Tuesday, March 15, 2011

DNA

                                                LINK VIDEO   Tsunami Di Jepun

Mungkin Dunia Nak Akhir boleh distilahkan mengenai bencana yang melanggar negara Jepun ketika ini. Dunia Nak Akhir juga boleh dikatakan bila melihat apa yang berlaku di tanah tanah Arab dewasa ini.Kawe yakin ramai orang Islam di seluruh dunia yakin dengan dalil dalil seperti yang di sebutkan dalam Al-Quran dan hadis hadis nabi S.A.W.

Kawe bukan ustaz untuk mengulas mengenai dalil dalil Dunia Nak Akhir ini mengikut kefahaman umat islam,jaddik elok kita dengar dari para ustaz ,ulamak dan mereka yang ahli dan ada tauliah  yang membuat kenyataan akhbar untuk mengulasnya. Biarlah mereka ini yang keluar di tepi tepi jalan dengan membawa sepanduk atau kain rentang dengan memimpin sekumpulan kecil rakyat   berdemo untuk mengingati sebahagian besar rakyat mengenai ancaman Dunia Nak Akhir ini.

DNA pula merupakan lambang kejayaan otak manusia mencari atau menyelesai masalah .Pencapaian manusia ini juga boleh diukur untuk menanda aras kemajuan manusia di zaman.Kebijakkan manusia ini dengan teknologi DNA ini telah dapat menyelesaikan identiti manusia walaupun berusia beribu ribu tahun yang lampau. Jika diambil kira penemuan baru dari perahan otak otak tertentu manusia yang dapat mencipta teknologi DNA untuk menyelesaikan masalah sesama manusia ini maka boleh diandaikan dunia ini baru bermula dan mungkin masih jauh lagi dengan pengakhiranya.

Samada DNA atau Dunia Nak Akhir dalam dunia hari ini telah menjadi penyelamat atau pemusnahan atau ketakutan atau kegembiraan kepada manusia manusia tertentu di dunia.Namun begitu perlu diketahui bahawa ramai yang tidak mengetahui apa itu DNA terutamanya orang orng kampung dan yang agak lewat usianya TAPI sebaliknya golongan ini yang lebih percaya kepada Dunia Nak Akhir.

Fenomena baru ditanah Malaya kini dilanggar Tsunami DNA pula .apakah ini malapetaka baru ini juga boleh di klafikasikan sebagai dalil baru untuk Dunia Nak Akhir ..Sekali lagi kawe menyeru supaya alim ulamak dan orang yang bertauliah di rujuk untuk mengesahkan dalil baru ini.

Dalil Dont Need Anuar dan Datuk Najib Altantuya mungkin akan mempercepatkan atau melambatkan proses Dunia Nak Akhir di bumi Malaysia tidaklah kawe ketahui dan memang tiada sesiapa pun mengetahuainya melainkan Pencipta kepada dua makhluk yang disangkutkan dalil dalil di leher mereka ini.Dalil yang  telah berlaku adalah sebilangan kecil rakyat telah mencipta sepanduk  " SERAHKAN DNA" untuk menggegarkan sebahagian besar rakyat ,samada gegaran itu sehebat gempa bumi di negara matahari terbit tidaklah kawe ketahui TAPI yang pasti telah mendapat liputan yang meluas dari media media bumi bertuah Malaysia itu.

Jikalau apa yang berlaku di Jepun diambil kira ,selepas gempa bumi berlaku maka disusuli pula dengan Tsunami melanda.Jika persamaan ini terjadi maka Tsunami Datuk Najib Altantuya akan membawa arus untuk melanggar bumi Malaysia .Di Jepun bangunan tinggi tidak menyembah bumi kerana gempa bumi tetapi rumah rumah ranap dilanda Tsunami.Dunia Nak Akhir bagi rakyat Jepun makin menjelma bila reaktor nuklear meletup akibat gempa bumi.

Sekali lagi jika kawe ambil kesamaan apa yang berlaku di Jepun itu ,apakah bangunan berkembar hasil binaan seorang Dr yang juga penulis buku akan tumbang menyembah bumi kerana gegaran Dont Need Anuar ? ATAU bangunan putrajaya akan hanyut dibaham arus deras Tsunami Datuk Najib Altantuya? Sama samalah kita tunggu dan lihat. Dunia Nak Akhir bagi rakyat Malaysia masih belum tiba kerana loji nuklear belum terbina.

No comments: