Wednesday, March 23, 2011

MU JUMUD BLACK,AKU OGHE MENANG..

                                                             Burung Yang Terkurung

Mula mula kita tengok apa makna JUMUD mengikut kata  DPB .Setelah jelas makna JUMUD tersebut sila baca dan hayati perbualan seorang sahabat dengan seorang sahabat dibawah ..



Mattblacqkk Napitis March 20 at 5:47pm
hahahaha...HAK rakyat tidak diberi dan di nafikan ,,itu dinamakan menjaga rakyat yang terbanyak dalam definisi mu? Parookk tuh istilah tu....Hak rakyat di nafikan kerana berbeza politik ...Perut kroni sendiri dibuncitkan kerana mendukung idealogi kaut harta rakyat utk kekayaan diri ...Zaman Hosni dan Gaddafi dah berakhir tu..

BYT March 22 at 12:57pm Report
NK JAGA HOK RAKYAT MCM NUAR ALJUBURI PIII LAH BLACK
Mattblacqkk Napitis March 22 at 12:59pm
Jgn jumud dan tutup Kotak pemikiran tu...
               MU JUMUD BLACK, AKU OGHE MENANG..
Mattblacqkk Napitis March 22 at 1:02pm
Hahaha.. Bukan alah menang jaddik ukuran .. Tu politik budak2 berebut cokelat..
BYT March 22 at 1:04pm Report
POLITIK MU GGAPO BLACK, POLITIK SALOK BUKIT.. ORG LAIN DOK BINA PUAK MU DOK TEBUK..
BYT March 22 at 1:06pm Report
MU JGN MIMPI NOK MENang black... caro politik desparado.. tk kemana... aku kesian ko puak2 pemikiran cara mu..
Mattblacqkk Napitis March 22 at 1:08pm
Hahaha... Bila masa Aku terlibat dgn politik? Kena bbetul fakta mu tu ... Ada bukti ko Aku ahli mana2 parti politik? Sempit tehh pemikiran ..
Mattblacqkk Napitis March 22 at 1:16pm
Simpan jerlah Kesian mu tu .. Takdok nilai Kalu Dok sokong ore hak tindas hak ore Melayu sendiri gaakk..
BYT March 22 at 7:16pm Report
memang patut tindas pun, jika ada warganegara yg tk bersyukur supo mu ni black.. tk rugi ckit pun malaysia kalu tk ada manusia bmasalah supo nuar aljuburi dn kuncu2 supo mu.. salak lah..
Mattblacqkk Napitis March 22 at 7:20pm
Hahaha.. Cuba perjelas sikit lagu mana peel warganegara hak bersyukur tu bila HAK rakyat di nafikan? Bila harta kekayaan negara di pergunakan sesuka Hati? Menindas hak rakyat tu Satu kesyukuran Bagi mu?
BYT March 22 at 7:48pm Report
puak2 mu hanya segelintir je black.. mu dok kato hok rakyat ditindas.. hok rakyat diberi pulak lagu mano?.. aku pelik dgn puak2mu yg segelintir je ni.. bila ceramah hentam kerajaan maka ramai lh audien,
mari pilihan raya puak2 mu kalah.. PRU13 ni..K O puak mu black
Mattblacqkk Napitis March 22 at 7:58pm
Hahaha... Sapo menang atau kalah PRU tidak jaddik kepentingan Bagi Aku .. Hak pentingnya Kerajaan hak memerintah tu tidak menindas Dan menafikan HAK rakyat atas kepentingan politik semata mata2 ...
Puluhan ribu rakyat kelate hadir ko stadium utk dgr penjelasan dari KU Li mengenai HAK Mereka mungkin boleh di istilah sebagai segelintir..
Diatas adalah sebahagian petikan perbualan kawe dengan Burung Yang Terkurung atau singkatannya BYT seperti yang kawe gunakan itu. BYT ini adalah sahabat kawe yang dulu ,kini dan mungkin akan selama lamanya akan mendukung dan mencintai UMNO. Kawe guna istilah BYT untuk mengantikan nama sebenar sahabat kawe ini adalah kerana biarlah kawe seorang sahaja yang tahu siapa dirinya yang sebenar serta  demi tidak untuk mencalarkan imejnya dalam politik jika dia BERNAFSU besar.Keduanya kawe rasa memang sesuailah gantinama BYT digunakan kerana cara sahabat kawe ini berfikir tidak lebih apa yang terdapat dalam SARANG Umno sahaja.

BYT adalah salah seorang penyokong kuat Nuar Aljuburi (pinjam istilah yg di gunakan oleh BYT) satu ketika dulu sebelum Anuar di pecat dan seketika selepas Anuar di pecat . Mengikut pengakuan BYT kepada kawe didalam perbualan yang lain ,dia menyokong Anuar ketika itu kerana beliau  DIFAHAMKAN Anuar dikhianati TETAPI menurut BYT juga setelah beliau sedar dan terus BERTAUBAT dari menjadi penyokong Anuar .Kawe tidak tanya siapa yang MEMAHAMKAN kepada beliau Anuar di khianati samalah juga kawe tidak bertanya siapa yang MENYEDARKAN beliau sehingga beliau BERTAUBAT. Yang kawe pasti BYT telah mengistiharkan dirinya telah suci dari dosa menyokong Anuar setelah beliau BERTAUBAT.Kawe juga tidak bertanya samada BYT sudah bertaubat atau tidak kerana bersekongkol dengan Anuar untuk menjatuhkan Tun M pada waktu itu ...hahahaha

BYT juga beritahu kepada kawe bahawa dia lebih rela ditipu oleh NAJIB dari di tipu oleh ANUAR.Kawe tidak merasa pelik dengan pengakuan BYT ini kerana kebanyakkan amalan orang UMNO adalah menjadi POKKOR kepada pemimpin mereka .Kawe ingin menasihatkan kepada sahabat kawe BYT ini ,sepatutnya sebagai MANUSIA yang mempunyai akal fikiran tidak sepatutnya  sanggup DITIPU oleh sesiapa pun dalam apa apa keadaan sekalipun .Sebagai manusia juga BYT tidak sepatutnya menjadi seperti burung tiong yang menghafal kata kata TUANnya untuk dilafazkan dan di pertuturkan.

Kawe ingin bbari kisah seekor burung tiong yang tinggal didalam sangkar emas yang diasuh untuk bertutur oleh tuannya dengan seorang manusia yang pencinta haiwan.

M ; Woit tiong kenapa ko di penjarakan?

T ; Aku syukur tuan aku baik hati.

M ; Ko patut terbang bebas seperti burung2 lain itu HAK ko.

T ; Aku syukur tuan aku bagi sangkar yang besar untuk aku bebas terbang.

M ; Ko patut menikmati pelbagai pilihan makanan dan buahan di luar sana.

T ; Aku syukur tiap tiap hari tuan aku sediakan buah papaya kegemaran aku.

M ; Ko sepatutnya terbang bebas didalam kehijuan pokok pokok di luar sana.

T ; Aku syukur kerana tuan aku tempatkan sangkar aku ini di taman bunganya dan setiap pagi aku dapat melihat kehijuan pokok pokok

M : Wahai tiong alam dunia di luar sana adalah milik ko .

T ; Aku syukur kerana disediakan sangkar Emas oleh tuan aku dan aku pasti di luar sana aku tidak akan mendapat sangkar sebegini mahal.

M : Wahai tiong tuan ko telah berlaku zalim pada ko kerana mengurung ko dalam sangkar emas.

T ; Wahai manusia yang tak tahu bersyukur ko yang sepatut di penjarakan kerana menuduh Tuan aku yang baik hati itu sebagai ZALIM.

Kawe juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada sahabat kawe BYT kerana mempunyai rasa belas kasihan dan simpati kepada kawe serta segelintir yang lain seperti yang BYT ucapkan kepada kawe "aku kesian ko puak2 pemikiran cara mu." hahahaha


Soalan kawe disini kepada BYT adalah apakah beliau memahami cara pemikiran kawe? Nampaknya BYT telah banyak membuat andaian berlandaskan untuk menegakkan idealogi politik yang beliau dukungi sahaja .BYT akan melabelkan sesiapa saja sebagai penyokong Anuar atau menyokong pihak pembangkang jika seseorang tersebut mempersoalkan ,mempertikai sesuatu tindakan pihak kerajaan yang di kuasai oleh parti yang beliau sertai.Maknanya BYT mahu semua orang bersetuju dengan apa tindakan partinya tanpa banyak soalan atau bantahan walaupun perkara yang dilakukan itu bersifat menindas kepada rakyat .BYT juga mahu sesuatu keburukan yang di buat oleh pihak partinya/kerajaan itu diterima dengan membandingkan dengan kebaikan yang telah dibuat oleh kerajaan tersebut.Apa beza BYT dengan burung diatas? Bezanya adalah burung tiong itu dilatih untuk membela Tuannya manakala BYT pula adalah manusia yang dilatih untuk menjadi otak burung tiong untuk menjaga kepentingan diri sendiri.


Kawe akan biarkan BYT dengan andaiannya mengenai PEMIKIRAN kawe buat sementara waktu kerana kawe masih tidak mahu hilang keseronokan untuk bermain main dengan MANUSIA yang dilatih untuk menjadi otak burung tiong ini. 


Kepada BYT sampai bila bila pun demo tetap sahabat kawe dan demo boleh memilih untuk menjawab disini atau inbox ko kawe sekira demo terbaca tulisan kawe ini. Kepada manusia lain di luar sana anda adalah BEBAS untuk menyokong atau tidak menyokong BYT tapi untuk mengutuk BYT dengar kata kata yang tidak baik atau menyentuh peribadi beliau kawe tidak boleh bersetuju dengan sesiapa pun yang HINA sahabat kawe.

No comments: