Machang pernah menjadi kubu kuat UMNO di kelantan satu ketika dulu dan dalam PRU 12 Nasution dari Kedah berjaya memecah Kubu tersebut dengan pertolongan keluarga isterinya yang menyokong PAS tegar di Machang.Kini dalam perancangan dan perkiraan PR untuk takluk Putrajaya Nasution tiada keyakinan dalam dirinya bahawa kerusi di machang boleh memberi kepadanya jawatan Menteri dalam Kerajaan PR di Putrajaya.
Nasution adalah aset PR jika berjaya perintah malaysia ,PR tidak sanggup untuk hilang harta intelek yang bernilai ini dalam PRU 13 nanti. Menyedari hakikat ini maka tiada pilihan lain lagi bagi PR untuk menyelamatkan Nasution dari kalah dengan keluarkan beliau dari Machang.Persoalannya kenapa Machang tidak selamat untuk Nasution dalam PRU 13 nanti?.
Pelik dan ajaib ketika PR digembar gemburkan akan perintah Malaysia selepas PRU 13 nanti tapi orang kanan bakal PM Malaysia yang baru ini tiada keyakinan untuk pertahankan kerusi yang di menanginya...kenapa?.Pertarungan perang saraf PRU dalam sudut ini tidak memberi kelebihan kepada PR untuk mendapat keyakinan dari Rakyat Kelate dan Machang khususnya.Pengumuman awal oleh pihak PR bahawa Nasution untuk keluar dari Machang juga tidak sepatutnya berlaku kerana ini membayangkan orang machang tolak PKR dan PR di Kelantan sedangkan momokan yang dibuat secara besar besaran bahawa 1 Malaysia akan tolak BN dalam PRU 13 di seluruh negara.
Dalam satu perkembangan lain juga Ketua PKR Kelantan telah mengesahkan bahawa PKR tiada kekuatan lagi di Machang untuk memikul amanah PR melawan BN yang kalah dalam pru 12 yang lalu. Dalam keghairahan Ketua PKR Kelantan mahu menyediakan satu kerusi kepada sahabatnya di Bachok beliau tanpa rasa bersalah telah menyatakan bahawa tiada calon lain yang layak dari PKR untuk mengambil tempat Nasution di Machang dan formula yang dicadangkan adalah menukar kerusi tersebut dengan PAS.
Satu tindakan yang amat dangkal dari Ketua PKR Kelantan dan Nasution kerana tiada keyakinan dalam diri sendiri untuk pertahankan kerusi yang mereka menangi TETAPI dalam masa yang sama mereka berani untuk memberi keyakinan kepada rakyat Malaysia bahawa PR akan tawan Putrajaya.Apa pun perkara tersebut telah berlaku dan pihak PAS telah menolak tawaran dari Ketua PKR Kelantan itu maknanya pihak PKR perlu selesaikan masalah mereka sendiri di Machang samada Nasution di kekalkan atau cari calon lain untuk ganti Nasution .
Tidak payah untuk mencari seorang calon PKR untuk gantikan tempat Nasution di Machang itu TAPI yang susahnya adalah untuk kekalkan kerusi Parlimen Machang itu sebagai milik PR sahaja.Secara logiknya jika seorang SetiaUsaha Agung PKR tidak berani untuk pertahankan kerusinya maka amat sukar bagi calon PKR yang lain untuk memenangi kerusi tersebut .
Sasaran pihak BN meletakkan kerusi Parlimen Machang adalah kerusi yang perlu mereka menang nampaknya berada dalam zon yang selesa dengan percaturan dan perancangan yang mereka aturkan setakat ini. Strategi awal pihak BN di Machang pada peringkat awalnya hanya perlu buat Nasution rasa tidak selamat di Machang dan gerakan dari BN itu telah berjaya hinggakan memaksa Nasution tinggalkan Machang untuk mencari kawasan selamat di negeri Kelahiran sendiri.
Strategi saraf yang kedua pihak BN pula adalah mencipta persepsi bahawa tiada sesiapa pun dari kalangan calon PKR yang layak dan mampu untuk ganti tempat Nasution di Machang.Dengan keghairahan kurang cermat dari Ketua PKR Kelantan juga BN mampu memenangi dalam saraf itu bila secara terbuka pihak PKR mengaku mereka tiada calon yang wibawa untuk ganti Nasution di Machang.
Dalam peringkat ketiga atau peringkat akhir sebelum loceng PRU 13 dibunyikan pihak BN hanya perlu merosakkan imej PAS dimata dan dihati pengundi Machang sahaja . BN tahu kekuatan sebenar PR di Machang 70% bergantung kepada kekuatan PAS .Maknanya BN sedang membawa pertarungan PRU 13 nanti dengan hanya kekuatan 70% PR di Machang .Secara semulajadinya jentera PAS nanti akan kekurangan semangat juang mereka bila terpaksa memikul calon PKR yang tidak bermaya untk memenangi PRU .Harus diingat bahawa dalam usaha memenangi PRU semangat yang kental dari pasukan jentera amat amat penting.
Secara tidak langsung juga jentera PKR tidak akan bekerja bermatian matian di Machang kerana ketua mereka sudah menyerah kalah sebelum masuk ke medan pertempuran lagi.Dengan keadaan moral jentera PAS dan PKR yang tidak berada dalam keadaan 100% bersemangat ini memberi ruang dan peluang yang agak selesa kepada BN di Machang merampas kerusi tersebut.
Kawe meletakkan di saat ini bahawa 60% kerusi Parlimen Machang adalah milik BN dalam PRU 13 nanti.Harapan kawe juga supaya penyokong PR dan peneruja PR yang berkobar kobar untuk takluk Putrajaya supaya tidak bersetuju dengan peratusan dari kawe ini.Namun begitu kawe melihat amat sukar bagi PR untuk meraih kemenangan jika faktor perbalahan Sazmiah dan Jazlan diambil sebagai penyumbang peratusan tertinggi kemenangan PR nanti;
Pada pandangan kawe pihak PR hanya mampu melonjakkan peratusan mereka semula untuk mengekalkan kerusi Machang dengan KEKALKAN Nasution di Machang atau serahkan kerusi PKR kepada PAS ,walaupun kelihatan kedua dua keputusan tersebut tidak masuk akal TAPI kemenangan dalam pertandingan politik banyak keputusan yang tidak masuk akal telah berlaku.
No comments:
Post a Comment