Saturday, December 15, 2012

PRU 13: Tanah Merah milik BN?


Parlimen Tanah Merah adalah termasuk dalam 9 Parlimen yang mesti ditawan oleh BN dalam usaha mereka untuk kekalkan Kerajaan BN di Putrajaya dalam PRU 13.Usaha BN untuk tawan Parlimen TM sudah berada diperingkat akhir sekarang ini .Ketua Bahagian TM dalam usahanya telah mampu membuktikan bahawa hanya BN yang mampu membina pembangunan untuk Rakyat Tanah Merah ,beliau juga mampu membuktikan bahawa rakyat TM boleh dicerdikkan dengan pendidikan dan pembelajaran . Kegigihan KBTM ini telah banyak membuka mata rakyat TM terhadap masa depan penduduk TM.

Najib hanya perlu selesaikan masalah dalaman UMNO TM sahaja untuk memutlakkan kerusi Parlimen TM menjadi milik BN.Perbalahan yang berlaku dalam UMNO TM bukanlah perkara yang amat besar untuk digusarkan oleh Najib sebenarnya walaupun perkara tersebut merupakan harapan utama oleh pihak PR untuk mengekalkan kemenangan di Parlimen TM.Dalam satu kajian dalaman pihak BN memutuskan bahawa masalah dalaman UMNO atau ccah keting dalam PRU hanya menyumbang 5% sahaja yang mengakibatkan kemerosotan undi kepada BN.

Jika diandaikan peluang kemenangan adalah 50-50 di Parlimen TM diantara BN dan PR maka kelebihan 5% kemenangan akan di perolehi oleh pihak PR yang membawa maksud kerusi Parlimen TM masih kekal milik PR dengan kemenangan yang tipis.

Dalam perkembangan yang lain yang berlaku dalam PR sendiri peluang 50-50 ini hanya akan berlaku jika PAS yang ambil alih kerusi tersebut daripada PKR dan perkara ini sudah tentulah sesuatu perkara yang tidak mungkin akan berlaku kerana pihak pimpinan tertinggi PR telah memutuskan bahawa semua kerusi PR di Kelantan berstatus sama yakni tiada sebarang perubahan dari segi pembahagian seperti mana kejayaan yang mereka capai dalam PRU 12 yang lalu.

Dalam firasat politik kedai kopi di Tanah Merah yang ditolak oleh pimpinan PR berkenaan peluang PR untuk kekal di Parlimen TM adalah berpaksi kepada 3 kemungkinan berikut: 
1. Kekalkan calon Parlimen PKR yang sedia ada dan PR akan berupaya berharapan untuk capai kemenangan dengan 30% + 5% .

2.Tukar calon lama kepada calon baru dari PKR iaitu Nik Mahmood maka peluang kemenangan akan menjadi 20% + 5% untuk PR Kekalkan kerusi Parlimen TM.

3.Tukarkan kerusi tersebut kepada PAS (yang takkan berlaku ) maka peluang kemenangan adalah 50% + 5% JIKA umno gagal selesai masalah dalaman mereka .

4.PKR tukar calon baru tapi bukan Nik Mahmood maka akan ada perlawanan baru antara BN dan PR di Parlimen TM .

Pada kawe keempat empat senario kedai kopi TM tersebut memberi kelebihan kepada BN untuk memenangi kerusi tersebut.Percaturan BN dengan strategi bahawa Parlimen TM adalah kerusi yang perlu ditawan adalah satu percaturan yang masuk akal logik dalam politik Malaysia hari ini.Dalam kehendak demokrasi tiada sesiapa boleh menghalang kehendak percaturan  BN untuk merampas kerusi TM dari PR ini  sehinggalah ditentukan oleh pengundi disitu nanti.

Keadaan nampak mudah kepada BN untuk merampasnya kerana masalah mereka hanya 5% sahaja yang perlu diselesaikan .Masalah 5% ini tidak menjadi masalah besar kepada Najib untuk selesaikan kerana jika hendak diukurkan keupayaan BN dari segi kewangan yang diperuntukkan dalam PRU 13 nanti penyelesaian kepada mekanisma 5% seperti hama sahaja jika hendak dibandingkan kehilangan kuasa di Putrajaya.

Kawe tidak mahu mencoret panjang mengenai tindakan pihak PR untuk mengatasi kegusaran politik kedai kopi TM ini kerana pihak PR mereka ada resepi atau formula yang hebat untuk mengatasi masalah ini . Bagi PR mereka hanya perlu memerintahkan para penyokongnya WALA' untuk memutlakkan kemenangan kepada PR.

Pihak PR akan memperdendangkan isu isu nasional ditelinga ore TM dengan harapan semangat ore TM membuak buak untuk tukar kerajaan di Putrajaya. Ore TM akan dilekakan dengan permasalahan ditempat mereka tetapi akan disuapkan kedalam minda mereka bahawa Putrajaya milik PR dan mereka adalah penentu kejayaan . Orang TM akan diajak untuk menjadi sebahagian dari sejarah akan berlaku di malaysia hanya dengan satu undi yang mereka berikan.Orang TM akan dimomokkan dengan tolak PR bermakna bersubahat dengan BN untuk hancurkan negara ini.


1 comment:

RojakPasembor said...

Hmm.. buah fikiran yg harus difikirkan oleh pimpinan PR. Mereka tidak boleh syok sendiri dengan angan-angan.