Sekali lagi dunia filem lucah di Malaysia mendapat perhatian yang hebat dari segenap lapisan masyarakat kerana di promosikan oleh VVIP negara. Sudah tentulah yang mendapat sedikit keuntungan mungkin penayang penayang filem lucah atau penjual penjual vcd lucah hasil dari promosi secara besar besaran yang percuma ini.
Dari segi politiknya siapa yang mendapat untung pasal pencarian siapa VIP yang beraksi didalam filem itu ? Anuar yang akan di hina oleh rakyat ATAU Najib yang akan di kecam oleh rakyat Malaysia? Kerana gendang dan rentak kearah itu amat jelas dah sekarang ini.
Yang pasti Anuar dan Najib akan mendapat kesan secara langsung bila perkara ini berlaku dan itulah PERSEPSI kebanyakan orang akan nampak pertarungan antara Ketua Kerajaan dengan Ketua Pembangkang dalam politik.Apakah kesan kepada TPM mengenai isu ini mungkin tidak diperkatakan orang bila pihak pihak tertentu didalam UMNO dengan cepat memberi amaran rakyat supaya isu ini tidak di KAITKAN dengan penglibatan UMNO.
Jika kita imbau sejarah lalu dalam politik Malaysia yang berlaku secara halus dan tidak diterangkan dengan jelas sebaliknya perlu sedikit daya fikiran untuk mentelaahnya.Sejarah mencatatkan dizaman TUN M menjadi PM isu yang dibawa untuk mencalarkan atau dalam bahasa mudahnya MENJATUHKAN .Isu yang di bawa dalam UMNO ketika itu adalah RASUAH dan KRONISME .Siapa perancang dan apa kesudahannya semuanya orang tahu.
Semasa Pak Lah PM sejarah telah mencatatkan sebagai PM paling lemah di Malaysia dan isu yang yang di BAWA adalah isu MENANTU iaitu KJ.Najib menaiki tahta sebagai PM pada ketika itu amat mudah hanya dengan alasan untuk selamatkan parti UMNO dari pupus dan Pak Lah seolah olah mengakui beliau adalah seorang PM paling lemah kerana setuju letak jawatan tanpa mengambil langkah langkah untuk memulihkan kepercayaan rakyat kepada UMNO. Manakala Najib pula hanya perlu merampas Perak dari pembangkang untuk membuktikan dirinya layak untuk dilantik sebagai PM baru yang mampu mengubah nasib UMNO dari pupus.Mungkin seluruh ahli UMNO akan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tun M kerana kelihatan sebagai orang yang utama menjatuhkan Pak Lah dari kuasa. APAKAH Najib tidak memainkan apa apa peranan yang tersembunyi untuk memastikan kerusi PM menjadi miliknya? Memang betul di dalam umno Najib boleh dikatakan PONDAN dari segi semangat juangnya ,maksudnya Najib bukan seorang PEJUANG dalam politik TETAPI beliau adalah anak BANGSAWAN dari NEGARAWAN politik.
Kini bila Najib jaddik PM cerita PONDAN Najib ini terus dikaitkan dengan terlalu banyak BININYA dilihatkan mencampuri urusan pentadbiran negara.Benar ke tidak benar berlaku begitu tetapi dalam PERSEPSI politik itulah yang dibayangkan kepada seluruh rakyat Malaysia buat masa ini.Dan jika kisah dua PM terdahulu diambil kira PERSEPSI yang melibatkan keluarga ini amat merbahaya bagi kedudukan seorang PM. Jikalau 2 PM terdahulu hanya persepsi keluarga dikaitkan tetapi Najib ditambahkan satu lagi dengan persepsi kaitannya dengan kematian seorang gadis jelita Monggolia. Apakah Muhyidin buta atau buat buat tutup mata dalam hal ini?
Seperti yang dijangka apabila isu video seks keluar Najib akan dicuit untuk dikaitkan dan tiada jalan lain lagi bagi PM selain menafikan secara berhemah seperti yang disiarkan oleh AGENDA DAILY dan MALAYSIAKINI . Kenyataan Najib ini bolehlah dikatakan satu kenyataan yang sudah dijangka TAKKAN lah seorang PM akan mengatakan UMNO terlibat lebih lebih lagi kedudukan beliau sebagai orang no satu dalam parti.Jaddik benarlah UMNO tidak terlibat walaupun secara kebetulannya orang yang dipanggil polis untuk siasatan adalah orang yang mempunyai kedudukan dalam UMNO ,jaddik rakyat malaysia kena cerdik untuk membezakan antara individu dan parti itulah yang cuba di sampaikan oleh PM.
Seperti kata PM "Soalnya sama ada rakaman itu benar atau tidak, sebab kalau benar maknanya ada satu perbuatan mungkar yang berlaku. Itu perkara utama yang perlu ditentukan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di ibunegara."
Maknanya jika benar berlaku jawapannya semua rakyat akan tahu dan mungkin PRU 13 menjadik hak milik BN dan pelakunya perlu diambil tindakan melalui undang undang yang sedia ada. TAPI yang sedikit sukar bagi PM adalah bila ianya tidak BENAR berlaku ,apakah tidak memberi kesan kepada PRU 13? .Apakah menteri dalam negeri sekali lagi terpaksa keluarkan kenyataan supaya wanita CANTIK itu haram untuk DISEBUT?Apakah PERSEPSI kepada UMNO dan PM tidak tercalar sedikit pun ? Sedangkan kalau dilihat dekarang ini rata rata dikalangan penyokong dan pendokong UMNO sudah mengesahkan siapa pelakunya.
Mungkinkah MUHYIDIN akan menasihati Najib supaya berundur supaya imej UMNO dapat dipulihkan demi untuk pastikan PRU 13 berjaya? Mampukah Najib menolak permintaan Muhyidin ini dan mempertahakan dirinya ,sedangkan untuk mempertahakan isterinya di parlimen pertolongan Nazri diperlukan . ATAU Najib sudah bertukar dari PONDAN kepada PEJUANG dalam hal untuk mempertahankan kerusi PM?
No comments:
Post a Comment