama terbongkar dan KBPP juga menyedari bahawa tembelangnya sudah pecah dan beliau memerlukan satu strategi baru untuk kekalkan dirinya KUAT.
Strategi terbaru KBPP adalah menjadikan ore ore PAS sebagai ore beliau ,KBPP perlu dilihat untuk kelihatan bukan sahaja dapat memindahkan ahli PAS kepada UMNO tetapi juga perlu kelihatan beliau berupaya mengawal PAS dari dalam UMNO. Untuk tujuan ini KBPP telah memasang beberapa startegi termasuklah mengadakan " PERSEFAHAMAN" dengan PAS di PP.
Mungkin persefahaman mudah KBPP dengan PAS PP adalah pihak PAS mesti memastikan beliau menang di kerusi yang beliau bertanding jika dicalonkan Najib dan beliau memastikan semua calon calon BN ditempat lain akan kalah dengan bantuan beliau . INGAT !!!! Najib mahu kerusi Parlimen dan KBPP kawe rasa tidak cukup kelayakan untuk bergelar seorang ahli Parlimen.
Sebagai KBPP beliau layak untuk mencadangkan nama nama calon BN di PP,dikhabarkan pada satu ketika KBPP mencadangkan nama beliau sendiri sebagai calon Parlimen BN di PP kemudian diangkat pula Tuan Mustapha dan yang terakhir sekali Dato Che Min.
Bagi yang sukar untuk memahami strategi yang dibuat oleh KBPP ini ,secara mudahnya adalah KBPP sedang beri amaran kepada Najib bahawa hanya 3 nama yang beliau cadangkan sahaja yang beliau akan bantu Najib untuk dapatkan kerusi Parlimen PP.Mungkin kroni kroni KBPP dalam PAS akan mengempen untuk BN jika salah seorang dari 3 nama yang dicadangkan oleh KBPP tercalon di Parflimen PP TETAPI jika ketiga tiga nama tersebut tidak tercalon maka KBPP akan bersama sama dengan PAS untuk kalahkan semua kerusi yang dipertandingkan di PP.
No comments:
Post a Comment