Sunday, December 16, 2012

PRU 13: PR MENIKUS DI JELI DAN GUA MUSANG?



Kerusi BN yang dijamin selamat oleh PAS dan PR Kelantan ialah kerusi Parlimen Jeli dan Parlimen Gua Musang.Kedua dua kerusi ini tidak menjadi sasaran oleh PR walaupun BN mensasarkan 7 kerusi PR yang lain di Kelantan.Pelik juga bila memikirkan cita cita besar PR nak tawan Putrajaya ini ,PR tidak mensasarkan untuk memenangi kedua dua kerusi ini tetapi PR juga seolah olah membiarkan BN kuasai kerusi ini dan memberi ruang kepada BN untuk mensasarkan 7 kerusi Parlimen yang lain di Kelantan.

PR mensasarkan Putrajaya sebagai harapan mereka dalam PRU 13 kali ini untuk sekian kalinya.Bila sasaran takluk Putrajaya diletakkan maka tidak boleh tidak kerusi kerusi Parlimen yang ditandingi oleh PR perlu di menangi sebanyak mungkin.Kehilangan satu kerusi disetipa negeri bermakna 14 kerusi yang hilang oleh itu pihak PR sepatutnya mensasarkan tiada satu pun kerusi yang tidak dapat mereka tawani.

Mendasari kehendak berkobar kobar pihak PR ini kawe merasa sedikit sangsi dengan kesungguhan pihak PR di kelantan untuk menuju ke matlamat tersebut.Berpaksikan perkara tersebut kawe tidak dapat melihat kesungguhan yang nyata dari mereka dalam memastikan tiada kerusi Perlimen yang terlepas ke tangan BN di  Kelantan.Tiada minat yang ditunjukkan oleh PR Kelantan untuk menawan kerusi Jeli dan Gua Musang apatah lagi untuk berusaha untuk memastikan Ku Li dan Stopa berputih mata dalam PRU 13 nanti.

Pihak PAS awal awal lagi tanpa usaha telah menyerahkan kedua kedua kerusi tersebut kepada BN dengan alasan tidak mampu untuk menang.Mengaku kalah sebelum bertempur boleh merentap semangat rakyat untuk membantu PR tawan Putrajaya.Rakyat akan hilang keyakinan jika kesungguhan untuk berjuang dikalangan PR gagal diserlahkan.

Memberi kemenangan mudah kepada Ku Li merupakan satu kesilapan yang terancang dilakukan oleh PAS kelantan dalam PRU 13 nanti.Pihak PAS seharusnya peka bahawa terdapat kumpulan kumpulan tertentu dalam UMNO sendiri yang mahu melihat Ku Li kecundang di Gua Musang.Dalam erti kata lain rakyat Gua Musang telah mula menolak Ku Li.Jika kesempatan ini tidak diambil oleh PAS bahawa Gua Musang adalah kerusi yang boleh menyumbang utk takluk Putrajaya maka perkataan yang wajar kawe lafazkan untuk PR Kelantan adalah LEMAH daya fikir.

Dikala Najib berkira kira dalam ragu ragu untuk meletakkan Ku Li semula di Gua Musang kerana takut kerusi tersebut hilang dari penguasaan BN ,PAS pula melihat Ku Li sebagai gergasi yang tidak boleh ditewaskan selamanya oleh mereka.Masih ada sedikit ruang masa untuk PAS aturkan strategi mereka memastikan Parlimen Gua Musang milik PR.

Begitu juga dengan kerusi Jeli ,tiada usaha langsung dari PR untuk menghalau Stopa dari selesa di jeli. PAS hanya GAH melabelkan Stopa lemah ,Stopa hina rakyat Kelate , Stopa kejam kepada Rakyat kelate , Tapi hakikat sebenarnya PAS masih takut dengan kekuatan Stopa di Jeli .Hinggakan bayang Stopa di Jeli pun PAS tidak berani untuk memandangnya.

Jika kedua dua kerusi ini pihak PR tidak ada keyakinan untuk menawannya JANGAN bermimpilah untuk mengajak rakyat tawan Putrajaya.Stopa di Jeli dikhabarkan bukanlah kuat sangat TAPI pihak PAS tiada tokoh atau calon yang boleh di ketengahkan untuk menewaskan Stopa.

Pihak PAS sewajarnya menampilkan 2 orang calon yang bertaraf calon menteri PR jika tawan Putrajaya nanti. Husam Musa wajar dipertaruhkan untuk menentang Stopa di Jeli.Siapa di Gua Musang untuk nyahkan Ku Li??

Pihak UMNO tidak mensasarkan dalam PRU 13 ini untuk tawan Kerajaan Kelantan dari PAS kerana mereka lebih berminat untk pertahankan Putrajaya sahaja.Namun begitu mereka tetap sasarkan Parlimen Kota Bharu dan Rantau Panjang sebagai milik mereka sebagai pengagah semangat.
Post a Comment