Jenis perniagaan yang kawe sebut alik atah tu adalah jenis jenis perniagaan yang tidak bermusim dan kebiasaannya mempunyai lesen yang sah di keluarkan oleh pihak pihak berkuasa yang berkenaan dan hanya mendapat sedikit tempias keuntungan bila musim pilihanraya menjelma.
Satu perniagaan yang tidak memerlukan lesen dan dikhusukan saja pada musim pilihanraya pulangan yang agak lumayan juga adalah perniagaan membawa balik manusia untuk mengundi ATAU dalam istilah piliharaya di sebut PENGUNDI HANTU. Sejauh mana keberkesanan hantu hantu manusia dalam mempengaruhi kemenangan sesebuah parti politik tidaklah kawe tahu secara tepat TAPI bila ada pihak yang sanggup membelanjakan jutaan ringgit tentulah ada impaknya.
Bila ada penjual maka tentulah ada pembeli barulah urusan perniagaan itu berlaku, lazimnya urusniaga berlaku.Satu lagi kelaziman perniagaan ialah mesti ada SAUDAGAR dalam setiap perniagaan itu.Sebelum kawe pergi lebih terperinci mengenai SAUDAGAR PENGUNDI HANTU mengikut kefahaman kawe adalah elok kita fahami dulu apa itu pengundi luar atau pengundi hantu. KLIK DISINI untuk definasi yang jelas mengenai pengundi hantu ini.
Kenapa SAUDAGAR PENGUNDI HANTU diperlukan? Mungkin jawapan mudah adalah "hanyalah HANTU yang layak berurusan dengan HANTU" hahaha....Saudagar saudagar ini diperlukan untuk membuat pelarasan atau klasifikasi yang mana betul betul pengundi hantu dan yang mana pengundi luar yang memerlukan bantuan kemudahan untuk balik balik mengundi di kampung halaman.Perlu kawe TEGASKAN disini bahawa membantu mana mana pengundi luar untuk balik mengundi bukanlah menjadi satu kesalahan mengikut tafsiran undang undang yang sah.Jaddik kalau amalkan apa yang ditafsirkan oleh undang undang saudagar saudagar ini tidak diperlukan TETAPI hantu hantu juga tidak SAH dari segi undang undang . Keperluan saudagar saudagar ini adalah semata mata untuk mengeSAHkan HANTU HANTU disisi undang undang? hahaha....Demo pakat fikir sendirilah ...
Apakah tugas tugas SAUDAGAR SAUDAGAR PENGUNDI HANTU INI? Kebiasaannya saudagar ini akan berfungsi untuk mengumpul/mencari/mendaftar pengndi pengundi luar sebelum di bawa pulang ntuk mengundi di kampung halaman masing. Untuk urusan ini kawe boleh lah letak 3 golongan yang menjadi buruan saudagar saudagar ini.
GOLONGAN PENGUNDI YANG SUDAH BERDAFTAR.
Golongan ini biasanya bagi mereka yang tidak peduli sangat perkembangan politik atau kawe istilahkan sebagai golongan atas pagar /50-50 tetapi mereka berdaftar sebagai pengundi. Bagi golongan ini mereka tidak akan mengeluarkan perbelanjaan sendiri kalaulah terpaksa balik ke kampung untuk membuang undi.Tetapi jika ada pihak yang sanggup menaja segala perbelanjaan /wang tambang untuk mereka MAKA urusniaga boleh terjadi.
GOLONGAN PENGUNDI MUDA YANG BELUM BERDAFTAR
Golongan ini akan diuruskan sepenuhnya oleh saudagar saudagar ini untuk tujuan pendaftaran dan kebiasaannya tempat mengundi akan ditentukan oleh saudagar saudagar ini berdasarkan di kawasan mana tokey tokey kepada saudagar saudagar ini bertanding untuk pilihanraya. Urusniaga akan terjadi dengan mudah sesambil minum kopi sahaja atau majlis majlis tertentu yang dianjurkan oleh tokey tokey kepada saudagar saudagar ini
GOLONGAN PENGUNDI YANG CARI MAKAN
Hahaha golongan ini paling menarik bagi kawe kerana ada yang sudah berdaftar dan tidak berdaftar lagi. Untuk menguruskan golongan ini adalah amat sulit bagi saudagar saudagar tadi.Golongan ini bebas untuk memilih dikawasan mana undi mereka perlu dibuang TAPI pilihan mereka itu mestilah direstui oleh saudagar saudagar kerana segala urusan pihak saudagar yang mengaturkan.
Berdasarkan 3 kategori diatas amat mudahlah untuk kita fahami bahawa sumbangan SAUDAGAR PENGUNDI HANTU kepada lanskap politik malaysia bukan kecil impaknya dan juga bukan sedikit jumlah wang yang terlibat dalam urusniaga ini.Cara bagaimana saudagar ini dapatkan wang dan bagaimana hantu hantu tadi dapat wang tidak perlulah kawe perjelaskan disini dengan details kerana setiap kali selepas pilihanraya akan muncul didada akhbar mengenai penyelewengan wang ini .Sila semak akhbar akhbar selepas PRU 12 atau tunggulah berita berita selepas PRU 13.
Cuma kawe nak berpesan kepada mereka yang berminat untuk jaddik HANTU pada PRU 13 supaya baca dan tahu perkara ini
"Menurut undang-undang Malaysia, seseorang pengundi hantu, jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun dan denda tidak kurang daripada RM1,000 dan tidak lebih daripada RM5,000."
Setelah faham dan tahu mengenai kedudukan HANTU dari sudut undang undang seperti tulisan merah diatas MAKA kawe sarankan kepada bakal HANTU meletakkan nilai mereka sekurang kurangnya RM 15k satu undi yang mesti dibayar pendahuluan RM5000 sebelum undi dibuang dan bakinya RM 10k selepas undi dibuang.
Bakpo kawe letak jumlah tu ? hahaha.... Perkiraan mudah adalah denda maksimum adalah RM 5000 dan pendahuluan mesti di bayar kerana ANDA sebagai HANTU harus berhati hati bila berurusan dengan SAUDAGAR HANTU .Andaian yang perlu diambil kira adalah bila SAUDAGAR HANTU ini melarikan wang ,jaddik anda tidak perlu meminjam wang atau keluarkan wang dari poket sendiri untuk membayar denda bila ditangkap.Jika anda tidak ditangkap dan saudagar hantu tidak membayar wang baki selepas membuang undi anda juga tidak rugi kerana sudah dapat menyimpan RM 5000 dalam poket kerana satu undi dan jika SAUDAGAR HANTU yang anda berurusan adalah SAUDAGAR HANTU yang jujur maka anda adalah HANTU yang paling beruntung dalam didunia kerana di bayar RM 15k untuk satu undi.
SELAMAT MENGUNDI KEPADA RAKYAT SEMUA RAKYAT MALAYSIA DALAM PRU 13 NANTI.
No comments:
Post a Comment