Hari ini kawe dihidangkan dengan makanan tradisional orang Mesir untuk makan tengah hari bersama dengan sahabat kawe yang bernama Mahmood dari Mesir .Kebiasaannya jika Mahmood menziarahi kawe atas urusan kerja SEMESTI nya pada waktu makan tengah hari kami akan mengalas perut di sebuah restoren Yemeni yang terletak tidak jauh dari tempat kawe mencari rezeki. Makanan kegemaran Mahmood di restoren ini adalah "chicken mandhi" dan kawe biasanya akan makan ikan bakar dan nasi beriani dan di sudahi dengan "sulamani" yang direndam daun pudina.Hari ini pun kami bercadang untuk mengunjungi restoren tersebut ,dalam perjalanan menuju ke restoren itu kami di sapa oleh 2 orang Mesir yang berkebetulan kawan kepada Mahmood yang juga sedang mencari restoren untuk mengisi perut .
Setelah bersalaman dengan kedua dua kawan Mahmood dan beritahu kawe berasal dari mana maka mereka berdua mempelawa kawe untuk menikmati makan tengahari dengan makan tradisi Mesir ,kawe kata takder masalah cuma Mahmood sahaja yang suka sangat makan chicken mandhi .Setelah didesak oleh kawannya Mahmood pun setuju untuk tidak menikmati makanan kegemarannya di restoren kesukaannya hari ini.
Setelah tiba di restoren tersebut yang letaknya tidak berapa jauh daripada restoren kegemaran Mahmood ,mereka bertiga yang menguruskan/memilih semua pesanan makanan untuk di hidangkan dan kawe hanya memilih air mineral sahaja untuk kawe.Setelah hidangan sampai dan dihidangkan mereka bertiga mula menerangkan kepada kawe berkenaan hidangan tersebut kerana kawe tanya satu persatu mengenai apa yang di hidangkan.Sesambil menikmati makanan kami berbual bual kosong yang topiknya menjurus apa yang bergolak di Mesir sekarang ini.
Restoren ini mempunyai dua bahagian dan 2 pintu masuk yang berlainan ,satu bahagian untuk mereka yang ingin menikmati makanan dan tidak boleh merokok didalamnya dan satu bahagian lagi dikhususkan pengemar SHISHA .Setelah selesai makan tengah hari kedua dua kawan Mahmood minta diri kerana mereka sebenarnya sedang menunggu kereta mereka siap di baiki di salah sebuah workshop yang berdekatan.Setelah mereka beredar tinggallah kawe dan Mahmood berdua.Seperti biasa kami memesan "sulamani" sebagai penyudah.Sementara menunggu "sulamani" dihidangkan Mahmood beritahu kawe dia hendak ke bilik air sebentar. Kawe pula keluar dari restoren tersebut untuk menikmati sejenis asap kegemaran kawe selepas makan, diluar restoren .
Sedang kawe tengah sedap menyedut dan menghembus puas asap beracun itu tiba tiba keluar seorang arab dari bahagian yang di khususnya untuk penggemar shisha dalam restoren tersebut dan mengejar seorang india yang juga keluar dari pintu yang sama . Setelah sampai dekat si india tersebut si arab ini memarahi yang kawe tidak tahu apa sebab dan puncanya dan bukan urusan kawan untuk ambil tahu pun.Setelah hembusan asap terakhir kawe selesai maka kawe kembali ke kedalam restoren untuk menikmati "sulamani" yang sudah terhidang.Tidak lama kemudian Mahmood kembali dari tandas dan kami sama sama menikmati "sulamani".
Kawe bertanya kepada Mahmood di mana bilik air kerana kawe pun ada hajat untuk kesana ,Mahmood bagi tahu kawe tandas berada disebelah tempat penggemar SHISHA berkumpul.Semasa kawe sampai ke muka pintu restoren untuk ke bahagian yang sebelah lagi itu kawe berselisih dengan arab yang memarahi india tadi TAPI kawe tidaklah peduli kerana hajat kawe lebih utama lagi.Persekitaran di bahagian SHISHA ini ada beberapa meja dan di penuhi dengan pak arab yang asyik hembus asap shisha.
Bila selesai hajat kawe dan keluar dari tempat membuang hajat itu ,kawe terpandang Pak Arab tadi yang duduk keseorangan di meja yang tidak dengan tandas dan sedang memerhati kawe keluar dari tandas. Setelah kawe menutup kembali pintu tandas dan lelaki arab masih lagi memandang kawe dengan pandangan yang agak berlainan. Kawe angkat kening dan senyum kepada dia ,bila kawe senyum dia pun tersenyum dan berkata " your friend no manner ,not close the door" kawe gelak hahaha dan berkata " im sorry for that" Pak Arab itu ikut gelak sama tetapi gelak dia adalah ketawa orang yang tak puas hati .Jaddik fahamlah kawe bahawa Pak Arab itu memarahi india tadi mungkin pasal tak tutup pintu tandas ,bagaimana dengan Mahmood?
Setelah kembali ke meja dan menghirup "sulamani" kawe mula buka topik untuk berbual dengan Mahmood dan tidak menceritakan apa yang berlaku diantara kawe dan Pak Arab tadi.Kawe tengok Mahmood takder mood untuk berborak dan seperti orang yang tak puas hati kepada sesuatu tapi kawe masih tidak bertanya kenapa atau apa yang telah berlaku walaupun kawe dah boleh agak apa yang berlaku.Akhirnya Mahmood bagi tahu kawe dia tidak puas hati dengan seorang EMARATI di bilik sebelah dan dia bingkas bangun dan bagi tahu kawe dia nak pergi gaduh dengan arab tersebut ,kawe kata tak perlulah gaduh tapi dia terus menuju ke bilik sebelah.Kawe tidak berganjak dari kerusi kawe untuk mengikut Mahmood kesana KERANA kawe tahu mereka akan bergaduh mulut sahaja takkan sampai ke tahap bertumbuk lagi pun kawe takkan faham pertengkaran mereka nanti walaupun kawe tahu apa puncanya.Perlu kawe jelaskan di sini bahawa undang undang UAE menyentuh tubuh orang lain dengan niat untuk mencederakan walaupun tak cedera boleh dipenjarakan ITU sebab kawe yakin perbalahan mulut sahaja akan berlaku.
Lebih kurang sepuluh minit kemudian Mahmood kembali ke meja ,kali ini kawe tanya Mahmood apa yang sebenarnya berlaku.Mahmood akui semasa keluar dari tandas tadi dia tidak tutup pintu dan pak Arab itu datang ke meja memarahi beliau dan beliau sudah minta maaf akan kesilapannya itu.Jaddik kalau dah akui kesilapan dan dah minta maaf buat apa nak gadug lagi? Dia royat ko kawe dia tak puas hati ...kawe tanya tak puas hati kenapa? Mahmood bagi tahu semasa dia keluar dari tandas tadi dia ada dengar seseorang memaki/keluarkan kata kata kesat tapi dia tak peduli dan tak ambil kisah ditujukan kepada siapa .Setelah Arab tu datang memarahi dia kat meja barulah dia sedar bahawa kata kata kesat itu di tujukan kepada beliau ,itu sebab dia tak puashati dan hendakkan pengesahan dari Pak Arab tersebut .Tetapi kata Mahmood lagi bila dia pergi tanya Pak arab itu tadi dia tak mengaku dia keluarkan kata kata itu . Kawe tidak tanya Mahmood kata kata kesat apa yang dikeluarkan oleh Arab tersebut.
Perlu kawe nyatakan juga disini bahawa mengeluarkan kata kata kesat yang boleh menghina orang lain juga satu kesalahan yang boleh membawa hukuman denda atau penjara di sini. Jaddik CSL kalau datang UAE ni tidaklah boleh sewenang wenangnya guna "4 letter word" kegemaran dia tu ...hahahaha
Kawe masih tak bagi tahu kepada Mahmood bahawa Pak Arab tu kata dia takder otak kepada kawe kerana tidak mahu menambah lagi kemarahan di hati Mahmood.Sebaliknya kawe cuba menenangkan Mahmood dengan berkata tak payahlah layan orang yang takder otak penggemar SHISHA tegar dan lebih baik enjoy dengan "sulamani" kegemarannya itu.Mahmood kelihatan reda dan apabila selesai menikmati "sulamani" kami beredar dari restoren tersebut.
Setelah hampir separuh perjalanan kami Mahmood menyatakan ketidakpuasan hatinya semula dan kawe bertanya apa rancangan dia ?Mahmood menjawab dia akan bertanya sehingga Arab itu mengaku dia mengeluarkan kata kata kesat dan disaksikan oleh beberapa pelanggan di dalam restoren itu dan dia akan buat report polis. Dalam hati kawe berkata Arab Mesir ini pun sudah gila ..hahaha.Mahmood tanya pendapat kawe mengenai rancangan dia ,kawe menjawab tak perlulah buang masa dengan orang takder otak.Dan Mahmood berkata kepada kawe dia akan ke restoren itu semula dan bagi pilihan kepada kawe samada nak ikut dia atau kawe balik dulu sorang .Kelemahan kawe dalam bab ini memang tak boleh di selindung lagi kerana bukan sikap kawe untuk meninggalkan kawan dalam kesusahan walaupun mungkin kawe akan mengalami sedikit kesulitan kerana kesusahan seorang kawan. Kawe bagi tahu Mahmood kawe akan temankan/ikut dia tapi kawe takkan masuk campur campur dalam hal ni,kami patah balik menuju ke restoren tersebut.
Setibanya di restoren tersebut Mahmood terus meluru ke meja arab tersebut dan pertengakaran mulut kedua duanya berlaku . Kawe tidak ikut serta ke meja sebaliknya berada di muka pintu untuk melihat apa yang berlaku .Pertengkaran mereka ini telah menarik minat beberapa orang pelanggan SHISHA yang lain untuk cuma menenangkan mereka berdua . Sehinggalah datang seorang pekerja restoren itu menghampiri kawe dan meminta kawe ajak sahabat kawe itu keluar dari restoren kawe balas permintaan itu dengan senyum sahaja .
Setelah Mahmood selesai melepaskan kemarahannya dan mungkin telah berjaya mendapat seperti apa yang dirancangnya beliau meninggalkan lelaki arab itu dan menuju ke pintu untuk keluar dari restoren.Setelah bersua dengan kawe di muka pintu dengan kawe beliau tidak bercakap sepatah pun dengan kawe dan kawe pun tidak bertanya apa apa pada dia. Kami sama sama berjalan untuk pulang ke pejabat kawe semula.Setelah agak jauh dari restoren barulah kawe buka mulut untuk bertanya Mahmood " So what next ,police station?" Mahmood jawab ringkas " Nope" kawe kata kepada Mahmood " All his friends inside there" ..Mahmood ketawa dan bagi tahu kawe lelaki arab itu tak mengaku dia keluarkan kata kata kesat dan semua yang ada didalam restoren itu pun nafikan Arab itu berkata demikian dan mereka tak dengar pun kata kata itu di keluarkan....Kawe kata kepada Mahmood " Arabic is big liar" dan kami sama sama ketawa untuk kembali meneruskan perjuangan mencari rezeki...
No comments:
Post a Comment