Beberapa hari yang lalu kawe ada menerima satu permintaan dari seorang kenalan di FB untuk merekomenkan kawe untuk di interview oleh sekumpulan penyelidik mengenai blogger politik di Malaysia.Kawe beritahu ggu FB tersebut bahawa kawe bukan seorang blogger dan tidak berminat untuk menjadi seorang blogger lebih lebih lagi menerjunkan diri dalam dunia blogger POLITIK.Segala penulisan yang kawe tulis disini adalah semata mata untuk mencapai KEPUASAN diri sendiri .Tak perlu tanya atau persoal gerangan apa yang sedang kawe MENCARI.
Hari ini bila membaca sebuah blog dari bekas veteran UMNO yang telah meninggalkan parti yang usang tersebut.Beliau melahirkan satu perasaan marah mengenai satu isu dikalangan blogger blogger politik yang TERSOHOR di Malaysia ketika ini.Walaupun dalam tulisannya nampak sebagai satu nasihat kepada golongan yang lebih muda TAPI kawe pilih istilah MARAH untuk memberi maksud yang sebenar bila orang tua memberi nasihat yang keras kepada orang muda. Sila LAYARI blog tersebut untuk mengetahui kisah yang sebenarnya.
Pada kawe untuk menulis atau mencatat apa apa didalam sebuah buku diari secara peribadi tidak perlu kepada apa apa ETIKA yang perlu dipatuhi.Anda boleh catat apa saja yang anda suka ,anda boleh tulis apa saja yang anda tak suka .Itu jikalau menulis dalam diari peribadi yang sudah tentu anda akan mengunci dengan kemas didalam peti besi dengan tujuan tidak mahu di baca oleh orang lain.Bagaimana pula penulisan didalam DIARI UMUM atau dengan lebih tepatnya penulisan di BLOG yang dapat dibaca serata dunia tanpa halangan?
Apakah etika yang patut dipatuhi oleh seorang blogger POLITIK? Kawe tidak tahu ...Apakah etika yang perlu dipatuhi oleh blogger EKONOMI? Kawe tidak pasti...Apakah etika yang perlu diikuti oleh blogger CACARMERBA? Setahu kawe tiada ETIKA yang bersifat cacarmerba. Apa definisi atau klafikasi yang diberi untuk membolehkan seseorang penulis blog itu digelar sebagai blogger politik pun kawe tidak mengtahui justifikasinya. Yang kawe tahu dan sentiasa dengar adalah telah ramai blogger2 politik yang terpaksa bermalam dilantai simen dan berpintukan jaringan besi di kamarnya kerana penulisan di blog. Ada juga yang pintu rumah mereka di ketuk dimalam hari untuk dibawa ke stau tempat untuk disiasat mengenai penulisannya dengan pihak berkuasa menggunakan akta akta yang tertentu untuk menghalalkan kerja mereka.Kawe juga tidak tahu sejauhmana kekuatan para blogger EKONOMI memperkayakan atau memiskin sesebuah negara dengan penulisan mereka. Sejauhmana kekuatan petikan jari mereka di komputer dapat mempengaruhi pasaran saham dunia juga diluar pengetahuan kawe.
Apa yang kawe tulis dan catat disini adalah bukan diari peribadi kawe tapi kawe rasa lebih sesuai istilah DIARI UMUM diguna pakai.Kawe tulis dan catat apa apa saja yang kawe suka nak tulis.Samada orang suka atau tidak suka dengan apa yang kawe tulis ITU tidak menjadi satu minat kawe untuk tahu dan peduli.Kawe catat dan tulis apa yang berlaku hari ini pada kawe bukan untuk mengatakan apa yang berlaku pada orang lain hari esok itu salah .Kawe nyatakan sesuatu yang pada fikiran kawe samada benar atau salah BUKAN bermakna orang lain kena terima itu satu kebenaran atau kesalahan MUTLAK yang harus diterima.
Jikalau kawe catat atau tulis sesuatu yang BEREMOSI itu emosi diri kawe ,tak perlu orang lain ikut BEREMOSI sama kerana ini DIARI UMUM kawe jaddik hak mutlak kawe lah samada nak marah atau gembira dalam penulisan kawe.Tidak sekali kali kawe mengajak sesiapa untuk gembira atau menyukai apa yang kawe catat dalam DIARI kawe .TETAPI jikalau ada yang terasa atau marah atau tidak senang hati, kawe tidak tidak boleh buat apa apa kerana itu HAK UMUM.
No comments:
Post a Comment