2020 adalah sasaran untuk Malaysia menjadi sebuah negara maju didunia dalam wawasan Tun M ,semua rakyat Malaysia menerima dengan penuh riang gembira dengan hasrat wawasan yang dizahirkan oleh Tun M ini .Namun satu hakikat yang harus diterima rakyat Malaysia pada hari ini adalah daya fikir mereka masih 20 tahun ketinggalan dari pemikiran Tun M.Kelopongan jarak pemikiran ini menjadikan wawasan 2020 Tun M terpaksa berlaku ketika masanya belum tiba atau dalam istilah lain lahir sebelum matang .Namun begitu teknik memetik buah putik sebelum masak ini amat berjaya dalam industri pertanian di Thailand.
Sebagai Rakyat Malaysia yang mahu berada dalam sebuah negara maju didunia tidak lama lagi patut rasa tercabar dan malu dengan seorang rakyat Afrika.Arwah Ahmad Deedat terkenal di seluruh dunia kerana usaha beliau membudayakan WACANA sepanjang hidupnya.Beliau berani MENCABAR serta berani menerima CABARAN untuk berwacana atau dalam istilah lainnya DEBAT. Albert Hall London menjadi saksi kehebatan beliau berdebat dengan paderi paderi Kristian dari seluruh dunia.
Kawe tidak menuntut rakyat Malaysia menjadi Ahmad Deedat kerana dalam dunia ini hanya seorang Ahmad Deedat sahaja.Tetapi rakyat Malaysia yang mahu berada dalam dunia maju perlu ada semangat seperti beliau dalam membudayakan wacana dalam kehidupan.Maju bermakna BERILMU bagi kawe ,bila berilmu mesti dikongsikan itu maksud kawe.Maju bererti BERANI untuk menghadapi cabaran mendatang.Maju bererti menganggap MUSUH itu sebagai kawan yang mesti ditewaskan dengan hemah kebijaksanaan.
Tapi apa yang berlaku dalam negara kita hari ini adalah terbalik dari arah yang kita disarankan untuk menuju. Kedengaran dari bibir manis pemimpin negara yang di amanahkan untuk mencapai wawasan 2020 bersuara lunak dengan mengatakan DEBAT bukan budaya kita. Siapa 'kita' yang di maksudkan oleh pemimpin yang menyongsang kedepan ini? MELAYU? ..Iyaaa debat bukan budaya Melayu kata mereka .Berhujjah bukan budaya Melayu kata mereka. Berwacana bukan budaya Melayu kata mereka. PERSOALAN yang kawe ingin lontarkan adalah ,kalau bukan budaya kita KENAPA tidak cuba untuk dijadikan budaya kita?
Kita wajib pertahankan UMNO kerana UMNO pertahankan Islam katanya sang Ketua . Siapa UMNO ? Sudah tentulah MELAYU akan dijawab oleh seluruh rakyat Malaysia jika ditanya .Bukankah menuntut ilmu itu budaya Islam? Bukankan berkongsi ilmu (DAKWAH) itu tuntutan Islam? Bukankah membicarakan tentang ilmu (WACANA) itu budaya Islam? Bukankah mempertahankan ilmu yang dipelajari itu (DEBAT) budaya Islam? Pada kawe mema patut dan amat patut sebagai orang melayu yang dijamin keislaman oleh perlembagaan MEMBUDAYAKAN WACANA ILMU kerana itu budaya Islam semenjak dizaman nabi nabi dahulu kala lagi.
Bukankah Musa dengan mukjizat tongkatnya itu BERDEBAT dengan ahli ahli sihir Firaun kerana ilmu didada masing masing masing?.
Terlalu kasar jika kawe mengatakan WACANA ini tidak berlaku dalam negara kita pada hari ini.Jikalau kita peka dengan wacana ilmu yang ada dalam negara kita pada hari ini memang ada berlangsung .Tapi bila ada penolakan dari pemimpin pemimpin besar negara mengenai perkara ini MAKA bagi kawe kelangsungan untuk membudayakan WACANA itu sengaja dibantutkan secara terancang.
ABU NAWAS HAMPIR HAMPIR DIPANCUNG KEPALA OLEH KHALIFAH KERANA MELARANG ORANG RAMAI SUJUD DAN RUKUK DALAM SEMBAHYANG ...
No comments:
Post a Comment